CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

    [Copy link]
 Author| Post time 25-5-2012 05:42 PM | Show all posts
sambungan............

abah yang masih dihimpit tubuh mak yang menghempapnya benar benar tergamam dan tidak tau dan tidak mampu melakukan apa apa.

kesempatan dan ruang kosong itu di manfaatkan oleh saya. dengan pantas dan tangkas saya bangun dan menuju kearah tingkap.saya memanjat mesin jahit ditepi

tingkap dan meloncat tepat kearah tingkap.tubuh kecil saya tersadai ditingkap yang dihalang oleh grill besi bercorak 4 segi kecil.lagaknya seperti spiderman didinding

bangunan mungkin.grill ini memang ditempah khusus untuk menghalang sesuatu yang besar dari keluar melalui tingkap tersebut. saya meronta ronta cuba membuka

grill besi itu.namun gagal.grill besi itu terlalu utoh untuk saya rosakkan.

kalaulah grill besi itu tiada mungkin dihari ini saya roh saya yang sedang menceritakan kisah ini kepada forumer sekalian.bayangkan seperti mustahil tubuh anak kecil

boleh selamat apabila jatuh dari tingkat 11 rumah flet.

melihatkan saya yang cuba membuka grill besi itu abah terus menolak tubuh mak dan berkejar kearah saya. tubuh saya dipeluk dengan kuat dan didukungnya.dia

membawa saya kepada wak hor. dalam kesakitan wak hor membantu dan bergotong royong dengan abah untuk mengunci pergerakan saya.ternyata dua orang

dewasa yang sasa itu berjaya mematikan gerakan saya. abah menjerit pada mak

"piah cepat ambik tali kami dah tak boleh tahan lagi ni" jerit abah kecemasan

mak terburu buru kedapur.tak lama kemudian mak kembali dengan tali sebesar ibu jari kelingking kanak kanak.tali itu memang disimpan oleh mak untuk dibuat

ampaian kain. tali dicampakkan kepada wak hor.seperti spider malaysia david arumugam wak hor menyambut tali dari mak.lantas tubuh saya diikat kemas.ikatan itu

benar benar membuatkan pergerakan saya terhenti.

rumah yang tadinya diliputi kesedihan berubah secara spontan diselimuti kecemasan pula.

melihatkan suasana kembali tenang apabila saya telah diikat mak bertanya

"apa dah jadi ni bang?"mak bertanya dengan suara yang cemas

"ntahlah aku pun tak pasti aku rasa elok aku cari wak umar"jawab wak hor cemas

wajah wak hor masih terbayang kesakitan.

"aku pergi rumah wak umar. kau berdua jangan kemana mana tunggu dia"arahkan wak hor pada abah dan mak

wak hor segera keluar rumah kami mencari wak umar. wak umar ini adalah seorang dukun yang tinggal di rumah flat kami.dia tinggal ditingkat 7.

sesampainya dipintu rumah wak umar wak hor mengetuk pintu itu berkali kali dengan kuat dan cemas.tidak lama kemudian pintu dibuka. seorang tua berusia hampir

60 tahun tercegat di pintu yang telah dibuka.orang tua itu bertanya.

"kau hor mana ajis?"tanya mbah umar kepada wak hor

"saya datang ni sebab anak ajis lah.wak tolonglah ikut saya ada yang tak kena dengan anak ajis"wak hor berkata cemas

"apa yang tak kena? eh, kok yepun masuklah dulu macam tak biasa jer kat rumah saya ni"balas mbah umar kepada wak hor

"lain kali lah wak, anak ajis sakit macam dirasuk"wak hor menerangkan dengna nada cemas

"dah tau sakit nape tak dibawa kesini?"soal mbah umar kepada wak hor

"tak boleh wak ganas sangat hantu merasuknya. senak perut saya ditumbuknya. minta tolonglah wak tengok tengokkan "

"tak pelah biar aku siapkan kelengkapan dulu kau tunggu sekejap"balas mbah umar kepada wak hor.

pintu rumahnya dibiarkan terbuka mbah umar masuk kedalam mengambil keperluannya dan dimasukkan kedalam beg yang biasa dibawa untuk merawat pesakit.beg

yang mirip beg doktor.tanpa membuang masa songkok jawa dikenakan dikepala.berbaju taqwo potongan sunan kalijogo.lagaknya seperti pembesar istana dizaman

melangkah pergi kepintu.itulah pakaian uniform beliau apabila beliau pergi mengubat orang.

"mari kita pergi sekarang"sapa mbah umar kepada wak hor apa bila ia menghampiri pintu


wak hor yang masih tergamam melihat ketampanan dan kegagahan mbah umar melangkah terkejut dan tersedar dari lamunan nya. sebenarnya abah dan wak hor

memang kenal rapat dengan mbah umar.mbah umar ini selain pandai ilmu agama dia juga mempunyai kemahiran mengubat orang. dia tinggal dengan isteri dan dua

anaknya.pekerjaannya adalah sebagai tukang urut dan ramai orang datang berurut dengannya.malah abah dan wak hor pun kenal mbah umar kerana abah yang

pernah jatuh kapal pernah dirawat olehnya. malah mbah umar telah menganggap abah ini anak angkatnya.mbah umar telah menyerahkan sebiji batu hitam lonjong

kepada abah sebagai cenderamata darinya sebelum ia balik ke johor. batu itu jika dilihat seperti kayu namun apabila dipegang baru kita menyedari itu adalah

batu.saya masih menyimpan batu itu sebagai kenang kenangan dari arwah abah. sebagai tanda pengikat hubungan antara abah dengan mbah umar ayah angkat abah.

wajah mbah umar telah saya lupa.kami telah terputus hubungan selepas ia berpindah balik kampung dijohor.

abah pernah bercerita walau mbah umar ini telah berusia lebih 70 tahun tapi tubuhnya masih gagah lagi.kalau ia melangkah tidak boleh tidak manis dipandang manusia.
tubuhnya tidak melambangkan umurnya.struktur tubuhnya tersusun kemas.tak hairanlah ramai mak mak janda dan anak dara menyerah diri pada mbah umar.tapi

beliau yang tinggi ilmu agamanya tidak pernah melayan mereka semua. apabila mereka datang dengan alasan untuk berurut beliau hanya menyuruh orang rumahnya

yang mempunyai pengetahuan mengurut sepertinya mengurut perempuan gatal ini. mungkin sikap nya yang jujur pada tuhan dan keluarga membuatkan rumah

tangganya kekal.

abah pernah diberikan amalan yang diamalkannya.malah saya juga pernah terjumpa amalan yang mbah umar amalkan itu tertulis rapi didalam catatan abah. bila saya

tanya berkenaan amalan itu, abah hanya memberitahu belum masa untuk saya amalkan amalan itu. tapi malangnya sebelum abah meninggal dunia abah tidak sempat

mewariskan ilmu mbah umar itu kepada saya. kalau tak mesti saya ini tergolong golongan ganteng hehehhehehehe.

selain itu arwah abah pernah bersahabat dengan wak ali dizaman mudanya.setiap kali panglima salleh atau kiyai salleh turun ke singapura tidak boleh tidak beliau akan

menziarahi wak ali.insyaallah jika berkelapangan saya akan menceritakan kisah menarik wak ali.

malah abah juga yang amat suka merantau dan mudah mesra pernah menziarahi wak kandar johor.banyak kisah menarik yang pernah diceritakan oleh abah

berkenaan wak kandar johor.insyaallah jika berkelapangan juga saya akan menceritakan kisah wak kandar dari sudut pandangan abah.

kita berbalik kepada kisah tadi.............

mbah umar meninggalkan rumah nya terburu buru dengna wak hor. pintu nya ditutup sahaja tanpa mengunci ditinggal pergi. mungkin nanti isterinya yang didalam

rumah akan mengunci pintu itu dari dalam agaknya.wak hor tinggal bersama dua anak lelaki bujangnya seorang masih bersekolah dan seorang lagi telah bekerja selain

dari isterinya.

wak hor dan mbah umar berlari anak menuju kerumah kami.tidak lama kemudian mereka sampai kerumah kami.mereka berdua masuk.

mbah umar separuh terkejut melihat saya diikat seluruh badan.lebih lebih lagi apabila mimik muka saya minta dikasihani oleh beliau. lantas beliau bersuara,

"lepaskan budak tu"arah mbah umar kepada wak hor dan abah

abah dan wak hor berpandangan satu sama lain.melihatkan sikap wak hor dan abah mbah umar pergi kehadapan saya.melutut beliau membuka ikatan dimulut saya

yang kukuh diikat dengan gumpalan sapu tangan wak hor.selepas itu beliau membuka ikatan tali ditubuh saya.

mbah umar benar benar terpedaya dengan mimik muka saya yang benar benar menagih simpati.

abah dan wak hor pula hanya menyerahkan saya kepada mbah umar walau diwajah mereka jelas curiga dan sedang menjangka sesuatu diluar kawal.

merasakan tubuh saya telah bebas tanpa membuang masa saya telah memegang tangan kanan mbah umar.saya terus menyelinap dicelah ketiak kanan terus

kebelakang mbah umar.tangan mbah umar saya pulas kebelakang.saya terus menolak mbah umar.tubuh tua itu terdorong kehadapan.mbah umar yang benar benar

tidak bersedia dengan serangan itu mengaduh kesakitan kerana mukanya mencium lantai rumah saya.

saya terus meluru ke pintu. tanpa membuang masa mbah umar yang masih kesakitan melompat menerkam saya dari belakang.tangan kirinya dapat mencapai baju

saya. hampir robek baju saya dibuatnya.langkah saya terhenti akibat tarikan tangan mbah umar yang amat kuat.saya berusaha menuju kepintu juga.mbah umar

menarik pakaian saya dan saya terdorong kebelakang.sambil berdiri mencekak baju saya mbah umar menjerit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2012 05:46 PM | Show all posts
sambungan.........
"kunci pintu tu..........."abah dan wak hor berlumba lumba kearah pintu untuk mengikut arahan mbah umar

ketika mbah umar mengalihkan perhatiannya kepada pintu itu terasa ditangan kirinya pedih. akibat pedih yang amat sangat mbah umar mengalihkan perhatian kepada

tangan kirinya yang sedang mencekak baju saya.dilihatnya saya sedang menggigit lengan kirinya.melihatkan saya menggigit lengan kirinya bertambah pedih dirasakan

dan dia menjerit kesakitan.

tangan kanan nya diangkat keatas untuk menampar muka saya bagi melepaskan gigitan saya itu.menyedari dia yang cuba bertindak ganas saya terlebih dulu bertindak

lebih ganas lagi.saya melepaskan gigitan di lenganya darah terpercik dari lengan hasil gigitan yang telah saya buat.dengan pantas saya menuju kearah kakinya. dengan

kekuatan akibat dirasuk saya menarik kedua kakinya. akibat mbah umar yang tidak bersedia tersembam terlentang jatuh ia ke lantai. tanpa membuang masa saya

melompat tinggi dan menerkamnya.lehernya saya cekik sekuat hati.mbah umar sesak nafas. tubuhnya mula melemah kerana tidak dapat bernafas dengan sempurna.

ketika itu kelihatan mbah umar sangat ketakutan melihat wajah saya.wajah comel saya berganti ngeri . mata merah yang membesar hampir tersembul. muka pucat lesu

kehitaman.wajah yang benar benar menyeramkan siapa yang melihatnya.

melihatkan situasi cemas itu wak hor dan abah terus menagkap tubuh kecil saya.saya meronta ronta dan menjerit cuba melepaskan diri.semakin saya meronta dan

menjerit semakin kuat abah dan wak hor memegang saya.rontaan saya menjadi lemah.kesempatan itu mereka berdua gunakan sebaiknya untuk mengikat saya.mulut

saya diikat kembali supaya tidak cuba membunuh diri seperti tadi.

selesai saya diikat mbah umar menjerit

"jangan dilepas budak tu walau apa terjadi"jerit nya cemas

selepas diikat wajah saya kembali semula seperti sediakala. lebih mengharukan apabila mimik muka saya seperti minta dikasihani.membuatkan simpati siapa melihatnya

berlainan dngan wajah mbah umar, wajahnya kelihatan agak pucat ntah sebab takut atau sebab kurang nafas. terbatuk batuk dia membetulkan nafasnya yang semput

akibat cekikan ganas dan tak disangkanya.darah mengalir dari lengan kirinya.tangan kanannya cuba menahan aliran darah yang keluar dari tangan

kirinya.penumbuknya digengam erat menahan kesakita. kesakitan jelas terbayang diwajahnya. beliau bertanya kepada abah dan wak hor.

