CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rami_ayyash

Ajaran Sesat Ayah Pin (freshNectar, snipersnake, Gravedigger, leotazz818)

[Copy link]
Post time 22-7-2005 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by sauber at 22-7-2005 09:24 AM:

Anda kata mereka sesat maka halal bakar rumah diorang sebab anda anggap/perasan yang anda dipihak yang benar. Manakala mereka tak bakar rumah orang dan paksa orang lain jadi sesat. Jadi siapa yang sebenarnya yang SESAT?



Ya...sepakat ulama-ulama kerajaan mengeluarkan fatwa kesesatan mereka! Mereka boleh sesat tapi jangan cuba menyesatkan umat. Mereka boleh mengamalkan ajaran sesat mereka tapi jangan pula cuba mencabar umat yang cintakan kedamaian di sekeliling mereka.
Kalau dah sampai peringkat terang-terangan mendirikan bahan-bahan pemujaan karut mereka dan kemungkinan pula akan mendirikan tokong-tokong dan patung-patung....maka bodohlah orang-orang Islam yang tidak mengambil tindakan lebih-lebih lagi orang-orang kampung yang berhampiran.


Anda anggap syiah sesat maka adalah halal orang syiah dibunuh. Orang syiah tak bakar rumah orang dan paksa orang lain jadi syiah tapi sebab anda rasa/perasan anda dipihak yang benar maka sebarang IDEA/PENDAPAT selain anda adalah sesat. Maka siapa yang SESAT?


No comment. Boleh tahu siapa yang mengeluarkan fatwa ni?
Anda anggap rufaqa sesat maka adalah halal orang rufawa dihina dan dibunuh. Orang rufaqa tak bakar rumah orang dan paksa orang lain jadi rufaqa tapi sebab
anda rasa/perasan anda dipihak yang benar maka sebarang IDEA/PENDAPAT selain anda adalah sesat. Maka siapa yang SESAT?  


Siapa kata rufaqa sesat? Rufaqa bukan kumpulan agama tapi sebuah kumpulan perniagaan didaftarkan di bawah akta perniagaan. So....apa kaitan kesesatan mereka. Yang sesat cuma Arqam yang telahpun diharamkan...itupun mereka bukan sesat sangat cuma sekadar terseleweng dari mencari kebenaran. Kalau Rufaqa sudah berikrar membuang semua amalan-amalan sesat sebelum ini maka tiada apa lagi yang perlu dibincangkan.

Anti-hadis??

Begitu juga kalau dah mendakwa sebagai nabi umat Melayu dan mentafsir pula ikut sesuka hati...tak mustahil anda juga boleh menerima akibat seperti Ayah Pin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2005 05:23 PM | Show all posts
NI LAGI SATU SESAT.

MENGAKU BLEH MENYATUKAN SEMUA PENGANUT AGAMA DI DONIA.

www.banimasrek.com
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2005 06:57 PM | Show all posts
SIAPAKAH PENGAMAL AJARAN SESAT?


Telah termaktub dalam sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang bermaksud,

揔u tinggalkan pada mu Dua perkara, yang barang siapa mengikutinya TIDAK akan SESAT buat selama-lamanya. Iaitu Kitab Allah Dan Sunnah Rasul .
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2005 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by laksmana_tldm at 24-7-2005 05:23 PM:
NI LAGI SATU SESAT.

MENGAKU BLEH MENYATUKAN SEMUA PENGANUT AGAMA DI DONIA.

www.banimasrek.com


Ini satu maklumat yang menarik juga.
Entah-entah Banimasrek ni adikberadik Pemuda Banitamim juga agaknya? Nampak perjuangan tu hampir sama aja...dua-dua pembodek Hadhari sebab satu Jawa original manakala satu lagi Jawa kacukan Pilin. Mungkin kot?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 03:11 PM | Show all posts
Misteri Kehilangan Ayah Pin


Sehingga tulisan ini ditaip belum ada pengesahan berita yang mengatakan penangkapan ayah Pin yang dikatakan mempunyai kerajaan langit. Misteri kehilangan ayah Pin mengingatkan saya pada peristiwa kehilangan Helikopter Bell 206 Long Ranger yang berlaku  di Bario , Utara Sarawak pada 12 Julai 2004 yang lalu. Hampir 2 minggu berita kehilangannya yang tidak dapat dikesan sekali pun menggunakan teknologi canggih seperti alat pengesan haba infra red dari Amerika yang mana mampu mengesan hatta sebesar objek wang syiling 10 sen.

Sehinggalah pada 28 hb Julai 2004 barulah helikopter yang hilang itu dapat dijumpai. Rasa2 kalau pehak berkuasa hendak menangkap ayah Pin yang hilang tu, mereka boleh mendapatkan pandangan terutama dari pehak berkuasa Negeri Sarawak tentang sudut pandangan atau petua yang boleh diterima pakai sekali pun tidak masuk akal untuk mengesan ayah Pin tersebut.

Ibarat pemburu dunia yang memburu binatang buruan nya samada didaratan atau di lautan atau atas udara. Mereka perlu memiliki ilmu dan teknologi yang canggih serta latihan ala tentera untuk menambahkan kemahiran dan kematangan memburu binatang. Kalau boleh dibuat lebih hebat lagi dari filem James Bond atau filem Mission Imposible atau lakonan Arnold Scwarzengger dalam filem Predator . Yang mengunakan pelbagai peralatan terkini seperti kamera berlitar serta senjata cangih . Dengan ini barulah pemburu dapat memburu hasilnya dengan memuaskan.

