CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2004 12:32 PM | Show all posts
Topik: Gambaran Kehidupan Manusia Umat Islam Akhir Zaman

Ditulis pada 4-5-2004
Waktu: Menjelang tidur


Basmalah.

Di dalam kehidupan kita ini kalau kita luas pergaulan , lebih2 lagi jika kita jauh perjalanan, lihat kehidupan di kampung dan kehidupan orang di bandar, bandar kecil atau bandar besar apatah lagi kalau kita ada kesempatan pergi keluar Negara melihat kehidupan berbagai2 etnik dan bangsa, terutama yg berbagai etnik dan bangsa itu adalah yg beragama Islam.

Di dalam pergaulan kita yg luas itu berbagai2 watak, ragam dan sifat manusia yg kita temui dan jumpa. Di dalam berbagai2 ragam, watak dan sifat manusia itu pula tidak sama pula orang atau golongan yg memberi  nilai kepada masyarakat yg di sekelilingnya. Tidak kurang juga ada orang yg tidak mempeduli orang di kelilingnya, apa pun yg berlaku dan terjadi dia tidak ambil peduli, dia tidak ambil kisah pun, dia dengan keluarganya sendiri sahaja. Seolah-olah dia hidup tidak campur orang, hanya dia sendiri dan sekitar keluarganya sahaja sekalipun hidup berada di tengah ramai. Memang ada orang yg hidupnya sikapnya begitu.

Pernah kita jumpa ada keluarga yg hidup mereka miskin, mereka hidup dengan hasil pertanian yg mereka usahkan sendiri, pada mereka tidak ada duit, yg ada adalah bahan2 makanan daripada hasil tangan mereka, mereka hidup beragama secara sederhana, sembahyang tidak pernah ditinggalkan, hidup di dalam satu keluarga yg aman damai, bekerjasama, rasa bersama, jiran di sekelilingnya mereka sangat hormati, hasil pertanian mereka setelah dipetik, diagih2kan kepada jiran2 mereka, keluarga yg begini baik tidak ada pun masyarakat hendak memuji-muji sekalipun mereka beragama dan sangat berbudi kepada masyarakatnya. Bahkan tidak pernah mengganggu masayarakatnya.

Mereka tidak dinilai apa2 oleh masyarakat kerana di kalangan keluarga itu tidak ada yg berkelulusan tinggi betapa pulalah yg cemerlang di dalam pelajaran dan jawatan. Mereka pun memang tidak terfikir hendak meminta dipuji oleh masyarakat, orang pun tidak ambil pusing tentang mereka kerana keluarga itu tidak ada apa2 istimewanya di segi dunia. Begitulah di dalam masyarakat yg hidup cintakan dunia bahawa kejayaan dunia itulah nilai manusia. Soal mereka tidak beragama mereka tidak ambil kira bahkan tidak dianggap cacat pun. Yang penting mereka ada kelulusan, ada jawatan tinggi, ada nama, maka mereka itu manusia yg mendapat sanjungan dan pujian. Nama mereka sentiasa di dalam bualan manusia, memuji-muji, menyanjung-nyanjung mereka dan dijadikan contoh dan model sekalipun mereka tidak kenal dan tidak takutkan Tuhan, agama ditinggalkan di dalam kehidupan.

Bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2004 12:36 PM | Show all posts
Sambungan....

Saudara-saudari!

Di dalam pengalaman hidup kita, tidak kurang juga kita pernah melihat ada keluarga yg kejayaan dunianya cemerlang dan terbilang, berpelajaran tinggi, berjawatan istimewa. Ada anaknya yg jadi doctor, ada yg engineer, pensyarah, korporat. Oleh kerana kejayaan itu, keluarga itu merasakan ada kekuatan berdiri sendiri, tanpa bersandar dengan orang lain, mereka telah mencipta kejayaan hidup yg senang dan selesa. Orang begini biasanya lupa Tuhan, agama tidak ada di dalam kamus hidupnya, tanpa memikirkan Tuhan mereka boleh hidup istimewa, tanpa beragama mereka boleh senang. Mereka lebih istimewa hidupnya daripada orang beragama, mereka melihat memang ada orang yg beragama hidupnya miskin, susah, anak-anaknya tidak ada yg berpelajaran dan berjawatan tinggi,lantas memandang orang yg beragama itu hina, bahkan ada yg menuduh agamalah yg menjadi sebab mereka miskin, tidak berpelajaran tinggi dan tidak berjawatan tinggi.

Fikiran dan jiwa masyarakat umum pun sudah sama macam fikiran mereka, sekalipun ada di kalangan mereka itu juga tidak maju dan tidak bernasib baik maka keluarga tadi dianggap orang yg berjaya di dalam hidupnya walaupun sudah kehilangan Tuhan dan agama.

