|
Tamar Jalis manusia misteri-Bercakap dgn Jin
[Copy link]
|
|
Dulu masa San lepak kat Bincang.Net ada satu forummer ni, dia orang Kuala Kangsar. Dia kata dia kenal Tamar Jalis ni, and pada masa tu (lebih kurang tahun 2005 atau 2006) dia bagitau Tamar Jalis baru meninggal dunia. Masa tu sedih gak kot, membesar baca buku cerita dia. Tidak dapat dinafikan, walaupun genre seram, dia menulis jauh lebih bagus dari penulis2 yang ada sekarang. Al-Fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Santeira at 9-1-2011 16:10
Klik imej untuk besarkan:
|
|
|
|
|
|
|
|
Just nak inform..
WACANA SIRI BERCAKAP DENGAN JIN akan diadakan pada 20 Jun 2011... JUmpa di sane kalo ada antara kowang yg pegi..
Wacana Siri Bercakap Dengan Jin
Oleh ANI AWANG
[email protected]
IPOH 7 Jun - Wacana Siri Bercakap Dengan Jin akan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di sini pada 20 Jun ini pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Pengarah JKKN Perak, Abdul Mutalib Abdul Rahman berkata, wacana itu akan menampilkan sembilan tokoh penulis yang akan mengupas apa itu Siri Bercakap Dengan Jin sebagai karya kreatif Melayu tersohor dan memperkenalkan penulis Tamar Jalis yang sering menulis kisah tersebut.
Beliau berkata, mereka ialah Zabidin Ismail dari Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Perak), Dr. Shaharudin Shaari (Institut Pendidikan Guru (IPG) Ulu Kinta) dan Profesor Madya Dr. Talib Samat (Karyawan Perak).
Penulis, Mohd. Zamberi Malik, Profesor Madya Datuk Paduka Rosli Saludin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Bazrul Bahaman (UPSI), Dr. Mohd. Affndy Yusof dari Universiti Sains Malaysia (USM), Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad (Karyawan Perak) dan Mohamad Paris Arshad (Karyawan Perak).
Katanya, wacana berkenaan dipengerusikan oleh Suhaimi Ahmad dan Chai Loon Guan.
"Wacana ini untuk memberi ruang menjana perbincangan kreatif, kritis dan jujur.
"Ia sekali gus dapat memberikan kefahaman kepada khalayak akan intipati wacana itu supaya ia diterima oleh setiap golongan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Mutalib yakin wacana itu dapat merungkai misteri tersebut agar ia tidak menjadi satu tanda tanya oleh segelintir masyarakat.
Menurutnya, khalayak dijemput hadir dan masuk adalah percuma.
Kalo ada kesempatan terjumpa nan Tamar Jalis... Leh hajak dia masuk MPS.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, cerita Tamar Jalis dgn datuknya ni,ada ke part cerita latar belakang keluarga tamar? setakat yg baca dan ingat, datuk dia penah cakap dia jaga tamar sejak umur sebulan.so, tamar ni anak yatim piatu? atau parents dia keje kat kolumpo? dia ada adik beradik lain tak? nak sangat tahu.tolonglah jawab yerk otai2 semua.
thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun peminat buku SBDJ ni, tiap2 siri beli melainkan yg ujung2 sb mcm dah tak best..tp dah pindah randah, entah kemana buku tu pergi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat lagi masa budak-budak nak baca pun takut-takut sebab nanti bila selak helaian ada lukisan hantuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 126# ygarif
A,ah, aku pon rase yang siri awal2 lagik best sebab die banyak gune alat2. |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada nampak keratan berita mengenai kemunculan semula saudara Tamar Jalis dalam metro. dalam setempat mukasurat 19. nak tepek gambar tak pandai. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun ada baca dalam Kosmo arini, kompom la tu Tamar Jalis sebenar ye?umo rasa dah 70 gitu |
|
|
|
|
|
|
|
yup dia hidup lagi nampaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
ada link ke kat mana cite pasal TJ yg sebenar?? Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by maximus_01 at 22-6-2011 14:10
Ni link FB peminatnya Farid Frontier |
|
|
|
|
|
|
|
meh sini aku tepek kan citer terbaru tamar jalis eh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tamar Jalis tamatkan ‘persembunyian’
•Khas •Sastera •2011-06-28 10:40 •Click: 97 •Disediakan oleh Berita Harian
PENULIS karya kreatif seram popular, Tamar Jalis kali pertama memperkenalkan diri selepas 30 tahun 'menyembunyikan' identitinya daripada pengetahuan jutaan peminat karya seram, Siri Bercakap Dengan Jin (SBJD).
