CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: d_dalia

Edisi Mat Jee Naeee: Pic pasport Iman #2281..Pic sipi2 Iman #2358..Bersediakah u

 Close [Copy link]
Post time 2-8-2016 05:57 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 2-8-2016 09:52 AM
laaa si iman ni ker? I follow dia kat ig. dia pelukis dan slalu lukis2 gambar pelakon/ artis malaysi ...

kenal ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
buat forumer lalala tu, pekata chuols tag pekin kt gambo ni plak kt ig..bior jelas biji mata pekin tu tang mana fitnah nya ntah..
klu in denial lg...mmg saiko la dia..

kredit @kontang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 2-8-2016 05:57 PM
kenal ke?

hHah. kenal kat ig jer. dah lama follow sheols. sebelum gambar si pekin muncul lagi di igram sheols. lngsung tak terfikir sheols ni penipu atau model. just tgk lukisan dia je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 2-8-2016 06:03 PM
hHah. kenal kat ig jer. dah lama follow sheols. sebelum gambar si pekin muncul lagi di igram sheol ...

Lukisan sheol pun ambil artwork org lain, pastu klem lukis sndri

ntah la
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
labusayong replied at 2-8-2016 05:51 PM
kaka chazey maksud I "terlalu bombastik utk pekin". paham dak paham dak  sebab pekin ni ca ...

Chuol jangan memain k! Kalau Pekin ni is Iman yang gigih cilok gamba unknown model from NYC pestu potosop, manipulate gamba tu then gigih cilok gamba from deviantart susah payah potosop bagai semata nak buat Iman nampak gheal di samping gigih beli pensil warna segala tayang di IG, what makes chu think heol takkan gigih korek kamus, google translate bagai untuk construct inglis tahap nampak bombastik gitew?  
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:11 PM | Show all posts
beautifulliar replied at 2-8-2016 04:50 PM
Khueeennnn femes gk tered tu..yg taktau ni duk bertapa kat gunung santubong ke dulu..siap si asra  ...

klu ckp pasal dia aku teringat pisang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2016 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 2-8-2016 05:50 PM
tp walaupun ayat iman tu so basic, i rasa pekin mmg tak mampu nak construct simple english cmtu se ...


Ka Pekin ada partner in crime uol? Dah porumer kata heol penah kantoi nipu ngaku superbike orang lain heol punya, ntah2 heol upah minah debab mana tah nyamar jadi Iman pehtu balas2 komen ngan heol kat IG demi mengimpresskan netizens heol mampu deting awek model NYC?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
311gurl replied at 30-7-2016 06:25 PM
oh my,, ramai jugak yg tak tahu pasal show catfish n what it means

Acik2 mana layan cenel MTV ler uolss        
1st tyme depa dengor psl catfish bagai nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarikelabu replied at 2-8-2016 02:57 PM
Pape pun tahap halusinasi si Pekin lom boleh lawan Edlyana Assegaf lagi.... hahaha.

plot twist:
Edlyena sebenarnya Iman. jengjeng
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:21 PM | Show all posts
rina0602 replied at 2-8-2016 10:11 AM
klu ckp pasal dia aku teringat pisang

ooo... cenggini ye b...


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rina0602 replied at 2-8-2016 06:11 PM
klu ckp pasal dia aku teringat pisang

Eja camni pishang     
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:27 PM | Show all posts
telracs replied at 2-8-2016 06:21 PM
ooo... cenggini ye b...

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 2-8-2016 06:17 PM
Acik2 mana layan cenel MTV ler uolss         
1st tyme depa dengor psl catfish bagai nih

Kalau MTV tu ada kat tibi 3 ka boleh kot layan. Ni cenel kapitalis berbayar jah hado. :lo:
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:38 PM | Show all posts
chazey replied at 2-8-2016 06:11 PM
Chuol jangan memain k! Kalau Pekin ni is Iman yang gigih cilok gamba unknown model from NYC pestu  ...



semput dadaku baca laseran uols dalam satu nafas tanpa titik dan sebagainya! tu la bila pikir balik awat si iman ni nak catfish pekin ramai lg yang famous drp abe budu tu. mungking kah iman tu mmg pekin sbb pekin pun mmg berseni jugak kan, or maybe dah masuk jarum tapi abe budu je yang lekat mampat padatttt
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:47 PM | Show all posts
labusayong replied at 2-8-2016 07:21 AM
i usha ig sabina ada orang tag pekin. kemudian pekin acah2 "jgn buat fitnah"
kesian ko pekin..  ...

pelik pekin kata jangan fitnah..kan dah pernah jumpa si iman dan bawak jumpa mak lagi..dah sah mata sebijik sejibon macam 'gf' dia (berdasarkan pic edit dari kontang)..pekin ni mabok ketom ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
labusayong replied at 2-8-2016 04:54 PM
haah la.. i missed out on that point. Kalau betul iman tu jadian je ngape dihimpitnye pekin? t ...

