CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajami

APA KATA HATI? ~ di pawagam sekarang!

[Copy link]
Post time 3-6-2008 09:16 AM | Show all posts
bini ac yg chubby tu lagi seksi.. esp yg itam manis tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2008 01:20 PM | Show all posts
aku dah tengok movie ni.

Pada aku cerita ni sangat membuang masa dan duit yang dikeluarkan utk menonton.

Sangat fake, lebih2 lagi lakonan awie. Lakonan awie tak 'menjadi', dan aku tak dapat tengok bakat dia macam masa dia berlakon dalam Baik Punya Cilok.

Raja Farah - pada aku sangat sederhana.

Aku bagi 1 bintang je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 03:04 AM | Show all posts
Originally posted by cap_ayam at 3-6-2008 01:20 PM
aku dah tengok movie ni.

Pada aku cerita ni sangat membuang masa dan duit yang dikeluarkan utk menonton.



wahhh!!! marahnyerrr!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:25 PM | Show all posts
ermm kenapa saya taknak tengok cerita Apa Kata Hati?

Jawapannya : Raja Farah

Alasan : Dia cam budak la..lum layak jd heroin
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 10:26 PM | Show all posts
Dah tengok!
komen: Raja Farah lakonan dia on-off. Kadang-kdang timing dia okay, kadang-kadang geleng kepala dlm panggung sbb rasa watak dia xberapa menjadi. Lakonan Dynas comel sagt...sampai dlm panggung org dok kutok2 dia...cisz..buat bising dlm panggung aku anti tul. Lakonan awie pada aku off...tapi nmpak dia mencuba. Aku rasa cerita ni terlalu mencuba juga kadang2...tapi aku rasa percubaan tu perlu gak sbb kalau org kita xcuba, industri xkan maju kan? Nway, adegan mcm 'pegang cium tangan KLCC lambang cinta tagline semangkuk' tu pada aku terlalu cliche...boleh x? Ia cliche 90-an punya. Masih romantik tapi 90-an. Boleh baiki lagi. Lagi satu, aku rasa watak Raja Farah macam xada motivation yg cukup utk gerakkan plot...pada aku la, sorry kalau ad yg xpuas hati...hehe...cerita ni ada bahagian nya original, ada bahagian macam trying too much, ada bahagian burok sikit...but thats okay. I welcome every new improvement...or in this case, efforts made in the industry.

ps:keep makin movies saw teong hin...please please please
org rayu ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 08:21 AM | Show all posts

Reply #125 dewiratna's post

sokonggg!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2008 09:05 AM | Show all posts
brape ribu da kutip?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 02:50 PM | Show all posts
ok laa citer neh..
boleh la buat gelak2 time boring..
yg plg best AC mizal la...sakit perut aku gelak..uhuhu
mcm bangang jer dynaz pegi jumpa bomoh pakai baju tido mcm kaftan tuh..
pastu pakai cardigan ngan belt besar..
lawak tak hinggat!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2008 11:29 PM | Show all posts

Reply #128 penglipur's post

linda: leopard print during day time? naa aaa!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 01:19 PM | Show all posts
500 000 / 5 hari..
okey la tu..
nak gak tgk.. tp x sempat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 01:43 AM | Show all posts
THIS MOVIE IS TOTALLY SUCK!!

Ak tgk the making rasa best giler, Tp citer betul.. tolong lah weii... malas nk komen....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2008 02:21 AM | Show all posts

TONTONFILEM cakap..

ref: http://tontonfilem.blogspot.com/2008/06/apa-kata-hati-2008-ada-cerita-baik.html

03 June 2008
Apa Kata Hati (2008) Ada Cerita Baik

Filem perdana kedua Saw Teong Hin. Memang filem romantik-komedi Saw kali ini, atau lebih dekat kepada sebuah 'chic-flick' ini ada dan kena kepada penjurusan filem-filem segenre ini. Malah, hasil idea Meor Shariman ini bolehlah dibanggakan kerana mempunyai struktur awal-pertengahan-pengakhir yang konsisten, bulat dan mengikut tradisi mana-mana penceritaan filem romantik komedi. Idea wanita urban, dicampur dengan kepelbagaian dan kemakmuran tradisi lwn. moden, serta apa-apa masalah dan isu yang berkenaan wanita Melayu/Malaysia moden disampaikan dengan baik oleh peneraju filem, mewakili (kononnya) segolongan besar masyarakat urban Melayu di bandar (yang terletak pada watak Raja Farah, Dynaz, Awie(!) dan Kartina Aziz).

