Tiz Zaqyah Rimas Kisah Peribadinya Dijaja
eks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 10 MAC 2012: Pelakon, Tiz Zaqyah akui rimas apabila kisah peribadinya lebih mendapat tumpuan dan publisiti daripada pihak media. Malah, heroin filem Cinta Kura-kura itu berkata, dia agak kesal apabila kisah kerjayanya tidak diendahkan segelintir media. "Saya kadang-kala agak pelik juga setiap kali berjumpa dengan media, pastinya soalan peribadi dan cinta ditanya kepada saya.Saya bukan tidak suka, tetapi seelok-eloknya cerita mengenai karier saya itu diutamakan. Atau kalau tidak biarlah kisah peribadi dan kerjaya diseimbangkan. "Bukannya apa, saya sudah menerima banyak komen daripada peminat sendiri yang merungut sukar untuk membaca cerita mengenai karier saya. Kalau boleh, lepas ini saya mahu kurangkan bercerita mengenai kisah peribadi saya" katanya yang ditemui selepas pelancaran program Wanita Inspirasiku TV3, di restoran Fullhouse, Sunway Giza, semalam. Dalam pada itu, Tiz Zaqyah turut menafikan gosip yang mengatakan hubungannya bersama dan kekasih hatinya, Remy Ishak sudah mulai retak. "Terus-terang saya dan Remy masih bersama dan hubungan kami berjalan seperti biasa. Malah antara kami tidak ada apa-apa masalah pun. "Mungkin spekulasi yang mendakwa hubungan kami berakhir baru-baru ini adalah satu salah faham dan secara tidak langsung telah menyebabkan penyebaran perkara yang tidak berasas itu," luahnya lagi. Selain aktif berlakon, Tiz Zaqyah yang pernah menyanyikan lagu Nur Kasih untuk filem Nur Kasih The Movie berkata, dia ada menerima tawaran untuk menyanyi lagi namun terpaksa ditolak. "Saya memang minat menyanyi selain berlakon. Cuma apabila ada yang menawarkan saya untuk merakamkan album, saya rasa saya masih belum bersedia untuk melakukannya secara serius. Saya kini hanya mahu lebih fokus kepada lakonan sahaja," tambanhya lagi. Beralih perbualan kata Tiz Zaqyah, dia kini sedang sibuk dengan pengambaran drama Dejavu Di Kinabalu untuk siaran TV3, dan bakal terbang ke Eropah pada Jun depan untuk penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi (TV9).
credit - murai |