CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

Bercinta Lagi 2 ? FINALE pag 98...

 Close [Copy link]
Post time 19-3-2010 02:10 PM | Show all posts
1340# jijah

bagilah hubby you baca citer ni..
lebih specific, n3 yg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2010 02:31 PM | Show all posts
ok All. cukup utk hari ni dan minggu ni...ihihi

smiley, i c u tomorrow..Insya Allah...
dan semua yang nak turun PWTC/Mall esok, kita jumpa di sana....

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 02:34 PM | Show all posts
“We are married for nine years and never once D minta Abang belikan jewelleries.”
tox Post at 19-3-2010 13:53
aku pun sama..dan laki aku tak r ...
jijah Post at 19-3-2010 14:04


jijah sian kat ko...
tapikan tatau naper aku rasa nak gelak ngan stetmen ko neh....

btol cakap kak smiley tuh....ko suh la asben ko baca cete neh....mana tahu kot2 bukan takat bab bagi jewellery jek...
ngan melancong sekali dia bawak ko satu famili...cam hang nadeem...suka jek dia bawak famili dia g jenjalan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 02:36 PM | Show all posts
1332# atahanje

kah ! kah! kah !

kelakar gila.....se bek aku tak jadik cam tuh....
ko amek lesen baper kali??
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 03:25 PM | Show all posts
aku baru jek sms kak lyza.dia datg gak sok.tapi sampai lambat sket sbb dia keje.
so bawah nih latest yang akan join kita
latest list yang bakal datg 20/3

1.detox
2.qimi
3.kaypo (blom dapat greenlite lagik  )
4.smiley
5.merahsilver (tak konpem lagik-mak mertua nak mai)
6.bunick
7. anieaina
8.chengkeh
9.hh_hs
10.lyza
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 03:29 PM | Show all posts
ok tq cik organizer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2010 03:34 PM | Show all posts
Ada juga ckp kat cik abg nak belajar memandu. Dia ok je, tapi sampai lah ni tak ada apa2 tindakan.
Agaknya dia takut kuci ketanya asyik hilang, klu sy dah ada lesen. Lah ni pn tak duk diam. Ada  ...
anieaina Post at 19-3-2010 13:52
s


Betul..betul...betul... bila dah ada lesen...memang kunci keta lesap memanjang!!
Akhirnya , mesti ada 2 keta..baru masing2 boleh bernafas
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 04:27 PM | Show all posts
loving nyeeeeeeeeee.... touching jap....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2010 05:22 PM | Show all posts
1345# chengkeh

1.detox
2.qimi
3.kaypo (blom dapat greenlite lagik  )
4.smiley
5.merahsilver (tak konpem lagik-mak mertua nak mai)
6.bunick
7. anieaina
8.chengkeh
9.hh_hs
10.lyza
11. lesprincesse
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 05:49 PM | Show all posts
1295# hh_hs


samalah dgn aku...sampai skrg klu bukit yg kena berenti mmg aku elak..ikut jln jauh asalkan xjumpe bukit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 06:20 PM | Show all posts
Aku sampai di rumah Aunty Farina tepat jam 11 pagi. Aunty Farina menyambut aku dan terus di bawa masuk ke dalam sebuah bilik.

        “Aunty..Nadim kirim salam.”
        “Waalaikumsalam. Kenapa dia tak datang sekali ?”
        “Dia bawak Rizal ke dentist, they’ll come after Rizal’s appointment.”

Aunty Farina mengangguk. Aku menghulurkan sebungkus ole-ole yang kami beli di Singapura dan Johor Bharu.

        “How’s holiday kat Singapore ?”
        “Budak-budak la paling seronok, tak larat nak kawal si Rizal…buas sungguh la dia…”
Aunty Farina tersenyum, “Ya, he’s overly active…”

Aku mengangguk.

        “Dira, pasal Tok Ma nak jumpa, Aunty pun have no idea why. But she really wants to see you. In fact these past few weeks she’s been talking a lot about you and your mother.”
        “How’s Tok Ma ?”
Aunty Farina meneliti muka aku sebelum menjawab, “She’s a little exhausted…” dia  memegang tanganku, matanya tidak berganjak dari terus merenung, membuat aku sedikit gelisah.
        “Jom kita ke bilik Tok Ma.”

