|
Author |
Post time 26-1-2014 09:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
krukx posted on 26-1-2014 09:27 PM
Pehhh....siap ada sifu cadangkan kat murid suruh masuk benang Adiya.
Teruskan berkongsi ...
Itu yg aku pelik tu..segan le aku ngan sifunye..aku pun nak bc jgk thread sifu tu.mgkn dpt pengajaran darinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adiya posted on 26-1-2014 09:38 PM
Itu yg aku pelik tu..segan le aku ngan sifunye..aku pun nak bc jgk thread sifu tu.mgkn dpt pengaja ...
Tu maknanya benang yg kau bukak ni boleh beri manfaat kepada orang yg membaca.
Ada orang pernah cakap kat aku macam ni - "Manusia yg sempurna adalah manusia yg dapat memberi manfaat/add value kepada manusia yg lain".
Kita nak beri manfaat kat orang lain tak semestinya dalam bentuk material. Kalau kita boleh berikan kegembiraan/pertolongan (dalam kes kau ni kau tolong orang yg kena gangguan makhluk ghaib) pada orang lain pun dikira memberi manfaat gak.
Mungkin ada yg kau kongsikan dalam benang ni boleh menambah ilmu pengetahuan, memberi kesedaran & mendekatkan diri orang yg membaca dengan Allah. Pada pendapat aku, tu pun di kira ilmu yg memberi manfaat....Wallahualam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-1-2014 10:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
krukx posted on 26-1-2014 10:02 PM
Tu maknanya benang yg kau bukak ni boleh beri manfaat kepada orang yg membaca.
Ada orang pernah c ...
Kepada yg mahu berfikir..kalau yg tak mau fikir tu,jadi thread cerekarama je la rumah ni..
Aku memang suka berkongsi..tp dsebabkan ketelanjuran aku berkongsi,bnyk memakan diri sendiri..pernah aku sampaikan dulu satu kata hikmah.
'simpanlah janggut dlm genggamanmu.andai ada terlihat org,maka itu rezeki baginya.'
Aku mengharapkan apa yg disampaikan disini mahupun diluar menjadi rezeki pada yg mahu berfikir.andai rezeki melalui aku ini membusuk difikiran kalian,janganlah dicampakkan ke muka aku kembali..tinggalkan ianya ke tepi kerna suatu masa nanti mungkin ianya akan mengharum kembali setelah terbuka tirai kasihNya yg ketika ini masih belom sejati dengan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Adiya posted on 26-1-2014 10:19 PM
Kepada yg mahu berfikir..kalau yg tak mau fikir tu,jadi thread cerekarama je la rumah ni..
Aku ...
Tak apa la bro. Ni semua keje Allah...mungkin belum masanya dorang dapat faham. harap kau jangan lah kuciwa lama2 lagi pasni ya
|
|
|
|
|
|
|
|
Aik? Up up away.
Dah naik atas balik nampak diya.
Make terpaksalah kome open table kali ni. Hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Adiya posted on 26-1-2014 02:42 PM
Sifu tuan??? Siapakah gerangannya?? Ambil pengajaran dari kisah2nya saja ye..jgn jadikan crita2 dl ...
actually apa yang tuan cerita nie ada sedikit sebanyak dengan pengalaman saya.
saya bukan siapa siapa pun. sifu saya pun bukan siapa siapa pun...cuma nak tanya gerangan tu saya pun tak tahu nak cerita .. sebab saya punya ramai sifu...........dan setiap satu sifu berkait diantara sifu yang lain... wallahhualam.
cuma saya ambil cerita tersebut untuk adapt dengan kehidupan harian sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
seronok pula tengok geng geng dalam thread nie ngeteh..
ada rezeki nak join juga...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanggunganku
Sekembalinya sahabatku dari rantauan selain ingin menjengok keluarganya, dia jugak ingin menamatkan peringkat terakhir dari pengajiannya dengan guru kami. Satu malam telah dipilih untuk kami bertandang ke rumah guru. Pada malam itu sahabatku mengajak seorang lagi sahabat karibnya (Zali) turut sama dengan kami ke rumah guru..
Zali berstuju dan turut serta pada malam itu.. Setelah selesai penurunan peringkat akhir, maka sahabatku itu sudah pun dilepaskan sepenuhnya dalam penjagaan aku.. Seperti sebelomnya, aku tiada masalah tentang perkara itu..
