CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Daulat Raja, Betul atau Mitos?

[Copy link]
Post time 12-2-2007 02:47 AM | Show all posts

Reply #83 tongkatali's post

Orientalis barat dan bangsa asing sangat suka jika kita orang-orang  Melayu membenci raja-raja mereka kerana dengan cara ini sajalah kuasa raja-raja dapat dihapuskan...jadi senanglah mereka menguasai kita.


IMHO 'On the contrary' atau di sebaliknya kuasa barat telah mengunnakan institusi raja untuk membentuk fikiran massa orang Melayu. Mereka mengunakan ketaatan orang Melayu sabagai alat untuk menjajah negara ini. Raja di sogok dan di ugut supaya mereka dapat menguasai negara ini di ibaratkan pegang kepala ular maka badan akan ikut serta. Raja-raja dengan senang hati menyerah dan mempersetujui konsep Malayan Union yang mengetepikan kedudukan agama dan bangsa Melayu demi untuk menjaga kedudukannya. Kerana kepercayaan kapada mito daulat yang amat tebal orang Melayu nyaris pupus di negri sendiri. Nasib baik timbul segelintir pemimpin Melayu yang radikal  berjaya mengerakan massa Melayu untuk membantah konsep Melayan Union. Ada kalangan pemimpin yang bersedia untuk menghapuskan kedudukan raja-raja saperti di India dan di Indonesia. Untuk mengelakan satu  confrontation yang munkin memecah belah orang Melayu Tengku Abdul Rahman (anak raja yang di sokong kuat oleh British) telah memilih jalan tengah  yang mana kuasa politik adalah hak pemerintah yang di pilih cara demokrasi dan institusi raja di kekalkan sabagai lambang sahaja. :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2007 08:51 AM | Show all posts
'Tulah' Sultan Mahmud
Oleh Ahmad Bahri Mardi


Tindakan berani hulubalang Johor diakhiri sumpahan terhadap keturunan Bentan.



DERETAN makam termasuk Makam Sultam Mahmud (Mangkat Dijulang)
di Kampung Makam tidak dinaiki air


ADAKAH kejadian banjir besar yang berlaku di Kota Tinggi pada Disember dan Januari lalu mempunyai kaitan dengan sumpahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang terhadap Laksamana Bentan?

Persoalan ini timbul apabila makam Sultan Mahmud Shah II di Kampung Makam, tidak dijejaki air seinci pun, sedangkan bandar Kota Tinggi dan pusara Laksamana Bentan di Kampung Kelantan tenggelam dalam kejadian banjir besar itu.

Kini punca banjir besar itu terus menjadi tanda tanya. Ada yang mendakwa ia berpunca daripada hujan luar biasa, pembangunan di hulu Sungai Johor yang tidak terancang dan yang terbaru dikaitkan dengan penambakan Pulau Tekong, Singapura.

Ketika pelbagai pihak menunggu jawapan konkrit punca utama kejadian banjir besar itu, tiba-tiba nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang terus bermain di bibir di kalangan penduduk Kota Tinggi.

Mereka bertanya sesama sendiri adakah benar Sultan Mahmud Shah II sebelum menghembuskan nafas terakhirnya melafazkan sumpah kepada keturunan Bentan di bumi Kota Tinggi, atau ia hanya cerita mitos orang terdahulu.

Adakah banjir besar yang melanda Kota Tinggi itu sebagai simbol membersihkan bandar berkenaan daripada segala kekotoran dan kezaliman sultan sebaik saja sumpahan itu berakhir sehingga generasi ketujuh Laksamana Bentan?

Selepas beberapa ratus tahun kemangkatan baginda, masih ramai yang tidak putus-putus bercerita kisah individu tertentu yang seolah-olah terkena 憈ulah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2007 09:25 AM | Show all posts

hahhahaahah itu hari ada orang tulis dia nih kaki toron belakang kan?