Tu je yg dia dpt you    setelah gigih mencoba. Kalau tgk dlm list dia ada qi razali, hans isaac, ada la few mamat2 malaysia yg quite good looking. Dia dah try semua yg dpt abg pekin je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2016 06:49 PM | Show all posts
Aduradura replied at 2-8-2016 08:55 AM
Iman nie pun paham bahasa melayu gamoknye..elok je pekin sembang pasor dengan dia

gf mat saleh paham ke dia 'eleh' tu benda hape..hahaha..bahasa kita2 sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu sheols tuduh makpak budak kat dlm flight tu kokesen....bertitik tolak dari itu kali nih sheols upgrade diri sebagai kokesen....

so iols speku Iman...Sabina = Kak HASANAH.. Niqabis...imiganasi n definisi tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:57 PM | Show all posts
Edited by mrsLucky at 2-8-2016 08:50 PM

Ini artikel untuk mereka yang tidak tahu siapa Maya Darina


Maya Darina tak wujud!
Oleh Zubir Mohd Yunus

picture taken dari website
credits to:
http://www.mesrpa.net/forum/lofiversion/index.php/t81759.html


Farah dan Faizal menunjukkan keratan akhbar 'Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud?'.

Faizal Tahir:
"TERUS-TERANG saya katakan, saya terkejut apabila nama saya dikaitkan menerusi satu artikel - ‘Maya Darina Dahlan Hain tidak wujud?’ yang disiarkan menerusi B*Pop terbitan 7 September lalu. Artikel itu mendakwa diri saya pernah dipermainkan seorang wanita bernama Elie, gadis yang mungkin menyamar sebagai Maya Darina Dahlan Hain apabila dia didakwa sebagai kekasih terbaru Pierre Andre!

Maya Darina ini saya sangat pasti dan amat yakin, dia ni tak pernah wujud! Walaupun kisah saya dan Maya Darina sudah lama berakhir, saya tak sangka cerita Maya Darina ini timbul semula. Saya pernah cakap dengan Maya ni, dia ada masalah mental dan perlu berjumpa dengan doktor. Maya Darina menggunakan banyak nama, ketika dia bersama saya, dia menggunakan nama Molie dan satu lagi watak lain iaitu Melia. Melia ialah kakak kepada Maya Darina.

Saya dah kenal Maya ni lama, tapi kami tak pernah berjumpa. Saya kenal Maya menerusi laman web friendster di internet. Maya beritahu, dia sakit jantung. Dia nak mati, tinggal beberapa hari saja lagi nak hidup. Sebagai kawan, saya beri Maya semangat. Kami jadi kawan rapat, tapi menerusi friendster saja, tak pernah minta nombor telefon dia pun.

Apabila tiba ‘hari kematiannya’, Maya beritahu saya, dia tak jadi mati! Dia kata dia lawan rasa nak mati tu! Sebabnya saya banyak beri semangat padanya. Ayat power! Ketika itu saya baru kahwin, tapi tak ada anak lagi. Kata Maya lagi, dia nak jumpa saya dulu sebelum mati. Dia beritahu saya, dia dah timbul rasa sayang pada saya sebab saya selalu beri dia semangat. Maya kata, dia belum pernah jumpa orang caring seperti saya.

Maya juga mendakwa, dia baru saja putus cinta dengan teman lelakinya sebab teman lelakinya tak larat nak jaga dia sebab dia sakit. Saya cakap pada dia, tak boleh sayang saya sebab saya dah kahwin. Sebaik saja saya cakap macam tu, dia tiba-tiba terus jatuh sakit, nak mati lagi! Saya beritahu Maya, sentiasa ingat Tuhan.

