CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duchessofkent

□ Cyberjaya □

[Copy link]
Post time 15-2-2013 02:36 PM | Show all posts
azie_fariza posted on 15-2-2013 11:27 AM
haha...banyak la sosial kan.....
what i mean is banyak kemudahan kat sk tu.....malas nak senaraik ...

btol kak jie...memang malas nak pindah....tapi demi sebuah rumah bertanah...ku terpaksa meninggal kan sk

btw lagi 10 thn salak ni maju mcm sk rasanya....bnyk developer besar yg dah start masuk...ioi pon dah dtg katanya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 09:09 PM | Show all posts
ecomoda012 posted on 17-1-2013 04:59 PM
Emkay akan lancar 3,680 rumah mampu milik di Cyberjaya

CYBERJAYA — Kumpulan Emkay akan melancark ...

wahh..niceee
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:39 PM | Show all posts
duch keje and duduk kat cyberjaya ke? penah mamam kat streetmall a few years back... lama dah tak p mamam kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 09:49 AM | Show all posts
EMKAY lancar fasa pertama projek rumah mampu milik


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EMKAY Ahmad Khalif Mustapha Kamal berkata, projek itu dijangka menarik minat syarikat tempatan dan luar negara untuk menempatkan pejabat mereka di Cyberjaya berikutan pertambahan penduduk selepas projek itu siap kelak.

“Tahun lalu, Kumpulan EMKAY mencadangkan kepada kerajaan Selangor dan pihak berkuasa tempatan supaya meluluskan projek pembangunan rumah mampu milik khas untuk golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang ingin memiliki rumah.

“Kerajaan negeri kemudian meluluskan pelan pembangunan projek pembangunan rumah mampu milik jenis pangsapuri ini dengan mempunyai keluasan 800 kaki persegi, tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dijual dari harga RM120,000 seunit,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama 70 anak yatim dari Baitul Barokkah Al-Mahabbah, di sini, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 02:35 AM | Show all posts
Landskap Cyberjaya bakal berubah

Bandar siber dimajukan dalam 5 fasa dengan GDV RM6 bilion

Cyberview Sdn Bhd akan melancarkan Cyberjaya City Centre, projek komersial mega pertama di Cyberjaya dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM6 bilion pada tahun depan.

Pengarah Urusannya, Faris Yahaya, berkata projek pembangunan yang akan dimajukan dalam lima fasa itu bakal merubah landskap bandar siber itu menjadi sebuah perbandaran yang lebih seimbang.

Katanya, Cyberjaya City Centre terdiri daripada pembangunan bercampur dengan penekanan akan lebih diberikan kepada gaya hidup komersial dalam usaha menjadikan Cyberjaya sebuah perbandaran sempurna yang mengandungi komponen kediaman, komersial dan ruang pejabat.

“Cyberjaya City Centre akan menjadi pembangunan besar seterusnya di Cyberjaya. Buat masa ini kami sedang dalam proses menyiapkan pelan pembangunannya.

“Projek ini bakal dimajukan menggunakan model kerjasama awam-swasta, dan sebuah syarikat tujuan khas akan ditubuhkan untuk melaksanakan kerja pembangunannya,” katanya kepada media selepas majlis pecah tanah projek perumahan Cyberview di Blok 20 Cyberjaya, semalam.

Projek berimpak tinggi

Majlis pecah tanah projek perumahan dengan GDV RM1.05 bilion yang dimajukan bersama Gadang Holdings Bhd itu disempurnakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi Cyberview, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Yang hadir sama ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Sayuthi Bakar; Pengerusi Gadang Holdings, Datuk Wan Lokman Wan Ibrahim dan Pengarah Urusan serta Ketua Eksekutif Kumpulan Gadang Holdings, Tan Sri Kok Onn.

Cyberjaya City Centre, perumahan Blok 20 Cyberjaya dan Masjid Cyberjaya adalah tiga projek berimpak tinggi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada April lalu bagi menampung keperluan populasi perbandaran itu yang dianggarkan akan mencecah 100,000 orang menjelang 2017.

Mengenai projek pembangunan perumahan Blok 20 Cyberjaya, Faris berkata, sebanyak 2,500 unit kediaman akan dimajukan dalam empat fasa bermula tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sembilan tahun.

Katanya, Cyberview bertindak sebagai pemilik tanah manakala kos pembangunan ditanggung Gadang Holdings.

Fasa pertama projek


“Fasa pertama projek ini menawarkan 325 unit perumahan PR1MA dan 142 unit rumah teres dua tingkat. Rumah teres dua tingkat akan dijual pada harga bermula RM500,000 dengan jualan bagi fasa pertama akan dilancarkan pada suku ketiga 2014,” katanya.

