CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hotmak

(V12) All About Zamani & Slam (Video Showcase Singapore Page 10 (Mobile Vers

 Close [Copy link]
Post time 27-12-2018 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Gempak |  Diterbitkan pada Disember 27, 2018 18:00 MYT

Rai ulang tahun ke-25, netizen harap Slam buat konsert reunion

SLAM tidak hanya popular di Malaysia sahaja, sebaliknya, kumpulan itu turut menempa kemasyhuran di Indonesia.

DIAM tak diam sudah 25 tahun kumpulan Slam ditubuhkan. Populariti yang diraih oleh kesemua anggota kumpulan itu Zamani, Shah, Ajak, Lili, Man dan Eddie tidak hanya terbatas dalam negara sahaja.

Sebaliknya, Slam yang sangat popular menerusi lagu Kembali Terjalin dan Gerimis Mengundang juga mempunyai peminat di Indonesia selain Singapura dan Brunei.

Kekuatan Slam sehingga mampu bertahan ke hari ini disebabkan karya-karya yang mereka tampilkan sangat dekat dengan selera dan jiwa peminat muzik Melayu.

Dalam masa sama, kelunakan vokal penyanyi Slam, Zamani juga antara faktor yang mendorong kejayaan kumpulan itu.

Malah, kemunculan Zamani sebagai peserta program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) tetap menjadi tumpuan ramai meskipun dia berdepan dengan masalah kesihatan.

Sempena ulang tahun ke-25 Slam, gitarisnya, Shah memuat naik entri di laman Instagramnya, shahslam_ merakamkan rasa terima kasih kepada semua yang menyokong penubuhan kumpulan itu sehingga boleh bertahan sehingga sekarang.

"Terima kasih tak terhingga kepada semua yang masih mendengar lagu2 Slam & mengundi di carta2 radio.. Slam dah lebih 25tahun.. happy 25 anniversary Slam," katanya.

Ucapan Shah itu menarik perhatian sebilangan besar netizen yang turut berkongsi kegembiraan kerana kejayaan mempertahankan band berkenaan.

Selain ucapan tahniah, netizen turut mencadangkan Slam mengadakan konsert reunion besar-besaran bagi meraikan ulang tahun mereka.

Ini, kata mereka, Slam merupakan antara kumpulan muzik yang memiliki reputasi yang cukup baik selain mempunyai koleksi lagu yang popular dan bersifat malar segar.

Selain Kembali Terjalin dan Gerimis Mengundang, lagu-lagu lain yang turut melonjakkan populariti kumpulan ini ialah Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih dan banyak lagi.

Kredit: Berita Awani



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
staplerputih replied at 27-12-2018 10:47 PM
Gempak |  Diterbitkan pada Disember 27, 2018 18:00 MYT

Rai ulang tahun ke-25, netizen harap Slam  ...

tenkiu share chuol.iol is happy slam masuk soratkabar
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
staplerputih replied at 27-12-2018 10:47 PM
Gempak |  Diterbitkan pada Disember 27, 2018 18:00 MYT

Rai ulang tahun ke-25, netizen harap Slam  ...

bessttnyaa news ni.. tenkiuu kaka share sni.. smoga Slam trus bangkit..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Iris. replied at 27-12-2018 04:53 PM
bagi i lah... julia hana ni muka rempit
lawa lagi juliana

Kebetulan plk zaman dulu julia hana ni penah blakon jadi minah rempit jgk kan. Xigt la tajuk cite. Tp zaman tu mmg banyaj cite bohsia la bohjan la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
akr replied at 27-12-2018 11:04 PM
tenkiu share chuol.iol is happy slam masuk soratkabar

Welkam uols. Moga banyakkk lagi sotkabar akan tulis pasal slam dan magazine amek slam jadi cover depan. Pasti laris sotkabar & magazine di pasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
shaz90 replied at 27-12-2018 11:09 PM
bessttnyaa news ni.. tenkiuu kaka share sni.. smoga Slam trus bangkit..

Kannn. Go go slam, semoga terus maju ke puncak. Jalan terussss.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2018 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
staplerputih replied at 27-12-2018 11:51 PM
Welkam uols. Moga banyakkk lagi sotkabar akan tulis pasal slam dan magazine amek slam jadi cover d ...

memg laris la chuol.iol sorg pun dah beli 3 copy.satu baca,satu simpan dlm lemari kaca,satu kalau sesiapa nak pinjam haaa gittew
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ibuaq replied at 27-12-2018 10:04 PM
tapi tang bawah tengok dulu, baru muka

Haha..samala..xbole.xtgk..mantop tu..seksanya lahai zmn2 dulu pnya pkaian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
akr replied at 27-12-2018 10:05 PM
calling calling for @shinichi iol dah xde stock malam ni bile chuol nak mencemar duli muntahkan semu ...

Cuba lg uol... Hekhek... Bz benor aihh bdak shinichi eak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
syazwani5038 replied at 28-12-2018 12:26 AM
Cuba lg uol... Hekhek... Bz benor aihh bdak shinichi eak...

mne p la si shinichi ni.jauh sgt main xjmpe jln balik dah ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akr at 28-12-2018 07:23 AM

Assalamualaikum dan salam Jumaat pada semua Zamanians dan SFC semua.

