CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

 Close [Copy link]
Post time 18-4-2008 09:25 AM | Show all posts
lain kali jangan ambik import cap ayam...tak perlu import brazil ka, argentina ka...kedah ambik import pulau mana ntah, nak tengok dalam peta pong tak nampak...tapi superbbbbb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 09:35 AM | Show all posts

Kedah tumpu pertahan juara

ALOR STAR - Kedah akan memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan Piala FA dan Piala Malaysia selepas dinobatkan juara Liga Super dan mara ke pusingan kedua peringkat kalah mati Piala AFC lebih awal daripada jangkaan, lapor SHARIZA ABDULLAH

Ketua jurulatihnya, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, dia akan menggunakan kesempatan ruang masa yang ada untuk melakar strategi termasuk memantapkan mental dan fokus para pemain.

Justeru, katanya, skuad Kedah diminta 'melupakan' seketika kegembiraan berjaya mempertahankan gelaran juara Liga Super kerana mereka masih berdepan tugas sukar dalam saingan kedua-dua piala berkenaan.

Malah, katanya, para pemain Sang kenari juga tidak boleh 'hanyut' dengan kejayaan menepati sasaran layak ke pusingan kalah mati Piala AFC kerana perjuangan mereka masih panjang.

"Kita berpuas hati dengan prestasi pemain setakat ini tetapi perlu bekerja lebih keras untuk mempertahankan Piala FA dan Piala Malaysia. Ini kerana usaha untuk mempertahankan kejuaraan lagi sukar daripada memburunya," katanya di sini, semalam.

Berbaki tiga perlawanan dalam saingan Liga Super, Kedah telah dinobatkan sebagai juara buat musim kedua berturut-turut selain mencipta sejarah layak ke pusingan kalah mati Piala AFC meskipun masih mempunyai baki dua perlawanan dalam peringkat Kumpulan D pada kejohanan tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan menentang South China di Stadium Darul Aman kelmarin, Mohd. Azraai berkata, dia berpuas hati dengan persembahan pemainnya.

Katanya, komitmen dan kesungguhan mereka telah membantu kemenangan pasukan Kedah yang pertama kali menyertai kejohanan Piala AFC sebagai wakil negara.

"Kami selepas ini mensasarkan sekurang-kurangnya mencatat satu lagi keputusan seri dalam dua baki perlawanan dalam dalam Kumpulan D dan selepas itu akan menumpukan kepada saingan di peringkat kalah mati," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 07:49 PM | Show all posts


satu dah dapat....
lagi dua on the way..InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 11:57 PM | Show all posts

Reply #1334 hyphrigian's post

hyp hyp horeeeeeeee!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 09:27 AM | Show all posts

Azraai hargai peminat Kedah

Oleh Bashah Zainal Abdian

Tekad buru koleksi trofi kedua musim ini dengan memenangi Piala FA pula

KETUA jurulatih Kedah, Mohd Azraai mengerti apa dicari peminat setia Hijau Kuning adalah kepuasan dan itulah yang mahu dipulangkan pengendali itu kepada mereka sebagai satu penghargaan besar untuk memburu koleksi trofi kedua musim ini.

Malam ini, Kedah - barisan yang sudah pun menikmati gelaran Liga Super kini akan menyambung usaha baik itu apabila berdepan Melaka dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darulaman dengan modal selesa selepas menang 4-1 di gelanggang lawan pada perlawanan pertama.



Azraai berkata dia akan memastikan kesebelasan terbaiknya beraksi hebat pada perlawanan, malam ini dan tidak mengulangi aksi kurang bertenaga ketika tewas kepada Polis 1-2 dalam Liga Super di gelanggang lawan, Sabtu lalu.

"Tumpuan saya ketika ini ialah memastikan kita layak ke perlawanan separuh akhir walaupun berjaya mendahului selesa lawan kita. Apapun, kedudukan ini belum menjamin laluan ke separuh akhir kerana masih ada 90 minit permainan lagi untuk kita mengharungi.