Beliau berkata, tiga lagi fasa dalam projek pembangunan di kawasan seluas kira-kira 56 hektar tidak jauh dari ibu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu akan menawarkan rumah teres dua tingkat, unit apartmen, kuarters kerajaan serta beberapa unit komersial.

“Saya yakin pembangunan baru ini berpotensi menampung keperluan perumahan bagi 10,000 orang, pada masa masa mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

“Ketika Cyberjaya berkembang melangkaui sebuah hab perdana teknologi maklumat, Cyberview akan terus memenuhi peranannya memajukan baki tanah sedia ada dengan bekerjasama dengan rakan kongsi yang berkongsi pandangan sama terhadap perbandaran ini,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 08:10 AM | Show all posts
ecomoda012 posted on 15-2-2013 07:51 AM
kak @azie_fariza jom la jadi jiran den kat salak tinggi

ecomoda duk salak tinggi gak ke? sama la kita..keja cyber tp duk salak tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2014 03:36 PM | Show all posts
siputsedut posted on 15-4-2014 08:10 AM
ecomoda duk salak tinggi gak ke?  sama la kita..keja cyber tp duk salak tinggi

umah tak siap lagi...next year insyaallah...duduk taman ape? keje mana?

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 04:03 PM | Show all posts
ecomoda012 posted on 15-4-2014 03:36 PM
umah tak siap lagi...next year insyaallah...duduk taman ape? keje mana?

sama la kita..kita duk salak pekerti...siap jan 2015...ecomoda? kita kerja kat persiaran apec
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 05:55 PM | Show all posts
siputsedut posted on 15-4-2014 04:03 PM
sama la kita..kita duk salak pekerti...siap jan 2015...ecomoda? kita kerja kat persiaran apec

owh...ntt eh?

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:54 PM | Show all posts
dah tak de org cyber ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 05:36 PM | Show all posts
Hye.. Sy just keje di cyber. Baru2 ni pergi de pulze shopping mall. So far not bad la, just banyak lagi shop lot x buka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 12:46 AM | Show all posts
annadellia posted on 29-11-2014 05:36 PM
Hye.. Sy just keje di cyber. Baru2 ni pergi de pulze shopping mall. So far not bad la, just banyak l ...

hola

dah official bukak eh?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 11:56 AM | Show all posts
ecomoda012 posted on 30-11-2014 12:46 AM
hola

dah official bukak eh?

Yup. Dh buka. Just a few shop x buka lagi. So far OK, entertaining. Sy just shopping kat jaya grocer je. Almaklumla, kat cyber ni de pulze je shopping mall yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 03:43 PM | Show all posts
annadellia posted on 30-11-2014 11:56 AM
Yup. Dh buka. Just a few shop x buka lagi. So far OK, entertaining. Sy just shopping kat jaya groc ...

orait...bole la buat lawatan nanti

semalam dah lawat ioi mall putrajaya...ramai bangat org...paking pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 07:21 PM | Show all posts
ecomoda012 posted on 30-11-2014 03:43 PM
orait...bole la buat lawatan nanti

semalam dah lawat ioi mall putrajaya...ramai bangat org...pa ...

Yup. U should go there. Just now, i will go when all the shop are open... Its time to shopping.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 04:46 PM | Show all posts
salam semuaa...lama x masuk thread ni..eco awak still kat cyber ke?saya dah pindah cyber full time beli rumah kat taman pinggiran cyber..rasa tenang je dok sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 10:55 PM | Show all posts
I will move to cyber soon, ade tak gang bujang kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 03:41 PM | Show all posts
xan replied at 5-1-2015 04:46 PM
salam semuaa...lama x masuk thread ni..eco awak still kat cyber ke?saya dah pindah cyber full time b ...

salam

aah still keje kat cyber...tak sanggup la nak hadap jem kalau keje tempat lain

best nye duduk cyber...banjir tak rumah? nampak ada org upload gambar banjir kat pinggiran cyber

den nak pindah rumah kat salak tinggi tgh thn ni, tgh tggu siap

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 03:42 PM | Show all posts
emerald-jade replied at 5-1-2015 10:55 PM
I will move to cyber soon, ade tak gang bujang kat sini?

keje ke tinggal kat cyber?

den bujang
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 04:09 PM | Show all posts
ecomoda012 replied at 9-1-2015 03:41 PM
salam

aah still keje kat cyber...tak sanggup la nak hadap jem kalau keje tempat lain

kalau row mengadap padang tu mmg air naik ,ada isu dgn longkang,tapi kena tgk2 jugak,,situ byk sungai kecik2,takut jugak naik melampau2ko kerja mana,ada kosong tak,,nak carik co lain tapi dlm cyber gak,,bohsann dah huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062764 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list