|
[Merged] Wasiat/Faraid/Hak isteri/harta sepencarian. (+ vios880, okiedokie)
[Copy link]
|
|
Originally posted by antiQue at 25-2-2008 11:11 AM
Okey.. secara general dulu ye.. saya tak direct kan pada your situation...
Ni secara general... kita ambil contoh sekiranya dalam keadaan biasa harta dibeli dalam waktu perkahwinan dalam k ...
tks for d info..maknanya suami kena proof dgn saksi..
adakah kes nyusuz ni boleh di kategorikan:-
1. tidak memberi nafkah batin kepada suami selama 3 tahun semasa dalam perkahwinan(dlm kes ni aku rasa isteri ni dah makan luar)
so pihak suami menanggung siksa batin.kes ni ada pergi ke pejabat agama kot.
2. c isteri menduakan suami.buktinya isteri lelaki yg menjadi boyfriend telah mengadu kepada suami ppuan ini yg suaminya ada hubungan
dgn isteri.yg ni kena proof saksi.
3. isteri mendera suami hingga cedera(rekod klinik) boleh buktikan kot..
selalunya lelaki mendera ppuan..ni dah terbalik..
nauzubillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
I think it might be enough for the husband to prove that there's no addition / improvement done to the house during their marriage kot. The proof for the nusyuz tu jadi nasi tambah je lah saya rasa...
But pegi lah jumpa peguam syarie, they will know better... what I outline kat atas tu just from my reference yg sikit je... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 fleurzsa's post
Salam,
Sama-sama kita kongsi pengetahuan tentang agama. Pendapat saya pula;
Wasiat dari segi syarak bermaksud ikrar seseorang yang dibuat semasa hidupnya keatas hartanya tatu manafaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa yang dibenarkan oleh syarak dan terlaksana selepas kematiannya, dengan niat mendapatkan keredhaan ALLAH SWT.
Terima kasih
http://www.warisanmukmin.com/index.asp?PE122 |
|
|
|
|
|
|
|
Wasiat ini boleh di buat melalui 2 cara;
1. Secara berpesan melalui percakapan dari mulut perwasiat kepada waris
2. Secara dokumen wasiat. |
|
|
|
|
|
|
|
Risiko yang mungkin boleh terjadi sekiranya seseorang itu meninggal dunia tanpa membuat wasiat:
Dari Sudut pentadbiran:
1. Perlantikan pentadbir yang tidak amanah/ berpengalaman
2. Berlaku makan harta secara tidak sah
3. Kesukaran mengumpul maklumat
4. Memerlukan dua penjamin untuk memohon surat kuasa
5. Tuntutan harta sepencarian yang sukar
6. Tempoh penyelesaian pusaka yang lama
7. Kos pentadbiran yang tinggi akibat kerumitan
8. Pertelingkahan keluarga
Dari sudut Agama
1. Hutang simati tidak dapat dilunaskan
2. Hak waris tidak tertunai
3. Kukum faraid tidak dapat dilaksanakan
4. Pembekuan harta
5. Amalan tergantung antara langit dan bumi
6. Roh terpenjara di kubur
http://www.warisanmukmin.com/index.asp?PE122 |
|
|
|
|
|
|
|
1. Siapa kah yang perlu memiliki wasiat?
2. Siapa yang layak mendpat harta pusaka dan yang tak layak mendpt harta pusaka mengikut hukum faraid
3. Kenapa perlu membuat dokumen wasiat
4. Siapakah nama yang boleh dimasukkan kedalam dokumen wasiat.
http://www.warisanmukmin.com/index.asp?PE122 |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang ditulis didalam dokumen wasiat?
1. Wasiat pesanan dalam perkataan - maksudnya ialah mewasiatkan kepada anak atau isteri yang tinggal untuk menjaga anak yang cacat atau menjaga isteri kita yang uzur.
2. Wasiat hutang kita kepada ALLAH - membayar puasa wajib yang tak sempat di tunaikan, menunaikan haji, nazar dsb.
3. Wasiat hutang kita kepada manusia - Kekadang kita berhutang dengan rakan-rakan seribu ke, dua ribu ke tanpa di ketahui oleh keluarga kita, ini lah cara nya.
