|
Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat
[Copy link]
|
|
Reply #119 duquesne's post
ishhh,x sabo nk bace ni..cam suspen jek |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kawan lama aku - part 2
Masa tu dah nak dekat Raya, keluarga N ni nak balik kampung beraya. Dorang ajak S sekali, S pun bersetujulah sebab hormatkan ajakan ayah ibu angkatnya. Dalam pada tu pulak S ni macam ada rasa cuak la jugak, sebab dia tau, ayah N ni ada kakak. Kakak dia ni ada la bela-membela sikit. Tapi S ni, jenis optimis, dia tak kisah. Yang penting, dapat berkenalan dengan saudara-mara N dan menyambung silatulrahim.
So dorang pun berangkatlah pulang ke kampung. Seronok la S dapat berjalan jauh sebab dia ni kira city girl lah. Takde kampung kan. Masa Raya tu, S ni dibawa la ke setiap rumah saudara-mara dan diperkenalkan kepada semualah. Seronok sungguh S dan keluarga angkat dia. Kalau tak silap akulah, S cerita kat aku, time tu waktu petang, dia ngan keluarga angkat dia singgah kat rumah makcik N ni (kakak ayah N tu lah). Rumah kampung kan besar. Lepas tu pulak, jarang antara sebuah rumah dengan yang lain tu kan jauh. So memang nampak macam senyap sunyi lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kawan lama aku - part 3
Kata area dapur rumah makcik N ni ada bilik, ditutupi dengan langsir aje kat muka pintu tu, so kadang-kala boleh la nampak sikit-sikit katil ke atau apa-apa dalam bilik tu. Dorang pun duduk kat bawah, bersila macam separuh bulatan sambil mengadap juadah hari Raya.
S ni sebab dia tak berapa paham loghat daerah, so dia ni duk diam aje la sambil perati keadaan sekeliling. Entah macam mana, dia terpandang ke arah bilik tu, dia nampak macam ada orang duduk atas katil. Dia ni dah start terpikir macam-macam. Tapi dia buat tak reti aje. Makcik N ni pulak, tiba-tiba bangun, masuk ke dalam bilik, ambik apa benda entah, terus diselaknya langsir bilik tu. Jadi memang nampak clearlah kedudukan katil ,almari dan sebagainya. Yang herannya, bila makcik N ni masuk bilik, kelibat orang tu, S dah tak nampak lagi. Jadi dia buat bodoh aje la kan. Mungkin perasaan dia sendiri.
Tapi S ni jenis takde insurance jugak. Cakap main lepas aje kadang-kadang. Dalam dia dok pandang-pandang sekeliling tu, dia ternampak bayangan orang tu lagi atas katil. Dia sudah hangin, tak pasal-pasal dalam hati dia, dia pegi cabar pulak – lebih kurang macam berkata dalam hati – kalau nak sangat, tunjuk la betul-betul. |
|
|
|
|
|
|
|
uiks..dh stop dh citarrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
mana sambungannya nie?? penat aku mengular kat office nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
laaaaaaaaaaaaaa...awat chek stop......dah la dkt nak balik nie....kt umah takde tenet dik...aduhhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry kengkawan.. tak sempat nak update cerita ni.. dari tadi meeting aje lah.. ngan macam macam orang.. sabar ya.. esok upload sambungannya ok! |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhu...sabar...sabar....
esk smbung cepat2 ye duquesne |
|
|
|
|
|
|
|
semakin menarik benang ni..
cara duquesne citer memang boleh buat buku..
bolehlah bagi tajuk macam kisah misteri dari duquesne..ok tak?.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tak sabar tunggu kisah S dgn N.. harap2 tuan rumah dapat sambung hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
lom ada update ker |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kawan lama aku - part 4
Kannnnn… lepas dia cakap macam tu, terus jelas depan mata dia makhluk tu. Makhluk tu, lebih kurang macam rupa makcik N, tapi berbaju putih lusuh dan rabak, rambutnya lebih panjang, matanya merah, memandang tajam ke arah dia. Lepas tu dia cerita kat aku, dia tak ingat apa-apa dah. The next thing dia tau, dia sedar, keluarga angkat dia cemas, dia masa tu dah ada balik kat rumah atuk N. N cerita kat dia, petang tu tiba-tiba S ni macam kena sawan, pengsan kat situ sambil mata ke atas, nampak mata putih banyak sambil mulut macam berbuih-buih. Makcik N kelam kabut dan nasihatkan dorang balik time tu jugak. Tu yang dorang cepat-cepat blah. Ayah N tanya S, apa yang dia nampak atau apa yang dia rasa masa tu, tapi S macam tak dapat nak bercakap. Dia diam aje macam mulutnya dikunci.
