CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Ameng Spring dibebaskan, #148 Dah mula kena tipu

[Copy link]
Post time 15-6-2016 03:27 PM | Show all posts
kluangman replied at 15-6-2016 03:01 PM
10 sekaligus.
Even pengsan pun dia akan sebat jugak.
Kesianla kalau buat sikit2.

ade yg mati tak kene sebat nih? patutlah amik ckp dia depressed tahun pertama duk jel tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 11:32 PM | Show all posts
watachiwa replied at 15-6-2016 03:27 PM
ade yg mati tak kene sebat nih? patutlah amik ckp dia depressed tahun pertama duk jel tu

Entah tak tahu.
Sebelum disebat akan dibuat medical check up dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 01:46 AM | Show all posts
aku minat ameng ni ...peveret karok song

mohon tacap sikit mana2 ...kurang berat sikit...nyanyi balik lupakan dadih itu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka macam Benji pun ada ameng ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 06:54 AM | Show all posts
Perkele replied at 16-6-2016 01:46 AM
aku minat ameng ni ...peveret karok song

mohon tacap sikit mana2 ...kurang berat sikit...ny ...

kene diet siket.. jadik sado x pe jgn boroi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2016 08:48 AM | Show all posts
Edited by Syd at 20-6-2016 08:49 AM

Anak-Anak Tiada Dendam Terhadap Ameng
Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 5:21 AM

Mohd Al Qayum Azizi Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]


Ameng bersatu kembali bersama dua anak perempuannya, Wan Az Aleesa (kanan) dan Wan Wan Azevanatassha.

PETALING JAYA: Dua anak perempuan Ameng (Spring) hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Az Aleesa, 20, dan Wan Azevanatassha, 15, berazam untuk meluangkan lebih banyak masa bersama bapa mereka selepas dibebaskan dari penjara pada 14 Jun lalu.

Wan Az Aleesa berkata, dia dan adiknya ingin menebus kembali waktu yang terbuang sebelum ini selain mengenali lebih rapat bapa mereka.

"Selepas mama dan papa bercerai kami jarang bertemu dengannya dan apabila papa dimasukkan ke penjara saya mula tersedar bahawa kami jarang menghabiskan masa dengannya.

"Jadi sekarang adalah masa untuk saya, adik dan papa menebus kembali masa yang telah terbuang sebelum ini malah mama juga tidak pernah menghalang kami bertemu dengannya.

"Mama sentiasa ingatkan kami malah tidak pernah memutuskan hubungan kami dengan keluarga ayah dan sering melawat nenek di kampung.


Ameng bertemu buat kali pertama dengan dua anak gadisnya selepas dibebaskan daripada penjara pada 14 Jun lalu.

"Alhamdulillah papa pun beritahu ada merancang untuk mencari rumah yang dekat dengan kediaman kami supaya senang kami datang," katanya kepada mStar Online.

Wan Az Aleesa ditemui ketika hadir pada sidang media Konsert 3 Suara yang menampilkan Ameng, Datuk Jamal Abdillah dan Zamani  di Bangunan Umno Selangor di sini, Jumaat lalu.

Ia juga merupakan pertemuan kali pertama mereka bersama Ameng sejak penyanyi itu dibebaskan dari Penjara Kluang pada 14 Jun lalu selepas lima tahun ditahan akibat penyalahgunaan dadah.

"Papa menjemput kami hadir pada sidang media itu dan papa terkejut melihat kami berdua kerana tidak menyangka kami sudah besar panjang.

"Sebelum ini pernah beberapa kali cuba jumpa papa di penjara tetapi selalu ada halangan seperti papa tiada di penjara kerana ada aktiviti penjara namun sepanjang tempoh itu setiap hari Sabtu papa akan telefon bertanya khabar," katanya.

Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha adalah anak Ameng hasil perkongsian hidup bersama penerbit drama, Datuk A. Aida yang berkahwin pada 1995 namun pasangan itu berpisah pada 2003.


Ameng bersama anak-anak dan isterinya, Sabariah Zakaria.

Dalam pada itu, Wan Az Aleesa berkata, dia tidak pernah menyimpan dendam atau perasaan marah terhadap Ameng dan menganggap kejadian yang berlaku sebelum ini sebagai sejarah.

"Saya tidak pernah rasa marah dengan papa kerana semua orang pernah melakukan kesalahan dan apa yang berlaku sebelum ini sudah pun menjadi sejarah.