Nak dijadikan cerita, isteri saya cari Maya. Isteri saya berjaya mendapatkan nombor telefon Maya. Banyak kali isteri saya telefon, tapi dia tak nak jawab. Akhirnya suatu hari isteri saya telefon, ada orang jawab dan bermulalah satu lagi karektor, Melia. Melia dan Maya Darina adalah orang sama, dia cuma tukar suara saja. Melia beritahu isteri saya, Maya Darina sudah mati... Bermula dari situ, habis, saya tak dengar apa-apa cerita lagi.

Saya pun masuk OIAM. Tak lama kemudian ada seseorang hantar SMS pada saya, tapi saya tak kenal siapa. Dia tak nak memperkenalkan dirinya. Akhirnya selepas didesak, dia memberitahu, dia adalah Maya Darina... Saya cakap jangan main-main dengan orang yang sudah mati. Macam-macam cerita timbul selepas itu kononnya Maya beritahu, Melia sengaja mereka cerita.

Dia beritahu saya, Maya Darina Dahlan Hain masih wujud. Saya pelik! Maya terus mengganggu hidup saya, saya maki dia berbakul-bakul! Akhirnya Melia muncul semula dan telefon saya tiap-tiap malam, tapi saya tak layan, manakala Maya dah senyap. Melia beritahu, Maya sakit semula, jantungnya ada masalah lagi. Tak lama lagi Maya nak mati. Saya kata, jangan tipu lagilah!

Melia guna sentimen lagi, jumpalah Maya selagi dia masih hidup. Tapi, saya masih belum berpeluang bertemu Maya. Setiap kali saya nak jumpa Maya di Institut Jantung Negara (IJN) ada saja alasannya, doktor tak benarkan pelawatlah, ada mesin tengah onlah dan macam-macam! Yang saya tak boleh tahan nak dengar tu, Maya beritahu, dia ni founder untuk konsert IJN bersama Sheila Majid! Dia nak panggil saya buat show!

Maya beritahu, dia dah cadangkan nama saya, tapi akhirnya Sheila yang terpilih. Akhirnya dia mula dapat perhatian saya ketika saya kena gam tiga bulan tu. Ketika itu memang saya ‘down gila’. Ketika itu jugalah Maya masuk jarum. Maya kata, dia boleh tolong menaikkan semula karier saya kerana dia ada pengaruh besar dan kenal semua VIP di sebuah syarikat media! Dia kata, dia boleh terus jumpa menteri untuk menjernihkan semula nama saya.

Saya tanya Maya lagi, dia ni siapa sebenarnya. Dia kata dia seseorang dan ada saham di syarikat media berkenaan. Tambah Maya lagi, dia pun dah tak lama hidup, jadi dia nak tinggalkan sahamnya pada saya! Maya nak mewasiatkan sahamnya kepada saya. Saya masih tak nak percaya, saya kata buktikan! Sudahlah saya tak pernah berjumpa dengan Maya Darina ni.

Akhirnya satu lagi karektor wujud, Molie. Molie adalah gadis yang dilihat pernah bersama Pierre. Sebelum itu, ketika separuh akhir Muzik-Muzik TV3, lagi beberapa minit saya nak naik stage menyanyikan lagu Kasih Tercipta, saya dapat SMS daripada Melia, Melia beritahu saya, Maya baru saja meninggal dunia. Kuburnya di sini, malam ini mereka nak buat kenduri tahlil. Saya buat bodoh saja!

Tak lama kemudian, Molie pun muncul dan memperkenalkan dirinya adik Maya. Kami hanya SMS saja. Tiba-tiba suatu hari Molie terlepas cakap, katanya dia baru berjumpa Maya! Saya dah dapat tangkap, ini mesti ada sesuatu! Selepas itu, bermulalah satu episod baru. Saya kata saya nak jumpa sangat Maya ni. Dia orang ni main-main, dia orang dah cakap dengan saya, Maya dah mati tiga kali! Tiba-tiba Maya hidup balik!

Maya nak tembus balik kesalahannya sebab dia dah tipu saya. Masa ini lah dia beritahu saya, dia anak seseorang, ada saham di syarikat media, ada rumah mewah berhampiran KLCC, ada pengaruh politiklah, kenal menterilah dan macam-macam. Maya kata dia masih sakit, tapi belum mati. Maya nak mewasiatkan hartanya kepada saya. Saya kata jangan tipu, akhirnya Maya minta saya berjumpa dengan Molie.