4. Wasiatkan harta pusaka kita kepada anak angkat, cucu-cucu, dan orang yang diluar hukum faraid
5. Wasiat mengimfaqkan harta kita ke jalan ALLAH SWT. Dengan mewasiatkan harta kita dengan mewakafkannya kepada masjid, rumah anak-anak yatim, sekolah, insyaallah amal jariah yang kita buat ini mendpat tempat disisi ALLAH SWT dan untuk bekalan kita di akhirat kelah.
Tolong tambah
http://www.warisanmukmin.com/index.asp?PE122 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 10-8-2007 11:42
dalam hal pusaka adik zamnie. semua adik beradik dan ibubapa adalah waris. jadi zamnie hanya berhak memberi bahagian yang zamnie punya sahaja. kena kerat-kerat le kereta & rumah tu agakn ...
Assalamualaikum ibnur,
BENAR......
Ibubapa dan sedara lelaki dan juga perempuan arwah adalah WARIS yg sah.
Mengenai bapa miker yg di katakan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB................bukan lah masaalah miker, Zamnie
Itu di antara dia dan juga Allah swt.
Akhirat sana..................jawab laaa komer anak beranak.
Dia TETAP berHAK terhadap harta arwah.
Jadi jangan nak pandai pandai menukar hukum semata mata marah/geram or mengikut nafsu dan membuat tafsiran sendiri.
Betapa besar salah nya di sisi Allah swt.
Waallahua'lam
[ Last edited by niceghost2005 at 17-7-2008 05:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ada beberapa persoalan di sini: -
1. Benar ke kalau arwah bapak dah meninggal, pembahagian harta boleh dilakukan oleh seorang ibu kerana sebelum kematian arwah bapak, dia ader menyebut harta peninggalan dier untuk mak sebab masih ader 5 org adik di bawah tanggungan emak.
2. Bagaimana cara menyelesaikan masalah ini sebab pada pemahaman emak harta peninggalan arwah bapak adalah hak mutlak beliau dan beliau boleh buat sesuka hati keatas harta tersebut.
3. Our concern is, because ader tanggungan lain yg memerlukan pendapatan dari harta tersebut untuk membesarkan mereka
4. Boleh tak sesiapa menerangkan kedudukan beliau sebagai ibu dan hak-hak beliau serta waris-waris lain.
5. Kalau pembahagian dibuat sekarang mengikut hukum faraid tetapi nak meetapkan dalam surat kuasa seperti hasil dari harta tersebut seperti monthly income from Kelapa sawit mak ader hak sepenuhnya tetapi perlu mendapatkan keizinan waris-waris lain untuk menjual atau mengadai harta-harta tersebut, boleh tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #129 amira_safia\ catat
Boleh dibuat seperti mana yang di minta oleh arwah jika semua waris-waris bersetuju (tak terkecuali seorang pun).
Mudah saja. Bila perbicaraan faraid teruskan saja dengan cadangan.
[ Last edited by ibnur at 18-7-2008 09:55 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 18-7-2008 09:52 AM
Boleh dibuat seperti mana yang di minta oleh arwah jika semua waris-waris bersetuju (tak terkecuali seorang pun).
Mudah saja. Bila perbicaraan faraid teruskan saja dengan cadangan.
masalah sekarang ni ... mak anggap semua harta peninggalan arwah adalah hak dia dan dia boleh buat apa saja dgn harta tu ... contoh jual tanpa bertanya kepada waris2nya.
Adakah benar semua harta peninggalan tu hak mutlak mak???? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam zamnie,
Saya terasa tersendu juge dengan masalah yang menimpa keluarga mu. Tapi sedar lah kita yang setiap masalah tu datangnya dari ALLAH SWT dan kepadanya jualah kita berserah dan meminta pertolongan.
Walaumacam mana pun kita kena faham yang mana mengikut hukum faraid, si ayah ada bahagiannya pada harta sepeninggalan anak. Rujuk kepada firman Allah dari surah An-Nisa ayat 11 yang kira2 bermaksud;
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An Nisa 11)
Semoga pernjelasan yang ringkas ini dapat meredakan kerisauan zamnie selama ini yang mana matlamat utama kita ialah untuk kesejahteraan orang yang masih di dunia ini dan juga orang yang digelar arwah atau pun di alam kubur.
Wallau'alam
http://www.warisanmukmin.com/index.asp?PE122 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amira_safia at 18-7-2008 10:02
masalah sekarang ni ... mak anggap semua harta peninggalan arwah adalah hak dia dan dia boleh buat apa saja dgn harta tu ... contoh jual tanpa bertanya kepada waris2nya.
