CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chami

LOFA & STUFF in a Positive Environment

[Copy link]
Post time 5-11-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tak baca lg novel..jefri ni bf helena kah?baju semua matchy2 dgn tudung helena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2017 11:45 AM | Show all posts
Sukses di peringkat global                                                                  Rafiq Mazlan, Foto: Terima kasih Naelofar
                                                    5 November 2017

        KEBELAKANGAN ini, satu demi satu pencapaian membanggakan dilakar Noor Neelofa Mohd Noor. Sejak terjun dalam dunia seni lebih tujuh tahun lalu setelah memegang status Dewi Remaja 2009/10, nama dan figura bintang ini tidak pernah betah menjadi perhatian pencinta seni tempatan.
        Setiap inci aktivitinya menjadi buah mulut ramai, lebih-lebih lagi apabila empayar niaga Naelofar Hijab kian berkembang seterusnya menjadi antara jenama islamik yang begitu sinonim di kalangan wanita berhijab.















        Mengakui hasil usaha dan keringat selama ini turut diiringi berkat doa keluarga dan peminat, Noor Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa bagaimanapun tidak pernah menjadikan apa yang dimiliki sebagai sesuatu yang harus dibanggakan seorang diri.
        Sebaliknya, bintang berasal dari Kelantan ini optimis mahu berkongsi dengan memberi inspirasi terhadap semua orang di luar sana.
        Terdahulu, Neelofa yang disenaraikan antara 300 individu terpilih dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 telah pun melancarkan rangkaian tudung terbaru di bawah label Naelofar Hijab, Helena di Damansara Perdana, baru-baru ini.
        Koleksi Helena diinspirasikan daripada wataknya menerusi drama 20 episod, Red Velvet di samping Alif Satar. Turut sama beraksi di dalam drama terbitan Cube Film Sdn Bhd itu ialah Hafidz Roshdi, Amira Othaman dan ramai lagi.
        Bersikap positif        Tidak mudah melatah apabila ada menyifatkan kualiti lakonannya berada pada tahap ‘kayu’ oleh sesetengah netizen, Lofa yang mempunyai pengikut Instagram tertinggi di Malaysia itu juga menyeru penonton supaya menonton drama tersebut sehingga di kemuncak jalan cerita.
        “Bagi saya, sesetengah daripada mereka membuat andaian terlalu awal. Jalan ceritanya masih di peringkat awal. Berilah peluang untuk watak tersebut berkembang terlebih dahulu. Lihat apakah konflik dan apakah seterusnya yang akan berlaku. Ada yang hanya tahu nak kritik sahaja tetapi tidak mahu ambil masa untuk digest betul-betul watak tersebut,” luah Lofa yang turut menambah, dia tidak kisah kritikan diterima kerana tidak beri kesan kepada kehidupannya.
        Ditanya pendirian Lofa terhadap watak Helena yang mempunyai kisah cinta bersama lelaki berstatus suami orang di dalam drama tersebut, figura ini nyata relak dan positif. Terang Lofa, paparan kisah tersebut hanya di dalam episod pertama saja.


Pada peringkat awal, saya bimbang juga kerana ia mungkin beri kesan kurang baik. Namun kami ada berbincang dengan pihak Astro untuk tidak papar kisah tersebut secara mendalam. Lagipun ia hanyalah untuk episod pertama saja. Pun begitu, saya gemar the fact  Helena sebenarnya sanggup ubah pendirian, tekad dengan keputusannya untuk enggan terima cinta itu,” tambah Lofa.        Kongsinya, walau apa pun yang terjadi kena kuat dengan prinsip.
        Jangan lemah dan mudah kalah dengan pujukan lelaki. Meskipun Helena digambarkan sebagai gadis muda, namun dia tegas dengan pilihan dan pendirian.
        Mahu ubah persepsi        Sementara itu, pengarah NH Prima International ini juga sebolehnya mahu mengubah persepsi sesetengah masyarakat global yang menyifatkan wanita bertudung sinonim dengan imej kolot dan tidak pandai bergaya.
        Jelasnya, peredaran semasa menjadikan imej muslimah berhijab juga mampu bawa sesebuah jenama dengan baik dengan cara tersendiri.
        Lalu pengiktirafan jenama antarabangsa, Lancome buatnya baru-baru ini nyata membuka minda ramai pencinta fesyen dan kecantikan di peringkat global. Neelofa merupakan satu-satunya wanita berhijab dari Asia yang terpilih sebagai wajah produk terkemuka dunia itu.
        Berazam mahu mengubah stereotaip dan pandangan orang luar, Lofa turut merakamkan rasa terharu atas layanan baik yang diterimanya sepanjang pemergian ke Paris untuk bertemu dengan keluarga besar Lancome di sana.