Naik takhta berusia 10 tahun
Oleh Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman


Kemuncak kezaliman Sultan Mahmud membelah perut isteri Laksamana Bentan untuk lihat bayi makan buah nangka

SULTAN Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berusia 10 tahun. Oleh kerana masih kecil, segala urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan ketika itu berada di Kota Tinggi manakala Johor Lama dijadikan istana hinggap, di sinilah tempat di mana Temenggong menjalankan tugas menjaga keamanan di Johor Lama.

Sultan Mahmud dikaitkan dengan kezaliman serta seorang yang sering menimbulkan pergolakan di dalam negeri.

Baginda adalah keturunan daripada raja Melaka yang melarikan diri setelah negeri itu jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Ketika kanak-kanak, baginda dipangku di atas takhta oleh ibu tirinya di mana ketika itu kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil dan keluarganya.

Apabila dewasa, baginda mengambil alih tampuk pemerintahan yang terletak di Johor Lama. Di sana baginda memerintah dengan penuh kezaliman.

Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama pada 1695, menulis mengenai keganjilan perilaku sultan berkenaan.

Baginda seorang yang bengis dan ganjil. Ini juga disahkan oleh utusan Belanda ke Johor pada 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal.

Sultan ini menghabiskan masa dengan hanya berseronok dan membunuh orang sesuka hati. Kemuncak kezalimannya ialah dengan membunuh isteri orang besar istana iaitu Megat Seri Rama atau lebih dikenali sebagai Laksamana Bentan.

Menurut cerita, isteri Laksamana Bentan yang sedang sarat mengandung itu mengidam buah nangka di dalam taman diraja dan mengambil sedikit untuk dijamah.

Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim membelah perut mangsa bagi melihat anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.

Laksamana Bentan yang pulang dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu dikhabarkan orang kampung mengenai kematian isteri kesayangannya. Pada masa sama, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil bersama pembesar istana lain, bersepakat untuk menghapuskan baginda.

Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan daripada takhta apabila terbukti baginda gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang diadakan secara tertutup untuk membunuh sultan.

Bagaimanapun, terdapat seorang pembesar yang bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada sultan.

Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh dengan Keris Penyalang.

Orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu manakala Laksamana Bentan pula mengambil keputusan untuk menderhaka pada raja dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai muslim), lalu laksamana itu membunuh sultan. Tragedi itu dikenali sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang'.

Makam baginda dikenali sebagai 慚akan Sultan Mangkat Dijulang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2007 09:26 AM | Show all posts
Kota Tinggi kekal sebagai pusat pentadbiran
Oleh Amad Bahri Mardi


SULTAN Johor kedua, Sultan Alauddin Riayat Shah II yang memerintah dari 1528 hingga 1564, membuka Pekan Tua di persisiran Sungai Johor pada 1528 menjadi pusat pentadbiran Johor pertama.

Selepas Pekan Tua, ibu negeri Johor berpindah ke Sayong, kemudian ke Johor Lama. Sultan Alauddin Riayat Shah mengambil tindakan itu kerana kerajaan pemerintahannya sering diserang Portugis.

Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, iaitu Sultan Johor ketiga (1564-1570), ibu negeri Johor berpindah ke Seluyut. Tidak lama selepas itu, pusat pentadbiran Johor berpindah pula ke Batu Sawar, iaitu ketika pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570-1597).

Sehingga pemerintahan Sultan Johor ke-10, iaitu Sultan Mahmud Shah II (1685-1699), pusat pentadbiran Johor masih di Batu Sawar. Baginda kemudian memindahkan pusat pentadbiran Johor ke Kota Tinggi.

Pada masa pemerintahan Sultan Abdul Jali Riayat Shah (1699-1718), pusat pentadbiran berpindah pula ke Panchor.

Selepas Panchor, pusat pentadbiran negeri Johor berpindah ke Riau-Lingga (1718-1819), sehingga pemerintahan Sultan Husain Shah (1819-1835) yang menjadikan Singapura pusat pentadbirannya.

Akhirnya, pada Januari 1866, ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar, baginda memilih Tanjung Puteri yang ketika itu dikenali sebagai Iskandar Puteri sebagai ibu negeri. Baginda kemudian menukar nama Tanjung Puteri kepada Johor Bahru yang kekal sehingga sekarang.