Dipendekkan cerita, suatu hari zali menyatakan keinginannya mahu berguru dengan guruku memandangkan ada satu kejadian menimpa ibunya. Ibu zali disihir orang dan sebagai anak sulung dan satu2nya anak lelaki, zali berasa sedih kerna dia tidak mampu berbuat apa2 ketika ibunya di rasuk makhluk kiriman orang itu. tiada halangan pada aku mahupun sahabatku itu.. satu malam yang telah ditetapkan oleh guru, maka kami pun berangkat ke rumah guru.. pada malam itu bukan sahaja zali, malah seorang lagi sahabat zali iaitu Nan jugak turut serta mahu menuntut.
Peringkat pertama sudah pun selesai..kini zali dan nan menjadi tanggungan sahabatku pulak. memandangkan sahabatku merangkap tanggungan pertamaku itu masih baru, maka aku dengan rela hati mengangkat zali dan nan menjadi tanggunganku jugak. Malam pertama itu kami sudah mula melakukan latihan.. Sahabatku (lee) telah mengajar beberapa amalan yang perlu dilakukan setiap hari di masa lapang..Aku hanya memantau latihan itu.. Malam kedua, lee, zali dan nan meneruskan pengajian mereka bersama guru tanpa kehadiran aku..maklum la aku orang berkeluarga, kalau setiap malam bertandang rumah guru, bagaimana pulak anak2 dan isteri..mereka jugak adalah tanggungjawab aku.
Zali dan nan terus menuntut sehingga tamat tanpa iringan aku..cuma setiap kali peringkat atau keilmuan yang baru diturunkan, aku menjadi sumber rujuk mereka. Zali dan Lee adalah tanggunganku yang paling mengikut kata dan tidak menderhaka.. setiap pengajaranku semuanya diambil tanpa mempersoalkan.. Disebabkan itu, kami bertiga pergi menuntut dengan seorang lagi guru yang berlainan keilmuannya..Dan zali lah yang banyak mendapat keistimewaan di dalam perjalanan itu..
KISAH Zali
Suatu petang zali pulang dari kerja dengan motor superbike nya dan terus park dibawah flat rumah sewanya.. turun sahaja dari motor, segerombolan anjing2 liar mengerumuni zali dan menyalak seakan mahu membahamnya... Zali ketakutan ketika itu dan tidak tahu berbuat apa2.. Dengan tidak semena2, secara tidak sengaja, buah pukul dari latihannya dilepaskan. Kesemua anjing2 tersebut bertempiaran lari dan seolah2 kesakitan.. Zali terpinga2 dengan kajadian itu kerna dia sendiri tidak menyangka gerak tubuhnya itu.
Suatu petang zali terlalu sibuk dengan urusan dunia nya sehingga dia hampir terbabas untuk solat asar.. Ketika mengerjakan solat asar dihujung2 waktunya, tiba2 jantungnya berdegup kencang.. Zali teramat takut ketika itu. tapi dia teruskan sahaja solatnya itu.. dan sampailah satu ketika, keadaan sekelilingnya menjadi hening sehinggakan pergerakan udara pun tidak didengari atau dirasainya.. Dia menjadi tenang setenangnya sehingga selesai solatnya.
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya) yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah Allah memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya.
Nantikan mimpi2 yang dilalui oleh zali dalam perjalanan pengajiannya..
Bersambung In Sya Allah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku kompiuss aku kompiuss due kali bacee baruu aku pahamm huh ... wokeyyy sila sambung tt lap u ketat ketat
|
|
|
|
|
|
|
|
ArianPutra posted on 27-1-2014 02:01 AM
aku kompiuss aku kompiuss due kali bacee baruu aku pahamm huh ... wokeyyy sila sambung tt lap u keta ...
kompius konon...puiihhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
6VI6 posted on 26-1-2014 10:39 PM
Aik? Up up away.
Dah naik atas balik nampak diya.
Make terpaksalah kome open table kali ni. Hehehe ...
sila setting masanya..tempat macam biasa...teman on jer.. ajak ramai2..
|
|
|
|
|
|
|
|
rishhana posted on 26-1-2014 11:04 PM
actually apa yang tuan cerita nie ada sedikit sebanyak dengan pengalaman saya.
saya bukan siapa s ...
bagi tau je la sape sifunye..boleh kita kenal2...kalau bukan sapa2 mana mungkin memahami yang tersirat dan tersurat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Syumaimah posted on 25-1-2014 03:37 PM
Nyampuk sket.... kat thread aku pun hampir hampir nak ada pertelingkahan. Aku just tengok je, seb ...
