|
Mata Najlah liar mencari Adham di lobi hotel. Silap besar dia sambung tidur selepas Subuh. Langsung terlajak sebab enak menyulam mimpi. Dia menarik nafas lega bila melihat Adham bersantai di sofa sambil membaca suratkhabar.
“ Hi Adham. Dah lama tunggu? Sorry lah” suaranya termengah mengah.
“ Good morning” tegur Adham “ Slept well?”
Najlah mengangguk lalu melihat jam di tangan “ Meeting kita pukul 9.30 kan? Jomlah”
“ Datuk Bustami ada hal. Dia lambat sikit. Kita breakfast dulu.”
“ Fuhh.. nasib baik. Aku ingat mesti kena marah dengan kau sebab aku terlambat”
“ Teruk sangat kah aku, Naj?” Adham menarik kerusi untuk Najlah. Meja mereka mengadap ke laut.
“ Tak lah teruk sangat tapi teruk jugalah… he! He! I’m just kidding” sambung Najlah bila Adham menjegil
Bayu Laut Cina Selatan sepoi membelai tubuh, Matahari cerah dan langit biru menggantikan awan gelap dan hujan ribut semalam. Ombak bergulung lembut ke pantai. Beginilah cuaca kala akhir tahun di Pantai Timur. Tidak menentu.
Suara pengunjung pantai Teluk Cempedak mula memecah hening pagi. Najlah merenung jauh.
“ What’s wrong?” tanya Adham melihat gadis itu membatu. Mata Najlah terpaku pada seorang gadis berambut panjang yang sedang menyusuri pantai. Hampir dua puluh tahun lalu…. di pantai yang sama…Kerongkongnya terasa ketat. Dia cuba menahan sebak. Tragedi yang melanda masih segar di minda.
“ I miss her!” bisiknya perlahan. Matanya di pejam. Mulutnya terkumat kamit membaca Al Fatihah. Adham makin musykil. Lain macam saja minah ni.. Najlah seolah “ hilang” dalam dunianya sendiri.
“ Naj, kenapa ni? Anything wrong?” Dia mengibas menu di hadapan muka Najlah . Bila Najlah memalingkan muka matanya berair.
“ Are you okay? Kau ada masaalah kah? Ceritalah kat aku. I’m a good listener. Mana tahu kot aku boleh selesaikan masaalah kau?”
Ayat piawai seorang player. Berapa perempuan agaknya telah jatuh hati pada lelaki yang kononnya pendengar dan penasihat yang baik. Najlah menggeleng dan memaksa diri untuk senyum.
“ Tak ada apa apa. Forget it. Let’s order. Aku lapar ni” Pelayan di gamit
Misteri Nusantara apa yang terpendam? Apa yang bermain di fikirannya tadi? Adham terus di asak berbagai pertanyaan.
“ Nasi lemak and Nescafe”
“ Pancakes and black coffee”
“ Perut mat salleh rupanya kau ni. “ usik Adham
“ Tak adalah. Biasanya aku suka makan roti canai tapi dah lama tak makan pancakes. Sekali sekala tukar selera“
“ Kalau kau nak tahu, aku terror buat roti canai. Kalah Pelita , Kayu Nasi Kandar semua tau. Sekali kau makan , mesti nak lagi”
“ Pirrahhh! Aku tak percaya. Jangan nak mengarut. Adham, jom kita discuss pasal projek tu” Najlah menghidupkan laptop Dell nya. Ini projek terbesar sepanjang kerjayanya. Kata Adham semalam , architect dan interior designers fees untuk projek ini di anggarkan lebih kurang RM300,000.
“ Kau tengok aku punya portfolio. Okay tak.?”
Impressive, detik hati Adham. Tak sangka gadis muda seperti Najlah boleh menghasilkan kerja yang sungguh original. Citarasanya tinggi. Tapi tak boleh puji terang terangan. Nanti kembang pula.
“ Kau graduate dari mana?”