        “Daripada awal sehingga menjejakkan kaki ke Malaysia, layanan yang diberikan pada saya cukup memuaskan. Rasa dihargai dan paling tidak, sekurang-kurangnya saya turut mewakili wanita Malaysia, beragama Islam dan berhijab,” tambahnya.
        Pada masa sama, Lofa tidak pernah sangka pendirian yang dibawa syarikatnya yang mahu mengubah persepsi terhadap fesyen muslimah berhijab juga telah membawanya ke Boston, Amerika Syarikat baru-baru ini untuk berkongsi mengenai fesyen di sidang kemuncak Forbes Under 30.
        “Jika di Manila, saya ada masa 40 minit untuk beri ucapan. Sementara di Boston, saya hanya diberi masa 10 minit saja. Dalam tempoh itu saya cuba kongsi mengenai Fashioning The Future.
        Meskipun berhijab, tapi masih boleh terlibat dalam bisnes, mengacarakan program hiburan dan masih bercakap mengenai muzik dan sebagainya,” akhiri Lofa optimis.

http://www.sinarharian.com.my/hi ... kat-global-1.752408



            

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2017 11:53 AM | Show all posts
Cicisweets replied at 4-11-2017 10:11 PM
Pic ni la kot alifhadi dok meroyan kat ig dia buat location tah apa apa

ha..terkejut juga aku, tapi biarla, at least dia berani   

kat scene bawah ni Lofa mcm malu2 pulak; syafiq pun sebelum ni minat nak berlakon dgn Lofa, ada jg buat Igs psl Lofa; I mean Lofa dah kenal jg syafiq before berlakon ni pun



https://www.instagram.com/p/BbE8 ... ken-by=demuremusing


tertinggal rafael
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 03:28 PM | Show all posts
washere2 replied at 5-11-2017 11:45 AM
Sukses di peringkat global                                                                  Rafiq Ma ...

proud of her...
kan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 03:29 PM | Show all posts
hensemnye alahaiii..adik lofa ni...
happy b'day Faliq!!

@neelofa
Faliq, today, many many years ago you were born and I got myself a wonderful little brother. You’re funny, you’re smart, you’re just the best! Thank you for bringing so much love and happiness into my life.Happy birthday Faliq! I love you! ❤

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 03:32 PM | Show all posts
muahaahaaa...
same..tambah lagi hujan2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2017 03:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 07:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2017 07:30 PM | Show all posts
cutenesss overload

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 07:31 PM | Show all posts
love this...i wantto smile like you do too
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 07:32 PM | Show all posts
iklan...
ship this couple a lot ..
dah kawin....happy for them...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
chami replied at 5-11-2017 07:26 PM

The best part in this article lofa ckp sejak red velvet tayang ni dia dpt byk offer berlakon tp dia terpaksa tolak buat masa ni sbb selain hosting dia byk event korporat yg dia jd wakil/duta kena attend
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2017 04:41 PM | Show all posts
comelnyeee...alahai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2017 04:41 PM | Show all posts
washere2 replied at 6-11-2017 05:31 AM
The best part in this article lofa ckp sejak red velvet tayang ni dia dpt byk offer berlakon tp di ...

wp pun di kritik netizen....kan...
rezeki ...kita tak tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2017 04:42 PM | Show all posts
muahahaaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2017 04:44 PM | Show all posts
dah order dah...sweet helena....tunggu sampai je ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2017 12:58 AM | Show all posts
Edited by washere2 at 7-11-2017 12:59 AM


sweet sgt Izzat dgn Helena mlm ni
Lofa comel sgt acting best

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 01:01 AM | Show all posts
Edited by washere2 at 7-11-2017 04:38 PM


@zielajalil: "💛💛💛With our young successful entrepreneur who brings pride to our country. From being on Forbes, the UN and the face of Lancome, im so proud of @neelofa! A Malaysian, Malay, Muslim Woman who carries herself well and so accomplished at such a young age. May Allah bless you always dear!💛💛💛 anak sapa lah yg lawa sgt ni @noorkartini 😉" (via #InstaRepost  @AppsKottage)




ziela jalil pun dah berkenan

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 04:27 PM | Show all posts
Edited by washere2 at 7-11-2017 04:32 PM

last night's sweetness









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2017 04:59 PM | Show all posts

sweet sgt....lagu mata ni mm best

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.497995 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list