"Tidak ada perlawanan mudah ketika menentang setiap lawan. Saya tidak mahu kita menanggung sebarang keputusan negatif dan meminta pemain menggandakan usaha agar kekalahan 0-2 kepada Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS) ketika beraksi pada peringkat pusingan pertama tidak berulang," kata Azraai, semalam.

Ketika bertemu Polis, Sabtu lalu dia sengaja merehatkan beberapa tonggak utama selepas beraksi tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari dan barisan pemain simpanan yang diturunkan kurang memiliki pengalaman untuk berdepan halangan.

"Esok (malam ini) hanya tonggak utama sahaja akan berada dalam kesebelasan utama kecuali ketua pasukan A Victor yang dijangka kembali beraksi semula Sabtu ini menentang Pahang dalam Liga Super.

"Saya yakin pemain utama memiliki kemampuan untuk memastikan ribuan peminat kita yang memenuhi Stadium Darulaman pulang dengan ceria dan kepuasan menyaksikan pasukan mereka meraih kejayaan melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala FA," kata Azraai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 09:40 AM | Show all posts

Kedah tidak akan bertahan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
[email protected]



PENYERANG Marlon Alex James (kanan) dijangka mengetuai jentera serangan Kedah pada pertemuan menentang Melaka malam ini.

--------------------------------------------------------------------------------


"KAMI tidak akan bertahan sebaliknya akan terus melancarkan serangan."

Itu amaran ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah kepada pasukan Melaka menjelang pertemuan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Star malam ini.

Walaupun skuad Kenari mempunyai kelebihan agregat 4-1 hasil kemenangan pada perlawanan pertama, namun pengendalinya tetap akan membariskan kesebelasan terbaiknya dalam usaha menyekat kemaraan lawan.

Menurut Azraai, dia tidak mahu pemainnya bermain secara bertahan pada perlawanan tersebut kerana percaya lawan mampu untuk bangkit mengejutkan pasukannya.

"Memandangkan kebanyakan pemain telah pulih daripada kecederaan saya akan menurunkan kesebelasan utama yang mantap pada perlawanan ini.

"Cuma Victor Andrag dan Syafiq Jamal sahaja yang masih belum pulih sepenuhnya, tetapi nama mereka mungkin akan disenaraikan," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Katanya lagi, jika pasukannya berada dalam kedudukan selesa selepas separuh masa pertama, dia mungkin memasukkan pemain muda pada babak kedua.

Jelas Azraai, dia akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memberikan pendedahan kepada barisan mudanya.

Dalam pada itu, Azraai turut mengingatkan pemainnya supaya tidak memandang mudah keupayaan lawan.

"Mereka (pemain) perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mempertahankan kubu daripada dibolosi lawan.

"Saya mahu semua pemain terus mempamerkan aksi terbaik bagi merealisasikan impian melangkah ke pusingan separuh akhir," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2008 07:44 AM | Show all posts
Kedah, Pahang, Selangor Dan Terengganu Ke Separuh Akhir



KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Juara bertahan Kedah, Pahang, Selangor dan Terengganu mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan lawan masing- masing pada perlawanan suku akhir kedua, Piala FA yang berlangsung malam ini.

Kedah yang baru menjuarai Liga Super akan menentang Pahang sementara Selangor akan bertemu Terengganu di perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 11 Jun.

Sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, Selangor muncul sebagai pasukan paling banyak memenanginya, sebanyak empat kali pada 1991, 1999, 2001 dan 2005.

Kedah pula menjuarainya pada 1996 dan 2007 sementara Pahang pada 2006 dan Terengganu pada 2000.

Di Stadium Darulaman, Kedah semakin gagah untuk mempertahankan kejuaraan musim lepas apabila membelasah Melaka 6-2 malam ini dan mara dengan kelebihan agregat 10-3 selepas menumbangkan lawan dengan jaringan 4-1 pada perlawanan pertama.

Marlon Alex James menjadi hero skuad Kenari bila menjaringkan empat gol, pada minit ke-8, 28, 59 dan 70 dan sementara dua gol lagi disumbangkan oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri (min ke-17) dan Hasmawi Hassan (min ke-21).