Masyarakat memuji-muji dan menghormati mereka. Masyarakat menjadikan keluarga itu adalah contoh, mereka dibual-bualkan oleh masyarakat di dalam perbualan2 mereka, sekalipun mengikut Tuhan mereka adalah orang2 jahat dan fasik tapi ukuran masyarakat adalah baik.

Begitulah apabila dunia yg menjadi ukuran bukan agama, orang baik dianggap jahat, orang jahat dianggap baik. Yang cemerlang (di sisi Tuhan) dianggap malang, yg malang (di sisi Tuhan) dianggap cemerlang.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-12-2004 12:42 PM | Show all posts
Sambungan....

Saudara-saudari!

Di dalam kehidupan kita di dunia ini, tidak kurang juga ada keluarga tidak maju di dalam pelajaran, tidak ada jawatan tinggi, tidak pula kaya, hanya hidup sederhana. Oleh kerana mereka sedar membina nama dengan kecermerlangan dan terbilang itu adalah mengikut ukuran dunia bukan Akhirat, mereka hidup berbangga dengan pelajaran dan jawatan tinggi sedangkan mereka tidak berjaya memperolehinya. Mereka hendak juga membina nama dan glamour, mereka inginkan disanjung tinggi dan dihormati maka mereka pun mencari nama dengan jalan singkat, mereka membuat perkara2 yg pelik untuk mencari nama dan kemasyhuran, mereka pun memanjat gunung2 yg tinggi, atau berenang menyeberang di lautan dalam, maka mereka pun mendapat pujian Negara.

Mereka diberi pingat dan diberi gelaran wira bangsa dan Negara sekalipun mereka tidak berpelajaran tinggi dan berjawatan istimewa dan tidak beragama, Tuhan tidak ada di kepalanya, maka mereka pun dianggap orang baik dan berjasa oleh Negara atau bangsa yg semacam mereka. Padahal mengikut pandangan Tuhan, mereka adalah orang2 jahat yg diberi gelaran baik. Mereka adalah tertipu oleh nama dan gelaran. Mereka tidak pun mengharap keredhoan Tuhan, tapi mengharapkan keredhoan bangsa dan Negara. Orang semacam ini termasuk orang yg tertipu di dalam kehidupan. Kalau tidak bertaubatlah mati, Nerakalah jawapannya, wal抜yazubillah.

Mungkin pandangan Abuya sensitive buat masyarakat hari ini, ia mungkin akan menjadi kemarahan sesetengah orang yg sudah rosak cara berfikirnya dan yg sudah rosak jiwanya.

Orang yg tidak ada jasa pada bangsa dan Negara hanya sekadar boleh panjat gunung yg tinggi dan boleh menyeberangi lautan yg dalam dan luas, kalau kita kritik ramai orang yg akan marah dan menuduh kita hasad dengki dan sebagainya.

Padahal apa sahajalah jasa mereka kepada bangsa dan Negara lebih2 lagi kepada agama, sekadarkan menunjukkan kekuatan fizik pada waktu menjayakan kemampuan2 itu, agama sudah terabai, Tuhan sudah dibelakangkan. Mungkin di masa itu Negara terpaksa menyumbang kewangan untuk kejayaannya, sedangkan mereka tidak menyumbang apa2 yg berbentuk material dan ilmu kepada bangsa dan Negara.

Begitulah cara berfikir umat Islam hari ini di seluruh dunia termasuk pemimpin umat Islam, mungkin juga ulama yg sudah begitu tersasul dan tersasar dari kebenaran. Yang sudah jauh daripada yg dikehendaki oleh Tuhan pencipta manusia itu sendiri.

Bersambung.....
Reply

Use magic Report

selalufikir This user has been deleted
Post time 15-12-2004 12:13 AM | Show all posts

teruskan

teruskan usaha anda
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 16-12-2004 03:33 PM | Show all posts
Sambungan...

Saudara-saudari!

Tidak kurang juga di dalam hidup kita ini kita bertemu dengan orang yg cemerlang di dalam bidang agama dan cemerlang di sudut dunianya. Berjaya di dalam kemajuan agama, berjaya di bidang kemajuan dunianya. Di bidang dakwah dia yg berjaya menyedarkan dan menginsafkan sebahagian manusia samada yg Islamnya dapat ditingkatkan keislamannya mahupun dapat mengislamkan orang yg bukan Islam. Ramai orang yg berubah hasil didikan daripada jahat kepada baik, daripada tidak Islam menjadi Islam, ramai orang sayang kepadanya, kerana dia membawa agama cintakan Tuhan dan cintakan sesama manusia tidak kira apa bangsa dan agama.

