|
Aku ingin hidup kerana orang yang tersayang. Jika ada masalah mereka adalah semangat bagiku. Ku rasa, masalah yang dihadapi tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang dan gelak ketawa yang aku dapati dari orang-orang yang aku sayang. Kasih sayang mereka lebih besar bagiku dari segalanya. Itulah penghibur dukalaraku dan semangat kekuatan bagi jiwaku. Kasih sayang dari Tuhan yang dititipkan untukku melalui mereka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin hidup sedikit masa lagi, cukup untuk melihat anak2 berjaya dalam hidup dan happy2 saja..dan boleh menjaga ayah mereka..
Cukup untuk memohon kemaafan kepada sesiapa yg pernah disakiti, termengumpat dan tersindir, sengaja atau tanpa sengaja.
Cukup untuk membetulkan kesilapan masa lalu..
Cukup untuk memijak kaki ke seluruh Malaysia dan negara2 luar..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ini lah yang di oerkatakan anaj anak kecil suci itu. Sedihnya. Uwaaa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku mahu terus hidup kerana setiap kali aku bernafas hanyalah utk Penciptaku...Aku ingin mencari kebabagiaan yang kekal abadi... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah hidup, tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat dan kita takkan hanya bahagia tanpa ada masalah.....kita akan rasa macam-macam dalam hidup ni...
Begitulah hidup dimana kita hanya boleh ikhlas menerima ketentuannya, sesakit apapun yang kita rasakan jangan pernah menyerah, kerana setiap orang yang hidup sudah pasti memiliki masalah masing-masing .
Apapun Yang Terjadi....Nikmati Hidup Ini....Hapus Air Matamu Dan Berikan Senyuman Terbaikmu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin hidup
Untuk dicintai
Untuk dihargai
Untuk disayangi
Hingga suatu masa aku kan kembali padaNya... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin hidup kerana aku ingin terus melihat permainan dunia, Manusia sering di tindas tapi cabaran itu yang membuatkan mereka terus hidup. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah ,,, aku bersyukur dengan kehidupanku... Allah kurniakan yang terbaik buat diriku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Orang yang suka mencipta HASIL tidak mungkin boleh duduk semeja dengan orang yang suka mencipta ALASAN"
KITA YANG MANA?
Mencipta HASIL @ Mencipta ALASAN? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku ingin hidup untuk melihat kejayaan anak-anak ku yang kubela dengan hasil titik peluh ku sendirian..
Semuga kalian dapat membalas jasa ibu yang telah banyak berkorban untuk kalian..
Setakat ini kalian adalah anak-anak yang tidak banyak memberi masalah, sentiasa menitik beratkan kekuatan antara satu sama lain, sentiasa berkasih sayang dan sentiasa hidup dalam aman walaupun ada ketika aku jadi tarzan dirumah tapi kalian lebih pada mendengar kata..
Semuga dalam meniti usia keremajaan ini kalian tidak akan mudah hanyut dalam mencari diri sendiri dan sentiasa berpegang teguh pada pemikiran yang waras dan iman yang kuat.
Jangan risau ibu akan sentiasa bersama kalian dalam apa juga keadaan sebab terlalu banyak yang telah kita harungi selama ini dan itu semua mejadikan kita semakin kuat...alhamdulillah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin hidup dari air mata kesedihanmu...
mungkin aku akan tumbuh besar....
tuk dapat kebahagiaanmu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin hidup kerana, kehidupan aku memerlukan aku untuk terus hidup.
Banyak perkara belum aku siapkan.
Banyak tanggungjawab yg terabai belum aku gapai. Tanggungjawab sebagai hambaNya, sebagai anak dan lain2.
Walau kadang2 putus asa itu datang, aku perlu yakin, yang hidup perlu diteruskan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin hidup lebih lama sikit sekurangnya hingga anak2 mampu menjaga diri mereka terutama anak sulungku yang autisme itu..
Jika aku ni tiada anak2 yg perlukan aku mungkin dah lama aku berhenti berdoa supaya dipanjangkan usia tetapi kerana ank2 lah aku masih berusaha utk terus bernafas..
Jujurnya kehidupan ini tidak berjalan mengikut kehendak kita..
kita tak boleh nak rancangkan dan jadualkannya..
hari ni kita bersedih belum tentu esok kita akan ketawa mungkin akan bersedih lagi dan lagi dan lagi..
Hinggakan aku sendiri takut untuk ketawa..
Jujur aku sebolehnya ingin ketawa dan ketawa..
Aku bukanlah idamkan hidup yg terlalu indah, penuh kemewahan bagai.
Cukuplah bagiku hidup yang selesa dan mampu..
Mampu bila terasa nak beli itu ini..
Mampu bila terasa nak makan itu ini..
Mampu bila anak2 jatuh sakit dibawa ke klinik yg bagus..
Mampu bila2 masa pulang ke kg halaman, ke sana kemari bila ada hal2 kecemasan..
Tak perlu beri alasan "duit takda, belum gaji.."
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku mahu hidup lebih lama
Kerana aku tahu amalku masih kurang untuk berjumpa mati
Setiap hari ada sahaja ilmu baru yang tidak sengaja aku tahu
Ada sahaja silap yang mengajar aku untuk menempuh ujian yang berliku
Aku mahu melawan rasa kurang yakin dalam diri
Dan berusaha mencapai tahap mudahnya mencari rezeki seterusnya membahagiakan ibu dan suamiku
Mahu anak-anakku membesar dengan iman dan akhlak yang baik
Mahu mereka bertemu masalah namun mereka tahu masalah itu boleh diuruskan dan bukannya larut sehingga menimbulkan masalah pada orang lain
Mahu mereka jadi warga yang baik,mahu mereka membahagiakan orang lain
Mahu juga suamiku berjaya mendapat PHD nya walau bertarung dengan masalah kesihatan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin hidup kerana aku ingin membuat ibu bapa ku gembira setelah apa yang berlaku dalam hidup ini aku percaya tanpa ibu bapa ku siapalah aku , aku dibesarkan oleh titik peluh ibu bapa mereka yang menjaga ku dari ku msih berada dlam kandungan hingga aku mmbesar mnjadi seorang yang berguna.
Kadamg aku terfikir apa yang akan terjadi pda ku jika ibu bapa ku tiada ,sudah pasti hidup ku terumbang ambing dan pastinya ku menagisi mereka.
Oleh itu aku hendaklah bekerja keras untuk memenuhi impian ku membahagiakan kedua orang tua ku . Hanya satu sja yang ku pinta
Ya Allah pnjangkan lah umur kedua orng tua ku dan beri kan ku kesmpatan untk ku menjaga mereka seperti mna mereka mnjaga dan mengasihiku ketika kecil dan Ampunkan dosa mereka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku ingin hidup untuk berbakti pada orang tuaku
aku ingin hidup untuk mendapat berkat dari Ilahi
aku ingin hidup untuk merasa nikmatnya mencintai dan dicintai
Ya Allah berkatilah hidupku ini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupan...
Adakalanya suka dan
Adakalanya duka
Adakalanya gembira dan
Adakalanya murung
Adakalanya seperti yang kita harapkan dan
Kadangkala bukan seperti yang dijangkakan
Itulah putaran kehidupan
Sebagai hambaNya yakinlah padaNya
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Yang kita tidak ketahui
Yang pasti semua yang berlaku adalah dengan kehendakNya
Yakinlah apa yang berlaku pasti ada kenikmatannya di suatu hari nanti.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|