|
SOLAT GOLONGAN ANTI HADITH (silakan saudra lolipop9)
[Copy link]
|
|
Originally posted by damat at 18-10-2006 09:42 PM
Salam,
'Guru' yang mengajar Al-Quran adalah Yang Pemurah. Adakah sesiapa yang lebih baik dari Yang Pemurah untuk mengajar Al-Quran?
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam.
Salam to damat
Sebagai tambahan:
Adakah Guru Yang Pemurah itu jugalah yang menjaga Al-Quraan dari kebengkokan?
Ada satu lagi pertanyaan, berbalik pada persoalan pokok(topik) iaitu Solat Berpandukan Al-Quraan, bagaimana anda menterjemahnya untuk dipraktikkan? Sekadar berintelektualisasi.........:hatdown::solute: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 18-10-2006 10:56 PM
Salam to damat
Sebagai tambahan:
Adakah Guru Yang Pemurah itu jugalah yang menjaga Al-Quraan dari kebengkokan?
Ada satu lagi pertanyaan, berbalik pada persoalan pokok(topik) iaitu Solat ...
Salam,
Yang Pemurah juga Pemelihara semua alam.
Sesungguhnya solat, dan pengorbanan, dan hidup, dan mati saya, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam. Solat saya bermula dengan berdiri dan berakhir dengan sujud pada dua tepi siang dan satu bahagian malam setiap hari. Kriteria berdiri atau bersujud adalah sebagaimana manusia lain amalkan. Geralaku ini dijiwakan dengan rasa rendah diri, berkekesalan dan berpengharapan agar Yang Pengasih meredhai keujudan saya dimukabumi ini dan melindungi saya dari seksaan api neraka diakhirat kelak. Format komunikasi dengan Pencipta saya mengandungi seruan kepadaNya, sanjungan kepadaNya, ikrar dari seorang hamba dan doa dari seorang hamba.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Originally posted by back_hand at 6-10-2006 12:09 PM
dari awal lagi, aku tengok takde pun si lolipop bagitau cara solat macam mana yg dia buat selama ni.Solat cara org yg berpandukan alquran semata-mata.Solat tanpa mengambil kira sunnah nabi.
Tajuk ...
Originally posted by shodaime at 9-10-2006 01:21 AM
puas saya cari..belek satu persatu page...tak jumpa pula jawapan daripada soalan yang diajukan oleh pembuka thread :stp:
pihak yang ditanya, jawab straight to the point, jangan melencong kelain..
Sila baca
http://www.e-bacaan.com/artikel_solat.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 19-10-2006 01:19 PM
Salam,
Yang Pemurah juga Pemelihara semua alam.
Sesungguhnya solat, dan pengorbanan, dan hidup, dan mati saya, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam. Solat saya bermula dengan ber ...
Salam Sdr Damat, Welcome to the forum!! |
|
|
|
|
|
|
|
Salam FaiQ_FeuhRer
Awaiting your prompt response, on the questions asked so that we can continue our debate. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lolipop9 at 19-10-2006 02:31 PM
Salam Sdr Damat, Welcome to the forum!!
Salam lolipop9,
Alhamdulillah, terimakasih. Semoga Yang Pemurah melapangkan dada kita kesemuanya untuk beriman dengan Pembeza yang diturunkanNya.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 19-10-2006 01:19 PM
Salam,
Yang Pemurah juga Pemelihara semua alam.
Sesungguhnya solat, dan pengorbanan, dan hidup, dan mati saya, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam. Solat saya bermula dengan ber ...
SALAM to Damat dan semua......
Sayangnya kebanyakan yang menyoal memaksa supaya jawapan mengenai apa yang mereka tanya mengikut apa yang telah di computekan kedalam hardware mereka oleh agent, bukan yang mereka derived dari Al-Quraan. Bila jawapan yang diberi ada diluar jangkauan database mereka maka jawapan anda akan dilable sebagai absolute WRONG! And again they're wondering while answering; Is that simple? Is that all? Takkan macam tu saja kot ALLAH bagi tahu?
Saya menerima jawapan anda selagi ianya selari dengan apa yang ALLAH firmankan didalam KITAB YANG ESA DARI YANG MAHA ESA.
