CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 14-4-2014 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup posted on 14-4-2014 01:20 PM
ustaz nak tanya kalau kita dah submit gambar utk visa dan dpt pengesahan sijil kahwin dari wisma p ...


Biasanya paling awal satu minggu sebelum berangkat sbb TA akan kumpul semua dokumen dari jemaah lain dlm group travel kita baru dia hantar ke kedutaan Arab Saudi untuk proses visa.

Mengenai baki bayaran umrah, itu terpulang kpd masing-masing TA. Ada yg minta bayaran penuh perlu diselesaikan 1 bulan sblm tarikh penerbangan spt Andalusia dan Wira Saujana dan beberapa TA yg lain.

Tetapi ada TA yg minta selesaikan bayaran penuh 1 tahun atau 6 bulan awal dari tarikh berangkat. Jenis yg mcm ini kalau boleh elakkan drpd pegi dgn TA tsbt. BESAR KEMUNGKINAN BILA TIBA MASANYA TA BERKENAAN AKAN TUKAR TARIKH PENERBANGAN ATAU LANGSUNG TIDAK DAPAT DIKESAN.

Last edited by msaadhamid on 14-4-2014 05:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamu'alaikum wbt

Maklumat ini saya copy paste daripada FB Hj Arshad Ali yg pada masa ini menetap di Makkah.

Ini adalah peringatan dari seorang sahabat yg bekerja di Hospital Saudi iaitu Azmi Junaidi Bin Awalludin.

Peringatan kepada jemaah umrah dan haji pada tahun ini. Saya ingin menasihatkan kepada semua jemaah yg bakal dtg ke mekah dan madinah untuk membuat ibadah umrah dan haji agar membawa topeng (mask) jenis N5 (jika tidak silap saya), jika salah tlg betulkn, di tempat yg terdapat ramai jemaah yg bersesak-sesak berikutan peningkatan kes Coronavirus (MERS) Middle East Respiratory Syndrome.Ini berikutan jumlah kes yg semakin meningkat dari hari ke hari.

Sila pakai topeng semasa berada ki kawasan yg terlalu ramai jemaah contohnye semasa di terminal haji,sebaik-baiknye bil keluar dari kapal terbang, semasa tawaf, saie dan juga kawasan yg penuh sesak dgn jemaah. Buat masa ini tiada rawatan atau vaksin untuk virus ini.Virus ini boleh menyebabkan penghidap akan menghadapi multiorgan dysfucntion (kegagalan pelbagai organ dlm badan)selepas 10hari dijangkiti. Maaf saya pinta, ini bukan untuk menakutkan para jemaah yg ingin dtg ke mekah dan madinah untuk umrah, tetapi sekadar peringatan kesihatan daripada saya yg bertugas di hospital di Jeddah Saudi Arabia ini.

Sila sebarkan kepada saudara2 rakan2 fb yg ingin menunaikan umrah.Sharekn pd wall anda untuk keselamatan dan kesihatan jemaah umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:16 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 14-4-2014 10:37 PM
Assalamu'alaikum wbt

Maklumat ini saya copy paste daripada FB Hj Arshad Ali yg pada masa ini mene ...

Salam tuan, klu time saie dgn tawaf pakai mask, bukan ke dah terbatal umrah kita?? Psl salah satu syarat umrah tak blh tutup muka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 02:26 AM | Show all posts
lipazs posted on 13-4-2014 10:25 PM
Alhamdulilah....baru 2 minggu balik dari umrah guna TA Andalusia via Oman....everything ok...cuma wa ...

Yang bawak di Oman tu orang arab ke malayu atau bangla mari?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 02:32 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 15-4-2014 01:16 AM
Salam tuan, klu time saie dgn tawaf pakai mask, bukan ke dah terbatal umrah kita?? Psl salah satu  ...

Cuba cek Rukun Umrah dan Wajib Umrah. Menutup muka termasuk dalam bab Wajib Umrah iaitu Berniat Ihram di Miqat dan Menjaga larangan ihram. Menutup muka dalam Menjaga larangan Ihram. Dam bagi wanita Takhyir dan Taqdir tetapi tidak berdosa kerana ada keperluan iaitu menjaga kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:44 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 14-4-2014 05:45 PM
Biasanya paling awal satu minggu sebelum berangkat sbb TA akan kumpul semua dokumen dari jemaah  ...

