|
MASAALAH PERAWAT DAN YG DIRAWAT akibat gangguan JIN
[Copy link]
|
|
salam dan maafkan saya...
kalau menurut pemahaman saya, mematahkan sihir dengan menggunakan sihir walau sebaik mana sekalipun tujuan hukumnya haram.
maaf... itu mengikut apa yg diajarkan kepada saya, mungkin tidak tepat wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
errrr.... sebenarnya dalam kes kat atas tadi nama mangsa Ita atau Siti.... maybe aku blur kot pepagi nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1340# melinda_gordon
penjelasan mel sama dgn kefahaman aku ttg benda2 tuh..
maaf jika ada yg t'singgung..
mel, pengunaan mandi bunga utk penyembuhan yakni slps berubat? benarkah ianyer bertujuan utk mengembalikan aura/seri si pesakit? |
|
|
|
|
|
|
|
ooo... kemenyan tak boleh yek?
tangkal pendinding pun sama yek, tak boleh? secara mutlak ke, takde pengecualian? |
|
|
|
|
|
|
|
kembang pernah diberi kemenyan tapi bukan untuk dibakar la. habis itu bagaimana ya? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tanak simpan bakar je, buat halau nyamuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni mel carik info kat internet mengenai soal jawab liana tadik..
Subject: Penggunaan Tangkal dan Kemenyan
Assalamualaikum..
Saya pernah terbaca berhubung dengan perkara-perkara yang bida'ah dan
khurafat. Bolehkah kiranya diberikan keterangan dengan lebih lanjut
berkenaan dengan :-
1. Hukum menggunakan tangkal ( seperti yang diperbuat dari limau dan kemenyan )
2. Tangkal ini ada yang dibuat sebagai 'pagar rumah' dengan menanam atau menggantung di pintu-pintu rumah
--------------------------------------------------------------------------------
Jawapan
Tangkal (Tamimah) yang diamalkan oleh masyarakat Arab purba ialah amalan menggantungkan
permata-permata atau manik-manik kepada kanak-kanak dan percaya ia dapat menghindarkan dari
penyakit, menolak gangguan sihir dan membawa kebaikan.
Dalil-dalil yang mengharamkannya:
1. maksud hadis,"sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata) , maka Allah tidak akan
menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad'ah (tangkal berupa kulit-kulit
kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya" HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154.
2. maksud al hadis,"sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya ia telah melakukan syirik."
HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 156
3. maksud alhadis,"sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah
syirik." HR Ibn Majah, Jld 2, ms 1166 hadis no 3530.
Syarah/Penjelasan:
1. Sebab diharamkan benda-benda ini ialah kerana kita beriktikad (yakin) bahawa yang memberi
mudharat dan manfa'at hanya Allah semata-mata. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang boleh
memberi mudharat dan kebaikan maka aqidahnya telah sesat. FirmanAllah,
" Jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya
melainkan Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada yang dapat menolak
kurniaan-Nya." maksud ayat Surah Yunus:107
2. Furqan:3
3. anNaml: 65
4. alA'araf: 188
----------------------------------
Segolongan fuqaha' mengharuskan tangkal dan azimat yang berbentuk ayat alQur'an:
1. al Khitobi (Fathul-Majid, ms 126)
2. Imam Ibn Hajar dalam fathul Bari: Tangkal itu harus jika menepati tiga perkara:
* ianya berbentuk ayat alQur'an
* dengan bahasa Arab
* i'tiqad bahawa tangkal tidak memberi kesan dengan sendiri melainkan dengan kuasa Allah jua.
Rumusan:
1. Menggunakan tangkal adalah kufur jika beriktiqad bahawa tangkal itu boleh memelihara dari
kejahatan dan membawa kebaikan. (Fatwa Syaikh Atiyyah Saqar, Fatwa al
Azhar)
2. Tangkal dan azimat yang diperbuat selain ayat alQuran tidak boleh dibolehkan (fatwa Ibn
Hajar)
3. Tangkal dari buah limau dan kemenyan serta pagar rumah perlu dinilai dengan pendapat ulama' di
atas..