Anda dijemput untuk sama-sama menyumbang didalam topik yang saya bangunkan, iaitu Allahuakbar-AL-QURAAN tidak diRujuk
Sekian buat kali ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lolipop9 at 19-10-2006 02:31 PM
Salam Sdr Damat, Welcome to the forum!!
SALAMUN ALAIKUM to Loli dan semua............
Saya dengan penuh harapan mengajak Tuan dan sesiapa sahaja untuk sama menyumbang fikiran dan pendapat supaya dapat dipertimbangkan dalam topik yang saya bangunkan iaitu Allahuakbar-AL-QURAAN tidak dirujuk.
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
[ Last edited by ayyohpeen at 22-10-2006 12:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 21-10-2006 10:44 PM
SALAM to Damat dan semua......
Sayangnya kebanyakan yang menyoal memaksa supaya jawapan mengenai apa yang mereka tanya mengikut apa yang telah di computekan kedalam hardware mereka oleh agent, ...
Salam ayyohpeen dan semua,
Bersabarlah dalam menyampaikan ayat-ayat Yang Pemurah. Bukan mudah bagi sesiapa sahaja untuk menerima sesuatu yang diluar paradigma mereka, lebih-lebih lagi yang melibatkan soal pegangan atau keimanan. Banyak konflik yang perlu dihadapi; dalaman dan luaran, mental dan fizikal, individu, keluarga dan masyarakat. Sesiapa yang telah melalui pengalaman ini mungkin memahami kesukaran yang saya maksudkan.
Setiap keputusan yang dibuat berisiko. Bagi yang membuat keputusan untuk kembali kepada Al-Quran satu-satunya, mereka berisiko untuk beramal dengan tafsiran sendiri yang salah. Bagi yang mengambil keputusan untuk bertaklik pula, berisiko untuk beramal dengan pemahaman salah yang dilakukan oleh orang lain. Yang penting masing-masing kita berusaha seikhlas mungkin untuk mencari jalan Yang Satu dan mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang diketegorikan sebagai syirik agar berpeluang untuk mendapatkan keampunan dari Yang Pengampun diHari Agama kelak.
Insyaallah, saya akan berusaha untuk menyumbang pandangan saya ditopik yang saudara ayyohpeen bangunkan. Dihujung-hujung Ramadhan ini agak sibuk menyediakan persiapan raya bersama keluarga. Terdapat dua topik yang saudara ayyohpeen bangunkan yang mempunyai dasar perbincangan yang agak sama, "KALIMAH ALLAHU A'LAM: AL-QURAAN DIRUJUK" dan "ALLAH MAHA BESAR - ADAKAH AL-QURAAN(ASMA ULHUSNA) DIRUJUK?", adalah lebih baik jika saudara ayyohpeen satukan saja kedua-dua tajuk supaya tidak menjadi masalah untuk rujukan kemudian hari.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 22-10-2006 09:37 AM
Salam ayyohpeen dan semua,
Bersabarlah dalam menyampaikan ayat-ayat Yang Pemurah. Bukan mudah bagi sesiapa sahaja untuk menerima sesuatu yang diluar paradigma mereka, lebih-lebih lagi yang m ...
Saya faham mengenai kesibukan saudara, dan sya kini sedang berhadapan dengan apa yang saudara katakan, iaktu 'sceptical view' dari keluarga dan kawan-kawan, namun saya telah bertekad untuk takut MURKA ALLAH dari Murka manusia, kerana MURKA ALLAH membawa keDUNIA yang KEKAL, manakala murka manusia hanya bersifdat fana.
Saya pisahkan kedua-duanya untuk memberi perbezaan kepada setiap masaalah. Kedua-duanya berbeza, nanti anda akan nampak apa yang membezakan kedua-dua topik itu, insyaALLAH. Masa akan menampakkan ada perbezaan kedua-dua topik ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 23-10-2006 10:22 AM
Saya faham mengenai kesibukan saudara, dan sya kini sedang berhadapan dengan apa yang saudara katakan, iaktu 'sceptical view' dari keluarga dan kawan-kawan, namun saya telah bertekad untuk taku ...