Ada beberapa perkara subjektif yang 'berani' dan liberal yang dibawa, membuka mata dan sangat memberangsangkan (sekurang-kurangnya buat sebuah filem Melayu). Ini terletak kepada perwatakan Awie yang berkeinginan wanita, Raja Farah yang feminis telus dan jujur terhadap dunia di sekelilingnya (kadang kala disengajakan naif), Dynaz yang melakukan segala-galanya tanpa sempadan tetapi masih 'mempunyai hati', dan akhirnya Kartina Aziz, seorang andartu kekampungan yang berbaur dengan arus kemodenan, mencipta satu suara kampung-urban yang baharu dan terwujud cantik.

Empat watak ini pula diadun baik dengan perjalanan cerita yang 'mencari kata hati' iaitu cinta, satu harapan yang memang menjadi cita-cita klise wanita Melayu/Malaysia dari zaman dahulu hingga sekarang.

Semangat dan percubaan baharu ini yang menyebabkan Apa Kati Hati segar. Lebih-lebih lagi, penghasilan perwatakan yang bulat dan punya psikologi yang terjaga, walaupun kadang-kadang watak-wataknya (termasuk watak sampingan) bergaya sketsa (terdapat sekurang-kurangnya lima watak sampingan tambahan yang mempunyai tindakan-pengaruh tersendiri terhadap empat watak teraju tadi), ini boleh dimaafkan kerana keadaan chic-flic filem ini yang membenarkannya.

Ceritanya senang, campuran What Women Want yang pernah dilakonkan oleh Mel Gibson serta filem Freaky Friday (dalam 'sentuhan magis', adanya kelebihan, adanya sumpahan) di mana Ely lakonan Raja Farah yang tulus, naif dan berhati baik diberi kuasa oleh 'bomoh sakai' lakonan Ac Mizal untuk mendengar kata hati lelaki. Lalu kelebihan, efek humor dan bencana melanda Raja Farah. Di sini, kita melihat bagaimana Raja Farah bertindak pada awalnya terhadap 'kata hati lelaki', lebih memahami sikap lelaki, dan akhirnya memilih jalannya mengikut semangant individual kewanitaan yang dia pegang dan percaya.

Tiada sebarang kejutan yang terlalu, semuanya disusun baik oleh Meor Shariman dan Saw Teong Hin. Malah, beberapa subplot yang kita kira tidak perlu pun dikawal dengan susunan baik agar penceritaannya memberi 'makna' kepada watak Raja Farah. Pun begitu, aku sedikit mempunyai masalah dengan subplot ibu bapa Raja Farah (Harun Salim Bachik dan Ogy, ya Ogy!) yang mana terdapat beberapa persoalan besar yang mungkin boleh dibaiki.

Ketulusan seks dan ghairah wanita yang dibanding oleh watak Dynaz serta Raja Farah merupakan kekuatan sebenar filem ini. Dynaz dan Raja Farah semacam Yin dan Yang, mereka sangat berlainan. Watak Raja Farah jenis percaya terhadap seks selepas kahwin, walaupun kita tidak diberitahu akan ini, sedang Dynaz tidak, dan Dynaz melakukan yang mana boleh terhadap lelaki, maka sebab itu, dia kononnya lebih pakar memahami lelaki luar dan 'dalam', sedangkan Raja Farah mempunyai hati tulus dalam mempercayai ketaatan teman lelakinya (lakonan Farid Kamil yang sedikit miscast). Apa yang menarik, walaupun ketidakupaya mereka berdua mempunyai kesamaan (Dynaz tidak percaya dengan teman lelaki Raja Farah) mereka tidak menggunakan isu ini sebagai konflik, seperti mana yang biasa akan dibuat dalam filem-filem Melayu. Ini boleh dilihat dalam sahutan 'bitchy' antara dua watak ini setiap kali Dynaz atau Raja Farah balik dari dating.

Ada sesuatu dalam runut bunyi Apa Kata Hati, ada beberapa bahagian latar moodnya berjaya mengangkat adegan filem ini, kadang-kala pula ia sedikit kekok (buat aku secara peribadi), mungkin kerana 'suara baharu' yang digemblengkan dalam pembikinan runut bunyi filem ini. Ini terletak dalam beberapa lagu kumpulan Rock filem ini. Lagu "Apa Kata Hati" Jaclyn Victor terkecuali. Masalah ini sebenarnya terletak di atas bahu pengadun bunyi yang buat aku gagal menyelaraskan lagu dan suara dalam filem ini dengan baik. Kadang-kadang kita terasa filemnya terlalu 'diam' dengan dialog, kadang-kadang terlalu muak dengan bunyi-bunyi slapstik. Bunyi-bunyi awal slapstik yang wujud pada awal filem sangat menggoyah pemerhatian, lebih-lebih lagi kerana idea filem ini menyangkal kebiasaan slapstik Razak Mohaideen. Filem ini wujud kerana wit dialognya serta aksi wajah dan bahasa badan pelakonnya, maka efek-efek bunyi terlalu itu tidak perlu.