Adakah benar sem ...
Assalamualaikum amira_safia,
Seperti yg di katakan olih Ibnur di atas, PENAMA ke atas segala harta arwah suami/bapa akan mengikut FARAID.
Ini bermakna, semasa di hadapan Pegawai Agama................surat menyurat spt geran tanah, rumah akan di masukkan kesemuer nama anak2 dan isteri/ibu.
Jadi, macamana ibu miker hendak menjual tanah2 tersebut?? (beliau hanya bley menjual bahagian dier sahaja. Pejabat Agama akan memotong nama beliau dan menambah PENAMA baharu)
Lain laa kalau HASIL kelapa sawit or sewa rumah.
Persetujuan dari semuer waris adalah di perlukan sekiranya hendak menjual tanah/rumah sepenuhnya.
Mengenai hasil kelapa sawit/sewa rumah etc......yg di angga sebagai HAK ibu miker, ia adalah SALAH di sisi agama.
Biasa laaa................seorg isteri akan merasa diri nya tercabar di dalam hal hal ini MELAINKAN isteri yg TAKUT kpd Allah dan Hari Kemudian. (beriman)
Ini juga terjadi terhadap anak anak yg TIDAK KUAT IMAN/ILMU Agama nya.
Iblis dan nafsu akan mempengaruhi sesiapa yg SAKIT IMAN nya.
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amira_safia at 18-7-2008 09:38
Saya ada beberapa persoalan di sini: -
1. Benar ke kalau arwah bapak dah meninggal, pembahagian harta boleh dilakukan oleh seorang ibu kerana sebelum kematian arwah bapak, dia ader menyebut harta peninggalan dier untuk mak sebab masih ader 5 org adik di bawah tanggungan emak.
2. Bagaimana cara menyelesaikan masalah ini sebab pada pemahaman emak harta peninggalan arwah bapak adalah hak mutlak beliau dan beliau boleh buat sesuka hati keatas harta tersebut.
3. Our concern is, because ader tanggungan lain yg memerlukan pendapatan dari harta tersebut untuk membesarkan mereka
4. Boleh tak sesiapa menerangkan kedudukan beliau sebagai ibu dan hak-hak beliau serta waris-waris lain.
5. Kalau pembahagian dibuat sekarang mengikut hukum faraid tetapi nak meetapkan dalam surat kuasa seperti hasil dari harta tersebut seperti monthly income from Kelapa sawit mak ader hak sepenuhnya tetapi perlu mendapatkan keizinan waris-waris lain untuk menjual atau mengadai harta-harta tersebut, boleh tak.
Assalamualaikum amira_safia,
Melalui pengalaman teman,
1. wasiat hendak lah BERTULIS dan ada SAKSI.
2. pewaris faraid tidak bley menerima wasiat. (melainkan di dalam bentuk bertulis dan ada saksi)
3. utk menyelesaikan hal ini, miker bley bawak ibu miker dan sedara mara yg lain ke Pejabat Agama. Pegawai Agama bley memberi penerangan dgn lebey jelas di pejabat nya.
4. PERSETUJUAN dari semue waris bley superceeded hukum faraid. (yakni sekiranya semuer waris setuju utk memberi hasil kelapa sawit etc kpd ibu)
5. PERSETUJUAN dari semuer waris juga bley mendahului hukum pembahagian faraid di dalam pembahagian harta/income. (contohnya, kesemuer waris setuju utk membuat surat kuasa kpd ibu utk menjual tanah, hasil etc)
6. tetapi sekiranya ada seorg waris yg tidak setuju, maka kena laa berbalik kpd Hukum Faraid tadi atau
7. sekiranya ada waris yg mahu memberi bahagian nya(spt harta, hasil kelapa sawit) kpd ibu, hendak lah menyatakan secara BERTULIS.
Masaalah:
1. ada di antara waris tersebut yg TIDAK SETUJU tetapi kerana majoriti menerima nya.......maka dier pung TERPAKSA bersetuju. (mungkin kerana malu)
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #131 amira_safia\ catat
Rasanya amira tak perlu risau kalau ibu atau isteri arwah nak buat sesuka hati jual tanah. Urusan menukar nama, menjual tanah, saham, simpanan bank, tabung haji kepunyaan orang-orang yang meninggal dunia tertakluk kepada undang-undang. Mesti ada surat kuasa. Kalau tak ada surat kuasa, apa pun tak boleh buat kecuali jual beli atas angin. Tapi jual beli atas angin ni akan buat masaalah lagi di masa depan.