Saya bertemu Molie dengan isteri saya. Molie bawa surat wasiat Maya yang bagi saya memang Molie buat sendiri. Saya pernah tanya Molie, kenapa muka dia lain dengan Maya, Molie kata, dia adik tiri Maya. Pendekkan cerita, semua yang Maya janjikan dengan saya, menipu! Maya masih mengganggu kehidupan saya, katanya dia sanggup jadi isteri kedua atau ketiga saya! Akhirnya cerita berpindah kepada Farid Kamil, Farid telefon saya, tanya sama ada saya pernah ada pembantu peribadi nama Elie tak. Sekarang Maya dah mengganggu Pierre pula.”

Farah Asyikin
"SAYA buat pendedahan ini untuk mereka yang sudah terkena dengan Maya Darina seperti bekas kekasih Pierre, Norliana (Yana) dan Faizal. Sekarang ni yang dalam kesusahan ialah Pierre. Maya cari Farah dalam blog, emel Farah dan beritahu keadaan dirinya, dia sakit jantung. Saya simpati dengannya. Kami berkomunikasi menerusi telefon dan Farah dengar rintihan Maya, dia keluar masuk hospital.

Saya beritahu Maya, suami saya seorang doktor. Saya pun memperkenalkan suami saya, Dr Fariz (kini sudah bercerai) dengan Maya. Ketika itu, saya dan Fariz dah tinggal berasingan. Saya pun menunjukkan gambar Maya Darina kepada Fariz. Fariz pun ambil kes Maya. Akhirnya Maya dan Fariz jadi kawan. Mereka berhubung menerusi SMS. Mungkin Maya Darina ini adalah salah satu faktor kecil yang menyebabkan hubungan saya dan Fariz semakin jauh.

Dalam masa sama, Maya masih SMS saya. Fariz dapat kesan Maya ni penipu kerana dia cakap berbelit-belit. Fariz tak pernah jumpa Maya, tapi dah pernah jumpa Molie iaitu gadis yang bergambar bersama Pierre seperti yang disiarkan B*Pop, 7 September lalu. Fariz nak hantar bunga dan coklat kepada Maya, tapi menerusi Molie. Molie mendakwa, dia dan Maya, adik beradik. Dari situ, Fariz dah dapat agak, ada sesuatu yang berlaku.

Apabila Maya kata dia masuk PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), Fariz semak senarai nama pesakit, memang tak ada pesakit bernama Maya Darina! Apabila Fariz tak layan, Maya SMS saya, dia kata nak bunuh diri! Saya tak layan. Kalau Maya telefon, telefon Molie akan dimatikan. Bagi saya, Maya Darina atau Molie adalah orang yang sama. Maya tak pernah muncul, yang ada hanyalah Molie saja.

Menurut cerita dalam blog, Molie dah kahwin dengan Pierre, sedangkan Pierre nak kahwin dengan Maya! Kalau Maya Darina Dahlan Hain betul-betul wujud, tunjukkan dirinya. Sekarang memang tak ada bukti Maya wujud. Kepada Pierre, please wake-up! Maya, Melia, Molie, Elie adalah orang sama, apabila bercakap di telefon pun, suara sama saja. Pesanan saya kepada Maya, better stop, jangan memporak-perandakan lagi hubungan orang lain! Sekiranya benar Pierre pernah berjumpa dengan Maya Darina, tampillah bersama gadis itu!”

credit to
http://www.bharian.com.my/sisipan/bintan....icle/index_html

Dan Lagi....

Saya bukan Maya Darina!'
Oleh Zubir Mohd Yunus



Ellyna (kiri) bekas penulis skrip MMP nafi dirinya Maya Darina, Molie atau Melia.

Bekas penulis skrip mengaku kenal dan menjadi kawan kepada 'gadis misteri'

GADIS misteri yang dikenali dengan nama Maya Darina Dahlan Hain yang dikaitkan dengan Pierre Andre, terus menjadi tanda tanya hingga hari ini. Adakah dia benar-benar wujud atau sekadar ilusi? Pencarian siapa sebenarnya Maya bermula sejak Ogos lalu apabila bekas kekasih Pierre, Norliana Samsudin atau Yana yang juga pengarah filem Selamat Pagi Cinta mendakwa kononnya Pierre bercinta dengan Maya.