Sementara gol Melaka dijaringkan oleh Julius Abegar (min ke-11) dan Kofi Estiba (min ke-52).

Di Stadium Shah Alam, Selangor bangkit dari ketinggalan 0-1 pada perlawanan pertama untuk membenam Kuala Muda 4-1 malam ini dan menempah tiket ke separuh akhir dengan agregat 4-2.

Frank Seator membuka jaringan seawal minit pertama, diikuti dua jaringan Safee Sali pada min ke-20 dan 28 dan gol ke-empat Red Giants disumbangkan oleh Amirulhadi Zainal, dua minit sebelum tamat perlawanan.

Gol saguhati Kuala Muda dijaringkan oleh Liew Kit Kong pada minit ke-64.

Di Stadium Likas, Pahang menewaskan Sabah 1-0.

Pada perlawanan pertama, Pahang menumpaskan Sabah 3-1 dan mara ke separuh akhir dengan agregat 4-1.

Gol tunggal malam ini dijaringkan oleh Redouane Barkaoui pada minit ke-17.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, walaupun terikat 1-1 dengan Felda United, Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan kelebihan agregat 4-2 selepas menumpaskan pasukan kelab itu 3-1 pada perlawanan pertama.

Md Ashaari Shamsuddin membuka jaringan pada minit ke-32 namun Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jophat Nkhoma pada minit ke-39.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 08:09 AM | Show all posts
agregate 10-3... nih suku bola akhir ker main badminton kat umah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2008 08:37 AM | Show all posts

Azraai, Darby beri kerjasama

Oleh Mohd Fadzrie Hazis

Lepaskan pemain beraksi untuk Skuad B-23 kebangsaan dalam Piala Antara Benua

DUA jurulatih pasukan elit - Azraai Khor Abdullah (Kedah) dan Steve Darby (Perak) bersetuju untuk melepaskan pemain mereka beraksi untuk skuad Bawah 23 tahun kebangsaan dalam Kejohanan Piala Antara Benua, bulan depan walaupun 'tersepit' dengan situasi mahukan sumbangan mereka dalam cabaran Piala AFC.

Perkhabaran itu disuarakan jurulatih skuad B-23, B Sathianathan yang berkata beliau sudah mencapai kata sepakat dengan kedua-dua pengendali itu yang mahu berkompromi dalam soal penggunaan pemain mereka bagi misi negara.

Empat pemain Kedah yang disenaraikan dalam senarai 36 pelatih skuad B-23 menghadapi Piala Antara Benua ialah Khyril Muhymeen Zambri, Badrol Bakhtiar, Shafiq Jamal dan Samransak Kram sementara dua pemain Perak yang turut tersenarai ialah Azlan Zainal dan S Subramaniam.

揝teve dan Azraai bersetuju melepaskan pemain-pemain mereka dalam perbincangan kami semalam. Namun, Steve berharap dapat menggunakan khidmat salah seorang pemainnya untuk perlawanan Piala AFC pada 14 Mei ini. Azraai pula akan hanya meminta pelepasan pemainnya jika berlaku kecederaan.

揝aya akan mempertimbangkan permintaan mereka untuk melepaskan pemain jika khidmat pemain mereka amat diperlukan, dan bagi saya perkara ini sudah selesai kerana kami sudah memperoleh persetujuan.

揔edua-dua jurulatih itu juga memberi pandangan mereka terhadap pemain mereka yang saya senaraikan dalam skuad B-23 kali ini, dan saya amat hargai kerjasama yang mereka berikan kepada saya,
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 08:38 AM | Show all posts
tahniah sebab berjaya ke separuh akhir, semoga piala fa dpt dipertahankan............
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 08:48 AM | Show all posts

Reply #1339 rambutan's post

tak rugby maybe hockey...............
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 09:05 AM | Show all posts

Pasukan pilihan mara

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
[email protected]


PENJAGA gol Melaka, Khairul Izwan menepis percubaan Marlon pada aksi di Stadium Darul Aman malam tadi.