Menilai semula tujuh nama besar iaitu Pekan Tua, Sayong, Johor Lama, Seluyut, Batu Sawar dan Panchor yang pernah menjadi ibu negeri dan pusat pentadbiran Johor itu, hanya Kota Tinggi kekal sebagai pusat pentadbiran walaupun hanya pada peringkat daerah.

Pekan Tua yang ditinggalkan kini menjadi kawasan belukar. Sayong pula sebahagiannya sudah diteroka menjadi tanah rancangan Felda.

Begitu juga Batu Sawar yang pernah menjadi kota pertahanan paling lama bertahan diserang Portugis, Aceh dan Jambi, kini hanya menjadi ladang kelapa sawit. Begitu juga nasib yang terjadi kepada Seluyut, lokasi kota dan penempatan tanah kelahiran Tun Sri Lanang, tokoh tersohor penulis Sejarah Melayu itu yang kini menjadi hutan belukar.

Sekitar tahun 1970-an, atas inisiatif berterusan yang dilakukan Jabatan Muzium dan Antikuiti (JMA) dan Yayasan Warisan Johor (YWJ), semua tujuh lokasi itu termasuk kota lama dan makan dipelihara untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong.

Di Kampung Johor Lama, turut dibangunkan ialah Kota Johor Lama dan sebuah Pusat Infomasi Johor Lama. Begitu juga dengan Makam Sultan Abdul Jalil, di Panchor; Makam Tujuh (Sayong), Makam Sultan Muzaffar (Seluyut) dan Makam Sultan Ali Jalla Abdul Jalil di Batu Sawar (sekarang dikenali Kampung Mincu), terus dipelihara.

Keadaan berbeza di Kota Tinggi apabila makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Kota Touhid, Makam Bendahara Tun Habib dan Laksamana Bentan sudah sekian lama menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Bermula pada 1985, apabila negara menganjurkan program Tahun Melawat Malaysia (TMM), daerah Kota Tinggi yang mempunyai banyak tinggalan sejarah seperti kota dan makam lama, diberi gelaran 態andar Pelancongan Bersejarah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 06:53 PM | Show all posts

Reply #123 Syd's post

Orang Cina ada mempunyi  perkataan 'Suey' yang bermaksud celaka atau sial. Nampaknya nama Mahmud ni terbukti 'Suey'. Tak hairan hingga hari ini ada sultan yang mengugurkan nama Mahmud dan dipanggil dengan nama lain takut tempias 'Suey'.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 09:48 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.

Sebelum kedatangan Islam di alam Melayu,
masyarakat tempatan telah mewarisi tamaddun Hindu-Budha dlm pemerintahan berajanya.

Dlm ajaran Hindu,
penekanan diberikan kpd raja sebagai puncak kekuasaan sebenar.
Kesetiaan yg tak berbelah bahagi & membuta tuli dr rakyat adalah dituntut.
Amalan yg dikenali sbg. "bhakti" perlu dilakukan oleh rakyat jelata
jika ,menginginkan a'anugerah' dari 'dewa-dewa'.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2007 09:53 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.

... (sambung...laptop panas, jap2 off...bahaya type panjang2... tak sempat post)

Raja pula tidak perlu membalas kesetiaan rakyat & boleh membuat sesuka hati mereka...
kerana raja dianggap memilii zat yg suci serta kekuatan yg tidak ada pada rakyat biasa,
dikenali sebagai taraf "shakti'.

Taraf ini mengupayakan raja memiliki
kemahiran, kehandalan, keberanian, & kekuatan semulajadi yg luarbiasa.

Traf ini dikatakan diperolehi melalui proses "samadhi',
iaitu pertapaan & pemujaan alat senjata kepunyaan raja...

(unsur2 jin nih...)
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 09:58 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.



Kedatangan Islam telah mengubah segala kepercayaan tersebut
& digantikan dgn istilah berunsur Islam yg dikenali sbg DAULAH.

