9 sungai di Kedah sudah melepasi paras bahaya
Alor Setar: Paras sembilan sungai di negeri ini sudah melepasi paras bahaya setakat 5 pagi ini, susulan hujan lebat sejak malam tadi.
Melalui laman Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, sungai itu membabitkan lima daerah iaitu Kubang Pasu, Pendang, Yan, Kota Setar dan Baling.
Tiga sungai di daerah Kubang Pasu iaitu Sungai Bata di Kampung Bata, Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu.
Tiga sungai di daerah Kota Setar iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya.
Tiga lagi sungai ialah Sungai Ketil di Kampung Baru daerah Baling, Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang (Pendang) dan Sungai Gurun di Kampung Perupok di daerah Yan.
Disiarkan pada: Oktober 8, 2024
|