Bagus2x..sebagai tuan tanah jangan biarkan orang asing membuat kekacaun di rumah kita..ehehe...
|
|
|
|
|
|
|
|
ArianPutra posted on 27-1-2014 02:01 AM
aku kompiuss aku kompiuss due kali bacee baruu aku pahamm huh ... wokeyyy sila sambung tt lap u keta ...
Manja sgt dgn Adiya nih.. hehee
|
|
|
|
|
|
|
|
SELAWAT 7 PENJURU
Sudah hampir dua tahun aku bersama Pak Adu..Tapi pengajian aku masih ditakok lama lagi..Seperti sedia maklum, pak adu sangat menjaga amalan dan muridnya..Dia tidak mudah untuk menurunkan amalan dan tidak mudah menerima murid baru. Ketika itu aku adalah muridnya yang bongsu. So manje la sikit ngan pak guru kan....
Satu malam aku bermimpi.. Mimpi kali ni pelik sikit.. Aku bermimpi di dalam mimpi..Peh macam lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi pulak..
Mimpi malam itu :
Ada pesakit yang sedang kerasukan. Aku cuba untuk memulihkannya dengan segala ilmu yang diturunkan oleh pak adu namun masih tidak diizinkan.. Makhluk itu tidak agresif dan tidak pulak melawan dengan pukulan2 aku.. Aku berasa pelik dengan situasi itu.. Ye la biasanya dengan satu pukulan sahaja, makhluk2 ini akan marah dan menunjukkan diri mereka yang sebenar..tapi kali ini dia hanya berdiam diri dan tersenyum2..
Dalam menangani masalah ini, aku masih berfikir2 apa kaedah untuk aku menghadapi jenis gangguan seperti ini.. Teringat perbincangan bersama orang2 lama, "......hanya berkesan pada yang berniat jahat dan zalim kepada manusia sahaja..seandainya tiada niat menzalimi, maka segala tindakan kita tidak akan terkesan padanya."
Oh mungkin makhluk itu tidak menzalimi pesakit....tapi pesakit tidak berkehendak dengan kehadiran dia..macam mana ni ye????
Ketika inilah satu suara bergema dengan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan secara tiba2 kepala aku tertoleh ke kanan dan ke kiri sebanyak 7 kali. Aku meneruskan selawat nabi dengan kaedah yang diilhamkan itu sebanyak 7 kali lalu berhenti seketika dan kemudian di sambung lagi sebanyak 7 kali..
Tiba2 aku terjaga dari mimpi.. "eh apa pulak ni? selawat 7 kali? untuk apa?"
Tiba2 hati aku berkata "g ler jumpa pak adu...mesti dia nak turunkan amalan baru tu..."
Pada keesokan harinya aku terus ke rumah pak adu dan mengadukan perihal mimpi itu..Pak adu hanya tersenyum dan "ada le dia nak bagi tu...betol la tu..amalkan aje..."
Sekali lagi aku terjaga dalam mimpi..
"Eh ni brapa banyak mimpi ni????" pening aku sendiri..
Esok aku ajak abah ke rumah pak adu.. Aku berasa pelik dengan mimpi tu..kenapa selawat? kenapa 7 kali? kenapa mimpi dalam mimpi?
Sampai je rumah pak adu, kami pun bersembang panjang le tentang hal2 perubatan dan sebagainya.. Aku masih mencari peluang untuk ajukan persoalan pada Pak Adu..Bila tiada sesiapa lagi berbicara, inilah peluang aku untuk bertanya pada pak adu.
Aku : Pak adu, semalam awak bermimpi..mimpi ni pelik sikit le sebab mimpi dalam mimpi.
Pak Adu : Hah mimpi ape dalam mimpi tu? pelik jugak...
Aku : Awak tengah ngubat orang, tapi tak lut pun..tau2 awak dengo suare dok selawat nabi. awak ikut le selawat sama..tapi kepale awak dok toleh kiri kanan macam bagi salam lepas solat tu.. dah dua tiga kali buat rope itu, awak terjaga dari mimpi tu.. esoknye awak datang sini tanye pak adu ape bendenye tu..pak adu kata ada la bende nak bagi tu...udah terjaga lagi skali..kali ni betol2 terjaga le.. itu yang awak datang sini nak tanye ape bendenye tu? kalau ye pun nak bagi amalan baru, jangan le masuk dalam mimpi..seram tauuuu
Pak Adu : Emh pandai le kamu masuk mimpi bagai...Saya tak ada amalan selawat tu...yang lain ada la..