Nama Maya Darina terus panas apabila dua penyanyi popular, Faizal Tahir dan Farah Asyikin mendakwa Maya Darina tidak wujud apabila kedua-duanya pernah menjadi mangsa tipu gadis misteri itu! Faizal mendakwa Maya ada masalah mental, selain menggunakan pelbagai nama apabila berinteraksi dengannya seperti Molie dan Melia. Kononnya Melia ialah kakak Maya.

Ada dakwaan mengatakan Maya Darina atau Molie atau Melia adalah orang yang sama. Desas-desus memberitahu, perancang utama ‘permainan’ ini ialah Elie, gadis yang mungkin menyamar sebagai Maya Darina! Difahamkan, Elie pernah bertugas selama dua bulan di Metrowealth Movie Productions (MMP) sebagai penulis skrip. Perkara ini disahkan sendiri oleh penerbit MMP, David Teo.

Usaha menjejaki Elie bermula apabila penulis menerima kiriman gambar Pierre bersama seorang wanita berbaju kurung warna coklat apabila ada dakwaan mengatakan wanita itu adalah Elie yang kononnya menyamar sebagai Maya Darina selama ini.

Faizal dalam kenyataannya sebelum ini pernah memberitahu, Maya mendakwa dia anak ‘somebody’, memiliki saham di syarikat media, mempunyai rumah mewah, ada pengaruh politik dan mengenali ramai menteri! Difahamkan, Maya juga mempunyai kereta mewah seperti Austin Martin, Ferrari dan penthouse! Pun begitu, Maya pernah mendakwa, dia sakit jantung dan hanya menghitung hari saja untuk menemui ajal!

Aktres jelita, Julia Ziegler yang berlakon bersama Pierre di Jakarta menerusi filem usaha sama Malaysia-Indonesia, Teman Selamanya (kini ditukar judul Bego), memberitahu ketika di Jakarta, tiba-tiba nama Maya muncul apabila Pierre mengakui mengenali Maya. Julia mendakwa dia pernah terdengar Pierre memanggil Maya dengan panggilan baby, sayang! Namun, Julia turut mendakwa Maya Darina tidak pernah wujud!

Berita Harian terbitan 30 Oktober melaporkan, ibu Pierre, Khatijah Tan yang juga pelakon terkenal, memberitahu, Pierre ada bercerita mengenai Maya kepadanya tetapi tidak lebih mengenai soal perniagaan bukan kisah percintaan seperti yang digembar-gemburkan media massa selama ini. Pierre sendiri pernah mengaku kepadanya, dia tidak pernah berjumpa dengan Maya, mereka sekadar berbual di telefon, justeru bagai mana hendak bercinta.

Malah, Pierre pada sidang media baru-baru ini juga mengaku mengenali Maya Darina menerusi Elie dan pernah berhubung dengan Maya menerusi telefon tetapi tidak pernah bersua muka.

Baru-baru ini, penulis menerima kiriman e-mel daripada seseorang bercerita perihal Elie dan bertitik tolak daripada e-mel berkenaan, akhirnya gadis misteri yang selama ini dicari-cari, Elie mengirimkan SMS kepada penulis dan menyatakan kesediaannya bertemu penulis. Elie memberitahu, dia kini baru dua minggu bertugas di sebuah kedai buku di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Masa yang dinanti-nanti akhirnya tiba apabila penulis bertemu Elie pada 17 November lalu kira-kira jam 1.15 tengahari. Selain jurugambar, turut bersama penulis pada hari itu ialah sekumpulan wartawan Melodi TV3 yang diketuai sendiri penerbit, Nas Ahmad.

Elie jadi penyelia kedai buku

Menerusi pertemuan itu, Elie mengakui nama sebenarnya ialah Ellyna Ahmad, 28, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Dia kini menetap bersama ibunya di Gombak. Bapa Elie sudah meninggal dunia akibat barah pada 2006. Elie juga adalah bekas pelajar Akademi TV3 sesi pembelajaran 1998/2000. Selepas meninggalkan MMP, dia kini bertugas sebagai penyelia di kedai buku berkenaan.

Selepas diasak dengan pelbagai soalan supaya Elie mengakui dia sebenarnya Maya Darina yang selama ini memperdayakan ramai artis termasuk Faizal Tahir dan Pierre, namun dia tetap dengan pendiriannya: “Elie adalah Elie dan Maya adalah Maya!” Erti kata lain, Elie tetap mempertahankan kewujudan Maya! Elie menegaskan, Maya Darina Dahlan Hain memang wujud!