"ngape kau berdua tak bagi tau budak ni ganas sangat"katanya dengan marah kepada abah dan wak hor

"kan saya dah kata lagi dari rumah wak hor budak ni ganas"jawab wak hor kepada mbah umar

"kalau tak ganas lebih baik saya usung jer dia ni kerumah wak"tambah abah menguatkan hujjah wak hor

dengan nada yang mula merendah dan bersahaja mbah umar berkata"mungkin aku terlupa kot"

mbah umar mengambil sehelai kain putih dari begnya.dibalutnya luka ditangannya.selesai usai tangannya diikat kemas mbah umar menghalakan tangannya yang

terbuka kearah saya.matanya dipejamkan mukanya berkerut seperti mengalirkan kekuatan dalamannya kearah saya.ntah nak halau hantu yang merasuk kot.

balutan tangan kirinya itu mula kelihatan merah akibat darah yang mengalir. peluh membasahi tubuhnya .manik manik kecil menghiasi wajahnya. wajahnya

menunjukkan beliau sedang khusuk menghalau hantu dari tubuh saya.

saya pula tercengang cengang melihatnya yang seperti barry prima sedang berlatih tenaga dalam.seperti dalam filem lama indonesia siri jaka sembung yang popular

sekitar tahun 80an.ternyata tiada apa kesan pun yang berlaku keatas saya.

beliau yang agak keletihan membuka matanya.beliau menatap wajah saya kehairanan.

saya ketawa kecil melihatnya kehairanan.oleh kerana mulut saya masih diikat kemas ketawa saya kurang jelas kedengaran.

kelakuan saya itu benar benar menyakitkan hatinya.dia menghalakan kedua tangan nya yang terbuka dan menghalakan kearah saya.sekali lagi matanya dipejamkan

dan belau cuba mengarahkan seluruh tenaga dalamnya kepada saya.beberapa minit kemudian beliau membuka matanya.

sekali lagi beliau terpinga pinga melihat saya yang bersahaja.beliau mula bersuara

"piah bawakkan wak semangkuk air"suaranya jelas tapi lembut

seperti abah mak juga telah dianggap oleh nya anak nya juga selain itu juga wak sal begitu juga walau wak sal kurang rapat dengan keluarganya.jika kami datang

kerumahnya bukan takat ruang tamu dapur dan periuk belanga habis dibuka keluarga kami.seperti masuk kerumah kami sendiri.tapi bagi mbah umar itulah yang

disukanya. jika kami datang tidak sampai kedapurnya sewaktu balik dia pasti memasamkan mukanya.

mak saya yang dari tadi melihat kejadian tersebut hanya mampu membatukan diri mula tersedar dengan arahan mbah umar.tanpa membuang masa mak pergi kedapur

mengambil semangkuk air.dengan tergesa gesa mak membawa air kepada mbah umar.semangkuk air itu diletakkan dihadapan mbah umar yang sedang berhadapan

saya.mak kembali membatukan diri ditempat asal ia duduk.

sebaik semangkuk air diletakkan didepan mbah umar beliau telah mengambil beberapa biji limau purut dan sebilah badik dari beg nya.dihiris nipis limau itu .hirisan itu

dibiarkan jatuh keatas mangkuk berisi air.mulutnya tidak henti henti berkumat kamit ntah apa yang dibacanya.

tiba tiba ia bersuara.

"petang tadi ada kau bawa budak ni pergi berjalan jalan dibawah jis?"tanya nya tenang kepada ayah saya

"ada wak........"jawab abah ringkas

mbah umar terus melihat mangkuk air yang dihiris limau nipis itu.seperti ia sedang mencari maklumat dari air tersebut.tak lama kemudian ia berkata.

"ada hantu nak ambil budak ni sebagai anak angkat dia,hantu ni berkenan dengan budak ni.sebab tu budak ni tadi mati. hantu tu cuba mengaburi mata kita semua

supaya dia dapat mencuri budak ni dari kita.kau ni pun satu yang kau biarkan budak ni bermain colok cina tu buat apa.kalau kita orang tua memang lah kuat tubuh

kita tapi kot budak ni tak kuat lagi.lain kali jangan dibiarkan anak bermain tempat yang bukan bukan lagi lagi waktu senja waktu tu hantu sedang mula keluar mencari

rezeki mereka"terang mbah umar panjang lebar

semua yang mendengar penjelasan mbah umar meremang bulu roma nya.abah mula bersuara

"tapi saya tak bawak budak ni keluar waktu senja"jelas abah

"memang tapi yang kau bawak budak ni berjalan jalan kat tempat pemujaan cina mati tu pehal?"soalnya kepada abah kembali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 05:49 PM | Show all posts
sambungan..........
abah terdiam. mak merenung tajam seperti menyalahkan abah.nasib baik ada wak hor dan mbah umar kalau tak mesti abah puas dileteri mak.tapi apa nak buat

perkara dah terjadi.semua orang tak nak kena tapi dah terkena.malah mak juga tak pasti ntah nak panjatkan kesyukuran atau kesabaran keatas apa yang sedang

berlaku.walau apapun bagi mak saya yang sebegini lebih baik dari saya yang mati.walau sebenarnya mak tak pasti apakah perasaan yang sedang dialami

sekarang.tapi yang pasti semua dalam ketakutan.mbah umar terus bertanya.

"bila budak ni lahir"tanya mbah umar kepada abah

"dalam sejam lepas maghrib"jawab abah

"kalau macam tu kita kena selesaikan sebelum waktu tu kalau tidak..............."kata kata mbah umar terhenti seketika

"kalau tidak apa yang akan jadi"tanya wak hor dengan nada risau

"waktu kelahiran nya kemungkinan akan jadi waktu kematiannya"jawab mbah umar perlahan

"dah tu apa kita nak buat sekarang?"tanya wak hor cemas

"ntahlah aku dah cuba dengan segenap tenaga aku. tapi nampak gayanya hantu tu terlalu kuat.aku seumur hidupku tidak pernah menentang hantu sekuat ini"kata mbah

umar kecewa

jawapan mbah umar itu benar benar mengecewakan semua orang disitu.tiba tiba mbah umar bersuara lagi

"sekarang ni abang seperguruan ku yang bernama bakar ada disini.dia ni abang angkat ku ketika aku menuntut dipesantren.kau hor pergi kerumah aku minta dia

datang kesini sekarang juga.dia ni bukan takat lautan ilmu agamanya begitu juga ilmu dunianya mungkin dia boleh membantu"kata mbah umar kepada wak hor

kata kata mbah umar seperti memberi satu sinar harapan kepada kami semua. tanpa bertangguh wak hor pergi keluar rumah.mungkin untuk laksanakan apa yang

diperintah mbah umar.

tidak lama kemudian wak hor kembali kepada kepada kami.dengan bertemankan seorang tua belau masuk kerumah kami.mungkin itu mbah bakar yang

dimaksudkan oleh mbah umar.melihatkan mbah bakar masuk mbah umar lantas berdiri menyambut mbah bakar.kelihatan mbah umar bersalam dan mengucup tangan

mbah bakar.seperti seorang adik mengucup tangan abang lagaknya.

mbah bakar seperti tidak memperdulikan mbah umar yang menghormatinya dia terus menuju kearah saya yang sedang terikat kemas.dia berlutut membuka ikatan

ditubuh saya.

melihatkan perbuatan mbah bakar mereka disitu terkejut.pucat lesi muka semuanya.mungkin terbayang keganasan yang akan saya bawa selepas terlepas dari ikatan.

al maklumlah terorislah katakan. saya hanya membuat muka kasihan minta dilepaskan.ternyata perangkap yang saya cipta berjaya memperdaya mbah bakar.mbah umar menjerit ketakutan.

"jangan akang, budak tu ganas ya amat hatu dalam tubuhnya bijak menipu"tegah mbah umar kepada mbah bakar.

akang atau kang itu bermaksud abang dalam bahasa jawa. memang mereka ni orang jawa yang kepetangan ilmunya.maksud kepetangan pula adalah ilmu mereka

sudah hampir sampai tahap penamat.senang kata tinggi ilmunya

ternyata jeritan mbah umar tidak dipedulikan langsung oleh mbah bakar.beliau terus membuka ikatan mulut saya diikuti ikatan ditubuh saya. sekali lagi manusia

terpedaya dengan hantu yang ada dalam tubuh saya. peluang terlepas dari ikatan tidak disia siakan oleh saya. terus saya bangkit cuba menyerang mbah bakar.tapi

malangnya tubuh saya terdorong kebelakang melekat didinding.seperti ada yang menolak dan menahan tubuh saya didinding.saya menjerit sekuat hati untuk

melepaskan diri.

seperti kesekian kalinya apabila terlepas saja wajah dan seluruh tubuh saya akan berubah pucat kehitaman. muka saya berubah mengerikan. mata hampir tersembul

keluar. urat urat mata merah menambahkan lagi kemerahan mata saya.kecomelan anak kecil hilang bertukar wajah yang amat mengerikan.

seperti tiada apa apa yang berlaku mbah bakar menghampiri saya. tangan kanan nya diletakkan dikepala saya. mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu yang tidak

jelas kedengaran. saya terus menjerit kemarahan yang amat sangat. semakin lama jeritan saya semakin lemah . begitu juga halnya dengan tubuh saya. saya terjelepuk

kelantai.

tangan mbah bakar masih erat di ubun ubun saya. saya pengsan . melihatkan saya sudah terlentang lesu. tangan yang memegang ubun ubun saya digunakan mbah

bakar menyapu seluruh muka dan turun keseluruh tubuh saya. mbah bakar meminta segelas air kosong dari mak.

mak berlari kedapur mendapatkan air. tidak lama kemudian mak kembali dengna segelas air. gelas air diletakkan dihadapan mbah bakar.mbah bakar membacakan

sesuatu kepada air itu lantas diteguk nya dan disembur keseluruh badan saya.muka saya dicuci dengan air itu.saya perlahan lahan bangun.mbah bakar mula bersuara.

