CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

MASAALAH PERAWAT DAN YG DIRAWAT akibat gangguan JIN

   Close [Copy link]
Post time 17-2-2011 03:43 PM | Show all posts
aku rasa mel kene pm ajar aliana nih..

nak soh dia semak balik, jin dalam badan dah halang tu.... ...
kenesep Post at 17-2-2011 14:44



    bab pm ajar tuh aku stuju bangat..
sbb ni dr td duk flashback, mcm msh kurg jelas jer lor.. pening nk cuba menghayatinyer sbb byk sgt out of topic..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 04:33 PM | Show all posts
mak aih!! pecah peluh chek duk mengulangkaji blk nih.. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 04:36 PM | Show all posts
hehehe..  baru smlm aku mandi air tanah...
Bukan sbb berubat... sebab jd ER Team .... main Foam tuh...
Katanya organik dari haiwan dr obesea.. so kalo dari sana tau2la... dr lemak babi...eee...
Tp boleh padamkan api chemical & Minyak (Oil&Gas)...
First time mandi air tanah... samak la katakan...
Ni misti jin2 ada yg cabot... hehehee..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 05:27 PM | Show all posts
HK nk tnya nih..

M'jd kerumitan x klu kita berubat byk tmpt dlm satu2 ms.. misalnyer kita dh g kat satu tmpt.. pastu sok2 nyer g tmpt laen lak.. pastu selang seminggu dua g tmpt laen plak.. kiranyer x tetap pendirian lor..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 05:33 PM | Show all posts
HK nk tnya nih..

M'jd kerumitan x klu kita berubat byk tmpt dlm satu2 ms.. misalnyer kita dh g ka ...
Aliana Post at 17-2-2011 17:27



    meh nak tolong jwb..

selalunye,sesuatu perawat akan nasihatkan pesakit supaya habiskan dulu sesi rawatan yg sebelumnye untuk mengelakkan campur aduk..sekian..

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 07:35 PM | Show all posts
aik, page 52 & 53 sama jek isi kandungannya
jadik double...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2011 07:41 PM | Show all posts
Tadi ada org tanya kaedah zikir kan. ni aku paste kan jawapan Bro HK berkenaan persoalan zikir. ada kat page 23


Zikir tu makna nya ingat, so kalau kita leh ingat Allah tanpa mengeluarkan suara, dalam hati lagilah baik... tapi bila kita hanya ingat dengan hati tanpa menyebut didalam hati, ingatan tu biasanya terhenti seketika je, tapi kalau ingat dalam hati sambil menyebutnya, barulah ingatan tu akan berpanjangan...


Biasanya nak capai proses hati sentiasa berzikir ni agak payah, kene praktis dengan dimulakan secara menyebut atau melafaskan dengan lidah, banyak kaedah yg diajar oleh guru guru, tapi buat je yg mudah yg kita dah biasa, jangan menyusahkan, jangan fikirkan nak zikir nafas ke, apa ke, zikir je macam orang lain buat tu.... islam tu amat mudah


Kalau buat zikir yg pelik pelik tu, biasanya gangguan dari jin mudah datang... so tak payah susah susah, dan tak semestinya duduk atas tikar sembahyang, sambil masak pun boleh, sambil menonton tv pun boleh atau pada masa bila pun boleh. Yg penting nak mengingati Allah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 11:55 PM | Show all posts
ini aku nak share sebuah kisah yang menyayat hati dimana mangsa mati akibat disihir oleh bomoh siam dimana mangsa gagal diselamatkan oleh perawat.



Saya dahulu menetap sementara di kawasan utara dari tanah seberang iaitu di Kedah. Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah benar datangnya dari pakcik angkat saya. Kira-kira 10 tahun lalu, pakcik angkat saya datang ke rumah Pak Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam.

Siti (bukan nama sebenar) merupakah anak pakcik angkat yang sulung. Pada mulanya Pakcik agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkenaSiti sememangnya sukar untuk diubati. Kata Pak Rani setakat nak tengok-tengok tu bolehlah dan segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. “MasyaAllah…” Rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengerang kesakitan. Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Sani memasuki rumah pakcik angkat, dia menyaksikan perut Siti yang lebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badannya yang sekecil itu. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan..

Dipercayai Siti pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Siti telah bertunang dengan seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Namun bagi Pak Rani yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Siti, dia sudah tahu sememangnya Siti telah terkena ilmu hitam. “Memang sah Siti terkena ilmu ‘Lubang Jarum’. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang inginmelaksanakan niat jahat.

Pak Rani berpendapat, penyakit Siti itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Rani terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Siti kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Rani ialah membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Rani membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Siti. Siti meracau-racau mengatakan Pak Rani ingin membunuhnya namun Pak Rani tidak menghiraukan kata-kata Siti itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Siti. Pada masa sama Siti meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Rani membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Siti meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan di kepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Siti. Pak Rani masih meneruskan usahanya selama 3 malam.

Setelah sampai di rumah pakcik angkat, dia mendapati keadaan Siti semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika Ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Siti bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Pak Rani segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Siti, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Siti kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Rani melakukan ikhtiarnya yang terakhir.

Pak Rani mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Rani mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Siti semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat baring Siti tercabut dan terpelanting tiba-tiba.

Pak Rani tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Rani nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Siti kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.

Segera Pak Rani memanggil pakcik angkat saya untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Rani, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan pakcik angkat, Pak Rani meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Siti meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak cik angkat saya mengajar Siti supaya mengucap dan ingat kepada Allah. Seketika kemudian, Siti menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Siti yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Siti malam itu. Siti telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya.