Raja-raja Melayu dikatakan mempunyai Daulah
& hikayat2 Melayu lama sering mengisahkan cerita2 raja
serta ciri2 daukahnya yg tersendiri.

Soalnya,
benarkah Raja-Raja Melayu berdaulat?

atau mungkinkah Daulat Rja-raja ini
sebenarnya hanyasanya kisah-kisah mitos orang2 lama
yg masih sukar membuang tradisi kepercayaan agama Hindu
yg meletakkan raja-raja pada taraf "shakti" atau luar biasa?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 10:05 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.


Daulah secara ringkasnya diistilahkan
sebagai kuasa, keistimewaan, keutamaan, keluhuran & sebginya
dalam adat masyarakat Melayu.

Daulah sering dikaitkan dengan keperibadian Raja-raja.

Secara amnya,
pada diri atau institusi yg memiliki daulah...
ianya kan meningkatkan nilaian diri atau institusi tersebut.

Apabila dipakaikan pula kpd Raja-raja Melayu
zaman dahulukala mengikut dongeng cerita2 nenek moyang orang2 Melayu...
ianya hampir mencecah tahap karamah & mistikal...
Oleh itu,
bagi mencapai matlamat mencari istilah "DAULAH RAJA-RAJA"
yg spesifik dalam konteks pengamalan budaya & agama Umat Islam...


moleklah jika kita CUBA kupas persoalan 'daulah Raja-raja" ini secara ilmiah...         


he..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 10:10 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.

Hakikatnya "Daulah raja-Raja" dapat dipecahkan kpd 3 bahagian, iaitu:

Daulah Zuriat + Daulah Institusi Raja-Raja + Daulah Peribadi = DAULAH RAJA-RAJA.



Daripada pernyataan di atas....
Daulah Raja-Raja ditakrifkan sebagai gabungan 3 jenis daulah yg tersendiri
iaitu; Daulah Zuriat Raja-Raja
         Daulah Institusi yg merangkumkannya
         Daulah Peribadi Raja-Raja yg bercampur baur menjadi satu dlm diri mereka.




[ Last edited by  sya_sugar_sugar at 13-2-2007 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 10:20 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.


DAULAH ZURIAT:

Dalam konteks pemerintahan bermonarki di Alam Melayu,
seorg raja yg mewarisi tonggak pemerintahan negeri
secara turun temurun juga dapat dikira dari zuriat yg istimewa
kerana Allah SWT tentu sekali memilih baka yg baik utk memerintah umat Islamnya yg berdaulat zaman berzaman...

walaupuntidak boleh dibandingkan dgn zuriat Rasulullah SAW ataupun bangsa Quraisy itu sendiri..

ada kaitan Daulah zuriat dgn hubungan kekeluargaan cucu cicit Rasulullah SAW.
Dalam konteks keseluruhan takrif Daulah raja-Raja Melayu...
daulah zuriat dikira dapat meningkatkan nilaian daulah seseorang raja.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 10:37 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.


DAULAH INSTITUSI RAJA-RAJA.

Apa pula yg dimaksdkan dgn institusi kesultanan yg berdaulat?

Institusi Raja-raja diertikan sbg peranan, fungsi & bidang kuasa
yg merangkum raja2 yg memerintah
di mana kerana peri pentingnya fungsi tersebut
sebgi tunggak pelindung & pemelihara bangsa, identiti & agama umat Islam,
maka institusi tersebut perlu diberi kesedaran & kemuliaan oleh bangsa Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 10:38 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.


DAULAH INSTITUSI RAJA-RAJA.

Kebesaran & kemuliaan yg dipakaikan pd Institusi Raja-Raja ini akan dapat menzahirkan kepentingan & keutamaan
yg setimpal bg menjamin fungsi & peranan dpt dilaksanakan & disempurnakan dgn berkesan.

Disitulah duduknya kedaulatan Institusi rja-Raja Melayu atas besarnya fungsi yg dihubangkaitkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 10:39 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.


DAULAH INSTITUSI RAJA-RAJA.