Salam ayyohpeen,
Perbincangan kita telah jauh tersasar dari topik asal. Saya faham apa yang saudara cuba kongsikan dan saya juga ada pandangan tersendiri tentang permasalan sebegini. Eloklah jika diadakan topik yang berasingan untuk membincangkan konsep beragama. Sebagai warga cari.com yang lebih 'senior', lebih elok jika saudara yang mulakan. Insyaallah, semua yang berkelapangan dan berminat boleh berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing tentang;
1. Konsep beragama
2. Perhubungan kita dengan Pemelihara
3. Perhubungan kita sesama manusia
4. Perhubungan kita dengan makhluk lain
5. Lain-lain perkara yang berkaitan dengan Islam
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
SELAMAT HARI RAYA.
Salam.
[ Last edited by damat at 24-10-2006 01:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by damat at 24-10-2006 01:07 PM
Salam ayyohpeen,
Perbincangan kita telah jauh tersasar dari topik asal. Saya faham apa yang saudara cuba kongsikan dan saya juga ada pandangan tersendiri tentang permasalan sebegini. Eloklah ...
InsyaALLAH akan saya usahakan sekadar termampu, kerana biarlah setiap perkara berkenaan saya ambil pendekatan berhati-hati dan faham dahulu apa yang hendak dibentangkan supaya ianya tidak membawa kepada fitnah dan salahfaham dan lari dari kontek sebenar sesuatu isu itu.
Mohon Kema'afan dari Tuan sempena Syawal ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by FaiQ_FeuhRer at 26-9-2006 12:41 AM
bersambung.....
Salam sdr Faiq, memandangkan perbincangan telah lari daripada tujuan thred ini dibuka, saya menyeru kepada saudara untuk meneruskan perbincangan kita dengan menjawab soalan yang diajukan.
salam |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum kpd suadra lolipop n lain2...
sy sambung kembali prbincangan kita dlm topik ini. benar kata sahabat2 yg lain, bhw perbincangan antra saya n saudra lolipop masih blum menjawab tajuk thread ini. ia telah menjadi thread utk sy menjawab kemusykilan2 saudra lolipop terhadap hadith2 nabi saw tentang solat. sepatutnya thread ini adalah utk kita berbincang n menyoal saudra lolipop tentang kaifiyyat mendirikan solat dgn hanya berpandukn al quran tanpa sebarang rujukan tehadap hadith2 nabi saw. utk itu saya berharap, slepas sy menjawab soalan2 saudra lolipop yg tersebut ni, saudra boleh memberi ruang kpd sy utk kemukakn soalan kpd saudra, supaya jadi lbih seimbang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by FaiQ_FeuhRer at 29-10-2006 05:29 PM
assalamualaikum kpd suadra lolipop n lain2...
slepas sy menjawab soalan2 saudra lolipop yg tersebut ni, saudra boleh memberi ruang kpd sy utk kemukakn soalan kpd saudra, supaya jadi lbih seimbang...
.
Salam Faiq,
Setuju setelah saudara menjawab soalan yang saya ajukan dengan rujukkan dari Hadith yang saudara imani. Saudara boleh ajukan soalan kepada saya.
salam |
|
|
|
|
|
|
|
baiklah, ini jwpan2 sy terhadap hujah2 saudra lolipop;
pertama: berkenaan ayat 102 surah An Nisaa'.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan melakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka mengambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan menyembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka.
satu penerangn yg cukup baik mengenai maksud2 perkataan "FA" dan "IZA" menurut rujukan yg diberikan. tapi sygnya saudra tlah melakukan kesilapan dlm memahami maksud "haraf" tersebut dlm ayat di atas walaupun dgn rujukn yg cukup baik. di sini sy tunjukkan kesilapan saudra.
adalah salah jika saudra mencari maksud perkataan "FA", kemudian maksud perkataan "IZA", dan saudra gabungkn keduanya utk mendapatkan makna perkataan "FA IZA". spt yg pernah sy perjelaskn mengenai "haraf" atau kata hubung mengikut kaedah bhs arab, ia adalah perkataan yg blum jelas maknanya sebelum di susun dlm ayat. maksudnya, erti sesuatu haraf itu blh berubah mengikut kedudukannya dlm ayat. cthnya perkataan "FA" itu, adakalanya ia bermaksud: "maka", adakalanya bermaksud "lantas", adakalanya bermaksud "jadi (so)", dll. ia juga bergantung kpd perkataaan yg dtg selepasnya.