Malam tu, ayah angkat S ni bawak la S berubat. Mana la tau kan..barulah S dapat ceritakan semuanya. Apa lagi? Berjela-jela S kena marah dengan ayah angkat dia. S diam aje sebab dia tau dia yang bersalah. Dia dah mintak maaf dengan semua orang. Dan dia pun dimaafkanlah tapi ayah N tau, perkara tu takkan habis kat situ aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kawan lama aku - part 5
Malam tu, S tak nyenyak tidur. Bayangan makhluk tu tetap macam dia ternampak di mana-mana. Kira malam tu dia tak tido langsung. Perkara ni berlaku sepanjang dia duduk kat kampung N tu. Bila malam je dia tak boleh tido, dia terasa macam makhluk tu datang carik dia balik. Ayah N ambik keputusan balik ke KL.
Sampai kat KL, ayah N nasihat S duduk kat rumah dorang aje. Jangan balik kat rumah sendiri dulu. S ikut aje. Masa ni mata S dah lebam sebab dah berhari-hari tak tido. Family S pun dah dibagitau pasal keadaan S. Ayah N dah pesan kat ibubapa S jangan marah S tu lagi sebab takut nanti jadi makin teruk. Yang dah berlaku, dah pun berlaku. Masa tu Cuma ikhtiar nak pulihkan S semula. S ni pulak makin lama makin lemah. Dah kurus dah dia. Muka cengkung.
Masa ni dah 2 minggu lebih since dia balik semula ke KL lepas Raya tu. Macam-macam usaha ayah N ngan ayah S lakukan, tapi S ni macam dah kena insomnia. S tak boleh tido, kalau dia tido, mesti makhluk tu datang pada dia, kacau dia dalam mimpi atau dalam cara apa sekalipun. Kalau S makan, dia nampak benda yang menggelikan dalam pinggan dia sedangkan itu adalah makanan yang real punya. Kalau dia tengok cermin, mesti dia nampak makhluk tu dalam cermin. Pendek kata, memang hidup S dah lintang-pukang dah masa tu. Bila dia cuba mengaji atau beribadat, dia akan rasa panas dan tak tenteram. Sudahnya dia akan duduk termenung macam orang kebingungan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kawan lama aku - part 6
Atas nasihat seorang kawan ayah N, dorang bawak la S pegi berubat kat seorang perawat ni. Lama jugak la berulang nak merawat S ni. Lepas beberapa minggu tu, nampak la perubahannya. S dah boleh tido, seleranya datang semula. Tapi S tak cerita apa berlaku masa dia berubat dengan perawat tu. Kedua-dua keluarga happy la semula sebab S dah mula pulih.
S ni pun dah cuti lama sangat kan. So dia pun nak masuk kerja la semula. Semua orang setuju tapi dengan syarat, S kena duduk kat rumah N sebab keluarga angkat dia masih nak monitor N ni. Ibubapa S pulak duduk kat kampung, tak boleh nak tinggalkan kampung lama-lama kan. S pun ikutkan ajelah. Masa tu dia dah rasa macam penat sangat dan tak rasa nak balik rumah dia sendiri (S ni kongsi rumah dia tu dengan kawan-kawan dia).
Suatu pagi tu, S ni nak pergi keja macam biasa. Lepas bersalam tu, dia pun keluar la. Masa dia nak bukak pintu grill depan, dia ternampak makhluk tu, macam dulu jugak, tengah tersengih kat dia (korang boleh imagine la apa yang S ni nampak bila makhluk ni tersengih dengan taring bagai), sambil duduk kat buaian tepi porch rumah N tu. S pengsan lagi tak ingat apa-apa. Kelam kabut la keluarga N ni. Jadi episod lama berulang semula. Sekali lagi ibubapa S datang dari kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kawan lama aku - final part
Atas nasihat perawat yang sama, S dicadangkan supaya tidak lagi berhubung dengan N atau keluarga dia sebab selagi dia bersama keluarga N, selagi itulah dia akan lebih senang diganggu kerana makhluk itu tadi adalah belaan makcik N. Semua orang serba-salah masa tu. Dah kira kes, kalau diluah mati emak, ditelan mati bapak – lebih kurang macam tulah. Ayah N berbincang panjang dengan S. Dia suruh S berfikir semasak-masaknya demi untuk kebaikan semua.
S, dengan nasihat keluarga sendiri, buat keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan N dan keluarganya. Memang semua orang sedih sangat masa tu, tapi semua orang tau itu untuk kebaikan S sendiri. Itulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #139 duquesne's post
Makcik tu buat donno je ke duquesne .. masa S menghadapi semua ni ..tak de apa2 tindakan ke dari tuan punya belaan tu...tak tanya knape ikut dan ganggu S mcm tu sekali ..
Kesiannya S ..hanya kerana satu ayat hidup die kucar kacir...
TApi makcik tu tak bertanggung jawab betul.. lepas tangan mcm tu je sedangkan punca dari belaan die..
Thanks for sharing..
[ Last edited by ea208964 at 27-5-2009 16:28 ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|