|
[Tempatan]
Cikgu tak masuk kelas 7 bulan Terkini 2 lagi pelajar tampil #172
[Copy link]
|
|
Kes saman guru: KPM tunggu laporan JPN Sabah
31 Oktober 2018
SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) masih menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah berhubung kes bekas pelajar sebuah sekolah di Kota Belud yang memfailkan saman terhadap bekas gurunya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sekiranya dakwaan remaja perempuan berusia 18 tahun itu benar, ia adalah satu perkara yang sangat mengecewakan.
“Kalau memang aduan telah dibuat tetapi perhatian sewajarnya tidak diberi terhadap aduan tersebut jadi saya rasa kita perlu semak bahagian mana, jika ada kesilapan atau kesalahan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Selangor di Seksyen 7 di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden NUTP Kebangsaan Kamarozaman Abd. Razak dan Pengerusi NUTP Selangor Abu Bakar Semaat.
Nafirah Siman, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi memfailkan saman itu terhadap Jainal Jamran yang didakwa tidak masuk kelas selama tujuh bulan pada 2015, ketika remaja perempuan itu berada di tingkatan empat.
Saman yang difailkan pada 16 Okt lepas, turut menamakan pengetua sekolah berkenaan, Suid Hanapi, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, KPM dan kerajaan sebagai defendan-defendan.
Dalam samannya, Nafirah antara lain mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada satu minggu ketika pegawai dari KPM melawat sekolah berkenaan.
Remaja perempuan itu turut mendakwa walaupun beberapa aduan telah dibuat tetapi tiada tindakan diambil selain mendakwa pengetua menutup kes tersebut dengan memalsukan kedatangan yang hanya menunjukkan Jainal tidak hadir selama dua bulan.
Dalam pada itu, Teo mengakui bahawa KPM berdepan masalah kekurangan guru di kawasan bandar dan luar bandar, di mana untuk sekolah rendah sahaja kira-kira 4,000 guru diperlukan.
Justeru untuk penyelesaian tempoh masa terdekat ini, katanya, KPM memutuskan bahawa semua bakal guru yang menerima ijazah pada tahun ini akan ditempatkan di sekolah untuk sesi 2019 dan jika masih ada kekosongan, guru interim akan dilantik bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak terganggu.
“Cabaran yang kita hadapi adalah untuk satu batch (guru) perlu tunggu lima tahun, maksudnya bakal guru yang graduate pada tahun ini sebenarnya mereka masuk institusi pengajian tinggi lima tahun lepas, jadi kita perlu ada unjuran lebih tepat untuk memastikan bakal guru yang kita latih adalah seiring atau sepadan dengan kekosongan atau guru-guru yang akan bersara.
“Isu kekurangan guru sudah berlaku sejak berpuluh tahun lalu, namun, sehingga kini masih tiada penyelesaian. Oleh sebab itu kita juga berhasrat untuk panggil semua bahagian berkenaan bermesyuarat supaya kita boleh lihat masalah ini daripada semua aspek supaya kita ada pendekatan terbaik untuk tempoh masa panjang bagi atasi isu ini,” katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca some of the comments at sabahkini fb page, bnyk la students meluah cgu kami dulu itu ini... Keluar la cerita mcm-mcm Bnyk guru yg baik uolls, but cerita begini mencalarkan professi perguruan.. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 31-10-2018 05:58 PM
Mana hada elaun jadik ketua panitia. Choi. Mandai jek doktor uol tuh.
Eh skrg dah takde ke? Setahu i ada. Dulu masa iols sekolah pun cikgu PA iols ckp heshe dpt elaun sbb jd ketua panitia. Doktor iols umur lebih kurang iols jah early 40s. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah sampai masanya cikgu2 yang tak datang sekolah dan tak mengajar terus pecat ja. Kenapa kementerian susah sangat pecat kakitangan awam? Pecat ja lah kalau menyusahkan org lain!! Kenapa nak backup cikgu gini?? Aku pun pernah rasa takde cikgu english sampai 5bulan! Sakit hati! |
|
|
|
|
|
|
|
abangadek replied at 31-10-2018 01:10 PM
dia sakit kot mak, cikgu i dulu pun kes camtu, tak bermaya je masuk kelas.. kami pelik asal dia ja ...
Tak..ustaz tu mata merah je. Patu kalu berckp sengih2 kepala geleng2. Mcm tak tentu butir perkataan. Sekali sekali dia ajar..tulisan jawi dia mmg cantik. Tp mmg keje dia 80% tido. Penah bdk lelaki kene baling kasut. Tp bila nk exam, ustaz ni siap2 bgtaw apa soalan yg keluar siap jawapan.
Tu blom kes msa darjah 6 cikgu BM kaki majuk xnk ajar sbb bdk bising. Sekali sekala kita fhm. Ni setiap hari nk majuk..jadah sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 31-10-2018 09:16 AM
Bebudak kelas blakang happy la. Bebudak klas depan yang suka blaja mananya nak hepi. Pengetua ai p ...
Takdenya ppd kb nak benci. Skg tengah arah semua gb/pengetua lapor masalah disiplin di sekolah masing2. Baru gelabah nak suruh gb2/pengetua nak bertindak. Buek. Aku salut la adik ni! Tahniah dik kerna bersuara, sesungguhnya aku benci cikgu2 makan gaji buta, menyusahkan masyarakat, menyusahkan rakan cikgu2 yang lain! |
|
|
|
|
|
|
|
BreakingBad replied at 31-10-2018 12:44 PM
Cikgu tu asal orang mana ???. Siapa tahu ?