"budak ni belum betul elok tapi cukuplah buat masa ni"kata mbah bakar kepada kami semua.

"akang memang pantas dan hebat,sudah sewajarnya akang lebih dikasihi dari kami oleh pak kiyai"puji mbah umar kepada mbah bakar

"apa yang ada dalam dada aku ada dalam dada kamu. tapi malangnya kau ni terburu buru. ingatlah terburu buru itu adalah dari syaitan."sindir tegas dan tajam mbah

bakar kepada mbah umar

mbah umar yang sangat suka di puji terasa benar dengna sindiran itu.beliau menundukkan muka.jelas kelihatan diwajahnya tersipu sipu malu.

mbah bakar bersuara kembali

"asar telah rendah kita balik dulu . kau pun belum solat lagi kan?"soal mbah bakar kepada mbah umar

mbah umar tidak menjawab soalan mbah bakar sebaliknya dia tergesa gesa mengemaskan kembali peralatan perubatannya

mak yang dari tadi lebih banyak diamkan diri mula bersuara

"syam ni mcm mana?"soal mak dengan nada yang risau

"jangan risau nanti lepas isyak bawa dia kerumah kami"jawab mbah bakar kepada mak saya.

selepas mereka bersalaman mbah bakar dan mbah umar kembali kerumah.tergesa gesa mbah umar pulang sehingga beberaap biji limau tertinggal dirumah saya.

mungkin cuba mengejar waktu asar yang semakin rendah kot.

tidak lama kemudian along pulang ke rumah dari kelas fardhu ain.beliau kehairanan melihat saya yang agak pucat dan lebih banyak diam.selalunya bila along balik

saya akan menyambutnya dan along akan menyakat saya.along bertanya kepada mak.

"naper dengan syam ni mak"tanya along kepada mak

"dia sakit"jawab mak pendek

along terpinga pinga mendengar jawapan mak. akibat kehairanan berbagai soalan ditanyakan along. namun mak malas melayan karenah anak sulongnya.baginya

waktu ini dia hanya ada seorang anak yang benar benar perlu diseleaikan.begitulah sikap mak jika salah seorang dari kami sakit mak hanya memiliki anak yang sakit

itu.baik saya baik along.samalah sikap mak melayannya.sapa yang sakit itu dilebihkannya.bagi mak dia hanya memiliki dua orang anak apabila keduanya sihat atau

keduanya sakit.kalau tak seperti apa yang saya sebut sebelumnya hanya seorang anak dimilikinya.

melihatkan sikap along yang sebegitu rupa wak hor berkata kepada along

"man malamni tidur rumah wak nak tak?"soal wak hor pada along

"nak, nak, nak,"along menjawab keriangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 05:50 PM | Show all posts
sambungan.........
along gembira dan terus menyiapkan pakaiannya untuk bermalam dirumah wak hor.inilah peluang terbaik untuk bermain dengan rakan sepermainannya kak nor anak

wak hor. tidak ditaunya kak nor tengah demam, kalau dia tau nescaya enggan dia melangkah kerumah wak hor.

wak hor berkata kepada abah.

"malam ni biarlah sal jaga man kita tumpukan perhatian kita pada syam"cadang wak hor pada abah dan mak

mak dan abah hanya mendiamkan diri tanda bersetuju.sekurang kurang bila along di jaga wak sal ringanlah sikit beban yang sedang ditanggung oleh keluarga kami

melihatkan along dah siap sedia.wak hor berkata,

"mari ikut wak kita tidur rumah wak malam ni pergi salam dengan mak dengan abah"arah wak hor pada along apabila melihat along terburu buru mahu keluar rumah

tanpa mendapat izin mak dan abah

along yang terlupa terus bersalam dengan mak dan abah. mak dan abah menyambut salaman along selepas itu dengan gembiranya along meninggalkan kami semua

dan menunggu wak hor di luar pintu

untuk menunaikan solat asar maghrib dan isyak mak dan abah bergiliran. selepas selesai waktu isyak mak, abah dan saya pergi kerumah mbah umar seperti

dijanjikan.

sesampainya dirumah mbah umar wak hor telah menunggu kedatangan kami.kelihatanya ia sampai awal dan sedang menunggu kami. melihat kami masuk wak hor

tanpa segan silu berkata kepada kami

"langkah kanan korang sampai,nasi dah terhidang tunggu korang jer marilah kita makan sama"pelawa wak hor kepada kami

kami masuk dan bersalaman satu sama lain.

melihat mbah umar yang duduk berhampiran pintu menghadap nasi, saya terus menerpa kearahnya .mbah umar yang mungkin masih rasa kesakitan akibat gigitan saya

bingkas bangun separuh meloncat bersedia menghadapi tindakan saya seterusnya. kelihatan tangan kirinya masih berbalut kain putih akibat luka gigitan saya. langkah

silat dibuka dengan kemas. bunga tari silat dikeluarkan satu persatu.mungkin dia fobia dengan serangan ganas saya siang tadi kot.

kelakuan mbah umar membuatkan satu rumah terkejut dan panik.

ketika tangan kanannya menarikan ligat bunga silatnya saya terus menangkap tangan itu lalu mencium tangan tersebut. saya terus pergi kearah mbah bakar dan

menghulur tangan untuk bersalaman.mbah bakar tidak menyambut salam saya sebaliknya terus meletakkan dua tangan nya kebawah ketiak saya.lantas beliau

mendukung saya dan mengucup dua pipi saya.seperti seorang datuk mengucup pipi cucu kesayangan lagaknya.ciuman dia itu dibalas oleh saya dengan mencium mesra piipi nya.

mbah umar terpaku melihat aksi spontan mbah bakar dengan saya. langkah silatnya kaku terus tidak diteruskan dan tidak ditutup. tubuhnya kaku seperti ada sesuatu

yang tak kena.

mbah bakar pula memalingkan muka dari nya seraya berkata

"kan aku dah kata kau ni terburu buru simpan silat kau dan bersedia untuk musuh bukan untuk sahabat......."sindir mbah bakar tajam

mbah umar hanya mendiamkan diri tersipu sipu mukanya mendengar sindiran tajam tapi tegas mbah bakar. beliau yang sedang kaku itu terus menundukkan kepala

tangan kanan yang saya cium tadi digunakan untuk mengesat matanya yang tak gatal.sepertinya ia ingin menyembunyikan langkah silat yang baru dibuka.tapi semua

jelas kelihatan langkah itu. kami semua ketawa melihat kelakuan mbah umar itu.mbah umar hanya mendiamkan diri sepertinya tiada apa apa yang berlaku.

kami semua ketawa melihat aksi spontan mbah umar yang bersilat dan membuka keseluruhan langkahnya.ketika saya bertanya dengan mak kisah ini berkenaan

langkah apa yang dibukanya.mak hanya menjawab beliau kurang arif berkenaan langkah silat. tapi yang pastibeliau bukan buka langkah seribu.

kami ketawa berdekah dekah melihat mbah umar yang tersipu sipu malu.

ketawa kami terhenti apabila isteri mbah umar bersuara.

"apa lagi yang korang ketawakan tu mari makan semua"pelawa isteri mbah umar kepada kami semua

kami semua makan bersama sama seperti keluarga besar, dimalam itu kelihatan kedua dua anak mbah umar ada dirumah.mbah umar ni sebenarnya mempunyai 5

anak lagi tapi kesemuanya telah berkahwin dan tinggal dijohor.mbah umar ini sebenarnya adalah rakyat johor yang menetap disingapura.rumah yang diduduki ini

sebenarnya adalah rumah saudaranya yang tinggal ditempat lain.

mak terus kedapur pergi kepada isteri wak hor. memang dah jadi kebiasaaan masyarakat jawa kaum lelaki akan makan dahulu. manakala kaum perempuan hanya

makan selepas kaum lelaki habis makan.ini adalah satu didikan yang diajarkan oleh orang tua tua masyarakat jawa kepada anak anak perempuannya sebagai

menghargai kaum lelaki.

bagi masyarakat jawa kaum perempuan hanya akan makan sisa kaum lelaki sahaja.tapi memang berbaloi kaum lelaki masyarakat jawa dihormati oleh isterinya

sehingga tahap itu, ini kerana kebanyakan kaum lelaki masyarakat jawa sangat kuat bekerja dan sangat mementingkan keluarga mereka.

ketika makan saya telah makan dengan penuh selera sekali sehingga kan agak mustahil saya yang seusia itu boleh makan sebanyak itu. mbah bakar berkata dengan

mbah umar

"lihat tu betul kan aku katakan dia belum selesai lagi"kata mbah bakar kepada mbah umar

"tak per malam ni kita selesaikan insyaallah kita berdua mampu lakukan"jawab mbah umar yakin

selepas makan abah, wak hor, mbah umar dan mbah bakar bercerita di ruang tamu.saya berbaring diriba abah.kedua anak mbah umar hanya menonton tv dan tidak

mengikuti perbualan kami.walaupun keluarga wak hor dan abah sangat raapt dengan mbah umar namun demikian kelihatan anak mereka kurang mesra dengan

keluarga kami berdua.mungkin sebab perbezaan umur yang ketara mengakibatkan perkara ini agaknya.

ketika mereka bercerita kosong abah bertanya wak hor

"man,nor dan kak sal tak datang sekali ke"tanya abah ingin tahu

"mereka ada kat rumah,nasib baik nor dah kebah dari demam kot tak alamat man ajak balik punya,sekurang kurang bolehlah man bermain dengan nor, malam ni

biarlah man tidur rumah aku, lagipun seluruh pakaian untuk sekolah dan bukunya dah siap untuk esok"terang wak hor kepada abah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 05:51 PM | Show all posts
sambungan......
"betul tu jangan lah kau risaukan man tu"celah mbah umar kepada abah

abah hanya mendiamkan diri.kelihatan abah kurang berminat mendengar cerita kosong mereka.pemikiran abah lebih tertumpu kepada saya yang diribanya. ternyata

malam yang semakin larut hanya didisi dengan perbualan kosong mereka sahaja. tiada pun tanda tanda mbah bakar mahupun mbah umar berusaha untuk mengubat

saya.abah mula merasa tak selesa.

apabila malam telah benar larut mbah bakar bersuara.

"umar kau pergilah ikut mereka balik aku ada kerja yang perlu diuruskan untuk menyelesaikan apa yang tinggal pada budak ini"arah mbah bakar dengan nada lembut

kepada mbah umar.

mbah umar seperti keberatan untuk meninggalkan mbah bakar seorang diri menghadapi apa yang hanya mereka sahaja tahu.wak hor dan abah pula seperti hilang

keyakinan terhadap kegagalan mbah umar siang tadi.melihatkan mbah umar yang keberatan dengan tidak menjawab apa apa mbah bakar berkata.