apabila dua haraf digabungkan bersama, maksudnya mengalami sedikit perubahan drp dlm keadaan sendirian. apabila "FA" yg menunjukkan turutan yg rapat (proximate sequence) dgn perbuatan sebelumnya, cth: "thumma roja'al qohqori FA sajada" (kemudian dia berundur kebelakang "LANTAS" sujud), digabungkn dgn "IZA" yg membawa erti dlm bhs melayunya "apabila", atau perkara yg telah atau sedang belaku, maka, proximate sequence yg berlaku tidak lagi dgn perbuatan sebelumnya, akan tetapi dgn perbuatan selepasnya.
ini dikuatkn lg dgn kalimat yg dtg selepas haraf tersebut iaitu, سَجَدُواْ, yg merupakan fi'il madhi atau past tense. jika diterjemahkn dlm bhs melayu, "mereka TELAH sujud", dan apabila kita gabungkan dgn kata hubungnya " فَإِذَا سَجَدُواْ ", bermaksud "maka apabila mereka TELAH sujud....." ini menjelaskan bhw proximate sequence yg berlaku bukanlh dgn perbuatan yg dinyatakn sebelumnya iaitu 'berdiri' (فَلْتَقُمْ طَآئِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ ) akan tetapi dgn perbuatan selepas sujud iaitu, 'berpindah dari belakangmu' (فَلْيَكُونُواْ مِن وَرَآئِكُمْ ) DAN (kerana disertai dgn haraf "WA" ) 'datang kelompok lain yg belum solat utk solat bersamamu' (وَلْتَأْتِ طَآئِفَةٌ أُخْرَى لَمْ يُصَلُّواْ فَلْيُصَلُّواْ مَعَكَ ).
maka itu, ayat ini tidak langsung memberi maksud gerak dlm solat ketika perang ialah "berdiri LANTAS sujud" seperti yg saudra warwarkan, akan tetapi bermaksud "apabila selesai sujud LANTAS mereka berpindah dr belakang imam, DAN kelompok yg blum solat masuk berjemaah mengikut imam".
ini dikuatkn lg dgn wujudnya haraf "FA" yg menghubungkn antara 'sajadu' dgn 'layakunu' menjadi "fa iza sajadu FAL yakunu min waroo ikum" (فَإِذَا سَجَدُواْ فَلْيَكُونُواْ مِن وَرَآئِكُمْ ), yg menunjukkan proximate sequence antra sujud dgn berpindah dr blakang imam, bukan proximate sequence antara berdiri dgn sujud.
MAKA DGN INI SEKALI LAGI SAYA MENOLAK HUJAH SAUDRA YG MENGATAKAN:
SOLAT BERJEMAAH HANYA MELIBATKAN GERAKAN BERDIRI>SUJUD
[ Last edited by FaiQ_FeuhRer at 30-10-2006 09:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kedua:
kata saudra;
Memfitnah(melayu) tidak ada dalam senarai dalam maksud kata akar fa-ta-nun
dari mana saudra belajar bhs arab ni? cuba bukak kamus arab-melayu-inggeris saudra bahagian 'huruf fa' tu sampai habis. kalau tak jumpa gak, cni saya bg rujukan yg gerenti saudra lolipop bleh jumpa.
at taubah ayat 49:
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ ائْذَن لِّي وَلاَ تَفْتِنِّي
Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh FITNAH.
Toha ayat 85;
قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِن بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ السَّامِرِيُّ
Allah berfirman kepada Nabi Musa: Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu FITNAH sepeninggalanmu dan mereka telah disesatkan oleh Samiri
nah, kalau macamtu, sepatutnya ayat an nisaa' 101 yg berbunyi;
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُواْ مِنَ الصَّلاَةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُواْ
ayat ini patut juga di tafsirkn sbg
Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut DIFITNAH oleh orang-orang kafir.
jika perkataan TAFTINNII dlm at taubah:49, dan FATANNA dlm Toha:85 membawa erti "FITNAH", maka perkataan "YAFTINAKUM" dlm annisaa':101 juga perlu ditafsir sbg "FITNAH" (mereka memfitnah kamu). maka dgn itu ayat ini, annisaa':101 tidak langsung membawa sebarang erti peperangan. begitu juga dgn ayat 102 dan 103, seperti yg tlh saya jelaskan terlebih dahulu.
