CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

Bercinta Lagi 2 ? FINALE pag 98...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 23-2-2010 05:01 PM | Show all posts
Salam detox.

Rindunya kat Dira dan Nadim serta keletah anak2nya.
Lama gak Uda xtinggal jejak kat sini...... Tengok2 dah ada umah baru ya.
dah banyak pulak tu ketinggalan.
Kena marathon baca na ...
uda08_za Post at 23-2-2010 13:25


Salam Uda,

Nampaknya dah pindah rumah dah....tapi nadim n dira pun kadang lepak kat subang, bila cuti lepak kat rumah tepi tasik...
hihihihi...
anywayt tq sbb still follow cerita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2010 05:02 PM | Show all posts
kann...comey sesangat, dah la panggil ketot. rasa macam sweet giler. tak pasal2 anak dara kecik i pun i paggil ketot la ni. sumer ni penangan si detox la
doubleeleven Post at 23-2-2010 13:35


your lil girl sure comey !
emm dia marah tak u panggil dia ketot...sian dia...
send hugs and kisses to your ketot from aunty detox !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 05:04 PM | Show all posts
Detox.... ada bakat dlm bidang masakan

Ada org dok cari2 sesiapa yang  berminat nak terbitkan buku2 resepi....
qimi08 Post at 23-2-2010 15:14


Emmm akak, masak untuk diri sendiri ok le...tapi nak publis recipe buku payah skit....
dia tak mo publish  novel ke ihihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 05:14 PM | Show all posts
haah kak...
besnya kalau cete D n family jadik buku.
x pk 2 kali nak beli...ada jek kat pasaran trus jek sambar...
mesti lunyai buku tuh...asyik dok ulang baca jek...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 05:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 23-2-2010 17:23

123# detox

Org tu memang publish novel selama ni cume nak melangkah setapak lagi dgn terbitan buku resepi dan hantaran...
Yg diminta berkenaan resepi and hantaran...

Klu detox nak cube apa salahnya cube resepi dulu lepas tu sbl menyelam sambil minum air (jgn air masin cukup )... dlm tu blh lah jeling2 pandang2 intai2 tgk peluang yg lain pule....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 05:28 PM | Show all posts
Lama tak jengah...dah ketinggalan byk rupanya...

Teringat lak zaman2 sekolah menengah dulu dok hostel...
Sebenarnya best dok hostel nih...macam2 pengalaman yg kita dapat...
walaupun hari pertama  ...
fidajeff Post at 23-2-2010 14:12


HI Fida

sebab you dah nangis2 kat hostel tu pasal anak tak lepas kan ihihihi
i dulu nak sangat gi sekolah asrama....tapi tak dapat , sampai tulis atas board SAYA NAK PERGI SEKOLAH ASMARA

ahahahahaha...sah2 kena perli ngan abang...gila gila....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2010 06:28 PM | Show all posts
Detox.. sambil duk bual2 santai ptg neh... masukkan la n3 skali ekk... sunyi la tak dgr riuh rendah kenakalan si imran n ijal tuh... ekkk detox
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 06:58 PM | Show all posts
YE...memang nak tempek la ni cik asyriqa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2010 07:00 PM | Show all posts
Part 8 (continue lagi.....emm)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami sampai di PD jam 5 petang. Hiway tidak jem dan pekan PD tidak sibuk, mungkin kerana sudah di penghujung cuti sekolah. Sebaik kaki melangkah ke lobi Rizal terus berlari-lari dan terlompat-lompat, seakan melepaskan lelah terpaksa duduk diam di dalam kereta selama lebih kurang sejam setengah. Imran diam saja malas melayan dia lebih suka berdiri di tepi Ensha sambil melihat budak ketot itu berleluasa. Mata aku sudah letih menjeling dia suruh diam, tanganku juga sudah tak tercapai lagi dari menarik dia, akhirnya aku biarkan saja. Nadim yang di kaunter menguruskan kemasukan kami menggeleng-geleng kepala.