"umar aku tahu apa yang kau fikir tapi aku masih rasa aku mampu menghadapi perkara ini seorang diri tapi aku janji sekiranya aku menghadapi kesukaran aku pasti

akan meminta bantuan kau kelak, percayalah"tutur mbah bakar yang cuba menyakinkan mbah umar.

barulah kelihatan wajah mbah umar yang agak cerah apabila mbah bakar berkata yang sedemikian rupa.tapi malangnya wajah abah dan wak hor masih lagi kelat

tidak yakin dengna kemampuan mbah umar.

mbah umar pun menyiapkan kembali peralatannya, dengan berpakaian kemas ia menunggu mak didapur yang rancak bersembang dngan isteri mbah umar,

melihatkan mbah umar dah bersedia abah melaungkan suaranya kedapur

"piah kita balik sekarang"laung abah kepada mak

dengan seketika itu mak pergi keluar dari dapur diikuti oleh isteri mbah umar.

melihat isterinya berjalan keluar mbah umar berkata kepada isterinya.

"apa apa yang diperlukan oleh kang bakar tolong siapkan dan jangan ganggu kerja dia malam ini"

isteri mbah umar hanya mengangguk kepala tidak menjawab.sepertinya ia tahu apa perlu dilakukan malam ini.

kami saling bersalaman untuk balik kerumah.kami beramai ramai menuju kerumah saya . kelihatanya seperti satu kumpulan rombongan pula dengan diketuai oleh

mbah umar.

sampai dirumah kami masuk dan berehat sahaja.cerita kosong dirumah mbah umar tadi disambung dirumah kami. mak menyiapkan kopi dan sedikit biskut untuk

kami semua. perbualan kami tertumpu pada masalah saya.dimalam itu mbah umar memang duduk di rumah kami untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang

mungkin akan berlaku pada saya.ntah apa yang akan berlaku kami pun tak pasti . tapi yang pasti mbah bakar telah menyuruh kami benar benar bersedia untuk hadapi

sebarang kemungkinan . ntah apa yang ia rancangkan pun kami tak tahu. walau apapun mbah bakar memang mengarahkan mbah umar membantu kami sekiranya

berlaku sesuatu yang luar kawalan.sehingga waktu itu setakat itu sahaja yang kami tahu.

dirumah mbah umar, mbah bakar mula solat hajat dua rakaat disatu sudut rumah. setelah usai solat hajat dan memanjatkan doa kehadratullah beliau mula bertafakur

memejamkan matanya.

cerita saya selanjutnya ini sebenarnya diceritkan oleh mbah umar kepada mak saya.mbah umar pula mendapat kan kisah ini dari mbah bakar dan dirinya sendiri yang

melalui kisah ini. saya akan cuba memperincikan setepat mungkin kisah dalam alam ghaib ini yang saya dapat dari mak saya.setakat mana kesahihan kisah ini tidak

dapat saya pastikan.ini kerana cerita ini adalah dari mulut kemulut dan tidak dilihat oleh saya sendiri walau apapun ikuti kisah selanjutnya

dalam tafakurnya beliau terasa dirinya berada disuatu alam yang lain. gelap,panas , mengharubirukan perasaan. itulah perasaanya ketika bertafakur.situasi yang tidak

selesa itu sudah cukup untuk menunjukkan alam itu didiami oleh jin yang kurang elok sifat dan sikapnya.mbah bakar berjalan tanpa hal tujuan dialam itu.dia berjalan

dan terus berjalan ntah apa yang dicarinya hanya dia yang tahu.

sehinggalah beliau melihat sebuah istana yang tersergam indah.dihampiri istana tersebut.dilihatnya istana tersebut dibina dari susuanan tulang yang amat

hodoh.sebahagian tulang itu masih terlekat daging padanya menghasilkan bau yang benar benar tidak enak seperti bangkai.

beliau terus masuk ke dalam istana tersebut.kelihatan terlalu ramai manusia di dalamnya.beliau menghampiri kumpulan itu. apabila dihampirinya ternyata kumpulan

manusia itu sebenarnya adalah kumpaulan jin yang amat buruk.berbagai rupa dan wajah terdapat dalam kumpulan jin itu.

beliau dengna tenang pergi berjalan dalam kumpulan itu. melihatnya seorang manusia, jin jin itu menjauhi dirinya. dia yang keseorangan itu di kelilingi oleh jin yang

amat ramai. sampai disatu sudut beliau berhenti. dihadapannya terlihat saya yang sedang dipangku oleh jin yang amat besar dan hodoh.jin itu duduk diatas kerusi yang

disusun dari tulang belulang. mata kiri jin itu telah hilang dan dari lubang mata itu kelihatan ulat bermain main kearah pipinya. di mukanya terdapat darah dan nanah

akibat kulitnya yang dah mula membusuk.baunya tidak ubah seperti bangkai yang amat busuk.kelihatannya sepertinya jin itu duduk seperti raja. tubuhnya cengkung

tidak berbaju dan jelas kelihatan tulang didadanya. kelihatan susunan giginya yang putih dan sebahagian gigi kelihatan melekat di rangka kepalanya..

jin itu seperti menunggu kehadirannya yang bersahaja.mbah bakar terus menuju kearah jin itu.dan tidak jauh dari jin itu mbah bakar terus bertempik

"serah kan anak itu kepada ku"jerit mbah bakar kepada jin itu

jin itu hanya ketawa berdekah dekah melihat mbah bakar yang kerdil dan keseorangan itu dengan berani mengarahkannya.dalam ketawa yang tidak berhenti dia

berkata.

"kau nak ambil anak ku ini............"dia terus ketawa semau maunya

"jangan kau nak mengarut dia anak sahabatku bukan anak mu"nafi mbah bakar kepada jin itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 05:53 PM | Show all posts
sambungan.....
"sebelum ini dia anak sahabatmu tapi sekarangdia anak ku......."jawabnya sambil ketawa dengan lebih dahsyat lagi

"aku pasti akan menamatkan riwayatku jika kau enggan menyerahkan dia kepadaku"ugut mbah bakar kepada jin itu.

ternyata ugutan itu menghentikan gelak tawa jin itu.kelihatannya jin itu benar benar marah.dia berdiri dari kerusi tulangnya.diletakkan saya dengan cermat dikerusi

tersebut.dia trurun dari singgahsananya perlahan lahan. kemudian dia berkata dalam situasi hening sunyi itu.

"sekarang kau keseorangan sedang aku bersama sama kawanku pasti akan menamatkan riwayatmu"ugut dia dalam kemarahan yang amat sangat

"baiklah tunjukkan kehebatan mu kita lihat siapa yang akan menamatkan siapa diantara kita"cabar mbah bakar dengan tenang

tanpa membuang masa jin itu menghulurkan tangannya yang kurus kering dan diliputi sebahagiannya dengan kulit dan tulang menghalakan kearah mbah bakar. tiba

tiba angin menderu laju meniup kearah mbah bakar.mbah bakar berdiri utoh menahan diri dari angin tersebut.perlahan lahan jin itu menaikkan tangannya.tubuh mbah

bakar terangkat keatas seperti terapung diudara.

dalam situasi cemas itu mbah bakar menurunkan tangannya menghala ke bawah. jari telunjuknya di luruskan ketanah. perlahan lahan dia turun kebumi.

jin itu telah menarik kedua tangannya dan menolak kedua tangannya yang terbuka kearah mbah bakar. kelihatan tubuh mbah bakar hilang kawalan dan terdorong

kebelakang.mbah bakar terjatuh dan tersungkur kebumi.setiap kali mbah bakar cuba bangun beliau gagal kerana angin yang amat kuat seperti mengunci

pergerakannya.

kelihatan walau mereka tidak beradu tenaga secara dekat namun terdapat peraduan tenaga yang amat hebat di antara mereka berdua.

melihatkan mbah bakar seperti terdesak kesemua jin yang ada disitu bersorak riang melihatkan pertembungan itu sedang dikuasai oleh ketua mereka.

perlahan lahan mbah bakar memanggil nama adik angkatnya.namun tiada siapa pun yang mendengarnya walau dirinya sendiri.suara angin yang amaat kuat dan suara

jin yang gembira melihat dirinya tumbang membuatkan suara itu tenggelam.seperti telur dihujung tanduk lagaknya keadaan mbah bakar ketika itu.

.................................................. .....................

di waktu yang sama dirumah saya secara tiba tiba tubuh saya jatuh ke lantai.semua orang menjadi cemas. kelihatanya saya seperti diserang sawan tarik. mulut saya

mula berbuih dengan banyaknya.dari hidung, telinga dan mata mengeluarkan darah. mata saya seolah tersembul keluar menahan sakit.seluruh tubuh saya kejang.dan

menggigil dengan teruknya.

melihatkan situasi cemas itu mak, abah, wak hor dan mbah umar mengelilingi saya. terpancar kerisauan diwajah mereka semua.mbah umar yang pandai dalam ilmu.

perubatan tidak mampu melakukan apa apa.wak hor dan abah hanya mampu pasrah sahaja.mak pula tak henti henti menangis melihat keadaan saya yang semakin

tenat. seperti nya saya sedang menghadapi sakratul maut.sungguh tersiksa tubuh kecil itu.

tiba tiba mbah umar berkata sesuatu

"akang saya datang sekarang......."kata mbah umar dalam keadaan cemas

mbah umar terus mengambil sejadah di tepi pintu dan mula solat hajat dua rakaat.setelah usai solat doa dipanjatkan kepada tuhan mohon keselamatannya untuk beliau

mengembara di alam ghaib yang penuh cabaran.sehabisnya beliau cuba membuka deria perasaannya sebagai permulaan pergi kealam ghaib.beliau memejamkan mata.

keseluruhan mukanya di hiasi manik manik peluh.

.................................................. .........................

di alam jin itu mbah bakar kelihatan sangat terdesak.tubuhnya semakin lemah dilumpuhkan oleh angin beracun dari jin itu.seluruh jin bergembira melihat mbah bakar

tewas ditangan ketuanya.kelihatan kemenangan di tangan ketua mereka.

tiba tiba menjelma tubuh mbah umar dibelakang ketua jin itu.melihatkan mbah bakar yang sedang terdesak kesakitan membuatkan mbah umar naik angin.peluang dia

yang dalam posisi dibelakang jin tidak disia siakan. beliau telah melepaskan satu penumbuk padu yang tepat kebelakang kepala jin itu.malangnya jin itu tidak bergerak

seinci pun.namun angin ribut beracun itu berhenti secara tiba tiba.

kelihatan jin jin yang lain menjadi kecoh.mbah umar pergi kearah saya menaiki singah sana jin itu.tanpa disangka tubuh ketua jin itu luruh keseluruahnnya. kelihatan

tubuh itu membentuk bukit longgokan tulang dan anggota badannya. perlahan lahan bukit itu terbakar dan apabila mati api nya abu bukit menghilang sedikit demi

sedikit.

mbah umar menghampiri saya dan mengambil saya dari kerusi singah sana jin yang baru tertewas itu. didukungnya tubuh saya dan pergi ia berjalan kearah mbah

bakar yang sedang kesakitan.apabila sampai mbah umar kepada mbah bakar mbah umar menyerahkan saya kepada mbah bakar.mbah bakar yang sedang sakit itu

tak disangka sangka berdiri gagah menerima saya.

kelihatan jin jin lain itu sangat marah.mbah umar menjerit

"aku tak mempunyai urusan dengan kalian lebih baik kalian lepaskan kami atau aku akan buat kalian sekalian seperti ketua kalian"jerit mbah umar kepada jin jin itu.

ternyata kata kata mbah umar itu tidak menakutkan jin jin itu.jin jin itu semuanya menyerang kami beramai ramai.dalam situasi cemas itu mbah umar berlutut kebumi

dan menepuk bumi 3 kali.tiba tiba keluar cahaya yang amat terang dari bumi.kegelapan alam jin itu diterangi dengan sinar terang cahaya itu.habis sekalian jin itu

terbakar terkena cahaya yang keluar dari bumi.

kehadiran mbah umar yang sering menerima sindiran dari mbah bakar diwaktu itu tidak ubah seperti wira yang menjelma ketika kecemasan.mbah bakar berkata kepada mbah umar.