"Saya kenal papa saya dan bukan hanya kerana satu kesalahan itu pandangan kami dua beradik terus berubah terhadapnya.

"Apa yang paling penting kini adalah kami kena bersikap terbuka dan memandang kehadapan," ujarnya.

Ameng mempunyai seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Sabariah Zakaria, 46, iaitu Wan Ahmad Haizal yang berusia 9 tahun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2016 08:52 AM | Show all posts
terus teringat lagu spring dedulu...sumpah sampai skang sedap
favourite iols lagu sejiwa
dengar dia dpt keluar sebab berkelakuan baik tu...alhamdulillah
semoga di bulan Ramadhan yang mulia dan baraqah ni...ameng diber kekuatan utk terus lupakan najis dadah
bleh lah masuk GEGAR VAGANZA pasnie...eyhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 09:16 AM | Show all posts
Syd replied at 20-6-2016 08:48 AM
Anak-Anak Tiada Dendam Terhadap Ameng
Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 5:21 AM

bagus mama dia org ya, tak halang anak2 jumpa bapak dia org walau keadaan ex shuben tu begitu, malah masih suh anak2 jumpa family belah bapak tu lagi... igtkan datuk a.aida nih kekwat dgn ex shuben beliau...rupanya i tersalah sangka, maaf ya datu a.aida
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa A Aida masih jadi isteri Ameng pun aku dapat bayangkan kesusahan & cabaran yg dia kena hadap bersuamikan seorg penagih. Kalau tak silap dua kali gak dorang bercerai. Ameng ni kalau beringat memang dia boleh hidup senang sekarang. Masa zaman Spring meletop2 dulu jualan album dorang memang dasyat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 09:54 AM | Show all posts
yg baju coklat tu sebijik muka ameng, comel anak2 daranya, dah umo 20 tahun pun ek.

berseri2 juga muka acik sabariah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 09:59 AM | Show all posts
Dato' A.Aida n Ameng ni satu daerah di Besut sinun..kampung pon rase sebelah2 mcm tu..kalo dia blk kg mestilah dia jenguk family Ameng..dia pon dah senang..Alhamdulillah

duk penjara boleh tepon2 sedara mara yek.. x la stress sgt kan..kalo family support oke lah. cube kalo kene buang family.. nak tepon sape setiap sabtu tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 10:12 AM | Show all posts
hannan_rayyan replied at 20-6-2016 09:16 AM
bagus mama dia org ya, tak halang anak2 jumpa bapak dia org walau keadaan ex shuben tu begitu, mal ...

kan..tpi bagusla a.aida xputuskan hubungan anak dengan bapa,..
anak perempuan some more..nanti nak kahwin xde la payah nak mencari wali sebab dah lama putus hubungan..

respek..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 10:15 AM | Show all posts
la i ingat anak2 ameng semuanya lelaki... lawa2 anak2 he...
semoga berubah kearah yg lebih baik la ameng..
untung ada anak2 yg tak pinggirkan bapak cam tu..
selamat hari bapa ameng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2016 10:26 AM | Show all posts
Mizlyn replied at 20-6-2016 10:15 AM
la i ingat anak2 ameng semuanya lelaki... lawa2 anak2 he...
semoga berubah kearah yg lebih baik la  ...

mohon anak veranak itu berduet utk program hari raya nanti.

Sampaikan Raya TV3 etc

katanya, anak2 dia semua ada suara dan boleh nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mizlyn replied at 14-6-2016 08:58 AM
ooo boleh lak keluar ek..

Boleh keluar tapi kita nak request tu punya la payah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
lawa2 ank ameng..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 11:21 AM | Show all posts
Syd replied at 20-6-2016 10:26 AM
mohon anak veranak itu berduet utk program hari raya nanti.

Sampaikan Raya TV3 etc

kan... bila he mention nak berduet tu..ingat nak buat band ala2 he dulu.. tak sangko anak dara he dah beso2..



Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 11:22 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-6-2016 10:42 AM
Boleh keluar tapi kita nak request tu punya la payah...

byk prosedur kot..tu yg leceh..

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 11:42 AM | Show all posts
cantik anak2 dia..hok tudung pink tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 11:46 AM | Show all posts
Syd replied at 14-6-2016 07:32 AM
Mohon tak mendarah dadah lagi.
kasihan kat anak bini yang dok setia menunggu.


Harap2 cenggitu la Syd.
Tapikan... mat2 gian selalunye la kan.. susah nak buang tabiat tu lelagi kalo members dah setia menanti kat luar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.063275 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list