CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: princebrunei

Kejadian Pelik Rumah Sewa Di Seremban 2

 Close [Copy link]
Post time 25-3-2009 02:29 PM | Show all posts

Reply #1360 P.I.D's post

seramnya seolah2 macam mengulangi peristiwa atau kejadian yg pernah berlaku kat tempat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 02:34 PM | Show all posts
aku ingat aku dah selamat dan tak ada gangguan lagi, rupanya aku silap. dalam aku mula kumpulkan kekuatan tu aku boleh dengar pintu kereta aku seakan berbunyi tup, bunyi power door dari tempat duduk aku seakan ditekan. setahu aku, aku dah kunci kereta aku tu dan macam mana boleh terbuka dan siapa pula menekannya. aku kunci balik pintu kereta aku tu, dan aku teruskan perjalanan.

sampai saja berdekatan terowong jalan tu, tiba-tiba kereta aku seakan berat. dan kali ni aku lepaskan minyak sedikit demi sedikit dan boleh terasa kereta aku terhenjut-henjut. aku dah mula panik dah, tapi aku tak tau macam mana boleh datang kekuatan aku jadi marah dan  menjerit suruh diorang keluar dan jangan ganggu aku lagi.

masa aku jerit tu aku sebutlah, SYAITAN JAHANAM, BERAMBUS KAU, AKU TAK TAKUT KAU. aku jerit berkali-kali, adalah dalam lima kali, kali ni aku jadi berani pula tak tau kenapa. aku rasa badan aku jadi panas dan baran, dan aku nampak ngan mata aku sendiri lock aku ternaik dan terasa kereta aku berhenjut menandakan ada orang keluar dari kereta aku. aku lock kereta aku dan jerit KAU JANGAN LAGI CUBA-CUBA NAK KACAU AKU.

aku dengan marah start kereta dan terus bawak ngan laju, dan lalu terowong tu. masuk je terowong tiba-tiba ada kereta suluh kereta aku dengan lampu tinggi macam tadi, kali ni aku tak peduli dan aku cuba lah tengok dari cermin pandang belakang tu. aku hampir-hampir terbabas sebab terkejut nampak muka aku tersengih dari dalam kereta kura-kura tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:40 PM | Show all posts
kali ni sebab terkejut aku menangis, hampir-hampir nyawa aku melayang melanggar tembok terowong tu. aku dah tak malu menangis waktu tu, aku gagahkan juga bawa kereta tu dan akhirnya sampai juga aku kat rumah jam 1 pagi tadi, aku tak boleh tidur sampai lah sekarang. aku masuk forum jam 3 pagi tadi nak kongsi cerita tapi otak aku kosong jadinya.

alkhirnya jam 4 pagi tu aku kuatkan juga hati nak menulis, tapi ada pula masalah server. aku menuli sekarang ni dapat kongsi dengan semua barulah aku rasa lega sebab aku tak nak kongsi dengan keluarga aku takut diorang semua risau. aku ada juga cuba tidur tadi, tapi bila aku lelap mata aku rasa terkejut dan seperti trauma.

dan aku pelik aku menangis, aku rasa dah hampir 10 tahun aku tak menangis dan pagi tadi adalah sejarah aku menangis. aku tak tau lah sebab apa aku menangis, sebab takut ataupun terkejut. aku harap kamu semua dapat mendoakan agar aku sihat dan tak lagi diganggu dengan perkara-perkara yang satu masa dulu aku anggap mengarut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:41 PM | Show all posts

Reply #1362 P.I.D's post

peh,serem
gler la..kalo x hati2 leh terbabas tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:50 PM | Show all posts

Reply #1363 P.I.D's post

trauma betul tu....

kas memang tak suka drive memalam....kes ghaib satu hal....hantu kepala hitam pun berlambak...:@
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:50 PM | Show all posts
baru rasa lega, aku rasa aku nak berehat dulu, sebab esok aku dah kerja. mc dapat sehari je, aku nak berehat secukupnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2009 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by P.I.D at 25-3-2009 14:50
baru rasa lega, aku rasa aku nak berehat dulu, sebab esok aku dah kerja. mc dapat sehari je, aku nak berehat secukupnya.



sebelum tidur sembahyang dulu, baca doa apa yang patut....biar tak diganggu lagi...lemah semangat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 03:03 PM | Show all posts

Reply #1363 P.I.D's post

tahkutnya iolsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 03:14 PM | Show all posts

Reply #1363 P.I.D's post

iolss rasakan, baik uolss buat thread baru   

iolss tahkut uolss x dapat kredit nanti uolss
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 04:33 PM | Show all posts
ya allahh...cekalnyer ko PID....sib baik semangat ko kuat balik....aku leh bayang satu persatu jln citer ko....kalu aku tak tau lah nk kata apa....seramm giler tuh.....siap 'ko' sengih balik kt ko .....jahat tul bende tu nk main2kan ko.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 04:38 PM | Show all posts
wahhhhhhhhhh...citer2 PID ni mmg baguih....selayaknya dpt kedit....penat nak taip tuh....

MOD...ng pinat wehhh..........

Errrrrrrrr....aku MOD kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 04:41 PM | Show all posts

Reply #1371 medangmru's post

rumah hantu mana
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 04:48 PM | Show all posts

Reply #1372 tapaksulaiman's post

umah antu dah tebabooom....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by P.I.D at 25-3-2009 03:45
tempat kejadian di jalan sungai ujong nak ke kampung felda sendayan, kalau dari seremban 2 hanya perlu buat u turn di simpang 4 nak masuk ke jusco seremban 2 dan pilih simpang kanan lalu menuju k ...

ni kat jalan baru yg lalu taman sendayan housing area baru bukak tu ke?

ada satu terowong pendek before sampai simpang nak ke sbn 2 tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 04:50 PM | Show all posts
suruh pb tukar topik benang ni uols jadi misteri seremban 2

buhkan apa uols, bukan pasal rumah sajork, tapi seremban 2 keseluruhannya uols
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 05:12 PM | Show all posts
ada crite baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 05:16 PM | Show all posts
sian PID mesti dia rasa nyesal akhirnya air mata jantan nye keluo gak hanya kerana entiti tu....ko pulihkan balik semangat ko PID, terkejut tu sebenonye..lenkali jgn kuo mlm2 dah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 05:19 PM | Show all posts
ngeri2 pengalaman korang...takut betoi bila baca...sebab bila aku baca aku siap bayangkan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 05:24 PM | Show all posts
Ngeri siot..sampai hampir maut..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 05:25 PM | Show all posts

Balas #1378 ainafi\ catat

sib baik x de gambo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.061660 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list