Juga kalau boleh sebelum menyertai mana2 pemburuan melakukan latihan ala Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN) atau lebih hebat lagi seperi ROTU di Universiti. Lagi hebat kalau dapat menjalani latihan mendakian Gunung Everest. Barulah boleh diarah dan dikerahkan memburu hasil buruan. Mesti tahu tentang sikap atau habitat binatang yang diburu. Tapi kalau pemburu hendak memburu dari jam pukul 8 pagi sehingga 5 petang sedangkan hasil buruan keluar dari jam 7 petang hingga 6 pagi, rasa2nya sampai kiamat pun takkan berjumpa!!

Tetapi hendak memburu Ayah Pin ni ibarat pemburu akhirat  dan bukan dalam spesifikasi pemburu dunia.Sebab kesesatan Ayah Pin ini berkait dengan ilmu Ketuhanan. Ilmu Ketuhanan hanya dapat dicapai sekiranya dapat menanam kecintaan kita pada Akhirat. Pemburu akhirat mestilah  insan yang bertaqwa, barulah datang pertolongan Allah seperti memberi ilham untuk memburu. Sebab hanya dengan taqwa sahaja barulah dapat bantuan Allah., seperti firman Allah,

態ertaqwalah, nescaya Allah akan mengajar kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 06:06 PM | Show all posts
:lol ah sudah.. :lol kene jamu jin lagik la gamaknya :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2005 09:34 AM | Show all posts
ada tak saper2 yg pernah tgk vcd ayah pin? katanya pengikut2 ayah pin byk buat vcd kegiatan mereka; vcd ayah pin pergi batu cave, vcd sambut hariraya dll. katanya ada dlm satu vcd tu (ni org cerita lah, saya sendiri tak tgk) org hindu basuh kaki ayah pin lepas tu minum! :lol

mcm2 manusia ni bila dah sesat
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 02:31 PM | Show all posts
sampai la nie die tak muncul...
ape tak nak responsible ke dengan ape yg die dah buat??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2005 03:02 PM | Show all posts
nahzaluz
org hindu basuh kaki ayah pin lepas tu minum!


Allah... bab ni yg tak tahan ni... Gelinya!!!
Sesat smpi mcm tu sekali...

[ Last edited by pinkcoffee on 28-7-2005 at 03:10 PM ]
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 28-7-2005 03:16 PM | Show all posts
baru air basuh kaki dah geli.... FEAR FACTOR kat tv tuh lagi hebat.... kegelian adalah perkara subjektif.....yang  penting keimanan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 04:45 PM | Show all posts

Benarkah Ayah Pin murtad??? Surat sumpah...

aku dpt email dr kawan aku... tak tau benar atau tidak..... aper pendapaty korang???:hmm:







:devil:
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 28-7-2005 04:54 PM | Show all posts
haiyaaa... berapa banyak thread ayah pin lar....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 28-7-2005 09:34 AM:
ada tak saper2 yg pernah tgk vcd ayah pin? katanya pengikut2 ayah pin byk buat vcd kegiatan mereka; vcd ayah pin pergi batu cave, vcd sambut hariraya dll. katanya ada dlm satu vcd tu (ni org cerita ...


VCD ni dah tersebar luas...nantikan aja lah dijual kat pasar malam.
Ada adegan Ayah Pin semayang di Batu Caves dan dikelilingi oleh sami-sami Hindu. Semasa di sana Ayah Pin telah duduk di atas sebuah kerusi dan khabarnya sami-sami sendiri tak boleh duduk sebab muntah darah. Sami-samai tersebut telah membasuh kaki Ayah Pin dengan susu dan inilah yang mereka berebut-rebut untuk meminumnya.

Memang hebat Ayah Pin ni mengalahkan Abuya sebab Abuya cuma air basuh tangannya saja yang diminum oleh pengikutnya tapi Ayah Pin ni air basuh kakinya yang diminum.
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 28-7-2005 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 28-7-2005 05:56 PM:


Memang hebat Ayah Pin ni mengalahkan Abuya sebab Abuya cuma air basuh tangannya saja yang diminum oleh pengikutnya tapi Ayah Pin ni air basuh kakinya yang diminum.

.


Jangan buat fitnah!! Ada bukti ker? Kalau tiada bukti dan tidak memohon keampunan pada insan yang difitnah,boleh la berehat panjang  dalam api neraka!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalay at 28-7-2005 11:34 PM:


Jangan buat fitnah!! Ada bukti ker? Kalau tiada bukti dan tidak memohon keampunan pada insan yang difitnah,boleh la berehat panjang  dalam api neraka!!


Hah...baru sebut nama ko belalang!
:ah:
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 28-7-2005 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 28-7-2005 11:40 PM:


Hah...baru sebut nama ko belalang!
:ah:


Apa kena mengena saya dengan belalang??
:cak:


:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2005 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalay at 28-7-2005 11:55 PM:


Apa kena mengena saya dengan belalang??
:cak:


:stp:


Tidoq la belalang! Ko ni mengigau kot?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 01:02 AM | Show all posts
Originally posted by sauber at 28-7-2005 04:54 PM:
haiyaaa... berapa banyak thread ayah pin lar....


Betullah....takkan Ayah Pin aja nak popular. Abdul Kahaq yang anti-hadis pun nak juga glamour.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 08:48 AM | Show all posts
lerr... aku ker yg tertinggal lrt??
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 09:06 AM | Show all posts
ff: siannya aku tengok ko menaip.. sampai camtu sekali...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.072568 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list