& apabila peranan ini dapat dijiwai & disempurnakan dgn luhur
oleh Raja-Raja Melayu sbg pemerintah & pelindung Umat Islam yg berdaulat...

maka naungan Allah SWT sendiri singgah menyempurnakan & menzahirkan daulah institusi tersebut

sehingga dirasakan "BISA' dan "BERBADI",

lantas mendtangkan perasaan terpesona, hormat, gerun...AURA..
pada Institusi Rja-RAja Melayu...


  Kredit to original author: TUN SUZANA TUN HJ OTHMAN
                                             & HJ MUZAFFAR DATO' HJ MOHAMAD
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 10:43 AM | Show all posts
... (leceh,...tak buleh type banyak2...
     wireless connection very low... tak lepas nak post > 15 baris..)

...kat umah ni ada unsecured wireless network...
kengkadang off ...udah 2 bulan tak dapat ff:
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 10:48 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAH RAJA-RAJA.

DAULAH INSTITUSI

Personaliti & peribadi raja-raja sebenarnya tidak memainkan peranan utama
pada Daulah Institusi raja-raja
itu sendiri spt yg lazimnya dipercayai.

Ini ialah kerana
institusi raja-Raja duduknya lebih tinggi & teratas drpd soal remeh temeh personaliti raja-raja itu sendiri.

Tegasnya, atas peranan Institusi raja-Raja sbg tonggak pelindung bangsa & agama,
maka kedaulatannya lebih terletak pada institusinya, bukan pada peribadi raja-raja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 10:53 AM | Show all posts
MENGHAYATI TAKRIF DAULAT RAJA-RAJA

DAULAH INSTITUSI:

Ini bukanlah bermakna raja2 boleh memperlakukan sesuka hati mereka
kerana tetap merasakn terlindung di bawah daulah institusi yg menaunginya.

jika dilihat kembali pada takrif atau definisi Daulah Raja-Raja,
peribadi raja2 juga memainkan peranan
menjadi sebahagian dr pecahan daulah tersebut.

Hakikatnya, jika peribadi raja-raja lemah,
ianya akan mengakibatkan terhakisnya Daulah Raja-Raja
sehingga menyebankan menjadi pincang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 12:59 PM | Show all posts
LAKSAMANA HANG tUAH & BENDAHARA TUN MUTHAKIR (MELAKA)

Konsep daulah pada Institusi raja2 seringkali dikaitkan dgn konsep ketaatan mutlak rakyat jelata.

Bebrapa peristiwa di jaman kesultanan Melayu lama
memaparkan cerita2 ketaatan yg "membuta lagi tuli"
hamba rakyat kpd raja2 kononnya... terkesan & terpesona
dgn daulat baginda...

Rakyat yg mendehaka kpd rajanya juga dikatakan
akan terkena daulat dan sumpahan baginda utk beberapa keturunan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 01:08 PM | Show all posts
LAKSAMANA HANG tUAH & BENDAHARA TUN MUTHAKIR (MELAKA)

Sejarah Melayu ada menceritakan perihal fitnah yg dilemparkan
ke atas laksamana Hang Tuah.


Sultan mansur Syah (1456 - 1477)
tanpa usul periksa memerintahkan beliau dihukum bunuh.
(konon laksamana telah bermukah dgn seorg dayang istana)

Kemudiannya saudara sepermainan Hang Tuah ,
Hang Jebat (ada version kata Hang Kasturi) yg tak pueh hati
di atas tindakan As-Sultan yg gopoh itu
bertindaj membalas dendam atas "kematian" saudaranya
serta mengamuk membuat huru-hara....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 01:12 PM | Show all posts
LAKSAMANA HANG tUAH & BENDAHARA TUN MUTAKHIR (MELAKA)

Akibat kacau bilau inilah Laksamana Hang Tuah dipukeluarkan dr persembunyiannya...

dikembalikan ke pangkuan baginda,
lalu diampunkan & dititahkan utk menawan jebat.

Laksamana hg Tuah masih juga taat setia, akur dgn perintah baginda.
ending dia semua orang udah tahu kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.077297 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list