Rujukan: Syaikh Atiyah Saqr, Islam wa musykilatul Hayah
Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat Fi Risalah atTa'alim
Ibn Hajar, Fathul Bari
Imam Ahmad, alMusnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
3. Membakar asap kemenyan dan mengasap seluruh rumah dan orang yang 'sakit'
-------------------------------------
Jawab:
Wangi-wangian termasuk hal yang disukai oleh RasuluLlah saw termasuklah bau kemenyan.
Dari Anas bin Malik RA, "adalah bagi RasuluLlah itu sukkah (wangian campuran misk), di mana
baginda berwangian dengannya." (Termidzi)
Menjadi kebiasaan di zaman RasuluLlah saw bila ada kematian, maka semerbaklah bau gaharu untuk
memberi keharuman bagi pengunjung dan mendatangkan rasa syahdu. Bahkan majlis-majlis ilmu dan pertemuan juga disunatkan berwangi-wangian.
Oleh itu jika pembakaran kemenyan dan gaharu untuk keharuman semata-mata, maka ia adalah sunnah. Jika ada kerana lain, maka sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru
dalam agama, maka ia adalah tertolak.
4. Mandi bunga / memakai minyak wangi dan meminum air yang telah dijampi (tidak diketahui apa yang telah dijampi)
---------------------------------------------------
Jawab:
Pertama: Persoalan mandi bunga dan minyak wangi.
Kepercayaan kita terhadap sesuatu dikeliling kita hendaklah dalam batas-batas yang wajar.Misalnya
kita percaya dengan khasiat minyak gamat, khasiat tongkat ali kerana kelebihan istimewa yang ada
padanya.
Begitu juga dengan mandi bunga dan wangi-wangian. Kita tahu mandi bunga dan wangian menyegarkan badan dan memulihkan semangat dan tenaga. Ia di amalkan oleh masyarakat
turun temurun. Setakat itulah kepercayaan kita. Misalnya kepercayaan kita terhadap keris. Kita
percaya keris adalah senjata yang terbaik untuk zaman kepahlawanan Melayu purba. Dengan ada
keris di pinggang kita, kita percaya kita dapat mempertahankan diri dan memberi keyakinan bila
berdepan dengan musuh. Tapi kita tidak percaya keris itu ada kuasa sakti; begitu juga dengan
mandi bunga dan minyak wangi. Jika kita percaya dengan kadar yang wajar, maka tiada masalah
untuk mandi bunga. Kita tidak boleh percaya melebihi daripada itu kerana ia masuk ke dalam
daerah khurafat.
Kedua: Minum air yang dijampi.
Jampi dan mentera dalam bahasa Arab ialah arruqyah atau al udzah. Menurut Ibn Mandzur (Lisanul
Arab, Jld 5, ms 34)," al udzah, al ma'adzah, atta'widz, atau ruqyah adalah jampi yang dipergunakan orang untuk melindungi diri dari terkejut ketakutan atau gila bertujuan berlindung dengannya."
Jampi-jampi ini sudah lama di amalkan oleh manusia sebelum kedatangan Islam dan ia mengandungi
kata-kata yang tidak dimengerti, atau memuja dan menyeru pertolongan jin dan iblis. Jika ia berasal dari kaum musyrik sudah tentu ia mengandungi jampi yang mengandungi nama-nama Dewa-dewa
mereka.
Maka Islam telah mengganti jampi berupa ayat-ayat alQur'an, asma Allah serta hadis-hadis
tertentu. Misalnya Dari Abi Sa'id al Khudri RA, meriwayatkan bahawa ketika Jibrael AS datang kepada Nabi saw beliau dalam keadaan kurang sihat, lalu dijampi oleh Jibrael dan ini ada diriwayatkan dalam kitab sahih Muslim akan matan jampi itu.
Maka syarat jampi dalam islam ialah sama dengan syarat untuk tangkal iaitu:
- asma' Allah atau do'a yang ma'thur atau ayat alQur'an
- jampi dalam bahasa Arab; jika menggunakan bahasa lain ialah yang dimengerti oleh pesakit
- iktiqad bahawa jampi itu sebagai alat sahaja bukan penyebab.
Rujukan:
1. fathul Bari (Ibn Hajar asqalani)
2. al farawal hadisiah (Ibn Hajar al Haithami al Syafi'iyah) |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni plak..mel gugel2..ternampak blog edy..so credit to edy la ye..