Aunty Farina bangun, dan aku terus mengekorinya. Aku berhenti di hadapan pintu bilik, nafas aku tarik sedalam yang boleh, seolah-olah aku takut aku tak bisa bernafas lagi. Di dalam hati aku ada dua perasaan yang bercampur baur, rasa marah dan rasa maaf. Setahu aku, Mak sudah pun memaafkan Tok Ma sebelum dia menghembuskan nafasnya. Walaupun sukar baginya tapi aku rasakan Mak telah meletakkan rasa marah itu dan menukarkan dengan rasa hormat dan tunduk pada Tok Ma, dan itulah selayaknya yang di buat oleh seorang anak pada ibunya. Aku seperti juga Mak adalah mangsa penganiayaan ini, namun aku kira tidak rugi sekiranya aku mengikut langkah Mak, bermaafan lebih baik dari berdendam yang hanya membuat hati tersiksa dengan kesedihan dan kesengsaraan yang di rasa, terpenjara tidak dibebaskan.

        “Dira…” Aunty Farina mengamit aku yang masih tercegat di birai pintu.

Mataku menjengah ke dalam bilik itu, kaki aku masih juga berat melangkah. Tok Ma masih lagi duduk di rocking chair, tetap saja memandang ke dinding.

        “Masuklah Nadira…” suara pecah itu menyapa sekaligus mukanya di palingkan. Kerusi yang terayun terus berhenti.

Aku masuk juga, berdiri sejarak dari Tok Ma. Rambut putihnya yang tinggal sedikit itu di biarkan lepas. Entah mengapa ada rasa takut melihat wajah itu.

        “43 tahun…..43 tahun menanggung rasa salah.” Mulanya perlahan.

Aku tunduk saja.

        “Mari dekat sini cucuku.”

Aku berjalan menghampirinya dan berselisih dengan Aunty Farina, dia menepuk bahu aku sedikit sebelum keluar dari bilik itu meninggalkan aku dan Tok Ma.

        “Duduk…silakan duduk, hari ni Tok Ma nak bercerita panjang.”

Aku duduk dan mengangkat muka, mata kami bertentangan. Pertama kali aku lihat ada garis duka di matanya. Duka yang terpendam selama lebih empat puluh tahun. Duka yang dia sendiri hadirkan.

        “Nadira, my time is ending real soon. 43 tahun Tok Ma menyiksa diri kerana setiap hari Tok Ma di hantui rasa bersalah. Bersalah pada anak Tok Ma, bersalah pada cucu Tok Ma. Tok Ma akui apa yang Tok Ma lakukan adalah satu kezaliman yang sukar untuk di maafkan, Tok Ma sendiri tidak akan pernah maafkan diri Tok Ma sendiri, dan Tok Ma tidak akan minta untuk di maafkan. Tapi Tok Ma minta, sebelum mata ini tertutup rapat, sebelum hidung ini berhenti bernafas, sebelum jantung ini berhenti berdenyut, izinkan Tok Ma dakap Nadira. Tok Ma terlambat untuk mendakap anak Tok Ma sendiri, walau dia sudah maafkan semua perbuatan Tok Ma.”  Suaranya perlahan, percakapannya tidak lancar, terhenti-henti tetapi dia tetap gigih menyusun kata.

Hatiku tercuit dan air mata laju saja mengalir. Aku bangun dari kerusi dan duduk bertimpuh di sisinya. Muka aku tertunduk memandang lantai. Aku rasa dagu aku di pegang dan Tok Ma mengangkat muka, mata aku yang merah di tatap oleh matanya yang juga basah.

        “Nadira cantik macam Marina…” dia senyum dan aku mengenggam tangannya.

Tangan tua yang berkedut seribu itu aku salam dan aku kucup lama, setelah itu aku bangun dari kedudukan aku di lantai, badan tua itu aku dakap.