Macam biasa, saya akan remind semua daily task yang perlu dilakukan harini;

1. Anugerah Figura Cari 2018 (Forum Cari) - Anugerah Kemuncak Kareer (Bidang Seni) sila letakkan nama Kumpulan Slam di bahagian Other dan sila undi Abang Zamani untuk Trofi Tun M (King/Queen of Come Back). Perlu diingatkan, undian hanya dibuka sehingga 23 Januari 2019.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdtmbtsZ7qST7-HT02ZMFv_Ta-S-FI-_Vh11Q9f4qm6CqXG6g/viewform

2. Vote lagu Jika Kau Rasa Getarnya di Carta 40 Sinar
https://sinar.my/carta/carta-40-sinar

3. Vote lagu di Carta Empayar Hitz Lagi - Syair Si Pari-Pari dan Empayar 90'an - Gerimis Mengundang
http://nasionalfm.rtm.gov.my/carta-lagu

4. Spam/comment request GTI cover lagu Kala Hujan di GTI official youtube channel. Jangan lupa like semua comment yang request benda sama
(Update: boleh juga comment di Instagram account official.gti)
https://youtu.be/Uu3yhYfUBkg

5. Naikkan view MV Kala Hujan (yakinkan GTI untuk cover lagu Kala Hujan)
https://youtu.be/TR6aIjSLe3A

6. Naikkan view MV Tambatan Hati (yakinkan lebih banyak stesen radio untuk putarkan lagu ni)
https://youtu.be/NbXDFF7aEjw

7. Naikkan view MV Alhamdulillah - Shah Slam (single Abang Shah Slam)
https://youtu.be/JfcY_9B6d9E

Terus gerakkan usaha untuk menduniakan Slam dan Abang Zamani. Segala sokongan anda sebagai fans amatlah dihargai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2018 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
akr replied at 27-12-2018 09:51 PM
mak iol xtau la iol ni nakal ke gatal ke tp kalau dah pic mcmtu mustahil la nengok muka je.ampun a ...

sama, aummmmmm cuci mata terus kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 07:37 AM | Show all posts
staplerputih replied at 27-12-2018 10:06 PM
Slam ke zamani ke taknak ke buat channel youtube sendiri? Juls, nanti btau aa buat channel yt sendir ...

slam tak kot....
sbb masing2 sibuk dgn kerjaya dan hobi masing2....
zamani lagila... nasib baik juls upload jgk video dia...
tapi nampak mcm sheols kena minta approval dulu & takleh main2 upload....
sbb ada baca komen ramai minta zamani nyanyi lagu lain slps video smule dekat padamu tu...
juls jawab mcm susah sikit sbb aa ni bukan perangai mcm kita2 ni(hsp ni kan perangai orang minoriti)...
dia nak fikir hati dan perasaan orang lain dulu sebelum buat sesuatu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 07:53 AM | Show all posts
cerita pasal julia hana ni...
dulu sebelum dia jadi pelakon, dia ni gf jeff a to z....
mana-mana jeff ada, dia mesti ada menyelit...
lama jugak diaorang ni bercinta dulu & nampak jeff tu sayang betul kat dia....
sampai jeff tu buatkan girl grup utk julia ni atas penjagaan dia....
tapi tak menjadi dan slps dia ni jadi pelakon dan ada byk kontroversi, i dapat tahu diaorang dah putus dan jeff kahwin org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 28-12-2018 07:30 AM
sama, aummmmmm cuci mata terus kahkahkah

mak hari jemaat ni mak.cover cover ckit ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
purpler replied at 28-12-2018 07:53 AM
cerita pasal julia hana ni...
dulu sebelum dia jadi pelakon, dia ni gf jeff a to z....
mana-mana j ...

jef atoz yg abg sam tu ker kaka purpler.iol bru tau julia hana ngan jeff ni.tp skrg pun dah sendu dah julia hana nye pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 08:04 AM | Show all posts
akr replied at 28-12-2018 07:58 AM
jef atoz yg abg sam tu ker kaka purpler.iol bru tau julia hana ngan jeff ni.tp skrg pun dah sendu  ...

aah abg sam...
jeff tu kenal isteri dia skrg 6 bulan je dan dia terus ajak kawin....
dia mmg jenis low profile dari dulu...
tak mcm sam dgn zizie...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akr at 28-12-2018 08:53 AM
purpler replied at 28-12-2018 08:04 AM
aah abg sam...
jeff tu kenal isteri dia skrg 6 bulan je dan dia terus ajak kawin....
dia mmg jen ...


6 bulan je knal?pastu than smpai sekrang,wah menakjubkan.bgus juga si jeff ni.iol prnh tgok ajl ade jeff ni not bad jgak dia dlu2 dgn rmbut belah tengah dia huhuhu.eh btul ke yg tu dia?ke slh org iol men sebut je ahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2018 09:16 AM | Show all posts
Edited by hotmak at 28-12-2018 09:19 AM
purpler replied at 28-12-2018 07:37 AM
slam tak kot....
sbb masing2 sibuk dgn kerjaya dan hobi masing2....
zamani lagila... nasib baik  ...

haa tgk igs naqie haritu pun, bila org ckp ajak lah live sesama, ajak bawak kan zamani, dia kata susah sikit yg ni, bab kirim2 salam ni boleh lah disampaikan

i speku dia ni garang jgk kot, bukan jenis garang tinggi suara ni, tapi jenis klu dia kata taknak, jgn paksa, dan jangan memandai2 nak buat apa2 tanpa kebenaran dia, jenis sapa nak dgn dia ni, kena jenis mengikut, kalau jenis degil keras kepala mcm i tak boleh lah, ehhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2018 09:18 AM | Show all posts
akr replied at 28-12-2018 08:44 AM
6 bulan je knal?pastu than smpai sekrang,wah menakjubkan.bgus juga si jeff ni.iol prnh tgok ajl  ...

betul lah tu dia, tapi skrg muka dia berubah betul, masa sam kawin dorang tercarik2 dia, rupanya sebab dah berumur muka berubah dah tak cam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 1.370589 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list