Setelah mendapat kunci, kami bergerak ke Water Chalet. Hati aku terus jatuh cinta pada bilik itu. Bilik besar itu menempatkan 1 katil size king dan 1 katil size queen. Balkoni yang agak terlindung membuatkan ianya sedikit privasi. Rizal dan Imran juga sangat teruja dengan panel kaca di lantai yang membolehkan mereka melihat terus ke dalam laut. Ensha pula setelah meletakkan beg sandangnya di atas katil terus berdiri di balkoni membiarkan angin laut yang segar menyapa.

        “Babah, look here…” panggil Rizal, dia masih lagi bertinggung di tepi panel kaca, matanya bulat melihat riak air yang bergelora itu.
        “Nampak ikan ?”
        “Emm…tak...tak de…” dia melangut melihat Nadim.
        “Ada ikan ke Babah ?” tanya Imran, dia menonggeng dan mukanya hampir terkena panel kaca tersebut.
        “If you are lucky, you might see fish passing by..” Nadim mencangkung tepi Rizal.       
        “Emm…we are not lucky ….” Imran bersuara kesal. Nadim tersenyum kecil.
        “I know, we must sit here wait for fish.” Rizal terus duduk di tengah-tengah panel kaca tersebut membuatkan Imran marah.
        “Move it. I want to see…”
        “No…you go away…” tangan kecil itu menolak Imran dan dia jatuh terduduk.
        “Ok Boys….we are here to have fun, not fighting…” Nadim angkat Rizal yang tentunya meronta-ronta. “There are few panels you can view. Rizal tengok kat sana.” Dia mendukung Rizal ke satu lagi ruang.
        “I don’t want to see here. No fish.”
        “Sama saja, it’s the same sea…”

Dia tolak Nadim dan menjeling, terus berlari ke panel tadi.

        “You stupid go there.” Dia menarik bahu Imran.

Imran bangun dan mula hendak menolak Rizal. Aku yang memang pantang mendengar perkataan Stupid, terus bangun dari sofa dan menarik Rizal. Dia menangis sambil menendang-nendang kaki. Imran pula terus bangun dan mendapatkan Ensha. Nadim menggeleng kepala lantas membaling diri ke katil dan bersenang lenang menonton TV.

        “I don’t like Rizal.” Katanya kesal sambil duduk bersila di tepi Ensha.
        “Imran, you are the elder one, you should compromise.” Ensha menarik bahu Imran dan mendakap erat ke tepi badannya.
        “Ijal selalu jahat. Dia selalu nak menang. I always let him.” Dia mencebik dan memaling muka ke arah Ensha.

Air matanya mengalir perlahan. Ensha terus menarik Imran duduk di ribanya. Kepala gondol itu di cium perlahan.

        “Don’t cry. Boys don’t cry.” Bisik Ensha perlahan.
        “Imran tak suka Ijal. Mummy and Babah always on his side. They don’t love me.” Dia terus menjatuhkan mukanya ke dada Ensha dan menangis perlahan.
        “That’s not true, Mummy and Babah love us all the same.” Dia memujuk perlahan, tangannya mengelus lembut belakang Imran.
        “Kakak…. I heard Mummy said you going somewhere…” mukanya di angkat dan mata itu merenung Ensha.
        “Emm…kakak nak pergi Sekolah Asrama.”
        “Sekolah Asrama ? Apa ?”
        “Sekolah Asrama is where you stay there.”
        “You don’t come back after school ?”
Ensha menggeleng.
        “Then, who’s gonna read to me ?”
        “Babah.”

Imran diam.

        “I don’t want you to go. I love you. Tak mau la…Please Kakak. Nanti Imran sure miss Kakak..”

Dia memeluk Ensha erat-erat. Ensha diam, dia menelan air liur, hatinya sedih. Dia cium kepala Imran berkali-kali. Dia tambah serabut.