Di samping itu dia juga berjaya membawa pengikut2nya maju di sudut kemajuan dunianya dapat menegakkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya. Maka dia pun terkenal. Pengaruhnya besar maka ada pula sebahagian pemimpin yg iri hati akhirnya hasad dengki. Pemimpin itu merasakan kepimpinannya tercabar dan tercalar. Ditakuti pengaruh terhakis, maka untuk menjatuhkannya, dia dituduh dengan berbagai2  dan alasan, dia dituduh militant, tidak campur orang, membawa ajaran sesat dan lain2 lagi tuduhan untuk mengelirukan rakyat agar dia munasabah ditangkap dan diharamkan gerakannya. Padahal orang itu menguntungkan bangsa, Negara dan agama bahkan menjadi asset bangsa dan Negara tapi oleh kerana dia berpengaruh mengatasi pemimpin yg ada maka dinyahkan dan dipinggirkan melalui hukuman yg dijatuhkan.

Begitulah bangsa Islam yg sudah rosak fikiran dan jiwanya, seklipun seseorang itu menguntungkan bangsa, Negara dan agama tapi pemimpin tercabar, tidak menguntungkan pemimpin maka terpaksalah bangsa, Negara dan agama menerima kerugian yg besar dan inilah salah satu sebab di akhir zaman tidak ada satu bangsa umat Islam yg kuat dan gagah kerana sikap yg telah kita nyatakan tadi.

Bersambung....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 16-12-2004 03:37 PM | Show all posts
Sambungan...

Saudara-saudari!

Di dalam hidup ini kita jumpa juga ada sekelompok manusia di kalangan umat Islam yg akhlak mereka telah rosak, ramai umat Islam yg telah menjadi mangsanya, terutama muda-mudi. Mereka merosakkan generasi di zamannya melalui pergaulan bebas, melalui suaranyan, melalui budaya kuning dan liar yg selalu dipertontonkan di kaca tv, di tempat umum. Di pamerkan akhlak mereka dan sikap hidup di muka2 suratkhabar dan media2 massa.

Kalau ada orang yg sedar dan mengkritik kerana perbuatan mereka sudah ramai orang yg rosak agama dan akhlaknya. Orang yg akan mempertahankan puak2 itu adalah para pemimpin mungkin juga ada sebahagian ulama. Bukan mereka tidak sedar bahawa puak2 itu telah merosakkan agama dan akhlak rakyat dan telah meliarkan muda-mudi daripada Tuhannya maka side effectnya berlaku banyak jenayah, zina, rogol, pergaduhan, tidak taat ibu bapa dan guru, vandalism dan lain2 gejala social yg memeningkan kepala semua golongan masyarakat. Oleh kerana mereka sudah terlalu lalai bukan sahaja mereka telah meninggalkan agama bahkan kemajuan dunia pun mereka abai dan cuaikan.

Setengah golongan yg menguasai masyarakat dan media massa bukan tidak sedar bahwa perbuatan mereka boleh merosakkan agama dan bangsa tapi mereka mendapat untung dan tidak mencabar para pemimpin bahkan setengah pemimpin pula ambil peluang dan tumpang semangkuk di tengah2 majlis bersama puak2 perosak itu.

Maka sebab itulah para pemimpin membiarkan sahaja perbuatan mereka itu tanpa dibendung dan disekat, padahal setengah mereka ada kuasa membendung dan menyekat. Begitulah kalau pemimpin juga sudah rosak moral dan aqidah mereka, mereka juga turut hanyut di tengah masyarakat itu. Bukan sahaja mereka tidak mendapat cemuhan, bahkan memberi tempat berleluasa golongan perosak itu. Mereka disanjung dan dimuliakan hingga golongan perosak itu lebih berani lagi mencipta budaya liar dan tidak bersopan hingga susah hendak dikawal.

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
shah05 This user has been deleted
Post time 16-12-2004 05:36 PM | Show all posts

HIMPUNAN TARBIAH DARI Ustaz Ashaari Muhamad

ASM,

THREAD baru ini adalah sebagai bahan tambahan selain yang dipaparkan oleh saudara Akasyah kita di TERKINI....Himpunan Tarbiah dari Abuya.

Saya sekadar membantu untuk menambahkan pengetahuan untuk sesiapa yang berminat untuk membaca MINDA USTAZ ASHAARI MUHAMAD.

Sekian dimaklumkan.

[ Last edited by shah05 on 29-6-2005 at 07:10 PM ]
Reply

Use magic Report

shah05 This user has been deleted
Post time 16-12-2004 05:42 PM | Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim.