MAKA ATAS DASAR APAKAH SAUDARA MENGAITKAN AYAT 102 SURAH ANNISAA' DGN SOLAT DI WAKTU PERANG??
tidak lain melainkan apabila kita merujuk hadith yg tlh sy kemukakan drp Abdullah bin Umar mengenai NAbi SAW solat ketika perang di Nejd, maka kita akan tahu bhw ayat 102 tu sememangnya merujuk kpd solat di masa perang, begitu juga dgn hadith2 lain yg berkaitan. kerana itulah kebanyakan ahli tafsir, menafsirkan maksud YAFTINAKUM itu sebagai "DISERANG", dan saya percayai saudra lolipop ketika merujuk ayat ini, telah melakukan rujukan tersebut drp tafsir yg dibuat olh mufassir yg menafsirkan bhw ayat 101 & 102 adalah solat semasa peperangan berdasarkan hadith2 NAbi SAW.
ingin sy perjelaskn d sini kpd saudra lolipop, DGN MENOLAK HADITH2 NABI, MAKA SAUDRA TIDAK BOLEH LAGI MENGGUNAKAN MANA2 TAFSIR YG DIBUAT OLH AHLI2 TAFSIR YG ADA SKARANG INI KERANA TAFSIR2 YG DIBUAT BAIK OLH ASWJ, ATAU SYIAH, ATAU MANA2 ULAMA ADALAH DGN MERUJUK KPD HADITH2 NABI SAW!!! maka hendaklah saudra mengeluarkan tafsir saudra sendri, yg dibuat atas kepandaian saudra dlm ilmu2 bhs arab, agar ia benar2 'bersih' dr pengaruh hadith2 yg saudra enggan terima. kerana, jika saudra mendakwa saudra hanya menerima Al Quran sbg panduan utk solat, sedangkan saudra hanya merujuk kpd tafsir2 Al Quran dlm mengambil hukum, dan tafsir itu pula drp mereka2 yg menjadikan hadith sbg rujukan dlm menafsir ayat2 Al Quran, MAKA APA YG SAUDRA LAKUKAN HANYALAH SATU YG TIADA MAKNANYA SEDIKITPUN!!!
[ Last edited by FaiQ_FeuhRer at 30-10-2006 09:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ketiga: berkenaa dakwaan saudra solat zohor tiada dinyatakan dlm Al Quran;
Di awal quote diatas, saudara seakan-akan ingin membuktikan saya salah dengan megemukakan bukti bahawa terdapat frasa Solat Zuhr disebut didalam Al-Quran. Tetapi dengan tidak menjawab soalan tersebut, saudara telah mengemukakan soalan lain pula.
Oleh itu saya ulang kembali soalan saya.
Buktikan kepada saya terdapat frasa solat Zuhr disebut didalam Al-Quran.
saudra mungkin tlah terlepas pandang ayat ini:
surah Ar Rum ayat 18:
وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ
Dan segala pujian baginya (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada waktu petang dan ketika kamu berada pada waktu Zuhur.
sya tdak mengemukakan sebarang soaln dlm quote tersebut utk saudra. akan tetapi sy membuktikan bhw perintah utk mendirikan solat berjemaah ada disebut d dlm Al Quran yg saudra mengaku saudara beriman dgnnya itu. sedangkan saudra menuduh yg saya langsung tidak pernah membaca al quran! maka bagaimana saudra boleh terlepas pandang ayat tersebut, dan juga ayat di atas ini??