sy ikut Andalusia caw Shah Alam. Dia nak settle semua sebelum 26 April sebab berangkat 7- 17 Jun Ustaz. Sy ingatkan dah confirm dapat visa baru kita bayar yg baki. Maknanya seminggu sebelum ke sana baru akan lulus visa? Confirm ke boleh lulus ustaz? Adik ipar sy x kahwin lepas tu sijil beranak dia dah hilang baru submit permohonan mintak sijil asal minggu depan. JPN kata jawapannya mungkin 2 minggu - sebulan.Soalannya ustaz ada harapan tak dia dpt surat beranak itu cepat sebab semua urusan mesti selesai sebelum 26 April. Apa cadangan ustaz ye?Mohon ustaz perjelaskan.T.kasih.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2014 09:31 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 15-4-2014 01:16 AM
Salam tuan, klu time saie dgn tawaf pakai mask, bukan ke dah terbatal umrah kita?? Psl salah satu  ...

assalam....saya aritu masa dlm ihram, x pakai mask...tp waktu2 lain mmg pakai mask. sebab debu pasir dia kuat. ramai jemaah jatuh sakit dan batuk2 sebab debu.

masa tawaf je yg teruk sikit. masa saei xpe sbb dlm bangunan. apa2 pun kita mintak pada Allah swt moga diberikan kesihatan yg baik.

waktu zuhur, angin kuat. dr hotel nak ke masjid..mmg berterbangan debu2.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup posted on 15-4-2014 08:44 AM
sy ikut Andalusia caw Shah Alam. Dia nak settle semua sebelum 26 April sebab berangkat 7- 17 Jun U ...


Assalamu'alaikum wbt

Biasanya kalau ikut Andalusia dia memang mintak semua dokumen dan full payment 1-2 bulan sblm berangkat untuk memudahkan memproses visa nanti sbb ada mcm2 masalah yg mungkin timbul yg kita tak sedar, contohnya surat beranak yg hilang dsb semua itu kena settle awal-awal. Kalau tak mintak awal kita pun mungkin tak sedar tersalah letak/hilang dsb.

Full payment tu supaya jemaah benar2 komited supaya tidak sorong tarik nak pergi ke tak nak pergi.

Thn lps, visa kami diapply kat kedutaan saudi pada 16 Dec, 18 Dec dapat visa, 23 Dec bertolak ke Madinah, alhamdulillah. Sebelum tu banyak juga halangannya.


Last edited by msaadhamid on 15-4-2014 11:39 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup posted on 15-4-2014 08:44 AM
sy ikut Andalusia caw Shah Alam. Dia nak settle semua sebelum 26 April sebab berangkat 7- 17 Jun U ...

Adik ipar yg belum kahwin tu kalau umur kurang dari 45 thn, mesti ada mahram yang mengiringi seperti ayah atau abang atau adik lelaki umur 18 thn ke atas. Kena submit salinan surat beranak dia dan salinan surat beranak mahram yg telah disahkan.

Kalau birth cert hilang, boleh buat cabutan birth cert kat Jabatan Pendaftaran. Sy kurang pasti sama ada kena buat surat sumpah ke tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:16 AM | Show all posts
Pengalaman saya bermahramkan adik lelaki berumur 20 tahun (ayah tak pergi, kami pergi bertiga dengan ibu), banyak juga urusannya. Selain daripada surat beranak yang disahkan JPN, kad pengenalan ayah juga perlu disahkan JPN. Lepastu ayah kena buat surat akuan sumpah yang membenarkan saya pergi dengann bermahramkan adik lelaki saya. Surat ni ada disediakan di TA, saya pergi dengan Andalusia.

Waktu saya hantar dokumen (passport, surat beranak, suntikan, gambar dsb) baru TA cakap kena buat surat akuan sumpah tu. Baru dikuatkasakan hari tersebut katanya. Saya pergi ke pesuruhjaya sumpah. Esoknya terus ke HQ andalusia semula, malangnya surat tu tidak diterima sebab ditandatangani oleh orang India. TA suruh cop dan sign lagi sekali dengan orang Islam. Saya pergi lagi sekali. Bila kat pesuruhjaya sumpah, dia call Putrajaya nak confirmkan betul ke bla3. Putrajaya cakap buat surat sendiri, kena tulis tangan. So ayah saya copy bulat2 seperti dalam surat asal. Bila dah hantar ke Andalusia, Andalusia macam tak nak terima alasannya tak menepati spesifikasi (walhal isi kandungannya sebiji sama). Saya cakap, pesuruhjaya call Putrajaya, Putrajaya yang request suruh buat macam ni. Baru dia orang terima dan ok.

Panjang pulak cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
iena_jr posted on 15-4-2014 11:16 AM
Pengalaman saya bermahramkan adik lelaki berumur 20 tahun (ayah tak pergi, kami pergi bertiga dengan ...