Ditanya hubungannya dengan Maya, Elie mengakui Maya adalah kenalan baiknya sejak sekian lama. Elie mendakwa, Maya yang kini seusia dengannya adalah bekas pelajar University of East London dalam bidang perniagaan antarabangsa dan kewangan. Elie tidak menafikan, Maya anak orang berada yang mewarisi kekayaan daripada datuknya. Maya juga ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat pembinaan terkenal, selain memiliki sebuah premis perniagaan di Ritz Perdana, Damansara Perdana.

Tunjuk bukti salinan akaun bank

Ditanya, mana Maya dan kenapa dia tidak hadir menemui media untuk membuktikan kewujudan dirinya, Elie memberitahu, dia tidak tahu di mana Maya. Namun, Maya sempat mengirimkan e-mel penyata akaunnya kepada Elie untuk membuktikan kewujudan dirinya. Penulis dan team Melodi berkesempatan melihat penyata akaun Maya yang menunjukkan wang simpanannya melebihi RM2 juta! Pun begitu, nombor akaun yang tertera dan maklumat lain mengenai Maya, dikaburkan.

Diasak dengan pertanyaan lain, kenapa Maya tidak menyertakan salinan kad pengenalannya, Elie menambah, dia sudah memintanya daripada Maya, tapi Maya gagal menyediakannya. Memang pelik bunyinya! Elie menambah, dia juga sudah lama tidak berhubungan dengan Maya, selain nombor telefon yang kononnya milik Maya 017-2081544 tidak dapat dihubungi ketika cuba disambungkan wartawan Melodi, Ayau.

Selain itu, Elie juga sempat menunjukkan kad cinta kononnya kiriman Pierre dan Faizal kepada Maya. Ditanya daripada mana dia memperoleh ‘bukti’ itu kerana sudah lama tidak bertemu Maya, Elie berkata dia memperolehnya daripada adik Maya, Mukriz yang dikirimkan pada 12 November lalu. Memang kelakar bunyinya! Tidak ketinggalan Elie sempat menunjukkan klip video Faizal menyanyikan lagu Sampai Syurga yang kononnya pernah dikirimkan penyanyi itu kepada Maya menerusi telefon sebelum ini.

Pernah temani Pierre beli perabot

Dalam keteguhan Elie membuktikan kewujudan Maya, penulis berjaya menghubungi Faizal menerusi telefon bimbitnya dan perbualan kami diperdengarkan menerusi pembesar suara. Menerusi perbualan yang tidak berapa jelas itu, Elie menafikan beberapa perkara yang dibangkitkan Faizal.

Dalam pertemuan itu juga, Elie mengaku, dialah gadis berbaju kurung warna coklat yang bergambar bersama Pierre. Gambar itu dirakamkan dalam satu majlis perkahwinan rakan mereka. Ketika ditunjukkan kepada Elie ‘gambar’ seorang gadis cantik yang kononnya Maya Darina, Elie berkata, dia tidak pernah melihat gambar itu, tapi mengakui ada sedikit persamaan dengan Maya. Elie sekali lagi menafikan Maya Darina itu sebenarnya dirinya.

Elie juga mendakwa pernah ke rumah Maya di Sri Maya, Setiawangsa dan Tropicana, Damansara. Namun, Elie tidak menafikan pernah menemani Pierre membeli perabut di Ikea apabila Maya tidak dapat ikut sama apabila ada urusan lain. Selain itu, Elie mendakwa kenyataan yang pernah dikeluarkan Faizal dalam B*Pop terbitan 14 September lalu hanya 40 peratus saja yang betul, namun tidak menafikan Maya memang tidak berapa sihat, sakit dada dan selalu sibuk.

“Saya memang bukan Maya Darina! Molie dan Melia adalah ahli keluarga Maya. Saya tak tahu, sekarang Maya bekerja di mana?”, tegas Elie setiap kali diasak dengan pertanyaan.



Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:59 PM | Show all posts
ALDRIN replied at 2-8-2016 06:55 PM
Aritu sheols tuduh makpak budak kat dlm flight tu kokesen....bertitik tolak dari itu kali nih sheols ...

hahhaahhahaha!! sampai kak hasanah delusional pon masuk skali


gini la realiti rakyat malaysia. ramai nau yg kuat berangan.pekin,kak hasanah, zeti edlina, dll..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.596317 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list