Masalah kedua yang paling tampak ialah penjagaan 'fluidity' yang mengejutkan, tidak ada masalahnya langsung dalam Puteri Gunung Ledang tetapi membuak banyak dalam filem Saw kali ini. Penggambarannya malas (seakan tidak ada bajet dan dibuat dengan sungguh murah) dan suntingannya tidak ada daya. Kadang-kadang satu adegan itu mengambil masa yang sangat panjang untuk habis, dan penyambungan antara satu shot dengan shot tidak seimbang dna langsung rasa terpotong-potong tanpa konti. Kita boleh lihat kelemahan ini dalam babak nyanyian "Sekadar di Pinggiran" yang sebenarnya mempunyai potensi pembuakan idea harapan fantasi-realiti-muzikal yang mencuitkan, tetapi tidak disampaikan dengan baik. Ini termasuk dengan babak luahan hati Farid Kamil yang telah menyebabkan Raja Farah marah. Ia dibuat dengan sangat lemah, idea 'salah faham' itu tidak sampai kepada penonton.

Raja Farah memeranjatkan aku. Aku maafkan dia kerana kerosakannya dalam Salon, dan kemudian dia hebat dalam Anak Halal. Di dalam filem ini menunjukkan, Raja Farah ialah seorang pelakon wanita yang perlu diperhatikan. Dynaz juga baik, malah antara yang terbaik dalam filem ini. Dynaz mengada-ngada tetapi mengada-ngadanya perlu. Awie buruk, dia tidak boleh langsung berlakon sebagai mat lembut, lakonannya sangat satu sisi. Tiada dimensi langsung. Harun dan Ogy OK walaupun Ogy agak keterlaluan dalam beberapa babak. Yang lain semuanya sederhana.

Apa Kata Hati ada sesuatu. Ia memang tidak sempurna, malah masalah ia memberi tarikan kepada penonton untuk menunggu sehingga ke akhir cerita itu ada, hanya terdapat banyak kecacatan yang menyebabkan aku sedikit terasa hambar. Pun begitu, para pelakonnya cuba sedaya upaya untuk menaikkan keinginan kita menontonnya sehingga habis.
Posted by fadz at 11:05 AM

*lain padang, lain belalang... mungkin kalau tgk dari 'angle' lain, nampak yg 'lain'.. manalah tau! [berbaik sangka]
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 03:37 PM | Show all posts
maaf.. ni dah ada ker?




cilok dari umah sbelah..kredit 2 tuan umah..Gosipjinak
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 06:12 PM | Show all posts

Reply #132 ajami's post

tak boleh bla...review yang sangat intensif!
review macam ni memang boleh buat orang teringin nak tengok apa kata hati sbb nak cuba faham cerita ni macam penulis 'tontonfilem' tu...
ps:baca la blog dia, banyak leh tau
kan kan abg ajami?
lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 07:01 PM | Show all posts
cite nie da x dek kat pawagam la...sedih sey baru nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 10:27 AM | Show all posts
bagi aku, rugi je tgk movie ni....bosannnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2008 09:31 AM | Show all posts

Komedi romantis atau filem wanita?

ref: UTUSAN MALAYSIA 3/6/08

OLEH: A.WAHAB HAMZAH

INI kisah alam cinta muda-mudi. Memang ia bukan suatu kisah yang cukup serius tetapi ia berusaha memberikan harapan. Ini kisah tentang Aidil (Farid Kamil) yang mempunyai kekasih, Ely (Raja Farah).Tetapi Ely mula mencurigai kekasihnya, apatah lagi teman baiknya Linda (Dynaz) sememangnya tidak menyenangi Aidil. Pada masa yang sama Rizman (Awal Anshaari) 'bos' tempat kerja Ely juga menaruh hati terhadap Ely.

Keadaan menjadi rumit dan sedikit kacau apabila Ely boleh mendengar 'suara hati' lelaki-lelaki yang ditemuinya.

Apa Kata Hati adalah sebuah kisah yang sederhana. Penerbitnya sendiri cuba menggolongkan filem ini sebagai filem komedi romantis, sebuah istilah dan genre filem yang kembali popular di Hollywood di akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an.

Antaranya filem When Harry Met Sally (1989), Roxanne (1987), Only You (1992) dan Sleepless in Seattle. Pada dasarnya, dari segi naratif filem-filem ini mengangkat semula plot dan pendekatan filem-filem fesyen lama Hollywood.

Dari sudut lain saya lebih suka menganggap filem Apa Kata Hati yang berada dalam kelompok filem When Harry Met Sally atau Sleepless in Seattle ini sebagai 'filem wanita' yang cuba mengangkat sudut pandangan wanita dan memberikan citra wanita.

Filem wanita pada dasarnya juga tidak seharusnya dikategorikan sama sebagai filem feminis. Filem wanita adalah filem yang meletakkan wanita sebagai pusat persoalannya, wanita yang harus berdepan dengan emosi, sosiol dan permasalahan psikologi yang berkaitan khususnya kerana dia adalah seorang wanita.