Anak-anak yang dikasihi sekelian

Kita sudah memperkatakan muqaddimah Ummul Kitab. Belum memperkatakan isinya. Baru menyentuh yang luar-luar. Kalau ibarat istana, kita belum tahu apa yang di dalamnya dan secantik mana ia. Kita baru lihat dari luar. Lihat dinding luar itu pun sudah terasa keindahannya. Kalau kita masuk istana, tentu lebih puluhan kali keindahannya. Marilah kita lihat lagi ke dalam ummul kitab yang merupakan seluruh intipati isi Al Quran dan sunnah, demi untuk keselamatan manusia dunia dan akhirat. Ummul Kitab atau pun Al Fatehah itu, bagi siapa yang mengamalkannya akan mendapat kemenangan. Ia bukan sahaja surah pembuka Al Quran tetapi pengertian sebenarnya ialah surah kemenangan. Dengan maksud, kalau diamalkan, ia adalah penentu, pembawa kemenangan. Ia bukan surah pertama diturunkan tetapi isinya kalau difaham, dihayati, diamalkan dalam kehidupan dan perjuangan, maka ia boleh membawa kemenangan.

Al Fatehah dimulai dengan Bismillah...iaitu dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Di sini Tuhan sebut namaNya, yang mana Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 2 sifat ini adalah sifat Tuhan yang termasuk Asmaul Husna yang 99. Ertinya sifat-sifat Tuhan yang disebut dalam Asmaul Husna, yang ada dalam Quran dan Hadis, itu semua merupakan satu pakej yang memperlihatkan kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah. Daripada keseluruhan itu, yang merupakan 1 pakej, yang Tuhan tidak sebut sebenarnya lebih banyak tidak terhingga. Ertinya kebesaran Tuhan dan keagungan Tuhan tidak ada kesudahan tetapi Tuhan hanya sebutkan 99.
Peliknya kerana daripada 99 sifat Tuhan itu, Tuhan sangat menonjolkan sifat rahman dan rahim Nya. Sebab itu Hadis ada menyebut, "Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah berkatnya.." Tuhan tidak pilih sifat-sifatnya yang lain. Contoh: Bismillahi jabbar, Bismillahi sobur atau Bismillahi syakur. Mengapa rahman dan rahim yang dipilih? Bismi itu bukan sifat. Rahman dan rahim itu sifat Allah. Allah itu dikatakan Ismu jalalah, nama yang Maha Agung. Nama bagi satu Zat yang dikatakan Dia lah Tuhan, yang menciptakan langit dan bumi. Yang dipopularkan, dimasyhurkan dan dipopularkan ialah 2 sifat Nya iaitu rahman dan rahim

Mengapa Tuhan tonjolkan 2 sifat ini dan tidak yang lain? Kalau kita kaji setidak-tidaknya ada beberapa maksud atau faedahnya iaitu:

1.Kalau kita prihatin, memang 2 sifat inilah yang tertonjol. Katalah As Syakur, ia tidak berapa nampak. Al Jabbar dan Al Qahhar boleh dilihat sekali sekala seperti gunung berapi meletus, dilanggar kereta, ada pemimpin yang jatuh. Sekali sekala nampak Al Kabir dan Al Kudrah Nya. Tetapi rahman dan rahim sangat tertonjol. Setiap detik tertonjol tetapi pelik kita tidak prihatin!
Yang kita terkesan ialah sifat Nya yang sekali sekala berlaku.
Berlaku gempa bumi di Iran, sebulan orang perbualkan padahal beberapa tahun sekali ia berlaku. Ajaib sekali.

Bila ada orang mati dilanggar kereta, ia jadi bualan padahal bukan setiap detik ia berlaku. Patutnya yang diperhatikan ialah rahman dan rahim Tuhan itu sebab ia bukan sahaja setiap detik berlaku bahkan setiap suku detik ia berlaku. Buktinya, ia berlaku dari kita bangun tidur sejak pagi. Sedar-sedar sahaja kita boleh bernafas. "Hidup lagi aku. Sayangnya Tuhan dengan aku. Dengan nafas itulah aku boleh hidup."

Hidup itu sendiri adalah rahman dan rahim Tuhan.
Bila kita pergi bilik air, itu rahman dan rahim Tuhan. "Boleh melangkah lagi aku. Tuhan sayang lagi dengan aku." Masuk bilik air, ada air lagi untuk mandi. Kita rasa segar. Tenaga kita yang tidak aktif semalaman itu , bila dapat air, terasa segar. Padahal waktu sakit itu dahsyat. Kena air, 3/4 sakit hilang. Itulah kasih sayang Tuhan. Baru sampai bilik air sahaja, berapa ribu rahman dan rahim Tuhan. Mandi, bernafas dalam bilik air. Lepas itu kita boleh sembahyang dengan rahman dan rahim Tuhan juga. Seterusnya kita keluar pergi kerja dengan nafas yang turun naik, itu juga rahman dan rahim Tuhan yang berlaku setiap detik.