“ UITM. “
“ Ya kah? Kau tak sambung belajar kat luar negara?” Ingatkan dia lulus dari Parsons atau pun Rhode Island School of Design. She is very talented.
“ Tak. Bapa aku tak suka aku ambil ID. Dia nak aku jadi peguam tapi aku degil. Panjang ceritanya. Lain kali saja lah aku cerita kat kau.” Najlah menyuap makanan dengan penuh berselera.
Sambil makan, Najlah tak mampu menahan matanya mencuri pandang ke arah budak perempuan tadi yang sedang bermain di gigi air dengan kanak kanak lain. Mungkin adik beradiknya. Sama seperti apa yang berlaku dulu. Hatinya di selubungi pilu. Kehilangan itu masih terasa hingga kini.
“ Cukuplah melamun tu” Adham memetik jari di depannya. “ Datuk Bustami dah hantar mesej. Dia jemput kita lima minit lagi. Let’s go”
………………………………………………………………………… |
|
|
|
|
|
|
|
emm...Lala ada cerita sedih....dia hilang twins ? kakak ?
next next
thx smiley |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Bustami membuka pintu kereta Mercedes S Classnya dan mempersilakan Najlah keluar. Adham yang sudah berdiri di sisi mengangkat kening. Ulat bulu dah naik daun. Tak sangka pakcik yang ada iras Datuk M Daud Kilau ni Kasanova. Pandai pandai lah kau Naj.
Struktur bangunan hotel tiga tingkat berbentuk U masih kukuh walaupun bahagian bumbung sudah usang. Tumbuhan renik dan semak meliar di sekitar. Kolam renang sudah berlumut.
Mereka melangkah ke arah lobi. Datuk Bustami menghulurkan tangan pada Najlah
“ Jaga jaga Cik Najlah. Tangga ni dah reput.”
“ Tangga ini kayu jati Datuk. Ia tahan beratus tahun . Macam kata orang, tak reput dek hujan , tak lekang dek panas. Kalau Datuk buat rumah dari kayu jati sampai generasi cicit Datuk nanti pun masih teguh.” Jawapan Najlah membuat Adham menahan tawa. Singa betina sudah mula keluarkan kukunya.
“ Datuk , boleh kita ambil gambar? Apa cadangan Datuk tentang lobi ini?” tanya Adham bila melihat mata Datuk Bustami menjamah tubuh Najlah. Kesian Najlah. Patutlah dia nak kahwin cepat. Tak larat kena ngorat dengan klien lelaki tua keladi kot.
“ Of course. I nak kita maintain lobby ini. Cuma pecahkan dinding supaya nampak lebih luas. I nak tambah satu lagi restoran, a business centre, gym dan indoor pool. I also want a rooftop garden.”
Najlah dan Adham sibuk mengambil gambar, mengukur dan mencatit nota. Dari lobi mereka naik ke atas melihat bilik. Datuk Bustami tetap menyelit di sisi Najlah yang makin tak selesa.
“ Jom kita tengok bilik pula Datuk” cadang Adham
“ Sekarang hotel ini ada 60 bilik. Saya nak kurangkan jadi 28 bilik dan 2 suite. Dinding bilik kena pecahkan, biar setiap bilik lebih luas. I nak beri keselesaan pada pengunjung. Setiap aras ada dekor berbeza. Mungkin tingkat satu konsep Nusantara, tingkat dua konsep Oriental, tingkat 3 pula English style… whatever. Hiasan bilik biar berbeza juga. Strategi kami untuk menarik repeat visitors. Jadi setiap kali mereka datang, mereka boleh dapat pengalaman yang unik. Can you do that for me Najlah?” Laju Najlah mengangguk. Ini sudah bagus. Aku boleh guna kreativiti aku, tak payah terikat dengan satu konsep. Tak kisah lah kalau terpaksa bersengkang mata berbulan bulan.
“ Bagus cadangan Datuk. Saya pernah pergi ke Singapore, ada sebuah hotel di sana yang semua biliknya berbeza” kata Adham
Hmm… pergi dengan siapa tu? Sampai dah tahu dekor bilik ? Hati kecil Najlah bertanya.