Sebahagian pengkritik melihat filem wanita ini melampaui definasi mudah filem melodrama. Ini kerana melodrama dan wanita saling berkait rapat, yang mana genre ini meletakkan soal kekeluargaan dan wanita sebagai subjeknya. Dan sebagaimana lazimnya filem melodrama memberikan fokusnya terhadap mangsanya.

Apa Kata Hati memfokuskan persoalan wanita dalam tiga kategori iaitu masalah Ely sebagai masalah remaja wanita, masalah ibu Ely (Ogy Ahmad Daud) sebagai masalah keluarga dan Linda sebagai wanita yang sentiasa malang.

Ketiga-tiga mereka digambarkan mempunyai masalah dalam hubungan dengan lelaki. Ely hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Aidil yang disangkanya mempunyai teman wanita yang lain. Begitu juga ibunya hilang kepercayaan terhadap suaminya (Harun Salim Bachik) yang disangkanya merancang mahu berkahwin satu lagi.

Linda pula adalah gambaran wanita yang sebenarnya sepi tanpa teman lelaki dan selalu sahaja berhadapan dengan nasib malang kerana lelaki yang rapat dengannya selalunya adalah suami orang.

Turut perlu dilihat adalah masalah yang turut dihadapi oleh Sufi (Awie) seorang pereka fesyen yang mahu tampil sebagai seorang wanita. Dalam naratif genre ini dan kesan konflik daripada perbezaan seksual ini watak lelaki kelihatan seperti dikesampingkan dan malah menjadi pasif.

Dalam konteks ideologikal inilah mengapa sebuah melodrama seperti ini lazimnya menarik perhatian penonton wanita.

Suatu hal yang menarik adalah fantasi yang dialami oleh Ely yang dapat mendengar kata hati lelaki-lelaki yang ditemuinya ketika Ely berada dalam kemuncak krisisnya.

Fantasi ini dialami oleh Ely selepas dia dan Linda bertemu dengan seorang bomoh (AC Mizal). Kata-kata itu sebenarnya lebih menjurus fikiran lelaki terhadap wanita yang dilihatnya.

Bagaimanapun fantasi tersebut hilang selepas Ely dikatakan lebih memahami fikiran dan emosinya yang sebenar dan hubungan Ely dengan teman lelakinya menjadi baik semula.

Dari sudut komedi dan dramatik elemen fantasi ini seharusnya dapat dieksploit untuk menimbulkan konflik dan komedi yang lebih menarik. Tetapi masalah hubungan yang menjadi fokus plot filem ini bertolak daripada permasalahan yang sederhana dan biasa, maka konflik filem ini hanya perlu menyelesaian yang mudah, hingga filem ini terasa mendatar.

Masalah hubungan Ely dan teman lelakinya Aidil dapat diselesaikan dengan mudah kerana punca masalahnya sebenarnya tidak kuat. Sama seperti masalah Linda selesai apabila dia mendapat teman lelaki yang baru.

Begitu juga hubungan ibu dan bapa Ely kembali harmoni. Tidak ada satu konflik hubungan yang cukup rumit hingga memerlukan penyelesaian yang dramatik.

Penamat naratif begini adalah antara ciri-ciri sebuah melodrama atau filem wanita terutama dalam konteks komedi romantis yang seringnya memfokuskan terhadap permasalahan dan silap faham dalam hubungan.

Walau bagaimanapun secara psikoanalisis, wanita dalam filem melodrama selalunya diletakkan dalam keadaan selamat dan akhirnya mencapai kemenangan dari kekacauan dan penderitaannya. Manakala dari sudut perwatakan, emosi dan perlakuan watak, sifat wanita ini sebenarnya mudah dijelaskan secara psikologi.

Filem Apa Kata Hati arahan Saw Teong Hin dan skrip oleh Meor Shariman ini cuba mengembalikan naratif filem wanita dan komedi romantis ala Hollywood yang popular di akhir tahun 1980-an dan awal 90-an.

Arahan: Saw Teong Hin
Lakonlayar: Saw Teong Hin
Pelakon: Farid Kamil, Raja Farah, Dynaz, Awal Ansyaari, Awie, Ogy Ahmad Daud, Harun Salim Bachik, A.C. Mizal, dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2008 09:36 AM | Show all posts

an interview with Saw Teong Hin [youtube]

*sharing is caring!

PART.1


PART.2


PART.3


PART.4


PART.5


PART.6


PART.7/FINAL
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 10:33 AM | Show all posts
tak minat raja farah dan farid kamil...so first impression jer aku dah tak suka.....
kalau kuar tv aku akan tengok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 01:35 AM | Show all posts
dah tadak sapa nak komen ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.470198 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list