“Secara peribadi saya tidak mahu dikenali ramai kerana tujuan sebenar saya menulis siri itu untuk dihayati oleh pembaca dan bukan untuk meraih publisiti daripada peminat, tetapi seorang rakan memujuk memandangkan karya saya sudah diiktiraf sebagai khazanah. "Lagipun, wacana ini diadakan di negeri kelahiran saya dan terpanggil untuk mengikutinya. Saya sendiri terkejut dan teruja selepas melihat ramai peminat SBDJ hadir memberi sokongan pada wacana ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Wacana SBDJ - Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor', di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, di Ipoh, baru-baru ini. Majlis berkenaan disempurnakan, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin serta turut dihadiri isteri Mohamad Radzi, Maznah Mohd Isa, 63.
Beliau yang nama sebenarnya, Mohamad Radzi@Ahmad Mahmud, 73, berasal dari Beruas mengakui sebelum ini ramai yang memujuknya memperkenalkan diri sebagai Tamar Jalis, tetapi enggan berbuat demikian.
Sebanyak 284 siri SBDJ disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group sepanjang 23 tahun enam bulan, bermula April 1981 hingga Januari 2005 dan digarap dalam bentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya, Kulup Muhamad Diah@Long Mat Piah.
Percetakan semula siri itu bakal dikeluarkan pada September ini dengan 50,000 naskhah dicetak sebagai permulaan, selain bakal muncul dalam versi Bahasa Inggeris tahun depan untuk pasaran luar negara.
Beliau berkata, karya SBDJ itu bukan digarap sembarangan, sebaliknya 60 peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja.
Selain dikenali sebagai penulis siri seram terkenal, beliau turut mengakui menjadi buruan pembaca kerana menyangkakan dirinya sebagai seorang pengamal perubatan tradisional.
"Ramai yang ingin mengenali Tamar Jalis kerana inginkan 'sesuatu' atau berubat dengan saya. Namun, hakikatnya saya bukan seorang pengamal perubatan tradisional seperti disangka ramai," katanya.
Zainol Fadzi ketika menutup wacana terbabit mengingatkan khalayak bahawa Kerajaan Negeri Perak menghargai program anjuran Persatuan Karyawan Perak bersama JKKN kerana ia satu daripada usaha untuk memartabatkan karya Melayu khususnya yang ditulis anak Perak.
"SBDJ berjaya mencipta rekod tersendiri di Malaysia apabila diangkat sebagai karya bersiri paling panjang dan paling lama bertahan di negara ini. Ia sewajarnya diangkat sebagai khazanah berharga di Perak.
"Siri itu bukan semata-mata menonjolkan penulisan seram, tetapi turut menyuntik nilai positif mengenai hubungan kekeluargaan, kerohanian, kehidupan budaya Melayu terutama masyarakat di Perak, malah menitik beratkan aspek keagamaan," katanya.
Antara pembentang wacana ialah Ketua Jabatan Kesusasteraan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Rosli Saludin; Pensyarah Kesusasteraan UPSI, Prof Madya Dr Talib Samat dan Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Afandy Yusof |
|
|
|
|
|
|
|
mak aku dulu2 ada simpan buku SBDJ nih..tp skrg x tau mana hilang..
suka baca hasil tulisan dia..bnyak pengalaman hidup dia kan..
gmbar2 dlm buku tuh mmg x sanggup nk tgk lelama..
antara salah 1 yg aku ingat smpai skrg, "malam2 jgn jerit kuat panggil nama sesorang, kang ada yg menyahut.." |
|
|
|
|
|
|
|
wah akhirnya
dapat lihat juga muka penulis yg popular nih
ai membesar dgn baca buku2 dia..my pakcik yg beli..pehtu ai buat harta
hihi..
bila baca buku dia..bila dia sebut psl atuknya..kt kepala terbayang atuk kita je..mcm kita lak jd watak utama dlm buku tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu aku nak ucapkan kegembiraan aku kerana dapat menatap & mengetahui Tamar Jalis yg sebenarnya kerana aku begitu minat dgn kisah2 dlm SBDJ yg sebenarnya aku sedang mengumpul siri ini dlm bentuk doc & pada hari ini aku sempat mengumpul dari siri 68 - 230.
Sebenarnya aku amat bimbang tidak berkesmpaian utk mengumpul siri ini sehingga tajuk yg terakhir ttp alhamdulillah dgn kemunculan beliau & penerbitan semula SBDJ ini membuat hatiku menjadi lega. |
|
|
|
|
|
|
| |
|