Ya betul, utk mahram abang atau adik, mesti disertakan salinan ic ayah (yg sudah disahkan olej JPN).
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup posted on 15-4-2014 08:44 AM
sy ikut Andalusia caw Shah Alam. Dia nak settle semua sebelum 26 April sebab berangkat 7- 17 Jun U ...

Cabutan surat beranak, kalau nak cepat buat di Putra Jaya. Itu pun ambil masa 7 hari. Tapi kawan saya hari tu 3 hari dah siap ~ rezeki dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:36 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 15-4-2014 10:40 AM
Adik ipar yg belum kahwin tu kalau umur kurang dari 45 thn, mesti ada mahram yang mengiringi seper ...

ustaz..mahram adik ipar yelah suami sy sebab abg dia cuma kerisauan sy adalah sempat ke JPN proses dia utk dpt surat beranak tu sebelum 26hb ni> itulah perkara utama dia kena settle dulu kan barulah boleh ambil gambar utk visa umrah ...dan seterusnya pergi kursus etc....

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup posted on 15-4-2014 12:36 PM
ustaz..mahram adik ipar yelah suami sy sebab abg dia cuma kerisauan sy adalah sempat ke JPN proses ...

1. Hari ini 15hb. Kalau pegi Putrajaya esok, paling lewat 23hb dah siap cabutan surat beranak tu, in sya Allah.

2. Gambar, buku suntikan meningitis, salinan surat nikah puan atau suami, salinan ic (yg semuanya kena disahkan di jabatan yg berkenaan dan di wisma putera), serta kursus umrah sudah boleh dibuat sekarang - tak perlu tunggu cabutan surat beranak siap.

3. LAGIPUN Andalusia bunyi macam gempak jer mintak serah semua dokumen 1-2 bulan awal, TAPI FAKTANYA, SATU (1) MINGGU atau SEPULUH (10) HARI sebelum bertolak BARU DIA APPLY VISA.

4. Moral of the story - tak payah risau dan kalau terpaksa, minta tangguh barang 1-2 minggu utk submit all documents. Group saya pun lambat submit international passport. 10 hari nak pegi baru submit sbb ada ahli pegi Australia (tapi salinan passport dan submit awal).
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 05:14 PM | Show all posts
mohon pertolongan semua...
saya dijangka akan berangkat pada cuti sekolah bln 5 ni, berempat iaitu saya+suami & emak +ayah... tadi ayah telah jatuh sakit dan admit hospital dijangka sehingga 3 bulan +++...so kebiasaannya bolehkah tempat ayah diganti dengan org lain jika permohonan visa telah dihantar? kalau boleh diganti dengan org lain siapa kah  mahram yang layak menggantikan tempat ayah? atau bolehkah emak hanya ditemani oleh saya dan suami sahaja?

harap sudi hendaknya membantu permasaalahan saya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
retis_pencen posted on 15-4-2014 05:14 PM
mohon pertolongan semua...
saya dijangka akan berangkat pada cuti sekolah bln 5 ni, berempat iait ...

Assalamu'alaikum wbt.

1. Emak umur berapa tahun? Kalau 45thn ke atas boleh masuk women group - tak perlu mahram.

2. Kalau ayah puan sakit dan admitted hospital, dia boleh cancel pergi umrah walaupun visa dah dikeluarkan. Tapi dlm kes ini besar kemungkinan visa belum keluar lagi sbb tarikh pergi masih jauh - bulan Mei. Biasanya lagi 10 - 14 hari nak pergi baru travel agent (TA) Apply visa.

3. Kalau nak cancel kena buat cepat-cepat-cepat sebelum TA beli tiket. Kalau tidak tiket tu kira burn la. Dlm kata lain TA akan kembalikan duit yg dia belum spend lagi. Anyway kena tenguk terma yg termaktub masa mula-mula daftar dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 07:27 PM | Show all posts
Assalamualaikum..
sijil nikah perlu ke pengesahan drpd wisma putra..  boleh ke kalau dpt pengesahan di pejabat agama shj? sy dr terengganu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 07:55 PM | Show all posts
sesiapa yang pernah buat rayuan haji
ada ke yang di sini telah berjaya ?
boleh kongsi pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ReksakseHuduh23 posted on 15-4-2014 07:27 PM
Assalamualaikum..
sijil nikah perlu ke pengesahan drpd wisma putra..  boleh ke kalau dpt pengesaha ...

Wa'alaikum salam wbt

Semua dokumen kena juga certified kat wisma putra.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:57 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 15-4-2014 08:01 PM
Wa'alaikum salam wbt

Semua dokumen kena juga certified kat wisma putra.

TA yg tlg buatkan ke.. ke sy sendiri yg pergi wisma putra..  terima kasih tuan kerana sudi menjawab soalan sy..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.674620 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list