"aku rasa baik kita tinggalkan tempat ini."mbah bakar memberikan cadangan

"baiklah saya serahkan akang untuk membawa syam balik saya terlalu letih,terlalu banyak tenaga saya gunakan tadi"mbah umar memberikan persetujuan.

.................................................. .......................

dirumah kami kelihatan buih yang pekat keluar mula berhenti keluar dari mulut saya.mata saya yang agak tersembul hampir keluar kembali pulih. darah yang keluar

dari lubang telinga,hidung dan mata mula berhenti . malah suhu badan yang panas mula menjadi sejuk kembali. saya pengsan . mak, abah dan wak hor menyangka

saya telah mati . abah memegang tangan saya untuk merasa nadi wak hor menekapkan telinganya kedada saya. mereka berpandangan sambil tersenyum.

tiba tiba mbah umar membuka mata dan bersuara

"al hamdulillah semua nya telah selamat"katanya memanjatkan kesyukuran

tidak lama kemudian saya terjaga. kerana baju saya dibasahi darah mak terpaksa mandikan saya dimalam itu. pada mulanya abah melarang. tapi mbah umar

mengizinkan.

keesokan pagi nya kecoh dikalangan cina yang menyambut hari pemujaan roh kerana dimalam itu secara tiba tiba angin datang menderu deru

persoalannya apakah kaitan angin yang dialami oleh kami bertiga dengan angin yang cina cina itu alami . yang pastinya percayalah di suatu sudut dunia ini, di suatu

sudut yang tiada kita ketahui, wujud satu alam yang tidak dapat dicapai oleh aqal pemikiran manusia dikatakan tidak wujud kerana lemahnya aqal dan pancaindera kita untuk mencapainya..............

seperti yang saya sebutkan diatas kisah alam ghaib ini ibu saya menceritakan berdasarkan cerita dari mbah umar.saya cuba menceritakan dengan tepat.saya terlalu

muda ketika itu untuk mengingati apa yang sedang berlaku kepada diri saya

ketika ibu habis menceritakan kisah ini kepada saya mak dengan tangisannya meminta saya supaya kuat kuat beramal ibadat dengan tuhan kerana ini adalah peluang

kedua dalam hidup saya sebenarnya............

tamat...............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2012 07:38 PM | Show all posts
fuhh seram cerita kat sini, aku suka baca. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2012 03:45 PM | Show all posts
fuhh seram cerita kat sini, aku suka baca. hehehe
kirakekuri Post at 25-5-2012 19:38


terima kasih kirakekuri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2012 06:14 PM | Show all posts
Cerita En. Nazim5123  (Kisah Ke11)



Tempat = kuala kurau
Masa = malamlah bila lagi hantu selalu jelma ahak ahak ahak
Ahli = allahyarhamah ibu saudara kepada allahyarhamah nenek saudara saya belah mak saya ,allahyarhamah suami dia
suspek hantu = hantu bidan nak tau lebih jelas baca dulu weh

sebelum ini saya telah menceritakan kisah ni sekerat namun untuk memudahkan pembacaan para forumer saya kumpulkan kisah ini disini sekali semua harap forumer sudi membaca kisah ini

walau apapun saya ingin meminta maaf kepada forumer kerana kesibukan saya kebelakangan ini telah merumitkan forumer untuk membaca kisah ini

sebenarnya saya ingin cerita kisah terakhir pengalaman seram yang berlaku dalam diri saya. namun demikian oleh kerana kisah tersebut agak panjang dan masa saya yang kurang mengizinkan saya tulis kisah lain dulu.walau kisah ini mungkin tidak berlaku pada diri saya tapi berlaku kepada orang orang tua kami yang lepas.

kisahnya bermula ketika allahyarhamah ibu saudara kepada allahyarhamah nenek saudara saya belah mak saya saya namakan cek leha. kisah ni berlaku ketika beliau sedang mengandung sulung .senang cakap beliau mengandung anak pertama.

pada malam tu cek leha dah nak beranak .oleh sebab beliau dah nak terberanak sangat suaminya yang saya namakan pak teh jelah pergi mencari bidan.zaman tu tak macam zaman sekarang .kot zaman sekarang senang dah ada rumah sakit korban lelaki zaman tu mana ada semua tu.


oleh kerana bini dia dah nak beranak suka tak suka malam tu dia kena gak redah malam walau sebenarnya waktu tu memang tengah malam pun.

bila dia nak bukak pintu untuk turun tiba tiba kat bawah ada suara orang ucap salam

"assalamualaikum" suara misteri mengucap salam

pak teh yang kehairanan terus menjawab salam

"waalaikum salam sapa tu?"

pak teh terus membuka pintu dengan membawa pelita ditangan.sebaik pak teh membuka pintu kelihatan seorang perempuan di depan rumah.melihatkan perempuan itu pak teh terus turun menghampiri perempuan tersebut. dengan berbekalkan cahaya pelita yang menerangi malam yang gelap pak teh dapat melihat wajah perempuan separuh umur.melihatkan perempuan itu pak teh sangat gembira dan berkata.

"eh bidan bedah elok lah tu bidan datang rumah saya kebetulan leha dah nak bersalin dah"kata pakteh kepada perempuan itu

"tu sebab aku datang........"jelas bidan bedah kepada pakteh sambil ketawa kecil

"tapi mcm ner mak bidan boleh tau bini saya dah nak bersalin"tanya pak teh kehairanan

"ishhh... akuni kan bidan mana mungkin aku tak tau orang kampung ni dah nak bersalin"bidan bedah mematikan keraguan pakteh dengan nada sindiran

"beul jugak yer.dah lah cepatlah mak bidan bini saya betul betul dah nak bersalin jemputlah naik buatlah apa yang patut"kata pakteh dengan nada kecemasan

seperti orang mengantuk disorong kan bantal belum dipanggil dah datang.dalam waktu kecemasan pula.mereka berdua terus naik kerumah.ketika sampai keatas rumah bidan leha sentiasa ketawa kecil dan berkata kepada pak teh

"mana orang rumah kau ni"kata bidan bedah sambil ketawa kecil

"dalam bilik mak bidan masuk lah" pelawa pak teh

"kau pergi dulu kedapur dapatkan aku air panas aku nak uruskan bini kau ni"kata bidan bedah sambil ketawa kecil.

ntah apalah yang diketawa tak tahulah mungkin sebab melihat gelagat pakteh yang baru nak sambut bayi pertama kot. kelam kabut sangat. orang yang dah sepuluh anak pun tak kelam kabut mcm dia ni.

pak teh pun menuju kedapur meninggalkan bidah bedah yang tak habis habis ketawa kecil.dalam hati pakteh betul meluat tengok bidan bedah yang senantiasa ketawa kecil. langsung tak simpati dengan dirinya yang benar benar kecemasan.

tiba tiba ketawa bidan bedah bertukar kepada jeritan yang memekakkan telinga.pak teh pun terus memalingkan muka kearah bidan bedah.kelihatan bidan bedah berlari ketakutan diruang rumah. tak henti henti dia berpusing. ntah apa yang ditakutkan tak tahulah.cuma yang pelik setiap kali bidan bedah melalui hadapan pintu bilik cek leha bidan bedah akan menjerit lebih kuat lagi.


bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2012 06:15 PM | Show all posts
pak teh kehairanan yang amat sangat dan berkejar kearah bidan bedah.namun kehairanan pak teh berubah jadi ketakutan dan keseraman yang amat sangat.mau tak nyer bila dilihatnya muka bidan bedah berubah sedikit demi sedikit menjadi wajah yang amat hodoh. kulitnya bidan bedah yang putih mulanya berubah menjadi hitam berkedut.matanya tersembul merah seperti biji saga.mulutnya yang asal bergigi bersih berubah hodoh dan tidak bergigi penuh.lebih menakutkan beberapa batang gigi berubah seperti taring harimau.pakaiannya yang mulanya elok menjadi compang camping. rambutnya yang hitam tiba tiba menjadi putih beruban sampai melepasi punggung.mengerbang akibat lariannya yang tak henti henti.lebih menakutkan bila bidan bedah berlari keliling dalam rumah.

waktu itu pak teh hanya mampu pasrah sahaja tiada apa mampu dkatakan dan dilakukan.hanya mampu melihat wajah seram yang sedang berlari tak tentu arah.

nasib baik ketika bidan bedah melihat salah satu tingkap yang terbuka itu bidan bedah terus melompat keluar tingkap dan terbang entah kemana............

"bang apa bising bising kat luar tu cepatlah cari bidan bedah leha dah nak bersalinni"suara mak leha dari dalam bilik menjerit kesakitan

pak teh yang tergamam terkejut dengan suara bini nya.beliau terus menghampiri cek leha didalam bilik.......................

pak teh yang tergamam terkejut dengan suara bini nya.beliau terus menghampiri cek leha didalam bilik.......................

kelihatan dimatanya cek leha yang sedang kesakitan yang hendak melahirkan anak.sebaik cek leha melihat pak teh cek leha bertanya

"mana bidan bedah bang leha dah tak tahan lagi ni nak bersalin?"kata cek leha dalam nada menahan sakit

"nantilah abang pergi panggil dia"kau tunggu yer abang kerumah dia.

"tadi apa yang bising bising kat luar tu?"tanya cek leha kepada pak teh

"tak der apa apa"sahut pak teh pendek

ternyata pak teh cuba menyembunyikan apa yang terjadi kepada cek leha yelah dalam situasi macam tu sudah pasti pak teh taknak menakutkan dan merisaukan cek leha betul tak?

jawablah betul hehehehhehe

pak teh terus meninggalkan cek leha dibilik seorang diri.dia terus keluar kerumah dan menuju rumah jiran yang terhampir sekali.jarak rumah itu adalah sekitar 100 meter dari rumahnya.

memang tak dinafikan pak teh sangat berat hati meninggalkan cek leha.lebih lebih lagi setelah kejadian yang baru berlaku tadi. tapi apa yang mampu dibuatnya lagi, hanya pasrah berdoa dan berserah sahaja kepada allah supaya semua dalam keadaan selamat.

beliau kelihatan berlari lari menuju rumah tersebut.sayup sayup kelihatan rumah itu dari jauh dalam kepekatan malam.sebiji lampu sentir yang sayup kelihatan dikeheningan malam menjadi panduan kepada pak teh untuk menuju rumah tersebut.

dengan bertemankan obor api dari daun nyiur yang tua sebagai penyuluh kegelapan malam pak teh mengharungi malam yang gelap gelita. tergesa gesa langkahnya menuju rumah itu.

sebaik sampai kerumah itu beliau terus melaungkan kerumah tersebut

"mat, mat, aku uteh tolong bukak pintu sekarang"jerit pak uteh kecemasan

mendengar tiada pergerakan didalam rumah pak uteh menjerit lagi

"mat aku uteh mat, leha dah nak bersalin dah, cepatlah bukak pintu"jerit pak uteh sekali lagi

tidak lama kemudian terdengar suara orang didalam rumah itu.dan kedengaran juga bunyi langkah memijak lantai rumah tua itu dikelopak telinga pak uteh.

cahaya lampu sentir beralih dari ruang tengah rumah menghala kearah pintu. tersembul dua wajah dari pintu itu.sepasang suami isteri yang masih muda.