Aku : Haaaaaa yang lain tu le dia suruh bagi tuuuuu...
Pak Adu : eeeeeee crodek kamu yer.... awak tak dey amalan selawat ngan amalan yang 7 kali ni.. awak cuma ada $^!*# 5 penjuru je... $^1^# 5 penjuru ni kira kita nak ketepikan mana2 makhluk yang baik yang berhampiran dengan pesakit sebelom kita mulakan rawatan dan tarik mana yang tak elok..ye la benda ni kita tak nampak dia..kalau kita tarik, takut yang kuat2 ni tolak yang baik2 dulu..udah tak pasai2 die kene kurung..jadi kita guna $^!*# ni untuk ambil yang tidak menzalimi..
Aku : Ooooo..Rope itu...hah ok le tu..boleh le turunkan tu..hehhehehe
Pak Adu : Emmm ye la..kamu pun dah lama tak ada yang baru..lagi pun dah dapat mimpi tu, kira nak suruh tambah le tu..
Aku pun diturunkan dengan amalan $^!*# 5 penjuru ni..Aku jarang guna kaedah ini sebab selalu terlupa...bila dah berpeluh2 buat kerja, dan tak jadi apa2 pada pesakit, baru aku teringat kaedah ni n gunakan..
Itu la...jangan kita ingat semua makhluk halus ni jahat2..ada jugak yang baik dan yang Allah lindungi dari kezaliman manusia..ada cara untuk kita ambil @ halau mereka...
"ini macam ka bahasa??panggil orang hoi hoi hoi..apa ingat saya sini batu ka, kayu ka?" tuan sing marah..
Kalau sesama manusia pun kita marah dengan penggunaan bahasa yang kasar, inikan pulak mereka yang sedia maklum halus jiwanya dan kita bertindak bukan dengan bahasa, malah pukulan2 yang menyakitkan..kesiaaaannn kat depa...
Dari mimpi dan pertemuan aku dengan pak adu tu, aku terus dapat dua kaedah yang berbeza.. 1. SELAWAT 7 Penjuru dan
2. $^!*# 5 penjuru
Syukur.........
AKU PUN TAHU ENGKAU BAGAI DEDALU YANG SELALU MELUPAKAN DIRI, KAU LUPAKAN BUMI.....
Last edited by Adiya on 27-1-2014 11:51 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Adiya posted on 27-1-2014 08:24 AM
bagi tau je la sape sifunye..boleh kita kenal2...kalau bukan sapa2 mana mungkin memahami yang ters ...
saya ada perjanjian dengan sifu saya. jgn bagitau nama beliau tanpa sebab dan keiizinan beliau.
so cukuplah saudara kenal saya jer
saya pernah jumpa hantukiller untuk ambil sesuatu , tapi dengan beliau sendiri pun saya tak bagitau siapa sifu saya.
sifu saya yang suruh saya jumpa hantukiller untuk ambil sesuatu tersebut.
1. ada sesetengah sifu hanya mempersiapkan diri anak muridnya.
dan beliau akan hantar anak muridnya untuk dibuka oleh seseorang.
kerana kotak kotak itu telah diisi oleh sifu kepada muridnya.cuma kunci itu tidak dibuka oleh sifu tersebut disebabkan ada pemegang kunci yang diamanahkan oleh Allah untuk membuka.
2. tetapi ada juga sesetengah sifu hanya menyiapkan kotak kotak tersebut tetapi tidak mahu membuka kotak itu kerana khuatir energy sifu yang kuat tidak dapat ditampung oleh muridnya..
berbagai cara dengan kaedah setiap sifu.
3. tapi kadang-kadang si sifu tidak membuka kotak tersebut kerana mahukan murid itu kenal kehidupan.kenal apakah Islam dan bagaimana agama Islam itu related dengan kehidupan.
contohnya seorang anak mahukan wang 20 sen daripada si ibu, walaupun si ibu tak beri , si anak akan kerap memohon pada ibunya agar memberi 20 sen, akhirnya ibunya akan beri juga kerana permintaan anak yang tidak putus asa meminta.
begitulah related dengan permohonan kita pada Allah. mintalah dengan tidak putus asa... InsyaAllah dapat..
|
|
|
|
|
|
|
|
rishhana posted on 27-1-2014 11:54 AM
saya ada perjanjian dengan sifu saya. jgn bagitau nama beliau tanpa sebab dan keiizinan beliau.
s ...