        “Tok Ma, apa yang sudah lepas biarkan saja, banyak hikmah di sebalik semua ni. Apa penderitaan yang Mak dan Nadira rasakan, Tok Ma juga merasakan sebenarnya. Kalau Mak juga maafkan Tok Ma, siapalah Dira untuk tidak maafkan Tok Ma. Dira juga minta ampun kerana sebaik Dira tahu kisah sedih ini, Dira mengutuk Tok Ma dalam diam.”

Aku rasa belakang aku di urut lembut.
       
        “Nadira tidak pernah buat salah, tidak perlu minta ampun. Tok Ma yang banyak salah.” Aku dengar nafasnya berat. “Nadira, masa Tok Ma dah sampai.” Aku dengar dia tercungap, aku lepaskan dakapan, aku teliti mukanya, wajahnya pucat dan aku dapati dia sukar untuk bernafas. Tubuh kecil itu aku tarik dan aku dukung ke katil.

        “Tok Ma….Tok Ma….”
        “Tok Ma, nak pi jumpa anak kesayangan Tok Ma. Dia mari semalam, dia senyum kat Tok Ma. Nadira jaga diri, jaga suami, jaga anak-anak.” Ucapannya terhenti-henti, matanya makin layu tapi tetap terus memandang aku.        
        “Sayang Tok Ma, cucu Tok Ma cantik…” dia senyum, aku cium pipinya, dan dia membalas, aku rasa pipinya sejuk dan nafasnya makin perlahan tapi tetap ada turun naiknya.
        “Mengucap Tok Ma,” aku bisikkan kalimah dua syahadah itu. Aku dengar dia mengikut aku membacanya.

Dia senyum ke arahku sebelum menutup mata. Aku mengigil melihat tubuh tua itu kaku dalam pelukan. Aku bangun perlahan, dan penuh hati-hati aku letakkan Tok Ma di tengah katil. Air mata yang masih mengalir aku sapu sekering yang boleh dengan hujung tudung. Dahi Tok Ma aku kucup lama. Aku usap pipinya dan aku renung wajahnya buat seketika sebelum aku keluar mencari Aunty Farina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 06:21 PM | Show all posts
end of Part 11.....


ok thanks, ingat tadi tak sempat nak post, siap juga final entry for this episode.

Ok take care semua. Have a nice weekend !
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 06:26 PM | Show all posts
1351# detox


aku nagis lg...
masuk umah blings nagis..
umah detox pn nagis lg...
xsempat air mata nk kering...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 06:27 PM | Show all posts
aku tak sengaja bagi ko nangis mijot.

tapi aku nak perabiskan entry Part 11 ni hari ni gak...so next week Insya Allah ada episode baru..

sorry ye !
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 06:31 PM | Show all posts
meleleh airmata baca part tok ma tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 07:32 PM | Show all posts
salam detox...nampak nya kat umah detox pun syasya kena rempit gak..thanks dear...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 08:54 PM | Show all posts
salam detox...nampak nya kat umah detox pun syasya kena rempit gak..thanks dear...
syasya.syaaa Post at 19-3-2010 19:32


sama ler kiter syasya...2 hari x masuk merempit gak ler...
thanks detox...teringin nak joint korang semua kat PBAKL esok tp member bertunang pulak..ahad ni br boleh pi pesta buku...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 09:18 PM | Show all posts
cdy nye...
patot la tnk tego2 si d..
upenye die ase bsalah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:05 PM | Show all posts
mula mula aku..guling guling....lepas tu aku.....
tahniah detox n3 n3 yang super berjaya memainkan emosi aku..ketawa nangis depan pc ni...

idea sapa suruh ikut cam cite sembilu kasih ngan gerak khas tu..aku setuju...sampai bercucu la aku ngadap cite ni.....and jangan lupa part imran & ijal dah besar masih rebut alisha...adoi camna lah gaya ijal time tu ya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:12 PM | Show all posts
btol la detox....cete neh boleh buat panjang....memang tak jemu membaca....pasal cete baru plak ko bleh dah la start pikir and menulis.so nanti kalau dah sampai becucu n becicit hang nadeem neh.....boleh la ko kpi n paste jek cete baru tuh...hero si bunick!!!sape eh nama nya???lupa aku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048496 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list