Kita melangkah kaki, memijak di bumi Tuhan.Kalaulah Tuhan jerluskan, kan dahsyat. Boleh terpijak dengan baik di bumi Tuhan. Boleh pula melihat-lihat ciptaan Allah, "Rupanya mata aku tidak buta. Ini rahman dan rahim Tuhan." Dengan rahman dan rahim Tuhan itu, kita seperti di lambak-lambak dengan nikmat Tuhan,
Sebab itu kalau kita baca sejarah, orang yang lurus dan bersih hatinya, yang sangat sensitif, dia nampak sangat rahmat Tuhan itu, seolah-olah macam salji yang turun.

Kalau dia bukan pemimpin, rasa untuk dirinya sahaja maka dia akan mabuk dengan Tuhan. Itulah istilah-istilah yang dipakai.Dia macam orang gila kerana tidak tahan dengan rahmat dan nikmat yang bukan sahaja matanya dapat lihat bahkan hatinya juga melihat. Kalau Rasulullah SAW itu bukan pemimpin, mungkin dia sudah mabuk. Kalau sudah mabuk, sudah tidak boleh memimpin.

Tetapi biasanya pemimpin-pemimpin itu Tuhan kawal supaya tidak sampai mabuk. Setakat hatinya sahaja.Sebab itu kalau kita tengok ahli sufi yang bukan memimpin, ramai yang pelik-pelik. Kita hendak ikut dia pun, dia tidak suka sebab dia rasa terganggu perhubungannya dengan Tuhan kerana kita.

Sebab itu Sayidina Ali dan Sayidina Umar, ketika bertemu Uwais Al Qarni, Uwais Al Qarni tidak mahu bercakap panjang dengan mereka. Tentulah Sayidina Umar dan Sayidina Ali lebih tinggi pangkat dan darjat dari Uwais Al Qarni yang hanya afdhol tabiin iaitu tabiin yang paling utama. Orang yang ada hubungan hati dengan Tuhan, dia tidak seronok untuk berhubung dengan manusia. Kerana dia bukan pemimpin. Uwais hanya jaga kambing orang ramai. Dia adalah ulama berwatak nabi yang hanya jaga dirinya. Sebab itu dia mabuk dengan Allah. Biasanya orang kalau berjumpa Sayidina Umar dan Sayidina Ali, hendak berlama-lama kerana kita rasa itulah ibadah kita. Tengok muka mereka pun terasa terhubung hati kita dengan Tuhan. Tetapi orang macam Uwais Al Qarni yang sentiasa terhubung dengan Tuhan, dia jadi macam  mabuk.

                                                                     ....bersambung.....


[ Last edited by shah05 on 16-12-2004 at 05:44 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


shah05 This user has been deleted
Post time 16-12-2004 05:46 PM | Show all posts
Bismillahir rahmanir rahim.

..sambungan...

Jadi itu hikmah yang pertama mengapa Allah menonjolkan diriNya dengan dua sifat ini. Kalau orang prihatin dalam kehidupannya, mata, akal dan rohnya prihatin, memang sifat rahman dan rahim Tuhan sangat menonjol. Sifat rahman dan rahim Tuhan yang mencurah-curah itu ibarat seorang di padang pasir, didatangkan salji yang tidak berhenti-henti. Munasabahlah 2 sifat ini tertonjol. Tetapi pelik, begitu sekali pun tertonjol dalam kehidupan manusia, bahkan Tuhan ingatkan selalu dengan disebut rahman dan rahim itu melalui Bismillahi rahmanir rahim. Namun kita buat tidak tahu dan kita tidak rasa.
Padahal saya sebut tadi, dari bangun tidur, di bilik air, depan rumah, belum jauh pun kita melangkah, begitu banyak nikmat Tuhan. Jadi munasabahlah Tuhan suruh menyebut nama ini pada setiap perbuatan yang baik. Memang sifat inilah yang tertonjol. Tetapi sifat yang tertonjol ini tidak diperhatikan manusia. Menunjukkan hati sudah terlalu lalai. Kalau orang bukan Islam, kita tidak hairan. Ini orang yang masih solat, puasa dan naik haji pun tidak rasa. Seolah-olahnya rahman dan rahim Tuhan itu kebetulan sahaja.