Ya, saya sudah kenal siapa sifu saudara.. cukup dengan perjalanan yang saudara lalui ini saya boleh agak susunan siapa.. sifu saudara lebih berilmu dari saya, tuntut lah ilmu darinya.. permainan kata2 disini tidak menggambarkan realeti yang sebenar..banyak hijab yang perlu disingkapkan.. sampaikan salam saya pada sifu saudara tu..suatu hari nanti, in sya Allah kita bersua..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah pasal selawat
Saya ada seorang kawan baik yang sangat sangat ler saya baik sehinggakan saya anggap beliau seperti abang sendiri. bukan dengan dia sahaja saya baik sehinggakan isteri dan anak bongsunya saya begitu mengenali, dan wife saya juga rapat dengan mereka.
Satu malam saya menerima panggilan dari kawan baik saya, beliau kata..
kiki datang kat Hospital KPJ ****** saya ada kat sini.
so saya pun tak syak lah benda yang bukan bukan kerana beliau sihat.
saya pun maklum kat wife yang kawan baik saya nie suruh jumpa kat hospital, wife saya dengan muka berkerut bertanya Uncle **** sakit ker,
saya pun kata . takda kot, mungkin ajak lepak kat situ.
saya capai kunci kereta myvi lalu terus bergerak dari K.L ke hospital tersebut yang berada di satu negeri di malaysia.
sampai kat hospital tersebut, saya pun naik ke ler ke tingkat 2, terkejut saya tengok bilik hospital tu.. ( dalam hati cakap.. kaya betul orang tua nie, nie bukan bilik yang dpt cover dari insurans.)
saya terus beri salam dan bersalam dengan dia, belum sempat duduk lagi dia dah ajak saya turun makan nasi lemak kat depan satu restoran mamak. ( dalam hati, eh dia nie sakit ke tidak nie ).
saya pun turun bersama anak bongsu dia yang berumur 10 tahun turun ke bawah, dan lepak kat kedai nasi lemak. Tanpa berlengah saya bertanya dengan beliau, Uncle sakit apa nie sampai kena tahan wad,
dia cakap L2 dan L6 lari dari kedudukan asal, saya garu kepala tak paham apa dia cakap, so saya tanya lagi apa maksud tu, dia cakap tulang belakang ada beberapa kedudukan tulang yang lari, dan secara ilmu kedoktoran beliau pasti lumpuh.
Now saya garu kepala lagi, dan bertanya bagaimana terjadi hal nie , dan kenapa beliau tak lumpuh, memang soalan nie macam biadap, tapi sebab ingin tahu, saya tanya saja ler.
Beliau cakap, masa waktu petang dia rasa nak minum air kelapa, so dia panjat le pokok kelapa, ketika sampai di puncak, beliau tersilap pegang pelepah kering, terus jatuh dan belakang badan beliau terhentak di bucu simen, terus beliau tak dapat bergerak dan lumpuh, so isteri beliau pun hubungi ambulans, dan ketika di ambulans tersebutlah beliau mendengar gema selawat, macam ada beratus orang sedang selawat, serentak dengan itu beliau boleh bergerak,
sehingga hari ini Hospital KPJ ***** musykil dengan kejadian tersebut, sehinggakan managing director Hospital KPJ ***** memantau beliau.
so disini beliau katakan kepada saya, kerap lah berselawat pada Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W,
jika di akhirat Baginda boleh bagi syafaat , apakan lagi di dunia nie...
sorry le panjang berjela lak type... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rishhana posted on 27-1-2014 12:19 PM
Kisah pasal selawat
Saya ada seorang kawan baik yang sangat sangat ler saya baik sehinggakan say ...
wah...bagus cerita ni... rishhana... teruskan berkongsi
|
|
|
|
|
|
|
|
rishhana posted on 27-1-2014 12:19 PM
Kisah pasal selawat
Saya ada seorang kawan baik yang sangat sangat ler saya baik sehinggakan say ...
Cerita pasal selawat nih teringat cerita seorang sifu kat Perak yg mana ketika di bedah jantungnya berdenyut dan bergema zikir ALLAH....ALLAH....ALLAH... Doktor pun terkesima
dikhabarkan guru ni 24 jam hatinya hidup berzikir....
Dengar sendiri cerita nih dari muridnya.... wallahualam
kagum |
|
|
|
|
|
|
| |
|