PERAWATAN (1) : Huraian ringkas
yang ini hamba sambung dari bawah tajuk PERAWATAN (1)...... mungkin ada yang bertanya kenapa tak ikut susunan.... ada sebab2 nya hamba buat mcm itu... belum habis satu tajuk dah sambung tajuk yang lain.... ada sebab yang tak dapat hamba nak beritahu....
ok, hamba paste kan semula dari posting di page sebelah....
JENIS-JENIS PERAWATAN
1. Perawatan yang menggunakan khidmat 'dampingan'
2. Perawatan yang hanya guna Ayat Al-Quran
3. Perawatan yang dibuat dari jarak jauh
4. Perawatan yang menggunakan MEDIUM dan BARANG
5. Perawatan yang menggunakan NAFAS
6. Perawatan yang menggunakan AZAN
pelbagai cara dan kaedah sebenarnya yang digunapakai oleh seseorang individu atau perkumpulan perawat sama ada bergelar ustaz, pawang, bomoh, dukun atau hanya bergelar 'perawat'...
kebiasaannya ramai yang hanya tahu perawatan jenis bacaan Al-Quran dan menganggap perawatan yang tidak menggunakan ayat Al-Quran adalah salah disisi hukum syarak.... ianya salah sama sekali.... baik apa pon jenis perawatan selagi ianya tidak menentang hukum syarak dan akidah maka ianya dibolehkan....
2. Perawatan yang hanya guna Ayat Al-Quran
yang ini sangatlah biasa sangat digunakan oleh para2 perawat sampaikan dukun dan pawang juga menggunakan kaedah ini.... penggunaan kaedah ini juga terbahagi kepada dua.... kaedah penyambungan ayat Al-Quran atau kaedah tunggang terbalik ayat Al-quran.... kedua2 kaedah nampak sahaja sama dari segi pengaplikasian tetapi berbeza dari segi KESAN..... biasanya kaedah ini sangat lambat dalam menyelesaikan isu2 yang berkaitan dengan perkara2 serius seperti SAKA dan juga SANTAU yang melebihi 2 tahun.... dan ada juga kaedah2 ayat Al-Quran yang cukup ampuh bila berhadapan dengan musuh (iaitu JIN)... lihat pada kesesuaian ayat yang digunakan... coontohnya nak buang SAKA guna kaedah ayat nak halang SIHIR.... so, ianya tak kena... dan jadi lambat malah kadangkala tak berkesan sikit pon... pesakit yang menanggung derita tak habis2....
4. Perawatan yang menggunakan MEDIUM dan BARANG
perawatan yang menggunakan medium atau barang juga amat popular sejak kebelakangan ini malah dari rawatan2 darul sekalipun seperti penggunaan limau, rotan, air bacaan, buluh dan lain2.... ianya tidak salah jika digunakan dengan kaedah yang tidak berkaitan dengan kepenggunaan KHADAM atau DAMPINGAN. kaedah seperti ini juga telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila seorang sahabat meminta kain yang biasa dipakai oleh para sahabat (kalau tak silap Omar bin Al Khattab... kalau salah tolong betulkan... nanti hamba rujuk kitab sirah semula), kain itu digunakan untuk menghalau mahkluk JIN dari meresapi tubuh badan seorang wanita yang kerasukan atau histeria pada zaman itu...
5. Perawatan yang menggunakan NAFAS
perawatan cara ini adalah kaedah terbaru dan ini adalah salah satu kaedah perawatan cara hamba.... ianya menggunakan unsur NUR di dalam diri untuk mengawal pergerakan JIN dan mengeluarkan JIN dari dalam tubuh.... perawatan jenis ini adalah sangat cepat atau sangat lambat bergantung juga pada kemampuan perawat tersebut, amalannya, ibadahnya dan juga KEIZINANNYA...
6. Perawatan yang menggunakan AZAN
yang ini biasa juga digunakan oleh para perawat yang tahu mengenai kaedah ini... (serius hamba mmg tak tahu tapi pernah lihat)... biasanya kaedah jenis ini juga sangat cepat.... bacaan AZAN atau LAUNGAN AZAN itu boleh digunakan untuk membanteras musuh2 yang terdiri dari golongan JIN... bukan AZAN yang biasa.... tetapi ada kaedahnya.... kaedah yang perlu dipelajari....