kita rujuk kembali ayat yg berkenaan solat jemaah tersebut;
al baqarah ayat 43:
وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ وَارْكَعُواْ مَعَ الرَّاكِعِينَ
Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
sedangkan jelas sekali disebutkn dlm ayat di atas perkataan RUKUK, betapa terkutuknya perbuatan saudra yg tidak mahu menerimanya sebagai perintah rukuk dgn cuba menafsirkan ia hanya sebagai tunduk pd suruhan Alllah, ADAKAH RUKUK DLM SOLAT ITU TIDAK TERMASUK DLM PERINTAH ALLAH?? semoga Allah melaknati manusia yg mengubah ayat2Nya menurut hawa nafsu mereka!!! mengapa perkataan rukuk dlm ayat ini saudra enggan menerimanya sbgai laku rukuk dlm solat sedangkn dlm ayat2 lain saudra menerimanya seperti yg dinyatakn dlm artikel solat menurut alquran yg dberikn olh saudra?? TERKUTUKLAH MANUSIA YG CUBA MERUBAH AYAT2 ALLAH DGN TANGAN2 MEREKA!!! |
|
|
|
|
|
|
|
malah perintah rukuk ini banyak sekali dsebut d dlm al Quran dgn berjemaah mendirikan solat:
al baqarah:125
وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْناً وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat solat dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud.
Ali Imran:43
يَا مَرْيَمُ اقْنُتِي لِرَبِّكِ وَاسْجُدِي وَارْكَعِي مَعَ الرَّاكِعِينَ
Wahai Maryam! taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta ruku'lah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang yang ruku'
at taubah:112
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
al hajj:26
وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
al fath:29
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya
nah, adakah saudra mahu mengubah kesemua ayat2 Allah ini atau mendustakannya??
MAKA DENGAN DALIL2 YG SY KEMUKAKAN INI, SEKALI LAGI SAYA MENOLAK HUJAH SAUDRA BHW SOLAT BERJEMAAH TIDAK DINYATAKAN DLM ALQURAN |
|
|
|
|
|
|
|
ke4:
berkenaan ayat 43 surah al baqarah, berkenaan hujah saudra bhw perkataan RUKUK dlm ayat tersebut tidak merujuk kpd rukuk dlm solat;
وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ وَارْكَعُواْ مَعَ الرَّاكِعِينَ
Atau adakah saudara bermaksud tunduk di situ seperti rukuk yang dilakukan dalam solat. Kalau begitu dia membuat satu kecuaian yang ketara, kerana di dalam ayat yang dipetiknya terdapat tiga arahan yang berlainan iaitu:
1. solat
2. zakat, dan
3. tunduk.
Mungkin saydara menganggap tunduk (perintah ke-3) berkaitan dengan solat (perintah pertama), sementara perintah ke-2 pula tidak. Begitukah cara Allah mengajar bahasa Arab?
INGATLAH BHW ORG2 YG MENDUSTAKAN AYAT ALLAH KELAK AKAN MENJADI BHN BAKAR API NERAKA!!
adalah satu kebodohan yg sangat melucukan apabila menolak perkataan ارْكَعُواْ dlm ayat tersebut merujuk kpd rukuk dlm solat dgn berhujah susunan 3 perintah tersebut menjadi salah sekiranya ia ditafsirkan demikian.
saudaraku, cuba perhatikan ketiga-tiga perintah tersebut dan perhatikan betul2 susunannya.
الصَّلاَةَ solat adalah WAJIB
الزَّكَاةَ zakat adalah WAJIB
sedangkan
َارْكَعُواْ مَعَ الرَّاكِعِينَ rukuk bersama org yg rukuk/ solat berjemaah bukanlah perintah wajib!!
maka sudah pastilah susunannya menjadi yg wajib mendahului yg bukan wajib. dan diantara kedua yg wajib itu, pastilah solat mendahului zakat. APAKAH KAMU TIDAK BERAKAL???
dan adalah satu kejahilan yg amat mengejutkan apabila mengatakan perkataan ارْكَعُواْ dlm ayat 2:43 tersebut hanya merujuk kpd tunduk pd perintah Allah bukan tunduk/rukuk dlm solat. ADAKAH TUNDUK/RUKUK DLM SOLAT BUKAN MERUPAKAN SATU PERINTAH ALLAH??? APAKAH KAMU TIDAK BERFIKIR???
CELAKALAH ORG YG MENDUSTAKAN AYAT2 ALLAH, DAN MEMANG SUNGGUH IA CELAKA!!! SEPERTI CELAKANYA ABU LAHAB DAN ISTERINYA!!!
MAKA DGN INI SAYA MENOLAK HUJAH SAUDRA YG MENGATAKAN PERKATAAN RUKUK DLM AYAT 2:43 TIDAK MERUJUK KEPADA PERILAKU RUKUK DLM SOLAT |
|
|
|
|
|
|
| |
|