        “Don’t be sad. Kakak mesti balik during my holidays.”
        “But you are not around cam selalu…tak best la....”
        “Emm…eh come let’s go and check the swimming pool..”

Ensha tidak dapat menahan rasa sebak, dia menolak Imran supaya bangun dan dia lantas berdiri. Matanya dilepaskan sekejap pada laut yang biru dan hatinya seperti ombak yang sedang bergoyang-goyang.

        “Kita pegi dua, jangan ajak Ijal.” Dia bisik.

Ensha tergelak.

        “Kita pergi sama-sama la. Imran kan budak baik.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 07:08 PM | Show all posts
Imran senyum dan mengangguk. Ensha dan Imran masuk dan mendapati Rizal dan Mummy sedang duduk di sofa sambil Mummy membacakan buku dari salah satu siri Ladybird. Nadim pula sedang baring di atas katil menonton TV.

        “Ijal, you want to come with us ? Kita nak gi swimming pool.” Tanya Ensha, dia berdiri di tepi dan memegang tangan Imran.
        “With him ?”
        “Ya..all three of us.”
        “Don’t want.” Rizal menjelir lidah dan terus menyembamkan muka ke dadaku.
        “Ok, jom Imran, kita float in the pool.” Ensha geram dan terus masuk ke bilik air untuk menukar baju.
        “Pergilah,” aku tutup buku dan menarik Rizal dari melekap di badanku.

Nadim bangun dan duduk di katil memerhati Imran. Aku pula menarik keluar baju mandi mereka dan menyerahkan pada Imran. Dia terus menyarung baju mandi.

        “Jom Imran, Ensha, let’s plunge in the pool. If Rizal prefers to stay, let him stay.”

Imran terus berlari mendapatkan Nadim. Rizal tengok muka aku dan dia mencebik.

        “Jom Mummy….” Suaranya perlahan.
        “You go with Babah ok ?”

Dia menggeleng sedikit. Nadim tersenyum dan akhirnya mendapatkan kami, badan Rizal di tarik dan dia mendukung Rizal yang malu-malu kucing.

        “Let Mummy rest. OK ?”

Rizal angguk perlahan. “I don’t want to play in the pool. Kita pergi laut ye ?” bisik dia perlahan.

        “OK. Jom semua kita pergi laut.”

Nadim tunduk dan mencium aku, “Have a good rest. Malam nanti your turn !” bisikannya membuat aku tergelak kecil.

        “OK have fun !”

Aku bangun dan terus mendapatkan Imran, pipinya aku cium. Mataku melirik Nadim yang sedang menukar baju Rizal.

        “Jangan lama-lama dalam laut ok. Nanti Imran lelah.” Dia mengangguk sedikit.
        “Mummy jom la kita pergi laut.” Imran merenung aku, matanya mengharap dan aku terpaksa lupakan hasrat untuk bersenang-senang di dalam bilik itu sambil menyambung baca novel yang sudah terlalu lama tidak habis-habis.
        “Emm OK.”

Imran senyum dan meloncat gembira. Rizal terus mendapatkan Ensha yang sudah siap memakai full body swim suit dan berdiri di ruang masuk sambil asyik memerhati ke panel kaca. Aku pula terus memasukkan tuala ke dalam sling beg dan mencapai bungkusan makanan ringan serta sebotol air mineral.

        “See, if Mummy go, she brings her pantry…” Nadim berseloroh dan aku cubit lengan Nadim lalu menarik pintu.

Ensha ketawa dan dia bergandingan tangan dengan Imran di kiri dan Rizal di kanan berjalan mendahului kami.

        “Kata nak rest.” Nadim mencapai beg yang aku jinjing dan terus di selit ke bahunya, dia mengambil pula botol air mineral tadi dari tanganku.
        “Nak juga..tapi I don’t think you can handle the boys alone with Ensha..karang tenggelam anak I siapa nak jawab.”
        “Amboi !”
        “So malam ni, will be a share responsibilities…jangan nak jadi Raja eh…”

Aku mengenyet mata dan terus melilitkan tangan ke pinggangnya. Nadim hanya gelak terkekek.