--------------------------------------------------------------------------------



JUARA bertahan Kedah, Pahang, Selangor dan Terengganu mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi suku akhir kedua semalam.

Kedah yang baru menjuarai Liga Super akan menentang Pahang manakala Selangor akan bertemu Terengganu pada perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 11 Jun.

Pada perlawanan semalam, Kedah membelasah Melaka 6-2 pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA, sekali gus menang dengan agregat 10-3 di Stadium Darul Aman, Alor Star malam tadi.

Pasukan tuan rumah yang melakukan serangan dari awal perlawanan tidak menunggu lama apabila Marlon Alex James meletak Kedah di hadapan seawal minit ketujuh selepas menerima hantaran lintang daripada Nelson Sam Martin.

Empat minit selepas itu giliran Melaka pula bangkit mengikat kedudukan 1-1 apabila Julius Abegar mudah menolak hantaran Kofi Estiba Shaw.

Kedah yang dilihat semakin bertenaga sekali lagi mempamerkan kehebatannya dengan menggandakan jaringan menerusi penyerang mudanya, Khyril Muhymeen pada minit ke-17

Bagi mengukuhkan kedudukan skuad Kenari, Hasmawi Hassan terus menunjukkan belangnya dengan meledakkan jaringan ketiga tuan rumah pada minit ke-21.

Kehebatan juara Piala FA musim lalu memang tidak boleh dinafikan apabila Marlon sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-28 melalui rembatan kencangnya untuk menewaskan penjaga gol Melaka, Khairul Izwan.



PEMAIN Selangor, Amirulhadi diasak pemain lawan pada saingan di Shah Alam semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



Enam minit bermula babak kedua, Melaka yang masih belum putus asa terus bangkit menerusi jaringan Kofi Estiba Shaw setelah penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elyas gagal menangkap percubaannya.

Pada minit ke-59 Marlon memastikan hatriknya apabila menyumbat gol kelima tuan rumah setelah menerima hantaran lintang Mohd. Fazliatta Taib.

Malam malang pasukan Melaka terus menjadi-jadi pada minit ke-65 apabila terpaksa bermain 10 pemain setelah Kofi Estiba Shaw dilayangkan kad merah oleh pengadil, Shokri Nor kerana mengasari Mohd. Fazliatta Taib.

Bakal pemenang kasut emas Liga Super, Marlon terus membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang paling unggul di negara ini apabila sekali lagi membantu Kedah pada minit ke-71 untuk menjadikan kedudukan 6-2.

Di Stadium Shah Alam, Selangor bangkit daripada kekalahan 0-1 pada perlawanan pertama untuk membenam Kuala Muda 4-1, sekali gus menempah tiket ke separuh akhir dengan agregat 4-2.

Frank Seator membuka jaringan seawal minit pertama, diikuti dua jaringan Safee Sali pada minit ke-20 dan 28 dan gol keempat Red Giants disumbangkan oleh Amirulhadi Zainal dua minit sebelum tamat perlawanan.

Gol saguhati Kuala Muda dijaringkan oleh Liew Kit Kong pada minit ke-64.

Di Stadium Likas, Pahang menewaskan Sabah 1-0. Pada perlawanan pertama, Pahang menumpaskan Sabah 3-1 dan mara ke separuh akhir dengan agregat 4-1.

Gol tunggal malam ini dijaringkan oleh Redouane Barkaoui pada minit ke-17.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, walaupun terikat 1-1 dengan Felda United, Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan kelebihan agregat 4-2 selepas menumpaskan pasukan kelab itu 3-1 pada perlawanan pertama.