"ada apa bang uteh terjerit jerit macam dikejar hantu jer?"soal mat kepada pak uteh dengan nada separa marah

"mat bini aku dah nak bersalin aku nak pergi rumah bidan bedah kau tolonglah malamni dengan bini kau jaga bini aku"jawab pak uteh dalam keadaan cemas.


bersambung................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2012 06:16 PM | Show all posts
suaranya masih mengekalkan nafasnya yang sesak.mungkin perjalanan nya yang separuh berlari membuatkan nafasnya sesak.

"takperlah bang uteh nanti kami susul kesana bang uteh pergilah jempat bidan bedah dulu yer"kata semah isteri kepada mat

mendengar persetujuan semah tanpa membuang masa pak uteh terus meninggalkan rumah itu.berkejaran dia kerumah bidah bedah.

mat dan semah pula melihatkan pak uteh yang meninggalkan mereka terus masuk kedalam.

mat berkata"apalah abang ipar awak ni malam malam mengacau jer kita nak tidur pun susah"

semah menjawab"tak baik bang cakap macam tu ini hari dia hari kita tak tau lagi"dengan nada memprotes

selepas mengemaskan beberapa keperluan mereka mat dan semah terus pergi kerumah pak uteh untuk menemankan leha

berbalik kita kepada kisah pak uteh...........

pak uteh berlari selaju lajunya kerumah bidan bedah. di kepalanya masih terbayang kisah seram yang baru berlaku tadi. baginya nasib baik tiada apa yang buruk berlaku kepada dirinya dan cek leha

malam cuaca agak tidak menyebelahi pak uteh. langit berarak mendung. bintang hilang tidak kelihatan.bulan tidak memunculkan diri. angin sentiasa bertiup. pokok yang dilaluinya membuai ditiup angin.

kalau tak demi leha memang tak diredahnya malam itu. obor ditangannya yang digunakan menerangi jalan yang dilalui. menari nariapi obor itu ditiup angin.

ketika beliau berlari sayup sayup kejauhan dilihatnya 3 lembaga putih berterbangan menghalang perjalanannya dihadapan

meremang bulu roma pak teh dah lah dirumah tadi kena mcm tu kat jalan pula kena mcm ni. kalau lah tidak kerana leha lebih baik rasanya malam ini dia peluk leha dirumah dari meredah malam yang tak tentu ini.

tapi semuanya dilakukan demi leha, isterinya yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak pertamanya.

melihatkan lembaga itu, demi leha diredahnya juga bagi pak teh bujur lalu melintang patah.remangan bulu roma dileher dan seluruh badannya bukan lagi mendatangkan ketakutan pada tubuhnya.tetapi hanya membuat kan amarahnya melonjak tinggi.

baginya benda 3 ekor yang cuba menghalangnya perlu di ajar. pak teh terus melangkah kearah 3 lembaga yang menghalang perjalanannya. kelihatan lembaga putih itu melompat lompat dan menari nari sayup kelihatan dihadapannya.

pak teh dengna bertemankan obor nyiur tua terus menuju kehadapan. dihati kecilnya agak terkilan kerana lupa ia untuk menyisipkan parang di pinggang ketika keluar rumah. mungkin keadaannya yang amat kelam kabut tadi membuatkan dia terlupa akan parang yang sentiasa menemani dirinya dalam perjalanan. kalau tidak pasti ketiga lembaga itu pasti akan merasa ketajaman parangnya yang tertinggal dirumah.

ketika menghampiri lembaga itu kelihatan lembaga itu cuba menjauhkan diri darinya. setiap kali dihampiri setiap kali itu juga lembaga itu menjauhi diri pak teh.namun apa yang mengecewakan pak teh lembaga itu masih atas landasan perjalanannya untuk kerumah bidan bedah.

pak teh terus berkejar kerumah bidan bedah. dan lembaga itu terus terusan berada dihadapan perjalanan pak teh. sesekali terfikir juga oleh pak teh sepertinya dia bukan menuju kerumah bidan bedah tapi sedang mengejar lembaga tersebut.

sesekali pak teh dapat melihat dengan jelas lembaga itu berambut putih panjang kusut masai dan berpakaian compang camping putih yang agak kotor.

perbuatan ketiga tiga lembaga itu benar benar menaikkan amarah pak teh yang benar benar kecemasan diwaktu itu.

namun sekali lagi nasib tidak menyebelahi pak teh. ini kerana secara tiba tiba obor yang pak teh bawa telah sampai kepenghujung berkhidmat menerangi perjalanan pak teh ketika itu. sedikit demi sedikit obor yang berapi besar itu mengecil apinya.begitu juga kecerahan disekeliling pak teh mula menggelap ditelan kegelapan alam diwaktu itu.

sehinggalah kemuncak kegelapan tiba apabila obor yang menyala mula padam yang tinggal hanya lah bara seperti puntung rokok nipah yang selalu dihisapnya ketika sengang.

pak teh mula menyumpah nasib yang tidak menyebelahinya. lebih malang lagi apabila lembaga itu mula berani dengan menghampiri pak teh dan terbang diatas kepala pak teh.

pak teh hanya mampu meneruskan perjalanan dengan dipayungi tiga lembaga itu. kadang kadang difikirannya terfikir lebih baik tak payah mereka bertiga susah susah menjelma dari memayungkannya.


bersambung........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2012 06:17 PM | Show all posts
lebih malang lagi ada kalanya lembaga putih itu terbang terlalu rendah dikepala pak teh sehingga mmapu digapai oleh tangan pak teh. ada kalanya mereka sengaja terbang dihadapan pak teh seperti menghalang perjalanan pak teh untuk pergi kerumah bidan bedah.

melihatkan 3 lembaga itu semakin melampau dengan tekad dan tidak disangka sangka ketika salah seekor lembaga itu terbang menghampiri kepala pak teh beliau telah meloncat tinggi dan cuba menggapai pakaian lembaga itu.

ternyata usaha pak teh berhasil mengapai pakaian lembaga itu dan sebagian pakaian nya rabak ditarik tangan pak teh yang sasa. kedua kaki pak teh menjejak kemas di bumi sebaik mendarat dari lompatannya. pak teh berdiri gagah meramal segala kemungkinan.

melihatkan pakaian salah seekor dari hantu itu rabak di tangkap pak teh ketiga tiga ekor hantu itu menjadi marah. ketiga tiga hantu itu mengepung pak teh dan mengacah acah untuk menyerang pak teh.

dengan tenang pak teh membuka langkah dan mengemaskan kuda kudanya. al maklumlah pak teh ni guru silat di kampung nya. sambil melihat kekanan dan kekiri ekor mata pak teh tidak henti henti melihat lembaga dibelakangnya setiap kali pak teh melihat kekanan dan kekiri. rabakan kain hantu itu di pegang kemas dengan tangan kanannya.

melihat kan dirinya telah terkepung pak teh berkata kepada kepada ketiga tiga lembaga itu"kalau bukan geruh ku sampai malam ini aku akan pastikan geruh kau semua sampai malam ini,"

tiada jawaban pun dari ketiga hantu itu, ketiga tiganya terus mengepung pak teh dan sentiasa mengacah acah untuk menyerang pak teh.

malah menurut arwah nenek saya pak teh ini pernah ketika mudanya dengan tangan kosong mengalahkan 6 orang yang bersenjata parang.yang lebih menghairankan tiada secarit lukapun dibadannya. manakala yang enam orang itu habis pengsan dikerjakannya.malah pak teh ini bukan sembarangan orang beliau berkemampuan bergaduh ditempat gelap seperti bergaduh ditempat terang

ntah apa ilmunya tak taulah nak ditanya orangnya dah takder kalau tak mungkin saya dapat berkongsi ilmunya dengan para forumer sekalian

tapi itu dengan orang. masalah sekarang saya pasti tok guru dia tak pernah ajar dia cara nak bertempur dengan hantu.......

itulah antara persoalan yang saya tanyakan kepada nenek saya ketika beliau menceritakan kisah ini kepada saya

nasib baik nenek tak cakap belum sempat diajar bertempur dengan hantu tok guru dia ninggal hehehehhee kot tak mesti haru..........

ok kita balik kembali kepada cerita pak teh..........

seperti mana yang sudah dijangka lembaga dibelakang pak teh mula menerkan pak teh. oleh kerana pak teh telah menjangka serangan dari lembaga itu pak teh dengan tenang mengelak kekiri. lembaga yang menerkam itu terlajak.

tapi malangnya elakan pak teh yang kekiri itu mendorong tubuhnya menghampiri hantu disebelah kirinya. pak teh menyedari hal itu. beliau terus melihat kekirinya. ternyata hantu disebelah kirinya telah mengambil kesempatan itu dengan menerkamnya.

oleh kerana jarak pak teh yang terlalu hampir dengan hantu itu maka pak teh benar benar tidak sempat untuk mengelak terkaman dari hantu itu. sebaik tubuh nya dilanggar hantu itu beliau jatuh terlentang dibumi.

tanpa membuang masa lembaga itu terus menerkam pak teh lagi. tapi adat pendekar yang penuh ilmu didada rebah bukan bererti kalah. rebah adalah waktu yang sesuai untuk menyusun langkah.

pak teh terus menarik kakinya dan menanti terkaman lembaga putih itu. ketika lembaga itu menghampirinya beliau terus menendang tepat kemuka lembaga itu. tendangan pak teh tepat kemuka lembaga itu. terasa dikakinya dapat menghentak muka lembaga itu dengan amat kuat. kalau musuh biasa tak boleh tidak pasti akan tumbang akibat kuatnya terajangan pak teh itu.

tapi malangnya walau telah terasa agak sedikit sakit dan pedih dikaki pak teh namun hantu itu seolah olah tidak terasa dengan tendangan pak teh kemuka dia. hantu itu terus menyerang pak teh dan duduk diatas badan pak teh.

pak teh yang separuh terkejut hanya mampu memegang muka hantu itu. ketika dia memegang dirasanya muka hantu itu hanya rata dan tidak bermata mulut dan tidak berhidung. dirasanya juga dengan tangannya kulit hantu itu lembut seperti baldu.