3. Perawatan yang dibuat dari jarak jauh
perkara ini sering didebatkan baik di forum mana sekalipun... ramai yang masih tidak percaya kemampuan perawat yang dapat merawat dari jarak jauh... dan ramai juga yang mengaitkannya dengan bantuan JIN atau 'dampingan' walhal ianya adalah suatu kaedah terbaru para perawat.... perawatan jenis ini kadangkala mempunyai kelemahan yang tersendiri (sebab tu hamba tak suka nak guna) kerana banyak kesiapan boleh berlaku dalam perawatan jenis ini... tetapi kaedah ini biasa dilakukan bila perawat bertarung dengan si bomoh atau dukun yang memhudaratkan.... banyak persatuan2 darul juga menggunakan kaedah ini....
1. Perawatan yang menggunakan khidmat 'dampingan'
perawatan jenis ini hanya digunakan oleh para perawat yang biasanya mempunyai SAKA, 'dampingan', khadam dan seumpama dengannya.... ianya ialah salah satu kaedah perawatan yang salah di sisi hukum Syarak.... kerana kita telah diingatkan supaya tidak berdampingan, berkawan, membela atau menjadi tuan pada JIN atau SYAITAN..... perawatan jenis ini sepatutnya dielakkan.... dan tidak terjebak dgn kaedah perawatan seperti ini..... jika dulu, para perawat yang gunakan kaedah ini nampak salahnya dengan penggunaan keris, buluh runcing, asap kemenyan dan lain2 bahan yang nampak kotor dan memusykilkan.... tetapi kini kaedah ini telah diperbaharui... tidak perlu asap kemenyan, tidak perlu bertih jagung, tidak perlu darah ayam, atau buluh runcing pon masih boleh menggunakan kaedah perawatan kotor seperti ini..... kerana itu semakin maju peradaban manusia, semakin kuat dugaan dan kekuatan teknologi JIN....
Posted by edy137 at 7:55 AM |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...iols mmg seorang yg rajin...
errr....belom lagi la bos...dan sejak akhir ...
melinda_gordon Post at 18-2-2011 12:47 ok, cuba lagi malam ni, dan cuba cabar suara garau tu pi jumpa aku |
|
|
|
|
|
|
|
ok, cuba lagi malam ni, dan cuba cabar suara garau tu pi jumpa aku
hantukiller Post at 18-2-2011 12:50
hehehehe...tak dan nak cabar sbb time tu tgh ngantuk sgt..
tapi pelik jugak tetibe ade plak 'budak2 naughty' kat dlm umah tu..rasenye dah takde dah..
ok..mel cuba lagi mlm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wak HK, setelah membaca blog wak pasal merawat imam yang ada darah tinggi masa kat mekah tu, aku nak tanya .... rawatan darah tinggi jarak jauh boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Wak HK, setelah membaca blog wak pasal merawat imam yang ada darah tinggi masa kat mekah tu, aku na ...
bronches Post at 18-2-2011 12:56 weeei, darah tinggi bukan sebab jin laa, dia sebab tekanan jantung je....
Ubatnya senang je, rilekkan diri, jangan ada tekanan, dan paling baik hiburkan hati............. kerap berhibur bergantung apa yg menghiburkan diri, kalau dia suka mancing, gi la mancing... kalau dia suka gi mesjid, gi la mesjid.... kalau dia suka nyanyi... biarkan dia menyanyi... lama lama hilang la darah tinggi tu...
Yg aku buat tu untuk sementara je, sebab kebetulan badan dia ada jin, dan ada darah sumbat kat tengkuk, tu yg aku picit je... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1355# hantukiller
Ooh ... baru ngerti |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama bos tak tanye pasal keadaan mel..
cam tau2 je mlm tadi mel ade gangguan... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun ada gangguan gak dah beberapa malam .. rasa macam kene gigit ngan nyamuk tapi pasang ubat nyamuk, fumakilla lagik....wak tom tolong tengokkan boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun ada gangguan gak dah beberapa malam .. rasa macam kene gigit ngan nyamuk tapi pasang ubat ny ...
kenesep Post at 18-2-2011 14:55
mlm tadi kan mlm jemahat...nyamuk besar2 yg dtg gigit tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1359# melinda_gordon
heppppp...bebudak pi main jejauh.... lain je pikirannya.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|