“ Ya.. Najlah. Kalau you free, kita boleh pergi ke sana. Mungkin you boleh dapat idea.” Tambah Datuk Bustami
“ Jangan membazir Datuk. Tak payahlah nak pergi ke sana, Saya dah tengok kat internet dan majalah pasal Hotel Scarlet di Singapore itu. Boleh kita ke laman pula Datuk? Langit dah mula gelap. Takut hujan nanti.”
“ Apa kata kita letak satu atau dua gazebo di tepi kolam renang? Boleh tetamu bersantai sambil minum petang atau breakfast”
“ Excellent. I suka idea idea awak Najlah. You are so talented. Saya nak beli rumah di Janda Baik untuk weekend home, boleh Cik Najlah tolong hiaskan?”
“ Insyaallah. Tapi bagi saya sedikit masa. Saya sibuk dalam masa dua tiga bulan ini“ Bila masa aku nak buat persiapan kahwin? dia tertanya sendiri.
Setelah 2 jam baru selesai perbincangan. Datuk Bustami mempelawa mereka minum di Hotel Hyatt.
“ Lain kali sajalah. Hari dah mendung , kami kena balik cepat. Lagi cepat kami balik lagi cepat kami boleh siapkan drawings untuk hotel Datuk”
Adham menjeling pada Najlah. Apalah minah ni. Tak tahukah taktik perniagaan. Apa salahnya buat manja dan mesra dengan Datuk Bustami. Perjanjian belum di tanda tangan. Projek ni belum tentu dalam tangan lagi. Bila bila masa pun Bukhary Group boleh bagi pada orang lain. Layan sajalah Datuk itu. Iskandar boleh tolak tepi sekejap. Tolak jauh jauh pun lagi bagus, getus hati kecil Adham
“ Okay, kalau macam itu kita keluar lunch atau dinner bila I balik KL nanti. Janji ya. Najlah. And you jangan panggil I Datuk” Datuk menyedekahkan senyuman gatal.
“ Okay Uncle. We’ll see you in KL” Senyuman Najlah semanis madu
Mulut Adham terlopong.
…………………………………………………………………………. |
|
|
|
|
|
|
|
tengkiu sang arjuna.. berbaloi-baloi tunggu ada gak n3... tapi tak cukup kalo buleh nak lagi... tengah sodap neh...heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
125# qimi08
datuk m daud kilau veri the vogay kan
tp yg tak boleh blah si David teo
sampai raja azura komen .... kalau dia jadi penyampai siapa pun tak sempat naik stage terima award |
|
|
|
|
|
|
|
126# asyriqa
tunggu esok plak la
jap lagi kena masak |
|
|
|
|
|
|
|
Best cerita ni..love story yg gaduh2 pastu lomantik2, macam mana agaknya Adham ni nak rampas Naj dr Is, ha?? adeh tak maulah gaduh adik beradik |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak terover speku... sorry TT |
|
|
|
|
|
|
|
dh ada n3 baru.....
iskandar tu mcm ala2 jahat je & si adham ni ala2 nakal skit kot |
|
|
|
|
|
|
|
wah.. penulis tu mesti dah wat research plot mane yg tak teroka lagi.. lepas ni plak lesbi lesbo plak yg disalaherti ker..
oh.. bab iskang aka isketambola tu saje je bg masalah baru kat mamat ...
Kia_picanto Post at 6-4-2010 20:20 Kia, bukanlah aku nak puji hang mmg boleh jadi pengkritik novel yg bertauliah, bukan saja dgn speku tapi imiginasi yg sudah menjangkau -jangkau... you know what? hang gabungkan kedua-dua unsur itu dan hang formedkan jadi satu Novel, guna imiginasi hang berdasarkan pengalaman hang kat Dublin...MALATOP |
|
|
|
|
|
|
|
wauu.. Gay?? ok set.. aku tunggu..
citer bling sumer aku tunggu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|