Local. Orang daerah tu jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
depression x boleh jangka yer chuols...
time nak mengajar tetiba kluar rasa depress mana kita tau
time bowling ..depress pun hilang ...gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
mujer_in_espejo replied at 31-10-2018 07:04 PM
Local. Orang daerah tu jugak.
So betul la 7 bulan tak masuk kerja? Pergi mana cikgu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa lagi jilaker kot cikgu2 yg pagi ngular , buat2 sibuk xtvt sekolah...pehtu ngajar 40-60% je kat kelas. Ujung2 kat kelas ckp sesapa tak paham boleh masuk kelas tuisyen sheols/heols. Kat kelas tuisyen ngajar sesungguh siap bagi soalan bocor..dah ko jugak yg pembuat soalan...manjang budak2 pi tuisyen dgn dia dpt A. Mak bapak pon bangang...bila UPSR budak2 straight A's, dapat result ala2 saja...cikgu english ngajar grammar kelaut pon in BM blum lg yg slang2 negeri....bila parents or pusat tuisyen lain betulkan cikgu..wah ngamuk...jgn campur urusan cikgu...mereka2 bukan cikgu sekolah x tau apa2...padahal memasing ego bengap dan pemalas.
Pastu dah nak exam...ada pulak pecutan2 terakhir utk menjawab soalan exam. Tiap kali nk exam ada bengkel. Bengkel bukan free , kena bayar rm150-300. Padahal benda2 tu semua patut diterangkan didalam kelas secara percuma bukan nak buat duit lagi n lagi. Ada satu cikgu tu cikgu cemerlang matematik....ngajar kumpul duit x cuit duit gaji katanya....tp anak2 matematik D & E saja. Tu x campur citer cikgu yg hasut parents jgn masuk tuisyen lain...terutama tuisyen small group....x certified n tak ikut skema kata dia. Pala hotak skema bila parents tanya nk terkencing jawab.gagap2 nak tunjuk skema n nak terangkan apa itu skema. Pastu dok pangkah parents yg vocal.
Tu x citer klu sekolah gred A yg student ramai cikgu2 ramai....yg janda 2 kali...yg cerai, andartu...bergaduh2 berebut jantan...or pibg...yg clubbing memalam pepagi dtg huyung hayang pon ada...haishhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
oak.balustrade replied at 31-10-2018 03:40 PM
Haha kurus ada makna rupanyaaaaa
Bertabahlah kawan uols tu
Tapi entah knp cikgu2 skrg mcm kuran ...
cikgu zaman sknag kurang passion sbb mesti spesis stok2 yg join KPLI 10yrs ago sbb diorg gagal dpt job dlm private sector
maka KPLI adalah jalan plg senang utk spt gomen job
|
|
|
|
|
|
|
|
ALDRIN replied at 31-10-2018 08:01 PM
Aku rasa lagi jilaker kot cikgu2 yg pagi ngular , buat2 sibuk xtvt sekolah...pehtu ngajar 40-60% je ...
Chuolsss sekolah mana ni horror sangat ni! Mujur lah meols zaman sekolah takde sangat pengalaman hauk sebegini. Ada lah dua kerat guru yang perangai macam bahlol, tapi meols andaikan theyols tengah simptom menopos jah. Kosser nak layan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau saman mcm ni ada statute of limitation tak? ingat nak ajak ex schoolmates heret bbrp org cikgu pemalas ke mahkamah... class action lawsuit gituhh, mintak ganti rugi atas gangguan perasaan kerana dinafikan hak utk belajar mengikut silibus yg telah ditetapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 31-10-2018 08:01 PM
cikgu zaman sknag kurang passion sbb mesti spesis stok2 yg join KPLI 10yrs ago sbb diorg gagal dpt ...
Yelah masa iols grad pun ekonomi baru nak recover drpd recession 1998. Ambil masa 5 tahun juga nak rasa lega. Susah benar cari keje, plg mudah mohon KPLI. |
|
|
|
|
|
|
|
zaziot replied at 31-10-2018 01:13 PM
kejadian on 2015..why now 2018 bru nk saman
Budak ni tak dpt course yg dia nak sbb result english dia tak elok...jd dia saman cikgu tu...biaq puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
oak.balustrade replied at 31-10-2018 08:52 PM
Yelah masa iols grad pun ekonomi baru nak recover drpd recession 1998. Ambil masa 5 tahun juga nak ...
kalo cikgu yg mmg asal dr UPSI or any fakulti pendidikan, bleh le nampak mmg betul2 ada passion nak mengajar mendidik etc
|
|
|
|
|
|
|
|
oak.balustrade replied at 31-10-2018 06:48 PM
Eh skrg dah takde ke? Setahu i ada. Dulu masa iols sekolah pun cikgu PA iols ckp heshe dpt elaun s ...
Mana hada! Halo, if not ai dah gumbira hoccay dan sah2 berebut cikgu mahu jadik ketua panitia!
Ka, Ketua Bidang uols maksudkan? |
|
|
|
|
|
|
|
tobobon replied at 31-10-2018 07:06 PM
depression x boleh jangka yer chuols...
time nak mengajar tetiba kluar rasa depress mana kita t ...
CHOI! AIOL PON NAK ACAH2 DEPRESS PEHTU GI BERJIMBA TENGOK WAYANG! |
|
|
|
|
|
|
|
untungla cikgu dpt makan gaji buta.
xyah keje ribu-ribu masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kagum ngan budak ni...tapi masa zaman iols dulu pun cikgu bnyk kali skip kelas smpi weols jadi ketinggalan...dkat ujung tahun baru la cikgu kelam kabut nk hbiskan syllibus dan satu haram pun topik di ajar weols tak faham ujung2 exam smua x pass. |
|
|
|
|
|
|
| |
|