Nak dapat surat kuasa kena pi faraid dulu. Jabatan yang berkuasa untuk faraid ni ialah Jabatan Tanah atau Pejabat Daerah. Saya pernah tengok 2 - 3 kes. Pernah ada soerang anak ni tuntut kilang serahkan keuntungan bahagian arwah ibunya kepada dia tapi dijawab oleh kilang supaya pergi bawak lawyer. Ada juga suami yang jual rumah nama isteri (walaupun duit suami punya), tapi tak ada orang nak beli sebab surat kuasa utk tukar nama tak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 18-7-2008 10:44
Rasanya amira tak perlu risau kalau ibu atau isteri arwah nak buat sesuka hati jual tanah. Urusan menukar nama, menjual tanah, saham, simpanan bank, tabung haji kepunyaan orang-orang yang mening ...
BEnar Ibnur,
Sekiranya sudah dapat SURAT KUASA yakni persetujuan dari WARIS, baru la bley jual dsb nya.
Ini berlaku terhadap keluarga teman sendiri.
Sekiranya ada masaalah di masa hadapan (yg mempertikaikan penjualan or pembahagian harta/hasil), rujuk sahaja kpd surat kuasa yg telah di persetujui semuer pihak.
Salam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #137 amira_safia's post
so sad...
mengaku atau tdk, hakikatnya depa tetap ibu dan anak.. di akhirat kelak, akan dipersoal...
adakah B itu org yg layak terima psaka? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #135 ibnur's post
Salam amira_safia,
Pandangan yang baik daripada niceghost2005 dan ibnur tu. Saya pun dapat faedah juge. Pengetahuan dan fahaman tentang hukum faraid ini adalah perlu dan penting untuk diketahui oleh seisi keluarga agar tiada pertelingkahan berlaku atas sebab harta dunia yang sementara ini. Untuk itu kita kenalah fikir sama2.
Saya syorkan agar amira_safia mencari sumber2 yang boleh membantu untuk menerangkan secara terperinci mengenai perkara ini.
Mungkin ada sesiapa yang tahu mana2 orang perseorangan atau konsultan yang bertauliah untuk membantu rakan kita ini? Sama2 lah kita fikir dan risau tentang perkara dan berdoa agar ALLAH SWT bantu kita, insyallah.
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amira_safia at 18-7-2008 11:10
Assalamualaikum,
Terima kasih saudara Nice & Ibnur ke atas penerangan di atas.
Apa pandangan saudara, ada salah sorang waris (A) akan mengemukan saman kepada ibu dan sorang waris lagi (B). ...
Waalaikumusalam wbt amira_safia,
Di dalam Islam.............selalu di perkatakan mengenai yg TERSURAT dan yg TERSIRAT.
Suruhan dan Larangan di dalam Islam mempunyai kedua dua unsur tersebut.
Sekiranya kita mengamalkan nya, baru lah kita akan mengetahui akan yg TERSIRAT tersebut.
Persoalan sekarang di dalam kes yg miker sebutkan di atas.
1. tahap pendidikan/ilmu/amalan agama
2. hubungan mereka (rapat, jauh)
3. hasad dengki
Adakah seorg ibu sanggup TIDAK MENGAKU anak nya??
Adakah seorg anak sanggup saman malu akan ibu nya??
Dan apakah alasan sehingga sanggup berbuat sedemikian??
Adakah kerana HARTA dan $$$ ?
Adakah harta dan $$$ lebey tinggi nilai nya dari KASIH SAYANG keluarga?
Apakah sudah tiada lagi kasih sayang di antara mereka?
Lupakah dier betapa susahnya seorg ibu menjagai anak nya yg tapak kaki sebesar 2 jari sehingga lah sekarang!!
Di antara mereka, ada yg sudah menjadikan duniya sebagai tuhan nya!!
Di antara mereka, menjadikan nafsu dan iblis sebagai RAJA nya.
Di manakah hilang nya MUZAKARAH??
Di mana pergi nya KASIH SAYANG?
Tidak takut kah mereka kepada Allah dan Hari Kemudian?
Nauzubillah
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|