Ini samalah dengan contohnya: Mungkin kita ada kawan, orang kaya yang pemurah. Dia ajak kita jalan sekali sekala. Dia beri kita pakaian, beri kita hadiah untuk dibawa balik kepada anak. 2 bulan kemudian , kita jumpa dia lagi. Dia ajak kita makan dan ajak kita round dengan keretanya.Ia berlaku sekadar sebulan sekali atau dua bulan sekali. Itupun kita mula bercakap, "Baiknya orang itu, pemurah dan berkasih sayang." Tapi pelik anak kita atau kita sebagai anak yang setiap hari duduk dengan mak, diberi buku sekolah, diberi pakaian, sekali sekala dibawa keluar, kita tidak pernah rasa mak ayah sayangkan kita. Malah  berfikir pula,"Sayang ke mak aku ni?Jangan-jangan benci." Kita boleh terikat dengan orang luar padahal sekali sekala sahaja orang buat baik pada kita. Itupun dia kata sudah sayang dengan orang itu. Padahal mak ayahnya hari-hari buat baik padanya, tanggung makan dan minum, tidak terasa mak ayahnya sayang. Itu samalah dengan apa yang orang buat pada Tuhan. Tuhan pemurah dengan dia setiap detik dan setiap saat tetapi tidak pernah dia sebut. Setiap detik Tuhan beri kasih sayang tetapi kita tidak pernah terasa kasih sayang Tuhan. Tidak pernah jatuh hati dengan Tuhan. Tidak pernah terasa serba salah dan malu dengan Tuhan.

Kalau ikut akal, tidak logik ia berlaku.Kalau dibahaskan logik atau tidak logiknya, tentulah kita akan lebih sayang dengan orang yang hari-hari belanja kita bukan yang belanja sebulan sekali. Tetapi yang tidak logik itulah berlaku. Begitulah kita buat pada Tuhan. Sekalipun kita sembahyang, puasa, wirid, zikir tetapi tidak nampak nikmat rahmat dan kebaikan Tuhan.
6 bulan sekali, bila sakit gigi, kita kata, "Apa Tuhan ni". Yang sekali itu yang diingat. Waktu sihat itu kita lupa. Termasuklah kita yang berjuang, solat, puasa dan naik haji tetapi tidak teringatkan rahmat dan nikmat Tuhan. Itu menunjukkan hendak hidupkan hati susah sekali padahal kita dimandikan dengan rahman dan rahim Tuhan setiap hari. Jadi Tuhan suruh baca Bismillah kerana Tuhan hendak isytiharkan 2 sifat ini yang menonjol. Sifat yang lain hanya berlaku sekali sekala untuk kesedaran, untuk insafkan manusia.

2. Hikmah kedua: Supaya berkat setiap kebaikan yang kita buat sama ada yang bersifat maddi atau maknawi, rohaniah, jangan lupa baca Bismillah. Supaya lahir cinta terhadap Tuhan. Apa rahsianya? Kita cinta atau tidak cinta Tuhan, itu tidak jadi masalah bagi Tuhan. Keagungan Tuhan tetap. Ia tidak berubah sama ada kita cinta atau bencikan Nya. Tuhan seolah-olah mengajar kita apabila kita baca Bismillah, kita tersedar atau tersentak yang mana waktu itu kita akan prihatin dengan banyaknya nikmat Tuhan. Supaya kita cintakan Tuhan. Agar kita jatuh hati dengan Tuhan. Faedahnya bukan untuk Tuhan.
Kalau orang cintakan Tuhan automatik dia akan cinta sesama manusia. Untungnya sesama manusia. Bila cinta sesama  manusia, tiada pergaduhan, ada tolak ansur, bekerjasama, bermaaf-maafan, tiada hasad dengki, tidak ada peperangan.

Keuntungan, faedah dan manfaatnya untuk manusia, bukan untuk Tuhan. Di sini ada rahsia dalam rahsia. Dalam rahman dan rahim Tuhan itu, bila kita kaji hikmahnya, dalamnya itu ada rahman dan rahim. Hikmahnya itu juga adalah rahman dan rahim Tuhan. Dalam rahman ada rahman. Dalam rahim ada rahim. Dalam kasih ada kasih. Dalam cinta ada cinta. Dalam kebaikan ada kebaikan. Kalau yang diluar pun kita tidak sedar, yang mata boleh lihat pun tidak perasan, betapalah yang tersirat. Kerana manusia ini, walaupun dia sembahyang tetapi hatinya sudah buta. Kalau Tuhan tidak ingatkan dengan Bismillah, teruslah buta hati kita.

