CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

Cinta Itu Membunuhnya.

[Copy link]
Post time 5-8-2009 11:53 AM | Show all posts
119# fieza1510

samala....mmng sengal la laki mcm zikri tu.....


agak2 anaknye ngn mila tu mati kot nanti tmasuk ngn mila
skali sbb kan diorg  x sihat demam......kena H1N1 tu  kot...
juliet80 Post at 5-8-2009 10:56




kejamnya ko fieza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 11:54 AM | Show all posts
alamak silap...kejamnya ko juliet
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 08:07 PM | Show all posts
smbg lagi k....
teruknya laki mcm tu....nsb baik ler bini xleh ceraikn laki
klu x mahu aku srh ija ceraikn laki dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2009 10:54 PM | Show all posts
Zikri mengangkat tangan bersedia menampar Ija tapi sempat ditahan oleh Uteh Som yang baru pulang dari masjid menunaikan solat asar berjamaah. Berita Zikri mengamuk diberitahu oleh Zila yang tergopoh gapah mencarinya di masjdi. Bersenyap-senyap dia balik takut di ketahui jiran tetangga, nanti kecoh pula jadinya. Zila sempat memberitahunya Zikri bergaduh dengan Amir. Lebam hujung mata kiri Amir dibelasah Zikri.


’’Mengucap Zikri, sedar sikit Ija ni dalam pantang! Jahitan diperutnya ni masih lagi tak kuat,’’ Uteh Som memeluk Ija yang sedang menangis teresak-esak. Muhammad dalam pelukannya diambil oleh Zila, takut pula dia terjadi apa-apa kepada Muhammad.

’’Uteh pun bersubahat sama! Harapkan pagar, pagar makan padi!’’

’’Bersubahat apa ni, Zikri... cubalah bawak bertenang... duduk, bercakap macam orang dewasa yang ada pelajaran,’’ Uteh Som cuba menenangkan keadaan sambil tangan kanannya menggosok-gosok belakang Ija.

’’Ija beranak anak sapa ni? Cakap, anak siapa?!!’’ keras suara Zikri menunding jari ke arah Muhammad yang dipangkuan Zila.

’’Astaghfirullahal azim..... tergamak kamu tidak mempercayai isteri sendiri Zikri... anak kamulah, anak siapa lagi? Apa sudah jadi dengan kamu ni Zikri?’’


Amir mengeleng kepala melihat perlakuan Zikri, sanggup berkata demikian. Dan Zila pula jikalah tidak dia fikirkan Muhammad, mahu saja dia menempelak Zikri, menghitung semua kesalahan-kesalahan Zikri yang selama ini mengabaikan Ija.


’’Bukan anak si jantan tuh?''  keras suara Zikri menunding jarinya pula ke arah Amir. Dadanya berkobar-kobar dengan amarah. Sudahlah tidak diberitakan dengan kelahiran Muhammad,  Amir pula dirasakan mengambil kesempatan dengan ketiadaannya di sisi Ija. Dia cemburu sekali bila mendengar Amir yang menyambut kelahiran Muhammad, mengazankannya dan mendaftarkan nama anaknya Muhammad! Dia memberitahu Ija untuk meletakkan nama anaknya Kamil, tapi Ija membantah kerana sudah didaftarkan dengan nama Muhammad. Dia ni apa? Tunggul kah? Dia benar-benar terasa diketepikan Ija. Dia juga mengesyaki Ija ada hubungan cinta dengan Amir. Tidak syak lagi! Amarahnya kian meruap.


’’Aku masih waras Zikri, masih takut kepada Tuhan untuk melakukan dosa-dosa terkutuk. Aku akui aku sayangkan Ija. Sejak kecil kami membesar bersama, aku sudah faham sedih dan riang Ija dan aku sama sekali tidak akan sanggup melihat Ija derita seperti apa yang telah kau lakukan kepadanya. Dia sangat naif dan dengan itu mudah kau mempedayakannya. Saat kau dilamun cinta dan mahu bernikah lagi bermacam janji............’’


’’Diam kau bangsat..!’’ Zikri hampir sekali lagi menumbuk Amir tapi Ija berlari memeluk kakinya, menarik sekuat hati kaki Zikri dari melangkah menghampiri Amir. Sehingga terasa sakit yang amat sangat dibahagian perutnya akibat tendangan tidak sengaja dari Zikri. Uteh Som menjerit memohon simpati dari Zikri dan menarik Ija ke pangkuannya semula.


’’Sudahlah Zikri, mengucap panjang nak... marilah kita duduk berbincang elok-elok. Sungguh tidak manis berkelakuan begini,’’ rayu Uteh Som dan terkejut melihat Ija yang mengerang kesakitan. Dalam keadaan Ija masih baru dalam pantang dia tidak menyangka Zikri sanggup menyakiti Ija.