sebab itu saya percaya dengan satu kisah sorang forumer yang menceritakan kisah seramnya adakalanya cik pon ini menjelma hanya dengan muka yang rata. sebab ciri ciri cik pon yang diceritakan nya hampir sama dengan kisah ini pak teh ini.

hantu yang berjaya duduk diatas badan nya terus menggomol muka pak teh. hal ini mengakibatkan pak teh semakin sukar untuk bernafas. nasib baik tangan hantu itu dirasanya seperti muka hantu itu tidak berkuku tajam. kalau tak alamat robek muka dan dadanya digomol hantu itu.

dirasanya ditangan kanannya rabakan kain itu sentiasa ditarik tarik dari tangan nya. ternyata hantu yang lain cuba merampas kembali rabakan kain itu.


bersambung..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2012 06:18 PM | Show all posts
oleh kerana tekanan yang diberikan oleh hantu hantu itu pak teh terpaksa beralah dengan melepaskan rabakan kain itu.

sebaik terlepas rabakan kain itu dari tangannya kesemua hantu itu terbang meninggalkannya. pak teh terus bangun dan melihat hantu itu pergi.mungkin hantu hantu itu hanya berhajat mengambil kembali rabakan kain yang telah dirampas dari mereka oleh pak teh seketika tadi.

melihat hantu itu pergi pak teh tanpa membuang masa terus berlari kencang kearah rumah bidan bedah.ntahlah sebab takut dengan hantu atau sebab risaukan leha dirumah tak pastilah. tapi pak teh memang berlari laju kerumah bidan bedah.

ketika pak teh berlari laju didalam kegelapan malam kaki pak teh tersandung banir kayu. pak teh terjatuh dan tubuhnya berguling guling jatuh kebumi.tanpa menghiraukan kesakitan tubuhnya pak teh terus bangun dan meneruskan lariannya.

dari jauh kelihatan rumah bidan bedah dihadapan. pak teh terus berlari. dirasakan rumah bidan bedah yang semakin hampir itu sangat jauh. mungkin kerana keadaan beliau yang amat kecemasan itu membuatkan beliau berasa sedemikian.

sebaik sampai dirumah bidan bedah pak teh terus naik dan mengetuk rumah bidan bedah dan menjerit memanggil bidan bedah

"mak bidan, mak bidan aku uteh, leha bini aku dah nak bersalin"

berkali kali pak teh menjerit ayat yang sama.

tidak lama kemudian kedengaran derapan tapak kaki didalam rumah itu menghampiri pintu. semakin lama semakin hampir kepintu dan derapan itu hilang. hilangnya derapan tapak kaki itu diganti dengan selak pintu yang dilucutkan.pintu pun dibuka.

kelihatan bidan bedah dipintu. dari air mukanya jelaslah dia baru bangun tidur . dia menggosok gosok matanya untuk melaraskan pandangannya yang masih sebahagiannya dialam tidur yang belum sepenuhnya berada dialam jaga.

"kau uteh apa dah jadi dengan kau ni habis satu badan dipenuhi tanah ni?" tanya bidan bedah kehairanan melihat keadaan pak uteh.

"leha dah nak bersalin mak bidan tolonglah kerumah saya sekarang juga"jawab pak uteh yang tidak menjawab soalan bidan bedah

tanpa membuang masa bidan bedah masuk kedalam rumah meninggalkan pak uteh di muka pintu

tidak lama kemudian bidan bedah keluar dengan bungkusan kain yang diikat kemas.ntah apa didalam kain itu hanya bidan bedah yang tau mungkin peralatan untuk membidan kot.

melihatkan bidan bedah sudah bersedia pak uteh terus turun mengambil obor api di depan rumah bidan bedah yang belum menyala. batu api yang dibawanya dipetik beberapa kali dan sebaik bunga api menyambar obor api itu kawasan halaman bidan bedah menjadi terang.

pak uteh menanti bidan bedah di muka tangga. kelihatan di atas bidan bedah sedang mengunci pintu.sebaik pintu dikunci dengan terburu burubidan bedah turun. tangan bidan bedah disambut pak teh dan pak teh terus menarik tangan bidan bedah.

bidan bedah walau sudah berusia lebih separuh abad masih cergas dan bisa menurut tangannya yang dipimpin pak teh.

ditengah jalan pak teh menceritakan segala yang berlaku kepada dirinya sambil temengah mengah kerana keletihan.

sebaik sampai kerumah pak teh dan bidan bedah terus menerpa naik. kelihatan diatas rumah mat sedang gelisah menghisap rokok daunnya diruang tamu. bidan bedah dan pak uteh terus meluru kebilik bedah. sampai di dalam bilik kelihatan cek leha terbayang jelas air muka cek leha sedang kesakitan mak dan dikirinya semah sedang cuba menenangkan cek leha.

bidan bedah yang menyedari pak uteh ada di sisinya berkata kepada pak uteh.

"eh, uteh yang kau dok dalam bilik ni buat per. pergi keluar biar aku urus."bidan bedah menghalau pak uteh

tanpa menjawab pak uteh keluar. kelihatan bidan bedah menutup langsir pintu itu. rapat ditutupnya seolah olah seperti tidak megizinkan sesiapa pun masuk kedalam

tersipu sipu air mukanya dihalau bidan bedah. namun air muka itu segera bertukar kerisauan selepas suara cek leha tak henti henti mengerang kesakitan.

pak uteh terus duduk disisi mat. mat menghulurkan rokok daun nipah yang sudah siap dibalut. pak uteh menolak dengan tangannya.baginya ini bukan masa untuk merokok tapi ini masa melayan kecemasan. baginya kalau disuruh buat apa sahaja demi leha memang akan dilakukan juga. jangan kata hantu harimau pun sanggup diterkamnya jika itu boleh menamatkan kecemasan ini.

mat keheranan melihat pakaian pak teh yang tidak terurus penuh dengan debu. teringin mat hendak bertanya kepada pak teh namun melihatkan riak kerisauan diwajahnya membuatkan beliau mematikan keinginan untuk bertanyakan hal itu.

mat dan pak uteh hanya ditemani cahaya pelita sahaja disamping suara erangan cek leha. sesekali terdengar suara bidan bedah mengarahkan leha melakukan sesuatu namun tidak jelas.

mata pak uteh merenung tajam api pelita yang meliuk liuk tenang. ketenangan api pelita itu tidak mampu menenangkan jiwa nya yang benar benar kacau.

tidak lama kemudian terdengar suara bayi menangis. mendengarkan suara itu ketegangan wajah pak teh mula kendur seri mukanya tergambar diwajahnya.

pak teh melihat mat dengna senyman. mat pun ikut tersenyum.

kelihatan langsir pintu tersingkap. dimuka pintu bilik kelihatan semah. tergambar senyuman semah diwajahnya.


bersambung............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2012 06:20 PM | Show all posts
"bang uteh masuklah bidan bedah panggil" semah memanggil pak uteh

tanpa membuang masa pak uteh meluru masuk kebilik. pak uteh menghampiri leha.

"dah, dah azan kan dulu anak kau ni sebelum dikacau dek syaitan"arah bidan leha kepada pak teh

terhenti langkah pak teh mendengar suara bidan bedah. beliau terus meluru kepada bidan bedah dan menyambut bayi yang masih merah. bayi yang masih merah dan berselimutkan kain lepas bercorak batik jawa itu tertukar tangan.dengan hati hati pak teh menyambut dan mendukung bayi itu.

diwajah cek leha tergambar kepuasan walau penat.apa lagi diwajah pak teh melihat dengan penuh gembira.menitis air matanya tanda kegembiraan dan penuh kesyukuran dengan kelahiran bayi itu.

"anak ni bakal pendekar seperti saya atau bakal penyeri rumah seperti bini saya"tanya pak teh kepada bidan bedah

"kalau dah aku suruh azan dah tentu lah lelaki"jawab bidan bedah bersahaja

tanpa melayan kata kata bidan bedah pak teh terus mengazankan bayi lelaki itu disebalah telinga kanan. air matanya tidak henti bercucuran tanda kegembiraan dan kesyukuran.tidak tahu bagi dirinya bagaimana hendak melahirkan kesyukuran kepada tuhan setelah hampir dua tahun menantikan penyeri ini kerumahnya.

sebaik tamat azan di laungkan ditelinga kanan pak teh melaungkan aqamat ditelinga kiri bayi itu.bayi itu meliuk liuk tubuhnya merasa agak rimas di peluk pak teh. pak teh sangat berhati hati merangkul tubuh orang baru itu.

sebaik sahaja selesai pak teh melaungkan azan bayi itu diserahkan kepada bidan bedah.bayi itu bertukar tangan. pak teh terus menuju kepada leha. leha menghulurkan tangan kepada pak teh.

pak teh terus memanjangkan tangannya kepada cek leha.belum bertemu tangan mereka bidan bedah bersuara.

"kau ni tak sabar sabar. keluarlah dulu aku nak urus bini dan anak kau ni"suara bidan bedah tegas mengarah pak teh

dengan muka tersipu sipu ditengking bidan bedah pak teh keluar.dimuka pintu kelihatan semah senyum menyindir pak teh. pak teh tidak menghiraukan gelagat semah itu.bagi pak teh kenikmatan menerima orang baru memang tiada taranya.

sebaik kaki pak teh melangkah bendul bilik bidan bedah mula bersuara.

"leha ni kau bagi makan pekasam ikan puyu ke?"soal bidan bedah kepada pak teh

langkah pak teh terhenti. pak teh memalingkan tubuh kearah bidan bedah,mata pak teh tertumpu kepada sisa makanan ikan keli masak asam dan pekasam ikan puyu yang tak habis dimakan bedah awal malam tadi.kelihatan sisa itu masih tidak terusik. tergambar dibenaknya dia menyuapkan nasi kemulut cek leha dengan tangannya namun awal malam tadi leha benar benar tidak berselera untuk makan membuatkan banyak sisa yang lebih.

pak teh menjawab dengan riak muka dan nada bersalah,

"haah dia mengidam nak makan benda tu sepanjang dia mengandung mesti ada benda tu. ada apa apa yang tak kena ke"terang pakteh disambung dengan soalan

"tak derlah tapi ikan puyu ni memang menjadi kepantangan pontianak malah ikan puyu ini juga adalah penangkal ilmu pukau takkan allah yarham kiai omar tak ajar benda ni kat kau?"bidan bedah dengan bersahaja menerangkan dan disambung dengan soalan untuk difikir pak teh

tergambar diingatan pak teh ketika beliau mengaji dengna kiyai omar, gurunya itu banyak mengajar ilmu dunia dan akhirat kepadanya, gurunya juga pernah berpesan perkara itu kepadanya sama seperti apa yang diterangkan oleh bidan bedah.

pak teh tidak menjawab dan terus keluar dari bilik itu.tidak sanggup rasanya lagi jika dihalau oleh bidan bedah dalam rumah sendiri

diluar rumah pula langit yang pekat mengandung air mula menembak petir dan menghasilkan bunyi guruh yang menggoncang dunia. angin menderu mula bertiup kencang. bunyi pohon ditiup angin mula kedengaran. air mula turun setitis demi setitis. semakin lama tidak terkira jumlah titisan air itu.hujan turun membasahi bumi menyambut kelahiran bayi itu.sebagai tambahan rahmat dari tuhan bukan sahaja untuk mereka sekeluarga tapi untuk seluruh alam.


