CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zorroe

[Penulis] Novelis Fauziah Ashari

[Copy link]
Post time 20-11-2006 02:00 AM | Show all posts
nak beli ke tak nie..:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2006 11:33 AM | Show all posts
Pinjam jer dari kawan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 05:05 PM | Show all posts


Dah baca. Agak menarik. Sehari semalam dah boleh finish.
Kategori sukar dilepaskan jugak lah... :love:
tapi saya akui seperti kebanyakan pembaca, saya juga lebih menggemari Ombak Rindu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by zorroe at 26-7-2006 11:36 AM



Hangat! Fauziah Ashari kembali dengan novel terbarunya yang dinanti-nantikan. Plotnya mengancam dan padat dengan adegan-adegan romantis dan k ...


Apasal gambar TEGAR pulak ni... ??????
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by solara at 23-11-2006 05:05 PM


Dah baca. Agak menarik. Sehari semalam dah boleh finish.
Kategori sukar dilepaskan jugak lah... :love:
tapi saya akui seperti kebanyakan  pembaca, saya juga lebih menggemari Ombak Rindu...


:setuju::setuju:...ombak rindu still karya kak Fauziah yg terbaik..:hatdown::hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 10:11 PM | Show all posts
Yup..Duri tu kurang sengatnyer berbanding Ombak Rindu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2006 07:59 AM | Show all posts
mata aku ke yg salah/rabun atau pc aku ke yg problem atau mmg itulah hakikatnya.....

apasal gamba buku kat page pertama tu bukan DURI tapi TEGAR karya Ahmad Zafran abdul Mutalib.........ada sapa2 boleh explain?????
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:07 AM | Show all posts
Mmg itulah hakikatnya, bherkk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 08:18 AM | Show all posts
Bagi kay DURI ni kira ok laaaa.... tak sehebat OMBAK Rindu.....  dh beberapa kali buat ulangan DURI ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:50 AM | Show all posts
Wah, kay..larat gak u reread citer Duri ni, yer?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 09:48 AM | Show all posts

Pengarang : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Media
Harga : RM21.50
ISBN : 983-4316-20-8

Sinopsis :

Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

Dia ditinggal kekasih, kehilangan ssahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?

Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.
Komen saya:

Kisah kehidupan seorang wanita Sufi yang terpaksa memendam rasa, menyerahkan segalanya dan dalam diam cuba membalas dendam terhadap perbuatan ibu mertuanya. Kisah silam dalam keluarga menyebabkan hidup Sufi bagai tertekan dengan umpat keji jiran-jiran dan taulan. Sufi dibesarkan oleh neneknya manakala adiknya dibesarkan oleh ayah bersama ibu tiri. Muzaffar(Zhaf) yang pada mulanya tunangan adik Sufi (Nuri) telah dikahwinkan dengan Sufi atas dasar menutup malu keluarga Sufi.

Nuri melarikan diri di saat-saat akhir persediaan perkahwinan meninggalkan Muzaffar. Sufi dengan rela menyerahkan dirinya sebagai pengganti. Sebenar-benarnya Sufi punyai agenda lain disebalik perkahwinan dengan Muzaffar. Adik Muzaffar (Hazim) pula sebenarnya adalah bekas kekasih Sufi dan mereka yang sepatutnya berkahwin tetapi dihalang oleh ibu Muzaffar.

Hati dan jiwa Muzaffar sebenarnya masih lagi milik Nuri, walaupun mereka sudah sah bergelar suami-isteri, namun tanggungjawab dalam perkahwinan tidak dilaksanakan. Akhirnya Muzaffar berjaya mendapatkan alamat Nuri dan menjejaknya di Amerika Syarikat, walaupun dia tahu perkawinan tak mungkin terjadi selagi dia tidak melepaskan Sufi.

Masalah keluarga mula melanda keluarga Muzaffar(mereka merupakan keluarga kaya bidang perniagaan). Ayah Muzaffar meninggalkan keluarga, dan berkahwin lain, Sufi dihina dikatakan sebagai anak seorang pelacur. Walaupun begitu, ayah mertua Sufi (Hasif) begitu mengambil berat diri Sufi dan menjadikan menantunya seorang pemegang saham terbesar syarikat nya. Sufi menerajui syarikat dengan cemerlang walaupun Muzaffar tiada di sisi. (selama 3 thn)

Sementara itu Hazim pula yang lari ke luar negara mengambil pHD setelah kecewa dgn tindakan Sufi, kembali dan Hasif meminta anaknya membantu Sufi di syarikatnya. Hazim cuba menggoda Sufi, namun Sufi masih waras dan menjaga maruah dirinya walaupun seringkali dihina dan dituduh anak pelacur oleh ibu mertuanya (Durrah).