        “You like the  water chalet ?”
        “Very much.”
        “Good. There’s unit where we can purchase…”
        “Interested ?” aku mendongak muka meneliti Nadim.
        “Quite…we can make some profit out of this too..”
        “By time sharing eh ?”

Nadim mengangguk.

        “Balik KL I call the agent.”
        “You serious ?”
        “Don’t I ?”

Aku menggeleng kepala dan terus berjalan laju sedikit.

        “You don’t like ?”
        “OK la. I love it.”
        “Then what’s the problem ?”
        “I pening, nanti kita nak duduk mana.”

Nadim tergelak. “Ntah apa-apa !”

Aku menjelir lidah sikit dan terus meninggalkan Nadim mendapatkan budak-budak itu.

Aku hamparkan tikar dan meletakkan barang-barang di atasnya. Nadim dan budak-budak sudah pun berada di dalam air dan kepalaku tergeleng-geleng melihat Rizal yang kecoh dan Nadim yang sedang dalam kepayahan melayan karenah dia. Ensha pula melayan Imran, terapung-apung dua beradik itu di pukul ombak. Aku bersila, novel di tangan tidak aku baca tapi mataku tepat memandang ke arah mereka, macam life guard dah aku ketika itu, cuma tak ada wisel je. Tangan aku kadang-kadang melambai mereka supaya jangan ke tengah sangat. Aku bangun dan berjalan pantas, menghampiri gigi air. Aku menjerit-jerit panggil nama Rizal supaya dia tidak terlalu lasak lepas tu aku terjerit pulak laungkan Ensha suruh dia memerhati Imran yang sudah terbuai lebih ke tengah.

        “Abang…IMRAN !!!!”

Nadim yang sedang memegang Rizal terus berpusing, dia berpusing semula ke arahku dan tak pikir lagi aku terus meranduk air dan berjalan melawan ombak. Air sudah sampai ke pinggang, cepat-cepat aku tarik tangannya, badannya yang sedang terapung-apung tertarik sedikit dan air masin terus memasuki hidung dia. Dia terbatuk-batuk dan cepat-cepat aku dukung dia sambil menepuk belakang.

        “He’s ok ?” tanya Nadim yang sudah berdiri di sebelah.
        “Rizal mana ?”
        “With Ensha…” dan aku menarik nafas, Imran aku tarik dekat ke arahku.
        “Imran ada pelampung la Mummy.”

Nadim merenung aku seolah berkata YOU NI KALUT SANGAT. Aku pula menjeling, YE, HE’S ONLY FOUR….KALAU JADI APA-APA HAL ??? SIAPA SUSAH.
Nadim mengerling pula, I AM AROUND, GO BACK THERE AND FINISH YOUR BOOK. Aku membulatkan mata dan terus berjalan sambil memastikan Imran yang sedang berenang di hadapanku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 07:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by detox at 24-2-2010 18:28

Malam itu aku disedarkan dengan bunyi batuk. Aku bangun dan mendapati Imran duduk di katil. Dia sedang tercungap-cungap. Aku terus membaling selimut dan melompat ke arah katil queen di sebelah. Aku urut belakangnya sedikit dan dengar desahan kuat.

        “ABANG !!”

Nadim terus terjaga mendengar jeritan aku. Aku sudah berdiri di tepinya, Imran dalam dukungan ku.

        “Imran , lelah…”
        “Vent bawak ?”

Aku menggeleng.

        “Hospital...NOW !” Nadim terus capai kunci dan mengambil Imran dari ku.

Aku terus mengejut Ensha. Dia terpisat-pisat.

        “Mummy bawak Imran ke hospital. Ensha tunggu jaga Rizal ok ?”

Mata Ensha bulat. Dia masih terpisat-pisat sambil mengangguk-angguk. Imran yang dalam dukungan Nadim makin ketat bernafas.