Walau sudah diingat-ingatkan pun tidak sedar. Macam anak kita yang setiap hari duduk di rumah, kita beri pakaian, pergi sekolah beri duit belanja, beri buku, tetapi tidak pernah dia rasa mak dia sayang. Orang yang sekali belanja dia, dia kata,"Macammana saya tidak sayang dia sebab dia belanja." Padahal orang itu belanja sebulan sekali. Sedangkan mak dia setiap hari belanja, dia tidak sayang, manalah hati tidak menangis. Itu adalah kerana kita juga iaitu mak dan ayah tidak pun jatuh hati dengan Tuhan maka Tuhan balakan...maka anak kita pun tidak dapat rasa kasih sayang kita. Itu antara anak , mak ayah dan orang luar. Yang kita pula, antara manusia dengan Tuhan. Pemberian manusia kita rasa tetapi pemberian Tuhan kita tidak rasa. Kita sama dengan anak kita.

Ada orang pemurah dengan kita, kita puji tetapi Tuhan setiap detik beri kita rahmat, tidak pernah kita puji atau promosikan Nya. Tidak rasa bersalah dengan Tuhan, tidak fikir macam mana hendak balas nikmat Tuhan. Khusyuk atau tidak kita dalam solat sebagai kesyukuran kepada Tuhan. Jadi patutlah Tuhan suruh kita baca Bismillah. Besar peranannya yakni hendak menyedarkan manusia bahawa Tuhan itu berkasih sayang. Agar dengan itu manusia cinta Tuhan.Hasil cinta Tuhan, akan cinta sesama manusia.Akan berlakulah keamanan, keselamatan dan kebahagiaan.

Selama ini kita belajar Bismillah,"Kalau hendak buat sesuatu perkara, baca Bismillah ya. Jangan tidak ikut sunnah ya." Setakat itu sahaja. Tidak perasan mengapa besarnya rahman dan rahim Tuhan itu. Tidak terasa besarnya Tuhan, tidak terasa peranan Nya besar. Tidak nampak hikmahnya besar. Tidak nampak besarnya rahmat dan nikmat Tuhan. Tidak nampak patutnya kita cinta Tuhan supaya cinta kita sesama manusia.


                                                                               ....bersambung.....
Reply

Use magic Report

selalufikir This user has been deleted
Post time 16-12-2004 06:02 PM | Show all posts
bagus ni...teruskan...usaha anda...
Reply

Use magic Report

selalufikir This user has been deleted
Post time 16-12-2004 08:28 PM | Show all posts
Saya rasa kuliah, kuliah di atas mengenai Al Fatehah yang selalu kita baca dalam sembahyang, Untuk mendapatkan kesempurnaan sembahyang perlulah kita memahami makna-makna bacaan dalam sembahyang....
Bagus tu...dimulai dengan ayat pertama Bismillah.....
Reply

Use magic Report

myks70 This user has been deleted
Post time 17-12-2004 09:57 AM | Show all posts

Terasa... terasa... hingga ke hati.. kuliah ni...

Syukur kepada Tuhan yang telah memberikan berbagai-bagai nikmat samaada yang diminta maupun yang tidak diminta.... malu rasanya dengan Tuhan .. . dengan pemberian berbagai nikmat yang diberi tapi kita ini masih lalai dan cuai ... dan tidak terasa kehebatan Tuhan...

Teruskan usaha anda untuk menengahkan minda-minda Abuya itu... yang dianggap oleh setengah2 orang tak betul... semoga Tuhan membantu perjuangan kalian dan diberkati hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2004 11:37 AM | Show all posts
Alhamdulillah .....ini sudah bagus...biar bersemarak lagi minda2 yg membawa kita semua kepada Tuhan. Biarlah apa org nak kata, yg penting abuya tetapa berdiri teguh mempromosikan Tuhan hingga semua takut dan cinta padaNya.
Reply

Use magic Report

selalufikir This user has been deleted
Post time 17-12-2004 12:20 PM | Show all posts
Abuya ni...tak kenal maka tak cinta....
Abuya ni...pelik ya....
Yang sayang....sampai gila orang sayang padanya....
Yang benci...meluat tak tau nak kata....
Oh...Tuhan...berilah petunjuk pada kita semua.....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 17-12-2004 03:23 PM | Show all posts
Sambungan...

Saudara-saudari!

Pernah juga kita berjumpa ada golongan koporat yg berjaya, hidup mewah tajaan Negara. Dia memberi kekuatan ekonomi kepada Negara, menteri dan pegawai2 tinggi kerajaan pun segan dan hormat kepada mereka kerana kekayaannya
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 17-12-2004 03:27 PM | Show all posts
Sambungan...

Begitulah kalau seseorang kedudukan dan status dunianya tinggi dan istimewa kalau sikap hidupnya orang tidak suka pun, orang segan hendak mengata dan menghinanya. Tapi kalau orang ini beragama, berpengaruh pula, cuma dia bukanlah anak emas sesiapa, tapi ada pengikut, akan ada para pemimpin dan ahlii agama yang iri hati dan sakit hati maka akan dicari-carilah kesalahannya.

