|
Reply 120# shania88
YbDr CheRosli CheMat |
|
|
|
|
|
|
|
album Sahara Yaacob baru re-release tahun lepas, tajuk The Essential, rakaman tahun 1986.
ni cerita/gambar tahun lepas...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik aku dulu cukup suka dgn Sahara ni..Dia cakap performance dia cukup best...! Soal cerita peribadi dia tak ambik pot..
Kata nya lagi sampai skrg tak ada penyanyi yg boleh ganti Sahara dlm Blues... |
|
|
|
|
|
|
|
album Sahara Yaacob baru re-release tahun lepas, tajuk The Essential, rakaman tahun 1986.
ni cerita ...
khys Post at 5-4-2011 01:07
nampak muda!! |
|
|
|
|
|
|
|
mana karyawan or seniman
pegi lah hulur bantuan pada sahara |
|
|
|
|
|
|
|
konon2 nya tina turner malaysia la.... |
|
|
|
|
|
|
|
manakah dia ni? dia femes masa aku kecik2 dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
siannay... masa muda2 dulu femes sangat kan... tp bila dah tua... sian sgt.... |
|
|
|
|
|
|
|
bettyboops posted on 15-6-2009 04:45 PM
kawan i punya auntie dia ni.. my fren citer dulu lifestyle dia memang western.. kat rumah ada cabine ...
Apa kehenya dah berkelubung gitu masih buat private party siap liquor bagai.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mokcik sarah ni saing2 wohnen,shima ngan ella masa tu.. Cuma ai lebih minat dgn wohnen. Ai dengar wohnen skrg dah jadi minahpet tegar.. Ai suka suara wohnen, serak2 basah gitu |
|
|
|
|
|
|
|
aik bebaru ni pon ada benang pasal sahara yaacob ni kan @maxim |
|
|
|
|
|
|
|
Apa cer makcik sahara ni ada sapa2 beli bh harini tak? Tengok kat fb ada yg tulis pasal dia skrg hidup sorang diri dlm stor... Nak bukak bh online takleh... Nak gak tau knp sampai dok dlm stor.. Katanya ex laki dia dr nordin kayaraya beli kelab itali tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nah, akak ambil dari malaysia today
http://www.freemalaysiatoday.com ... -new-lease-on-life/
Sahara Yaacob gets new lease on life
FMT Reporters
| July 4, 2016
Singer popular for her "wild" image back in the 80s', has fallen on hard times, living in a storeroom for the past two years.
PETALING JAYA: Sahara Yaacob, who was known in the 1980s as Malaysia’s Tina Turner, has got a new lease on life after a news report about her hardship caught the public’s attention. The 60-year-old, whose real name is Zaharah Mohd Yaacob, was reported in Berita Harian’s Sunday edition BH Ahad, as living alone in dire conditions in the storeroom of her late sister’s house in Hulu Langat, Selangor. The report captured the attention of many local music fans, who have since come to offer assistance to the singer, famous for her “Sahara Blues” number. Several promoters have also offered her a chance to sing again, said the Berita Harian report today. “After the report came out on Sunday, my Facebook was flooded with hundreds of messages from fans who offered sympathy, as well as support and assistance.
“I did not know so many people loved me and wanted to see me sing again,” she was quoted as saying. “I need money to live. I’m not willing to burden my relatives anymore, as they are also not wealthy people. “Even then, they have been supporting me all this while. If I get the chance to sing again, I can look after myself,” she was quoted as saying. Sahara, who was known for her bold image and wild frizzy hairstyle at the peak of her career, has been married and divorced five times. She left the music industry in 2000. After divorcing her fifth husband two years ago, she began living out of a storeroom, and has gone for days without food.
|
|
|
|
|
|
|
|
dan dari BHOnline
Sahara dedah kisah duka
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed [email protected]
SAHARA Yaacob popular pada era 1980-an ini pernah digelar Tina Turner Malaysia. -
PENYANYI yang cukup panas dan sering menimbulkan kontroversi pada era 1980-an ini pernah digelar Tina Turner Malaysia. Sahara Yaacob atau nama sebenarnya, Zaharah Mohd Yaacob sentiasa tampil 'berani mati' dengan imej seksi dan berahi hingga mendapat jolokan simbol seks. Persembahannya sering kali penuh 'kejutan', membuatkan peminat setia tidak hampa dan kecewa menggadaikan masa serta wang ringgit untuk menonton aksinya di pentas. Penyanyi bertubuh montok itu pernah menggegarkan industri hiburan dengan insiden kontroversi menyertai sebuah pergerakan yang diharamkan pada tahun 1983 selain cedera parah akibat ditetak seorang ahli perniagaan di kawasan hutan Gombak, Kuala Lumpur pada tahun 1992.