Menurut Pak Rani, mereka yang mengamalkan ilmu ‘Lubang Jarum’ ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialahmendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Sekian..
Yang benar,
Puteri Kayangan...


sumber : credit to Mj12.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 11:56 PM | Show all posts
sape sape tahu pasal ilmu lubang jarum ni. memang bahaya tul.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 12:40 AM | Show all posts
Salaam

Ni...Pak Rani menggunakan cara brutal attack...Maaflah....sebab jika berlaku kejadian yang begini hendaklah diingatkan bahawa yang hendak di selamatkan atau disembuhkan oleh perawat adalah pesakit. Ini adalah tujuan utama. Apabila perawat dah geram sangat ngan penghantar penyakit atau hendak segera akan penyembuhan atau menyelamatkan keadaan yang kelamkabut maka sememang perawat terlupa akan tujuan asalnya apatah lagi dengan permintaan dalam kesedihan oleh kaum keluarga dan sanak sedara pesakit.
Ini aku tak nafikan sebab kekadang aku pun cam tu jugak...

Tubuh pesakit tidak akan dapat bertahan lantaran kerana lamanya beliau dalam keadaan kesakitan dan sudah tentu beliau amat lemah dalam semua segi.

Dari pengalaman akulah terdapat beberapa cara...
Pertama dengan perubatan cara ruqyah yak ini tanpa sentuhan
Kedua dengan cara fizikal iaitu menutup lubang yang enam...
Ketiga dengan cara mengadakan ritual memanggil makhluk yang menjalankan aktivitinya kepada pesakit. Caranya adalah dengan cara menyihir pula makhluk ini.

Setelah ketiga tiga ini atau salah satu daripada cara di atas menampakkan keberhasilan maka perawat hendaklah menyembuhkan pesakit agar sihat semula atau sekurang kurangnya  kesihatannya pulih semula walaupun sedikit.

Kemudian diberi pendiding diri kepada pesakit dan seterusnya perawat bolehlah menghapuskan makhluk yang ada, termasuk tuannya sekali ( kalau boleh)

Proses perawatan yang aku selalu lakukan sebegini ini memakan masa yang agak lama tetapi InsyaAllah dengan izinNya boleh menghasilkan yang ampuh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by Saat at 18-2-2011 01:05
Salaam

Ni...Pak Rani menggunakan cara brutal attack...Maaflah....sebab jika berlaku kejadian yang ...
rdzaccess Post at 18-2-2011 00:40



  oh baru faham..sepatutnya ada step by step juga nie.... agree..! tapi kurang faham step ketiga ni

"Ketiga dengan cara mengadakan ritual memanggil makhluk yang menjalankan aktivitinya kepada pesakit. Caranya adalah dengan cara menyihir pula makhluk ini."

maksudnya menyihir plak si jin tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:15 AM | Show all posts
Ada beberapa sebab makhluk ini boleh menampakan diri...
Satu ~ Makhluk ini sendiri yang menampakkan diri
Dua ~ Kelebihan yang diberi oleh Allah SWT kepada hambanya
Tiga ~ Dengan menggunakan "sihir" dari ilmu yang diberi oleh Allah SWT

Di sini saya katakan bahawa "sihir" adalah salah satu cara yang boleh menampakkan kita akan makhluk tersebut...tetapi dengan keimanan yang amat tinggi lagi mendalam..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:17 AM | Show all posts
Untuk mengupas perkara Tiga memerlukan masa dan penulisan dan pemahamam yang bukan sedikit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:25 AM | Show all posts
Untuk mengupas perkara Tiga memerlukan masa dan penulisan dan pemahamam yang bukan sedikit.
rdzaccess Post at 18-2-2011 01:17



    oh.....adakah ia berkaitan dgn membuka mata scan gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 01:27 AM | Show all posts
jadi dalam kes mangsa sihir tadi....kaedah pak rani terlalu agresif dimana dia bertarung dgn bomoh siam. akhirnya siti yang menjadi korban. kesian siti, kenapa laa ada manusia sezalim itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 08:25 AM | Show all posts
teringat kembang pada seorang saudara perempuan kembang yang meninggal dunia kerana buatan orang tapi kami semua redha ini sudah ajalnya dan ketentuan Allah buat dia. kenapalah manusia ini suka menyimpan kesumat dalam hati ya...bukankah lebih baik kalau mereka positif sahaja dalam apa jua keadaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 09:11 AM | Show all posts
meh nak tolong jwb..

selalunye,sesuatu perawat akan nasihatkan pesakit supaya hab ...
melinda_gordon Post at 17-2-2011 17:33



    tenkiu mel..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 09:12 AM | Show all posts
tenkiu mel..
Aliana Post at 18-2-2011 09:11



    welcome
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 09:17 AM | Show all posts
semakin keliru lor..
setau aku pengunaan kemeyan & pendinding (tangkal) adalah slh.. tp knp msh ramai perawat yg m'gunakan kaedah nih??

ada sapa blh tlg huraikan kemusykilan aku nih??

dan apa plak hukum nyer mandi bunga??
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 09:26 AM | Show all posts
semakin keliru lor..
setau aku pengunaan kemeyan & pendinding (tangkal) adalah slh.. tp knp msh ram ...
Aliana Post at 18-2-2011 09:17



    dah nyata dah kalau penggunaan asap kemenyan dan tangkal adelah ditegah didalam islam..so dah tentu2 tak boleh...

asap adelah makanan jin..jin sgtlah suke..makanan favourite die tu

mandi bunga utk tujuan ape???melalui ape yg mel phm..setakat mandi bunga untuk hilangkan bau badan mcm kat spa2 tu takpe..

yg salah disisi agama tu,tujuan mandi bunga tu disalah guna..dan biasenye ade mantera2 yg diamalkan semasa mandi bunga tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.620579 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list