.... Baca lah sampai habis, tak thrill la kalo asyik cerita kat sini aje...

Kisah demi kisah dipaparkan dalam novel ini. Walau bagaimanapun kesilapan ejaan pada beberapa perenggan menyebabkan pembaca seperti saya hilang mood. Seperti di ms 160, Muzaffar menselok poket seluar....

Secara keseluruhan ceritanya bagus dan menarik. Banyak adegan. Kategori boleh beli untuk koleksi.

Rating saya:
**** (4 bintang dari 5, sebab 1 bintang tu lagi disebabkan oleh font dan ejaan).

posting ini akan saya post di http://novelmalay.blogspot.com skrg blogger.com tgh connection down....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by NickyAzrai at 31-8-2006 12:08 AM
Macam penat je baca buku Kak Fauziah kita kali nie. Maybe sebab font besar and cover depan kurang menarik. Bila surf website Alaf21 tengok dia keluar novel baru berdesup pergi Minerva tp bila baca  ...


Buku Duri terbitan INTENS Media bukan ALAF21
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by nurul_anati at 4-8-2006 10:39 AM
waa.. mcm best je zorroe..
masa diorang jumpa yg last part tu..
sufi dah bersalin ke blom?



Tak de tulis dah bersalin ke blom, tapi dalam part tu ada la cerita pasal ada lelaki lain sedang menunggu Zhaf... heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 06:02 AM | Show all posts
Bagi saya ok jer..saya beri 3 bintang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 05:14 PM | Show all posts
kenapa novel fauziah ashari ni semakin kurang sengatannya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 10:06 AM | Show all posts
Entahler, angel...tapi watak yg dier cipta kat Duri tu best gak..seorg wanita yg menyimpan rasa dendam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 11:06 AM | Show all posts
krufan..
aku dah habis baca buku DURI..
well best!
the last part membuatkan airmata aku mengalir..
time si muzhaffar cakap..aku cinta padamu sufi..
sedey n terharu ...

tak tau nak kata la
kalu seme menantu yang tak disukai oleh
mertua ..amik contoh si sufi ni..
perghhh mmg nekad giler dia..
best gak ..

sapa tak baca lagi tu..
bule la cuba baca..
wpun cover tak menarik..
tapi jalan cerita dia tidak membosankan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 11:50 AM | Show all posts
cara sufi balas dendam tu ..perghh salute sungguh..
mmg kalu ikutkan tak baik..tapi bila mak kita dihina
lepas tu sakit..then meninggal..
maybe memberi kesan jugak pada si anak..

tapi
Allah maha adil..dia bagi satu satu bala masuk dalam umah tu
anak harapan jadik penagih.then gila masuk tampoi..
si auni..kawin ngan laki baya ayah dia..
dhirah..kurang ajar ngan sufi..kena penampor sebutir..:pmuka:
then sambung belajar kat oversea..
balasan la seme tu..

terharu sebb segarang2 muzhaffar..
satu hari dia teringat gak..
dia n kuarga tu tak pernah berjemaah bersama2..:love:
masing2 buat hal sendiri..

mertua sufi tu ego sangat sebb dia kaya..
cam muzhaffar cakap..
mak dia terlalu ego n bapak dia terlalu merendah diri
(maybe bapak dia sedar yang seme kekayaan tu
hasil pertolongan/sumbangan bini dia si durrah)
masa mak ngan pak dia :gado: kat
restoran saniy dan mak dia tampo pak dia..:geram:
terus talak tiga beb!

aku rasa dalam real world ni
sure ada pompuan yang macam sufi
n pompuan yang macam durrah kan?:hmm:  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 11:57 AM | Show all posts
ehehe..aku suka part coyote kasi ulasan :bgrin: esok2 la beli.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by silencez at 19/12/2006 11:57 AM
ehehe..aku suka part coyote kasi ulasan :bgrin: esok2 la beli.



hehehe aku jadik promoter lak kali ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.104617 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list