Kontroversi demi kontroversi yang dicipta penyanyi Sahara Blues itu membuatkan peminat tidak pernah melupainya, meskipun sudah hampir dua dekad Sahara menghilangkan diri. Menjejaki penyanyi bersuara serak basah itu juga bukan mudah. Sebelum ini, Sahara sering menolak ajakan wartawan untuk ditemubual. Terlalu banyak kisah duka yang disimpul rapi di hatinya. Mungkin ia rezeki apabila Sahara menerima pelawaan BH Ahad untuk menemubualnya secara eksklusif. Pertemuan diatur dalam tempoh yang singkat. Bertentang mata dengannya, wajah Sahara tidak banyak berubah. Masih cantik dan bertubuh montok, cuma bezanya Sahara, 60, kini sudah bertudung.
Tiada siapa mengetahui penderitaan yang ditanggungnya. Sahara yang dulu memandu kereta sports, tinggal di kediaman mewah dan bergaya dengan barangan jenama, namun semua itu tinggal menjadi kenangan. Sahara kini hidup dalam kesempitan dan ada ketika, hanya menjamah roti untuk mengalas perut. Belas ihsan anak saudara Sebak ketika bercerita mengenai ranjau hidupnya yang penuh duri, Sahara berkata, dirinya kini tinggal bersendirian dalam stor di rumah arwah kakaknya yang dibina sejak 30 tahun lalu.
Di situ, Sahara akan tidur, makan, memasak dan beribadat sejak dua tahun lalu. "Hidup saya hanya mengharapkan belas ihsan anak-anak saudara, bagaimanapun mereka bukan orang senang. Ada antara mereka hanya berniaga nasi lemak. Apabila tiada makanan, saya akan ke rumah mereka. Jika malu kerana sudah terlalu kerap meminta makanan, saya terpaksa berlapar atau makan roti. "Sudah dua tahun saya 'bertapa' di bilik stor ini. Tiada siapa yang datang menziarahi, melainkan ahli keluarga dan teman rapat. Kalau saya mati di situ, mungkin orang tidak tahu," katanya. Sahara berkata, stor itu dibina pada tahun 1985 selepas dirinya berpisah dengan suami keempat.
Ketika itu, Sahara tidak mempunyai tempat untuk berteduh. "Rumah arwah kakak saya bukan besar sangat, jadi saya bina stor ini sebagai tempat berteduh dan menyimpan barangan. Tidak lama selepas itu, saya berkahwin dengan suami kelima dan berhijrah ke Mesir selama lima tahun. Bagaimanapun, bahtera rumah tangga saya yang kelima ini juga runtuh di tengah jalan. "Saya hanya sempat mengecapi kebahagiaan selama 13 tahun. Saya kembali tinggal di bilik stor ini selepas bercerai dengan suami kelima, dua tahun lalu," katanya yang kembali terbuka hati menyanyi untuk mencari sesuap rezeki. SAHARA Yaacob atau nama sebenarnya, Zaharah Mohd Yaacob. -
Meratap mengenang nasib Sahara berkahwin kali pertama dengan seorang lelaki Inggeris, Allahyarham Kassim Weheat pada usia 15 tahun. Kassim ketika itu berusia 69 tahun. Mereka bercerai selepas 16 tahun bersama disebabkan arwah sudah tua. Hubungan mereka bagaimanapun, tetap akrab apabila arwah masih menjaganya seperti seorang bapa. Selepas itu, Sahara pernah empat kali mendirikan rumah tangga namun semuanya berakhir dengan perpisahan. "Saya selalu meratap mengenangkan nasib dalam perkahwinan. Saya hanya mahu menumpang kasih sayang, tetapi kebanyakannya bala yang saya terima. Hanya perkahwinan pertama saya membahagiakan. Walaupun berkahwin dengan lelaki tua ketika berusia 15 tahun, tetapi arwah tulus dan ikhlas menyintai saya. "Arwah terpaksa menceraikan saya kerana tidak mahu batin saya terseksa.