        “Ensha, pull the latch ok.”

Aku nampak Ensha bangun sebelum menarik pintu.

Sampai di hospital PD kami terus ke Unit Kecemasan. Imran sudah pucat dan peluh meleleh di dahinya. Nadim berlari membawa Imran ke ruang pemeriksaan dan aku juga turut berlari di sebelahnya, sambil air mata ku berjujuran laju. Doktor terus mengarahkan aku dan Nadim ke ruang menunggu di luar sementara mereka memberi rawatan kecemasan pada Imran.

Aku diam. Nadim diam. Air mata aku sudah tidak henti-henti mengalir. Aku hanya rasa Nadim mengelus lembut lenganku sambil menarik aku rapat ke badannya.

        “Abang, D takut….”
        “He’ll be alright.”

Nadim menggigit bibir dan pada masa sama cuba mententeramkan aku. Dua puluh minit kemudian kami dipanggil seorang jururawat.

        “Camna dia ?”
        “Stabil. Doktor nak berjumpa.”

Kami terus merapati Imran, matanya tertutup dan nafasnya masih turun naik. Bila aku hampiri dia, Imran membuka mata dan di balik topeng oksigen aku nampak dia senyum. Hati aku bertambah lirih melihat senyum lesu itu. Dia tarik sedikit topeng oksigen membuat aku cemas.

        “Imran tak mau mati….Imran sayang Mummy.” Suaranya perlahan saja tapi cukup membuatkan jantungku seperti di rengut-rengut. Selepas berkata itu dia terus menekup semula topeng oksigen.
        “Mummy loves Imran too. Imran will be good after this ok.” Aku tahan air mata dan aku cium dahinya lama-lama. Imran angguk dan dia tutup matanya semula.

Doktor masih bercakap-cakap dengan Nadim dan aku tidak mahu sedikit pun berjauhan dari Imran. Setiap saat mataku hanya tertumpu pada Imran, pada dadanya yang turun naik bernafas. Tanganku membelai kepalanya.

        “Apa doktor cakap ?”
        “They wanted to observe for few more hours. If he stabilize they release.”
        “Just like that ?”
        “Ye..doctor cakap it’s not critical, they are giving him Ventolin.” Matanya merenung Imran yang kelihatan lebih stabil, pernafasannya kembali normal. “Dia berendam lama tadi kan.” Sambung Nadim dan memaling ke arahku.
Aku angguk, “Makan orange dua biji pula tu…”
Nadim menggeleng, “Don’t worry.” Nadim memicit sedikit bahu ku dan terus merapatkan bibirnya ke teliga Imran.
        “Hey Buddy…. Once you are out of here, we get the remote control car and race it, OK ?” Nadim mencium pipi Imran dan dia mengenyet mata membuat Imran tersenyum lebar.

Percutian kami di pendekkan, selepas sarapan kami semua kembali ke Subang dan terus membawa Imran ke SJMC untuk pemeriksaan rapi. Lega hati aku bila Imran disahkan baik-baik saja cuma perlu di beri perhatian dalam pengambilan ubat.

***
        “Imran, you ok now ?” Rizal memeluk Imran erat. “Sorry Ijal marah semalam.”
        “OK. You must be good to me !”
        “YE…Ijal Loves you…” Dia mencium pipi Imran dan cepat-cepat Imran sapu air liur yang melekat.
Rizal duduk bersila di depan Imran , diam memerhati Imran, kemudian menyambung tanya, “You love me ?”

Imran geleng.

        “Why ?”
        “Because I love you very much.”
        “Owh. Thank you. I love you very much too…”

Aku mendengar saja perbualan mereka di balik pintu dan tersenyum-senyum.

        “Ijal. Semalam Imran rasa nak mati dah…”
        “Tak mati pun, so OK. Lets play.”

Aku tergelak dan dengar dia menarik keluar tong plastik yang aku simpan di bawah katil.