sekian.................
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 03:12 PM | Show all posts
Reply 1308# zadzamusa


   sama-sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2012 10:50 AM | Show all posts
Cerita En. Nazim5123  (Kisah Ke12)
Tempat = kampung saya
Masa = malamlah bila lagi hantu selalu jelma ahak ahak ahak
Ahli = saya sorang
suspek hantu = mungkin hantu india mungkin hantu pengembala anjing mungkin ............baca jelah sendiri dah tu cuba buat kesimpulan



sebelum saya bercerita berkenaan kisah saya sebagai security saya teringat satu kisah seram saya

kejadian ini berlaku lebih kurang 15 tahun lepas ketika itu arwah ayah saya masih hidup lagi

kisahnya bermula begini. sudah dua malam rumah kami menjadi tempat anjing liar melepak . yang menghairankan setiap siang anjing liar itu hilang entah kemana, hanya waktu malam baru anjing liar itu akan berpeleseran ditepi rumah kami.

setiap malam anjing liar ini akan menyalak sehingga sukar untuk kami tidur, bilangan anjing liar ini sangat banyak sekitar 15-20 ekor.hal ini benar benar mengganggu kedamian keluarga kami,

pada malam ketiga anjing ini berkeliaran lagi dirumah kami. saya yang memang dah naik angin telah membuka tingkap rumah saya. kelihatan seekor anak anjing menghampiri saya. dengan menyeringai anak anjing sebesar kucing siam jantan dewasa itu menghampiri saya. matanya tajam melihat saya disebelah tingkap. anak anjing itu terus menyeringai seolah olah mahu menyerang saya.

aya yang memang dah naik angin merasa tercabar dengan anak anjing itu. saya pun terus bertempik

"qitmir,"

ternyata anak anjing itu ketakutan dan melarikan tubuhnya kepada kumpulannya yang lain.

qitmir ini adalah nama anjing ashabul kahfi.qitmir adalah satu satu nya anjing yang ada disyurga kelak, qitmir ini juga adalah raja segala anjing. jika ada kecemasan dengan anjing sebut nama qitmir ini dengan nada menjerkah anjing tersebut, pada pengalaman saya yang lepas lepas anjing akan ketakutan dan melarikan diri.

kita sambung balik kisah yang selanjutnya.

melihat kan anak anjing itu lari kearah kumpulannya saya menjadi berani dan telah mencapai kayu 2x2 sepanjang hampir sedepa. ditangan kanan saya pula saya memegang sebilah parang panjang. memang saya dah nekad jika berlaku sesuatu kecemasan salah satu pasti akan mendapat pada tubuh anjing anjing itu. dengan keyakinan dan kemarahan saya terus keluar dari rumah,

ketika saya hendak keluar rumah dengan kayu dan parang ditangan ayah saya bertanya

"syam kau nak kemana tu?"soal ayah pada saya

"nak kuar"jawab saya pendek

"kau jangan buat hal"pesan ayah pada saya

"hmmm"balas saya pendek

saya terus keluar dan mengejar kumpulan anjing itu. kebetulan malam itu bulan mengambang penuh. kelihatan kumpulan anjing itu melarikan diri dari saya. saya terus mengejar sejauh hampir 1km. nasib baik anjing itu hanya berlari diatas jalan tar kalau masuk kebun memang saya tak terus kejar anjing anjing itu.

tiba tiba suatu yang menghairankan saya telah berlaku, kumpulan anjing itu berkumpul disatu tempat di tengah jalan. apa yang lebih menghairankan anjing itu mengelilingi satu batang tongkat yang tegak ditengah jalan.

saya terus menghampiri anjing itu. walau sebenarnya saya pun tak pasti apa akan saya lakukan sekiranya anjing anjing itu menyerang saya. tapi yang pastinya sekiranya anjing anjing itu berjaya saya hampiri saya pasti takkan menyerang anjing anjing itu kerana jumlahnya terlalu banyak.namun perkara itu tidak saya fikirkan sangat ketika itu yang pastinya ketika itu saya hanya ingin menghalau anjing anjing itu sahaja.

apa bila saya menghampiri anjing anjing itu kelihatan anjing anjing itu mula berpecah dari berkumpul berpaksikan tongkat ditengah jalan. kelihatan anjing anjing itu beralih arah kepada saya dan sedia untuk menyerang saya sekaligus. tapi itu tidak menakutkan saya yang lebih menakutkan saya ialah dari pecahan kelompok anjing anjing itu kelihatan seorang tua india sedang duduk mencangkung dikelilingi anjing anjing itu.

melihat perkara yang luar jangka itu langkah saya terhenti, jarak saya dengan anjing anjing itu hanya sekitar lebih kurang tak sampai 10 meter. badan dan seluruh muka saya dihiasi peluh yang membasah, saya benar benar kalut waktu tu, seluruh bulu roma meremang sampai kekaki mungkin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2012 10:51 AM | Show all posts
sambungan.............

Tempat = kampung saya
Masa = malamlah bila lagi hantu selalu jelma ahak ahak ahak
Ahli = saya sorang
suspek hantu = mungkin hantu india mungkin hantu pengembala anjing mungkin ............baca jelah sendiri dah tu cuba buat kesimpulan



sebelum saya bercerita berkenaan kisah saya sebagai security saya teringat satu kisah seram saya

kejadian ini berlaku lebih kurang 15 tahun lepas ketika itu arwah ayah saya masih hidup lagi

kisahnya bermula begini. sudah dua malam rumah kami menjadi tempat anjing liar melepak . yang menghairankan setiap siang anjing liar itu hilang entah kemana, hanya waktu malam baru anjing liar itu akan berpeleseran ditepi rumah kami.

setiap malam anjing liar ini akan menyalak sehingga sukar untuk kami tidur, bilangan anjing liar ini sangat banyak sekitar 15-20 ekor.hal ini benar benar mengganggu kedamian keluarga kami,

pada malam ketiga anjing ini berkeliaran lagi dirumah kami. saya yang memang dah naik angin telah membuka tingkap rumah saya. kelihatan seekor anak anjing menghampiri saya. dengan menyeringai anak anjing sebesar kucing siam jantan dewasa itu menghampiri saya. matanya tajam melihat saya disebelah tingkap. anak anjing itu terus menyeringai seolah olah mahu menyerang saya.

aya yang memang dah naik angin merasa tercabar dengan anak anjing itu. saya pun terus bertempik

"qitmir,"

ternyata anak anjing itu ketakutan dan melarikan tubuhnya kepada kumpulannya yang lain.

qitmir ini adalah nama anjing ashabul kahfi.qitmir adalah satu satu nya anjing yang ada disyurga kelak, qitmir ini juga adalah raja segala anjing. jika ada kecemasan dengan anjing sebut nama qitmir ini dengan nada menjerkah anjing tersebut, pada pengalaman saya yang lepas lepas anjing akan ketakutan dan melarikan diri.

kita sambung balik kisah yang selanjutnya.

melihat kan anak anjing itu lari kearah kumpulannya saya menjadi berani dan telah mencapai kayu 2x2 sepanjang hampir sedepa. ditangan kanan saya pula saya memegang sebilah parang panjang. memang saya dah nekad jika berlaku sesuatu kecemasan salah satu pasti akan mendapat pada tubuh anjing anjing itu. dengan keyakinan dan kemarahan saya terus keluar dari rumah,

ketika saya hendak keluar rumah dengan kayu dan parang ditangan ayah saya bertanya

"syam kau nak kemana tu?"soal ayah pada saya

"nak kuar"jawab saya pendek

"kau jangan buat hal"pesan ayah pada saya

"hmmm"balas saya pendek

saya terus keluar dan mengejar kumpulan anjing itu. kebetulan malam itu bulan mengambang penuh. kelihatan kumpulan anjing itu melarikan diri dari saya. saya terus mengejar sejauh hampir 1km. nasib baik anjing itu hanya berlari diatas jalan tar kalau masuk kebun memang saya tak terus kejar anjing anjing itu.

tiba tiba suatu yang menghairankan saya telah berlaku, kumpulan anjing itu berkumpul disatu tempat di tengah jalan. apa yang lebih menghairankan anjing itu mengelilingi satu batang tongkat yang tegak ditengah jalan.

saya terus menghampiri anjing itu. walau sebenarnya saya pun tak pasti apa akan saya lakukan sekiranya anjing anjing itu menyerang saya. tapi yang pastinya sekiranya anjing anjing itu berjaya saya hampiri saya pasti takkan menyerang anjing anjing itu kerana jumlahnya terlalu banyak.namun perkara itu tidak saya fikirkan sangat ketika itu yang pastinya ketika itu saya hanya ingin menghalau anjing anjing itu sahaja.

apa bila saya menghampiri anjing anjing itu kelihatan anjing anjing itu mula berpecah dari berkumpul berpaksikan tongkat ditengah jalan. kelihatan anjing anjing itu beralih arah kepada saya dan sedia untuk menyerang saya sekaligus. tapi itu tidak menakutkan saya yang lebih menakutkan saya ialah dari pecahan kelompok anjing anjing itu kelihatan seorang tua india sedang duduk mencangkung dikelilingi anjing anjing itu.

melihat perkara yang luar jangka itu langkah saya terhenti, jarak saya dengan anjing anjing itu hanya sekitar lebih kurang tak sampai 10 meter. badan dan seluruh muka saya dihiasi peluh yang membasah, saya benar benar kalut waktu tu, seluruh bulu roma meremang sampai kekaki mungkin.

melihatkan saya yang kaku india tua itu duduk semula mencangkung dan dikelilingi anjing anjing itu, tidak lama kemudian anjing itu bertebaran lari, yang menghairankan india tua itu ikut hilang bersama anjing anjing itu.

melihatkan keadaan yang baru berlaku hal tersebut benar benar menghilangkan minat saya untuk terus menghalau kumpulan anjing itu.

terus terang sampai sekarang saya masih terfikir siapakah india tua itu yang lagaknya seperti seorang pengembala lembu bertongkat setinggi ia berdiri.

kejadian saya yang terserempak dengan india itu bukan sahaja dialami oleh saya sorang tapi dialami juga oleh dua orang penduduk kampung yang lain.masalah anjing itu berhenti apabila seorang penduduk kampung telah memasang racun dan anjing anjing itu telah termakan racun yang dipasang oleh nya

masalah baru pula timbul macam ner nak selesai bangkai anjing tu hehhehehehehheh

lantak dialah pi selesaikan bangkai anjing tue hahahahhahaha

sekian......................

pendekkan cerita saya kalini
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 04:27 AM | Show all posts
Reply  ice98

Betul ice98... pasal mulut tak ada insurans la kita selalu kena... memang pengajara ...
zadzamusa Post at 28-3-2011 21:51



   pkol 4.27 pg...bca kisah seram ni..seram tol la..
keep it up TT
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 12:06 PM | Show all posts
aik? xde citer lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 01:15 PM | Show all posts
tgh menunggu lagi cerita...jd SR, baru abis khatam thread ni
tq pd yg supply
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.090131 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list