Arwah juga beriya-iya menguruskan perkahwinan kedua dan ketiga saya. Bagaimanapun, arwah kecewa apabila hidup saya disia-siakan. Arwah meninggal dunia akibat lumpuh pada usia 90 tahun. "Apa yang saya lalui memberikan tekanan kepadanya, terutama ketika perkahwinan ketiga saya. Saya menjadi isteri kedua kepada Dr Nordin. Malangnya, saya seperti dipergunakan, malah digelar bekas pemimpin tertinggi pergerakan itu sebagai 'jeneral iblis' kerana mendedahkan kepincangan mereka. "Saya tidak pernah menyertai kumpulan pergerakan itu, sebaliknya hanya mengikut suami. Kediaman yang arwah Kassim sediakan untuk saya dijadikan tempat mereka berkumpul. Selama lapan bulan saya bersabar dengan kerenah mereka. Niat saya dan arwah ingin mendalami agama Islam, sebaliknya kami dipergunakan. "Ada antara mereka tinggal di rumah saya. Makan dan minum semuanya saya tanggung dan keluarkan duit sendiri," katanya.
Hilang arah bekas suami meninggal - Sahara berkata, paling menyayat hatinya apabila ada di antara mereka yang menggelar Kassim sebagai kafir sedangkan arwah beriya-iya mahu mendalami agama Islam. "Saya malu. Beginikah sikap orang Islam yang kononnya kuat agama dan menggelarkan diri ustaz? Saya tidak tahan lalu menghalau mereka dari rumah. Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena kepada kumpulan itu. Alhamdulillah, sepuluh tahun selepas itu, ajaran kumpulan itu terbukti sesat," katanya. Sahara berkata, dirinya bagaikan hilang arah apabila Kassim meninggal dunia. "Saya berasa terlalu kehilangan, malah bersedih agak lama kerana tiada lagi insan yang mengambil berat dan menyayangi saya sama seperti dirinya. Arwah tidak pernah meninggalkan saya walaupun kami bercerai. Arwah sentiasa berada di sisi saya ketika susah senang. "Arwah meninggal dunia atas pangkuan saya. Saya sempat mengajarnya mengucap. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, saya mimpi rohnya keluar daripada jasad. Tidak sangka, mimpi saya itu memberi petanda orang yang saya kasihi akan meninggalkan saya selama-lamanya," katanya sambil berjuraian air mata.
INFO Sahara berkahwin buat kali kedua dengan Nazri Tun Abdul Rahman Hashim ketika berusia 21 tahun. Perkahwinan itu, bagaimanapun hanya bertahan selama tiga tahun kerana Nazri inginkan zuriat.
Sahara seterusnya berkahwin dengan Dr Nordin Ahmad. Usia perkahwinan mereka hanya kekal selama lapan bulan kerana Sahara berasa dirinya diperguna dan dianiaya.
Sahara berkahwin buat kali keempat dengan pengurusnya, Ghazlan Sheikh Mahmud. Pasangan itu bagaimanapun, bercerai setahun kemudian kerana Sahara tidak tahan dengan tabiat buruk dan pelik bekas suaminya itu.
Pertemuan dengan jejaka Arab, Hosam Mohamed yang 20 tahun lebih muda daripadanya membawanya ke jenjang pelamin. Malangnya, perkahwinan kelimanya juga gagal apabila Hosam didakwa menjalinkan hubungan dengan kawan baiknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by oni313 at 4-7-2016 07:25 PM
iras2 arwah azean irdawaty pulak dlm pic ni
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 replied at 4-7-2016 06:54 PM
nah, akak ambil dari malaysia today
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/07/04 ...
Temkiu ahkak....
melarat sampai tak cukup makan... tak perlu la nyanyi balik kot dah usia bonus... tapi kalo nak gak leh masuk gegarvaganza.. |
|
|
|
|
|
|
|
akak notice ada satu lagi thread sahara ni, leh la sambung kat sini pasal thread ni yg first2 bukak, merge kan aje lah....
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 replied at 4-7-2016 07:23 PM
akak notice ada satu lagi thread sahara ni, leh la sambung kat sini pasal thread ni yg first2 buka ...
Ye la baru nampak ada 2 tred... tadi cari tak jumpa tu pasal upkan tred zaman sbelum masehi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dia nyanyi lagu tema THR...
Perghhh classy biatch sgt suara makcik ni...
Very international
|
|
|
|
|
|
|
| |
|