        “Main jangan tipu …”
        “Mana ada tipu…this is yours, and this , this, and this are mine..” aku intai mereka yang sedang menyusun figura askar dan kereta kebal.

        “Ijal…Ijal…”

Aku tangkap senyum Ijal dan mataku berair apabila melihat mereka berdakapan. Imran mencium kepala Rizal dan mereka terus bermain-main sambil mulut kecoh melakonkan watak perang. Boys will always be Boys...hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 07:29 PM | Show all posts
thanks detox.......aku tgh stress ni.....
nasib baik ada nadim family nihhh......
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 08:33 PM | Show all posts
mcm nk nangis bc n3 kali ni... terharu...
comel je bc keletah ijal n imran so lovely
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 09:24 PM | Show all posts
Detox laling tengkiu la byk2.. best sangat n3 malam nih.  Sedih n terharu tgk ensha syg sgt kat adik2 die..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 09:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by chengkeh at 23-2-2010 21:47

detox!!!
camner ni?? aku ingat cam begenang jek airmata..
tapi dah menaglir la plak....kalau tdo lepas nangis..sampai ke
pagila sok mata aku bengkak neh....


ijal neh comei sungguh la pangai dia...
sian kat imran...lelah la plak.
kalau salu berenang boleh kurangkan ek?
ntah!!aku pun tak sure
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 11:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by detox at 23-2-2010 23:11

syasya - siannya stress..take it easy ye !

bluepinky - entry kali ni focus Imran la pulak....

Asyriqa - Laling tq too sbb baca. Emm..sesekali sedih tak pe la kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2010 11:10 PM | Show all posts
135# chengkeh

emm sorry ko dah nangis la pulak... part mana sedih ? part ensha ngan imran ke ?

emm ye kalu lelah , swimming boleh kurangkan

ko take care ye..jangan sesedih..esok nak kerja...nanti camna .... merah bengkak mata kang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 11:23 PM | Show all posts
Part Imran lelah tu... ingat kat baby Jaza yg jumpa hari tu lelah gak tapi aktifnya dia ... Jaza cool je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 11:43 PM | Show all posts
aduh...aku dah nangis nihhhhh.......
aku terharu dengan si ketot tuuuu......
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 12:09 AM | Show all posts
salam detox,
suka character Rizal, naughty but cute..

baca Imran yang lelah, teringat putri kita yg. seorang, masa tengah kerja dpt. panggilan talipon, dia beritahu yang dirinya tak sihat. suara pun semacam saja...
tercungap-cungap..

tapi mamanya boleh control ayu... beritahu sat lagi balik, nak siapkan kerja...
dalam beritahu sat lagi, hati tu dah dig dug dig dug... asyik teringat kat dia,
kerja pun tak boleh nak concentrate..

sudahnya capai handbag & terus keluar... bawa kereta pun mengalahkan F1,
kalau polis nak saman masa itu, samanlah dan tak boleh fikir apa, ingatkan dia..

sampai kat klinik, terus bawa bilik kecemasan, sedut gas...kata doktor.. kalau lewat sikit kena tahan kat hospital... lewat lagi.. macam2 boleh jadi; menangis pun lagu entah apa2 dah..

kesimpulannya walau banyak kerja, anak perlu diutamakan, tak boleh kata tunggu sekejap, duit boleh cari, bos nak marah pun tak apa, tapi  kalau sesuatu terjadi kat anak
mana nak cari ganti...

lelah ini pantangnya tak boleh makan tembikai, anggur, limau..., ais, benda sejuk.... (tapi itulah yang putri seorang ini suka..)

detox... kerana teruja dengan Imran ini panjang pula cerita pasal lelah..
sambung menulis lagi ya... memang best baca cerita detox ni..

pssstt... kawan2 pesta buku akan datang , ada plan nak gather2? cengkih, qimi, uda, kaypo, anak pak kassim, norim, arjuna hati, lyza, adila, jaza.. dll; terimbau saat pertemuan kita...

detox time tu bolehlah join...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048962 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list