Kalau kecil pun kesalahannya maka akan dibesar-besarkan lebih-lebih Iagi kalau ada perbuatan mereka yang tidak boleh difaham oleh masyarakat umum sekalipun ada di dalam ajaran agama (tapi sudah tidak difaham lagi oleh ramai umat Islam apatah lagi mengamalkan) maka ada alasan untuk disesatkan agar orang itu ditolak oleh masyarakat Islam. Begitulah watak akhir zaman, yang haq selalunya ditolak, yang batil diterima. Orang baik dimusuhi. orang jahat dihormati kerana ada keuntungan duniawi.

Oleh kerana kebenaran dan yang haq itu dari Tuhan, Ia adalah teguh dan kuat, di belakangnya dibacking oleh Tuhan, jangka panjang, yang benar dan haq akan terserlah juga. Akhirnya yang haq akan herjaya dan menang, Ia hanya sebagai ujian dan Tuhan kepada pejuang2nya. Memang sudah menjadi tradisi di sunnatullah yang batil itu cepat berjaya dan menang. Yang haq lambat berjaya dan lambat menang.

Kerana memang Tuhan lakukan begitu agar orang yang memperjuangkan kebenaran itu diberi pahala yang banyak kerana Tuhan mahu orang-orang-Nya itu biarlah istimewa di Akhirat daripada dunia yang murah dan sementara waktu ini.

Sekianlah sedikit gambaran kehidupan manusia umat Islam di dunia akhir zaman ini, nilainya telah berubah begitu rupa, sudah terbaIik. Orang jahat mendapat tempat dan sanjungan, orang baik dimusuhi, disingkirkan dan dipinggirkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 17-12-2004 03:45 PM | Show all posts
:ah::ah:

hermm...elok sgt kuliah ni sebab seingat saya...ada beberapa kali topik di sini yg tanya apa tafsiran sebenar Fatehah, Bismillah termasuklah cara2 nak hayati solat.

Ini baru Bismillah, Abuya dah ulas panjang berjela tapi sangat terkesan di hati...baca banyak kali pun tak jemu....makin rasa nak menitis air mata adalah....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 17-12-2004 05:46 PM | Show all posts

alhamdulillah..kita sambung lagi

3. Hikmah yang ketiga : Supaya manusia dapat rasa kehambaan

Tuhan suruh setiap kebajikan itu dimulakan dengan bismillah. Ertinya dalam satu hari, berapa ratus kali kita baca bismillah. Hendak makan, minum, pakai pakaian, hendak berjalan, kita baca bismillah. Apa maksudnya yang lain? Supaya kita ada rasa kehambaan. Rupanya kita tidak boleh hidup tanpa tuhan. Rasa kehambaan itu sifat tawaduk yang wajib. Tuhan suka sangat hamba itu rasa hamba. Jadi bagi orang yg prihatin, dengan sendiri dia jadi tawaduk, rasa perlu dengan tuhan, dia rasa kalau tidak kerana tuhan, dia tidak boleh hidup. Lahir rasa bertuhan. Tidak besar ke? Akhirnya hati kita sentiasa berhubung dengan Tuhan. Rupanya kehendak Tuhan supaya kita baca bismillah, kebanyakan kita hari ini tidak sampai matlamatnya. Paling baik, baca bismillah itu dapat berkat ikut sunnah Rasulullah SAW.


4. Hikmah yang ke 4 : Agar apa yang dibuat diberkati Tuhan

Hikmah lain yang tersirat, kalau tidak baca bismillah dalam berpakaian, makan minum ertinya apa yang kita buat tidak berkat. Bila makan minum, penyakitpun banyak. Bila kita berpakaian, hati jadi lalai, rasa diri cantik dan hebat. Lalai itu adalah satu bala dari Tuhan. Buat apa pun kalau tidak baca bismillah, walaupun berjaya Tuhan beri secara istidraj. Maju di satu sudut tetapi negatif di sudut lain. Meniaga maju tetapi orang benci, anak isteri tidak harmoni. Oleh kerana Tuhan marah, diberi secara istidraj, untung di satu sudut, di lain sudut Tuhan tarik kasih sayang, makan banyak datang penyakit dan lain-lain lagi.


(bersambung)
Reply

Use magic Report

selalufikir This user has been deleted
Post time 18-12-2004 09:30 PM | Show all posts
Teruskan usaha anda...
Reply

Use magic Report

selalufikir This user has been deleted
Post time 18-12-2004 09:31 PM | Show all posts
Moga-moga Allah akan memberkati segalah usaha kita....Amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.093928 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list