Originally posted by otakotak at 22-8-2008 11:46 AM
sihat cik....
smlm lu tak de, wa jadik sht dah rinih.....
wa nak menggiler weyyyyyyyyy...jejagaaaaaaaaaaaaaaa arini wa nak cakap sesukak hati wa,....sape nak terasa tu dia punya pasaiiiiiiiiiiiiiii....pi masuk jambannnnnnnnnnnn
hati ini
pernah ditusuk belati
tajam bak jarum peniti
disetiap sudut hati kecil ini
darah mengalir seakan tiada henti
sakit dan pedih seolah tidak bernyawa lagi
namun terus aku gagahi
kerana aku mengerti
hidup ini penuh onak duri
hati ini
tanpa aku duga dalam sangsi yang masih berbaki
perasaan itu muncul kembali
perlahan menyelinap disudut hati
berdegup perlahan namun menggetarkan seluruh urat nadi
lumrah manusia yang tidak akan lari
untuk mencinat dan dicintai
apalah daya diriku ini
kenangan lama muncul kembali
mimpi-mimipi negri yang membayangi
hari-hariku kini
inferiorkah aku atau paranoid mebelit diri?
sampai kapan harus aku begini
hidup dalam bayang-bayang yang tidak pernah alpa mengekori
haruskah aku letakkan kepercayaan itu lagi?
ke atas kata-kata yang aku sendiri tidak pasti
benenaran dan kesahihan setiap janji
yang dilafazkan dari bibir seorang lelaki
perlukah pula aku meminta bukti?
andai semuanya masih kelam tidak pasti.
saat ini
aku ukir janji pada diri sendiri
untuk apa diingati perkara yang menghiris hati
aku pasang ikrar pada diri ini
untuk tidak hidup dibelenggui mimpi ngeri
biarkan semuanya pergi
jauh dari sini
jangan pernah aku ingatkan lagi
kelak luka berdarah kembali
akan aku terima kasihmu
andai benar kasihmu tidak palsu
akan aku sambut huluran cintamu
jika sayangmu itu suci tanpa debu
akan aku padam kisah semalam yang membelenggu
aku isikan denagn kisah kau dan aku
semoga kita bersatu......
Bukan segunung harta yang aku pinta
Bukan jua paras rupamu yang aku damba
Cuma…
fahamilah kata-kataku
fahamilah perilakuku
fahamilah hatiku
fahamilah diri seorang wanita
jika benar aku kau cinta
hargailah aku saat aku masih ada
kerana aku hanya manusia biasa
tidak mampu lagi untukku terus diseksa
perasaan penuh luka dah hiba
dek perbutanmu yang tidak pernah aku duga…
maafkan aku kerana terpaksa melangkah pergi
diri ini sudah tidak mampu lagi
luka di hati tidak siapa mengerti
bisanya seperti ditusuk duri dan belati
mana hilangnya kekasih yang kudamba?
Mana hilangnya kekasih yang berkongsi suka duka?
Mana hilangnya kekasih yang penuh rasa di jiwa
Mana hilangnya kekasihku yang aku cinta…?
Persoalan ini tidak bisa aku rungkaikan…
Engkaulah yang seharusnya memberi semua persoalan danjawaban yang berputar diminda
Andai dirimu merasa lemah, Datanglah kepadaku supaya aku bisa merawat semua lelah. Andai dirimu ditimpa musibah, Bawalah diriku kepadaku supaya aku mampu mengurangkan semuaresah. Andai dirimu diapit masalah, Hampirkanlah dirimu kepadaku supaya aku dapat melegakansemua gundah…