Amir memberi isyarat kepada Zila supaya memberi Muhammad kepadanya dan membantu emaknya memapah Ija ke katilnya. Dia risau Ija mengalami pendarahan tapi dia tidak boleh menghampiri Ija kelak kena tendangan maut Zikri pula. Zikri masih mundar mandir dengan amarahnya yang masih memuncak.


Tanpa mempedulikan sesiapa, Zikri mengarahkan Ija bersiap untuk pulang ke KL. Uteh Som terkejut termasuk Zila dan Amir. Uteh Som merayu Zikri agar Ija tinggal dua minggu lagi di kampung supaya Ija benar-benar sihat. Zikri membantah dan menengking Ija cakap siapa yang wajib Ija dengari?


Ija akur. Dalam menahan sakit dan lemah, dia mengemaskan dirinya, dibantu Zila dan Uteh Som menyiapkan semua keperluan Muhammad. Zila menyumpah-nyumpah Zikri yang dirasakannya tidak berhati perut. Zikri menunggu Ija di dalam kereta buat meredakan marahnya yang masih membara. Dia tidak ingin memandang Amir yang dirasakan semakin membuat dadanya berombak dengan kemarahan. Namun dia berfikir dengan tiada kepastian siapa akan menjaga Ija di KL nanti sedangkan dia terpaksa berulang alik ke hospital menjenguk anaknya yang masih di wad kerana diserang sawan. Meninggalkan Ija di kampung adalah tidak mungkin kini. Dia tidak mahu Amir mengambil kesempatan ke atas Ija sepanjang ketiadaannya. Dia benar-benar cemburu dan sakit hati kini!


Uteh Som menangis tersedu-sedu memeluk Ija dan mencium Muhammad bertalu-talu. Dia meletakkan wang lima puluh ringgit di atas dada Muhammad seraya berkata; ’’Buat beli baju raya Muhammad. Muhammad tinggal baik-baik sama mama, jangan menangis ye, kesian mama...’’ pipi Muhammad dikucupnya beberapa kali. Zila memegang bahu Uteh Som, menenangkan orang tua yang sudah melebihi setengah abad itu.
Amir memandang di kejauhan, kesal dengan Zikri, kesihan kepada Ija. Dia berdoa Ija tidak diapa-apakan Zikri di sepanjang perjalanan nanti.


Di dalam kereta Zikri masih tidak berpuashati, ’’Anak siapa? Jawab betul-betul,’’ Zikri meletuskan kembali persoalan yang masih menghantui benaknya. Perasaan curiga dan sakit hatinya kepada Ija masih membuak-buak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 11:11 PM | Show all posts
zikri oo zikri..perangai buruk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 12:11 AM | Show all posts
geramny dengan zikri. gila agaknya..........

hehehe..........terkesan dengan penulis yg berjaya membangkitkan pelbagai rasa pembaca. tahniah bintang.. tak sabar nk baca seterusnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2009 07:45 AM | Show all posts
aah.., geram betul ngan si zikri tue....,
sambung lagi...,
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 08:23 AM | Show all posts
makin benci pulak aku pada zikri nie...elok di tembak aje lelaki mcm nie..:@:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 08:55 AM | Show all posts
benci betul aku dengan zikri..:@
bodoh..cemburu xbertempat..
xsedar selama ni dah byk abaikan tanggungjawab dia..
orang cmne xyah wat laki..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 09:44 AM | Show all posts
ya allah... geram nye aku ngan zikri...:@
ditendangnye plak perut ija tu...
bodoh, bangang...
zikriiii...... mampus kau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 10:30 AM | Show all posts
’’Kalau abang sudah tak percayakan Ija, dan tidak mengakui ini anak abang, berhentikan kereta dan tinggalkan saja Ija di sini. Biar Ija mati saja di sini, tak ada siapa pun peduli. Biar abang puas.’’

‘’jawab yang aku tanya!” Zikri mengherdik, pedal minyak ditekannya kereta proton wajanya meluncur kian laju.

‘’Pandang mata Ija. Kalau abang merasakan Ija ni isteri yang jahat, tinggalkan Ija. Tak ada guna abang menyimpannya!’’ Ija melawan. Sedih hatinya tidak terkata. Menuduh dirinya seorang isteri yang curang adalah terlalu menyakitkan. Terasa dadanya dikelar dan disiyat.  Jika tidak kerana sedikit iman yang masih menebal mahu dia membuka pintu kereta dan terjun bersama Muhammad biar riwayatnya tamat di sini. Tapi kematian bukanlah sesuatu yang mudah dan penceritaannya tamat di situ sahaja. Kata seorang guru agama yang kuliahnya sering didengar pada setiap pagi minggu di masjid berdekatan flatnya; hidup yang sebenar bermula setelah kematian.

‘’Kenapa semuanya menjadi rahsia? Dari mula kau mengandung, sampai melahirkan ianya menjadi rahsia. Malah nama anak pun kau tidak merujuk kepada aku dahulu. Daftar kelahiran pun si jahanam tu yang lakukan.  Aku ni apa? Kalau kau kata bapa budak ni lah!’’ Zikri seperti sudah hilang pertimbangan bila sudah berbahasa aku, kau dengan Ija.  Amarahnya masih belum reda. Kebenciannya kepada Amir masih membara.