--------------------------------------------------------------------------------



Md Ashaari Shamsuddin membuka jaringan pada minit ke-32 namun Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jophat Nkhoma pada minit ke-39.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 09:57 AM | Show all posts
sayur sayur sayur
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 08:06 AM | Show all posts
tengok game nih malam tadi... walau tendang penalti tak masuk pon player kedah bolah gelak2 lagiii
player melaka plak mcm main bola tampar jer masing2
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 08:36 AM | Show all posts

Bunyamin, Baddrol dapat semangat baru

Oleh Mohd Fadzrie Hazis

SELEPAS dua minggu berlatih bersama skuad Liga Simpanan Chelsea, Bunyamin Umar dan Baddrol Bakhtiar kembali ke tanah air petang semalam dengan semangat dan keazaman baru membantu pasukan negeri dan kelab masing-masing selain membantu skuad kebangsaan.

Pelbagai teknik latihan dan mempersiapkan diri sebelum perlawanan didedahkan kepada kedua-dia pemain itu, selain daripada permainan keras, agresif dan pantas yang sering dipamerkan kelab-kelab Inggeris.

Di Chelsea, kedua-dua pemain itu berlatih di bawah ketua jurulatih skuad Liga Simpanan Chelsea, Paul Clement.

揟empoh dua minggu itu mungkin singkat, tetapi saya dan Baddrol mendapat pendedahan berguna berlatih bersama skuad Chelsea dan ia adalah pengalaman yang amat bernilai buat saya.

揝elepas berlatih bersama Chelsea, ia memberi saya keyakinan yang lebih dan berharap dapat mempamerkan peningkatan saya bersama UPB-MyTeam dan juga skuad kebangsaan selepas ini.

揇i sana, pasukan mereka memang mengamalkan permainan pantas dan corak permainan menyerang. Kerana itu mereka juga mengamalkan pendekatan sama ketika sesi latihan,
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 17-4-2008 18:16
http://photos.friendster.com/photos/20/32/11132302/20516608053187l.jpg

mekasih pemain import ~



dan pemain local.

sumbangan depa sama rata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 10:55 AM | Show all posts

Azraai senyum lebar

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
[email protected]



KHYRIL (atas) menjaringkan satu gol untuk membantu Kedah menewaskan Melaka 6-2 pada aksi suku akhir kedua Piala FA kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------



JURULATIH Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah sudah boleh tidur lena.

Selepas membelasah Melaka 6-2 pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darulaman, Alor Star kelmarin, dia telah memiliki keyakinan bahawa Kedah akan terus mengganas dalam saingan bola sepak Piala FA.

Kejayaan skuad Kenari itu juga seakan memberi amaran kepada pesaingnya yang lain bahawa mereka memang sebuah pasukan yang sukar digugat, lebih-lebih lagi selepas muncul juara Liga Super.

Menurut Azraai, dia berpuas hati melihat prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh kesebelasan utamanya walaupun mereka terpaksa bermain dalam keadaan padang yang becak.

"Semua pemain telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna untuk memastikan sasaran pasukan dicapai.

"Dengan jumlah jaringan besar itu, saya yakin Kedah kini berada pada landasan terbaik dan sudah pasti tidak menghadapi sebarang tekanan untuk menghadapi siapa juga lawan selepas ini," kata Azraai. Skuad bimbingannya mara ke separuh akhir dengan agregat 10-3.

Pada perlawanan itu, Marlon Alex James menyumbangkan empat gol buat Kedah sementara Mohd. Khyril Muhymeen Zambri dan Hasmawi Hassan masing-masing menjaringkan satu gol.

Dalam perkembangan lain, Azraai mengakui langkahnya untuk memberi pendedahan kepada pemain muda kini semakin membuahkan hasil.

Mohd. Fadly Baharom adalah antara yang dilihat paling menyerlah sehingga diberi kepercayaan beraksi dengan skuad Bawah 23 negara pada kejohanan Piala Antara Benua minggu depan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 09:06 PM | Show all posts
PERLAWANAN LIGA SUPER 2007/2008


KEDAH DARULAMAN


MELAWAN




PAHANG


** Ada live kat RTM 1
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 10:47 PM | Show all posts
Kedah 1
Pahang 0

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 10:48 PM | Show all posts
mana tuan rumah....?
tukaq la tajuk thread...

apa daaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.224475 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list