‘’Abang tidak pernah memberi kesempatan. Abang pulang mahu tidur, tidak ingin gangguan kerana abang penat. Abang tidak pernah mahu mengambil tahu pasal Ija, kerana yang di sana lebih memerlukan. Abang sering mengingatkan Ija supaya fahamkan abang. Perlu ke Ija mengadu sakit Ija sewaktu di awal mengandung sedangkan isteri abang di sana juga tenat? Mahu ke abang meninggalkan isteri abang di sana demi merawat Ija juga? Dan selepas abang tahu Ija mengandung pun, abang tidak pernah untuk membelai anak dalam kandungan Ija. Tidak pernah sekali pun menghantar Ija ke klinik, tidak turut bersama Ija membeli keperluan anak. Di sini abang sudah pun mengabaikan kami. Ija terlalu lama memendam semua ini....’’ Ija tidak sanggup meneruskannya lagi, tangisnya sudah tidak dapat dibendung lagi.


Zikri terdiam bila Muhammad turut menangis dan tangisan itu kian kuat. Muhammad diam bila saja Ija menyuakan susu kepadanya. Suasana di dalam kereta sunyi kembali yang kedengaran derunya sahaja.


Tiba di rumah, Ija berkata kepada Zikri setelah mendengar Zikri mengangkat talipon berkali-kali, kadang-kadang Zikri meninggikan suara dan kadang-kadang Zikri meletakkan talipon tanpa berkata apa-apa dan taliponnya berbunyi berkali-kali tidak diangkatnya. Ija dapat merasakan satu perasaan yang kuat bahawa isteri Zikrilah yang menelepon; ‘’abang... pulanglah ke rumah abang di sana, Ija tidak apa-apa bersama Muhammad,’’ dan dia menyambung lagi, penuh hemah, ‘’jangan risaukan kami.’’


Ija memberanikan diri berkata-kata lagi bila Zikri diam dalam masa yang sangat panjang, ‘’bolehkah kita berbincang dalam keadaan yang baik-baik?’’


Zikri menoleh, dan tanpa berkata duduk di sisinya dekat dengan Muhammad yang lena dalam balutan selimut. Zikri merenung wajah kecil itu, putih kulitnya menyerupai kulit Ija. Hidungnya sederhana mancung seperti hidung Ija, sesekali bila mukanya dimemekkan nampak lekuk lesung pipit di pipi kanannya. Benar-benar menyerupai Ija. Namun satu hal pada diri Muhammad, rambutnya hitam lebat menyerupai rambutnya.


‘’Demi abang, demi isteri abang juga demiIja dan Muhammad... demi kebahagian bersama, dan tentu abang tidak penat-penat lagi selepas ini. Isteri abang tidak lagi risaukan abang dan Ija tidak pedih lagi.....’’ Ija berhenti, ada sesuatu tersekat di kerongkongnya.


Zikri masih diam, memandang Ija menanti ayat seterusnya terpancul dari mulut yang berbibir merah itu, entah kenapa dia merasakan sudah sekian lama dia tidak merenung kecantikan isterinya itu.


‘’Kita berpisah saja....’’

‘’Supaya Ija boleh bersama Amir?’’ Kemarahannya muncul kembali. Dia kian merasa Ija punyai hubungan sulit dengan Amir. Prasangka yang cuba dibuangnya tidak dapat dilakukan.

‘’Abang janganlah menuduh. Untuk apa lagi Ija di sisi abang jika semuanya ini amat memenatkan?’’

‘’Mengakulah sajalah Ija, senang cerita. Jangan duk berbelit-belit buat ayat sedih!’’

Ija mendiamkan diri, dia sedar tidak ada gunanya dia membela diri jika Zikri masih mahu menuduhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 10:38 AM | Show all posts
zikri mmg bangang bin bodoh!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 10:56 AM | Show all posts
(((kau mmg betul2 buta lah zikri!)))
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 11:23 AM | Show all posts
sakitnya hati dengan zikri nie....:@:@...bintang,sambung lagik
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 11:42 AM | Show all posts
zikri ...... :@
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 11:59 AM | Show all posts
ya allah...x tau ler jenis manusia lg ni...dah ler bodoh sombong, ego lak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 12:18 PM | Show all posts
zikri nie men serbu ja....bodoh btoi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 12:33 PM | Show all posts
:@ bongok :@ bongok :@ bongok :@ bongok :@ bongok :@ bongok :@ bongok
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 02:24 PM | Show all posts
bodoh..sombong.....ego....buta ......bongok..sengal smua ade la kat zikri tu kann...!!!



:@:@    tak guna akal pkiran mcm tu la jadinya ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 03:18 PM | Show all posts
bengong...ego..
xde otak tuk berfikir..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055841 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list