|
susah ye nak buat arahan yang 1 nih...
belum isu yg lain... riba, redha, taqwa dan lain2 lagi...
Islam itu ganjil di awal dan bakal kembali ganjil... |
|
|
|
|
|
|
|
adalah lumrah pd hari ini anak2 gadis akan berhabis-habis utk bertabarruj bila nak keluar rmh. w ...
tobby Post at 28-9-2010 15:53
Last2 orang lelaki jugak yang tak tahan... ishk.. ishk.. ishk.. Tak dapat orang tu, org lain pulak yg jadi mangsa. Kesian.. kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
sy nk tny, mcm saya, mmg tiap2 hari, dalam rumah or kuar rumah, rutin saya akan pakai bedak (loose powder yg the same color dgn kulit tu) n pakai eyeliner..eyeliner nie kira celak la kan?
nie di kira bertabaruj jugak ke? bedak pakai sbb kulit berminyak, just pakai sekadarnya sahaja sbb nk bagi x berminyak sgt..mmg slalu g wat facial kat spa, tp kalo dh panas terik, mmg akan berminyak2 kulit muka nie ha..huhu..
eyeliner lak sbnrnyer terbiasa pakai masa study dulu, kdg2 ngantuk dlm kelas, ada member ckp cuba pakai celak, insyaAllah leh x ngantuk, biler try, mmg alhamdulillah berkesan, so, mmg dh terbiasa dari study sampai skrg..lepas mandi jer, or lepas amik wuduk, pakai bedak n pakai eyeliner..even nk tido pun ku pakai dua mende nie..
lipstik ke lipgloss ke, n makeup lain sumer x pakai..sbb penah try pakai blusher..pastu husband tegur, nie pakai makeup ke..huhu..terus rasa pelik..lepas tu x pakai dh..
so, camne ek..bedak n eyeliner tu kire bertabaruj jgk ke? tlg ye sape2 bagi pndgn..tq.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 125# pooh83
Kata kuncinya sederhana... Walau pun sekadar pakai eyeliner tanpa gincu n blusher, jgn keterlaluan sehingga menyebabkan ada mata yg memandang enggan berkelip. Atau ada hati yg berkata, eh nak tengok lagi lah... lalu muka didongakkan, mata pun melirik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 127# HOTlips
tq for ur opinion..btol..mmg kita perlu bersederhana dlm buat pape pon..eyeliner tu pun, dh masuk 4 tahun, x habis2 lagik..hehe..mmg pakai lightly jer bawah mata, ntah, sbb dh set in mind kot, kalo pakai eyeliner, insyaAllah x ngantuk.ntah teori mana la nie..hihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau semua pompuan dlm dunia ni tak mekap, apa jadi yek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 129# JoanJett
mesti semuanya ayu2 dan semuanya ori..lelaki tak kan tertipu dgn kecantikan wanita tersebut.. |
|
|
|
|
|
|
|
majoriti wanita/gadis hari ini bila keluar rumah mengenakan lipstik, bedak dll utk menghias wajah mr ...
tobby Post at 19-9-2010 17:10
Saya menyokong 100% kenyataan TT walaupun saya seorang perempuan. perhiasan itu hanya untuk suami dan keluarga. mungkin dah akhir zaman kut. Kalau tengok sekarang bila perempuan tu keluar tak make-up pakai tutup aurat orang akan pandang macam kolot dan ketinggalan zaman. sebenarnya keadaan dan kefahaman wanita sekarang dah terbalik.. patut kat rumah make-up tebal2 cantik2 untuk suami kat luar jadilah wanita biasa. entahlah manusia kalau tak kembali kepada al-Quran ginilah jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki xperlu pon nk make up leh je idup |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki xperlu pon nk make up leh je idup
cak! Post at 30-11-2010 14:21
lelaki kalau mekap itu namanya bukan lelaki itu pondan! |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kn ada yg mngatakan bahawa Allah itu suke sesuatu yg indah2 n cntik2..tu cmne plak??
bg i la kn..klu setakat sapu krim pelindung ( safi,fair&lovely,olay) bukan dikategori mekap g sbb tu jst pelindung kulit supaya cntik,halus n cerah berseri..ahaks! pahtu tepek bedak tipis2 n lipgloss xde msalah..cume yg dikatakan tabarruj tu yg bedak bertepek2,tebal,ayeshadow g,blusher g yg mcm artis br berlebih2an..
tapi bukanke mse nikah+kawen wanita diharuskn bersolek??hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.youtube.com/watch?v=Yx0P9lav_cE
Hadis ke-15: Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka.
Pertama- golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.
Kedua- perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget.
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh.
(Hadis riwayat Muslim)
Keterangan oleh tuan kitab
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat dari keadaan masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba.
Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badannya. Dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang.
Ataupun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hanyunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti goh unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/
http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum..
Bila citer bab aurat dan pakai make up ni,teringat satu kisah di zaman Rasulullah s.a.w..
Dalam sebuah riwayat hadis menceritakan, sesetengah daripada kegemaran Rasulullah S.A.W. ialah suka bergurau senda dengan kaum keluarganya dengan cara yang tertib dan memberi manfaat.
Pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W. sedang bercakap dengan anaknya Saidatina Fatimah r.a mengenai kenikmatan syurga dan orang-orang yang akan dikurniakan tinggal di dalam syurga ,maka baginda pun bersabda "Ya Fatimah, tahukah kamu bahawa ada wanita yang mendahului mu masuk syurga" .
Mendengar kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas dia pun
menangis dan bertanya, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda?
Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu ke
dalam syurga? Ayahanda khabarkanlah di mana dia sekarang?”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal
Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah.”
Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang
dimaksudkan. Setelah dia sampai ke rumah orang itu, dia pun
mengetuk pintunya. Keluar seorang perempuan membuka pintu sambil bertanyakan tujuan beliau datang, tanpa menyedari itu adalah Fatimah anak Rasulullah s.a.w. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak. Bolehkan saya masuk?”
Perempuan itu menjawab, “Minta maaf cik, tetapi saya tidak dapat kebenaran dari suami saya lagi. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti, silalah datang
pada esok hari.” Dengan perasaan sedih , Siti Fatimah pulang dengan perasaan hampa
kerana hajatnya tidak tercapai..
Besoknya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa anaknya Hasan.
Sebaik sahaja sampai di rumah wanita itu dan setelah pintu dibuka dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tibalalu dia berkata, “Ini siapa?” tanyanya menunjuk ke arah Hasan. “Ini anak saya, Hasan.” Sahut Siti Fatimah. Perempuan itu pun berkata, “Minta maaf saya belum minta keizinan masuk untuk Hasan. Datanglah esok setelah saya dapat izin suami.” Akhirnya Fatimah r.a pun pulang dgn hampa dan berazam utk datang keesokan harinya.
Keesokan harinya, dia datang lagi dengan membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setibanya mereka di perkarangan rumah
perempuan itu, dia berkata, “Cik, budak yang satu ini belum saya minta izin dari suami saya.” Mendengarkan kata-kata itu, Siti Fatimah tersipu-sipu menyahut, “Baiklah. Besok saya datang lagi ke mari.”
Dalam perjalanan pulang ke rumah, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini takut
sangat akan suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, dan dua budak ini cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dari jauh,sudahlah,” bisik hatinya sedih.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa kedua orang puteranya itu. Setelah dipelawa masuk dan dijamu sedikit buah kurma dan air, mereka pun berbual-bual. Kelihatan pada Fatimah r.a bahawa perempuan itu seorang yang peramah dan normal seperti org lain.
Selang beberapa lama, beliau minta maaf lalu masuk ke biliknya. Sejurus kemudian, beliau keluar dgn berbau wangi, bersolek di muka, di tangan kirinya terdapat sebatang tongkat dan kanannya sebuah bekas berisi air, manakala hujung kainnya terangkat sehingga menampakkan betis dan pangkal paha.
Lantas Fatimah r.a bertanya, “Kenapa kamu buat begini?” Sahut
perempuan itu, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan suami saya yang akan pulang ke rumah.”
“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawabnya, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segeramenghulurkan air ini kepadanya supaya boleh minum."
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?”
“Jika suami saya marah kerana saya telah tersilap, mudahlah dia memukuli saya dengan tongkat ini,” jawab perempuan itu.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa diselak kain awak sehingga nampak aurat?Dia menjawab “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya
begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada
maksudnya.”
Sebaik sahaja habis perempuan itu bercakap, Siti Fatimah
berkata dalam hatinya, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, patutlah dia masuk syurga lebih dahulu daripada aku serta
wanita-wanita lain. Benarlah bahawa keredhaan Allah
itu bergantung kepada ketaatan kepada suami dan
keredhaan suami terhadapnya.”
Siti Fatimah minta diri dan pulang dengan segera dan terus mengadap
ayahandanya, Rasulullah S.A.W. Sebaik sahaja dia mengadap ayahandanya, dia
pun berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah kerana tidak dapat
meniru dan melakukan sebagaimana amalan perempuan yang ayahanda ceritakan
itu.”
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W. mendengar rintihan anakandanya itu, lalu baginda tersenyum lantas bersabda, “Wahai Fatimah, janganlah bersedih, perempuan itulah yang akan memimpin dan memegang tali kendali tunggangan anakanda tatkala
masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk lebih dahulu.” Setelah mendengar penjelasan itu,
barulah siti Fatimah r.a faham dan tersenyum ketawa.
Berapa ramai isteri dan wanita zaman sekarang yang boleh jadi mcm tu? Tepuk dada tanya selera ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
yurp haram..wanita tidak boleh berhias ketika keluar dari rumah...
agama melindungi wanita agar perkara-perkara tak diingini berlaku..
macam zaman sekarang..kes rogol, bunuh tumbuh seperti cendawan..apatah lagi kes buang bayi... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya menyokong 100% kenyataan TT walaupun saya seorang perempuan. perhiasan itu hanya untuk su ...
assafdiyah Post at 5-10-2010 22:33
btol2 saya sokong..sekarang wanita lagi suke bermake up sakan time kuar umah..tapi dalam rumah pakai selekeh..
sepatutnya kat umah lah pakai cantik2, bermake up and seksi...
sume tu untuk suami..ni tak dedahkan kat orang umum..cum ner la laki tak kawin laen...
ish3.......... |
|
|
|
|
|
|
|
MEKAP nipis2 je macam diriku.. |
|
|
|
|
|
|
|
btol2 saya sokong..sekarang wanita lagi suke bermake up sakan time kuar umah..tapi dalam rumah p ...
travel405 Post at 3-12-2010 09:35
kebanyakan wanita hari ini ingin dipuji2 oleh lelaki selain suami mrk di luar rmh. |
|
|
|
|
|
|
|
tobby replied at 19-9-2010 05:53 PM
my wife tak pakai make up pun. dan sekali pun isteri masing2 pakai make up adakah hukum akan be ...
Zmn skrg sedarlah yg banyak tabarujj berlebih2an adalah dtg drp wanita bertudung....mekap kalah pengantin..dgn pakaian ketat sendat kepala berbungkus.elok plak yg xde tudung...xde tabaruj sgt...just my opinion.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup lau nak cr redha Allah...tak perlu cantik2 sgt semata2 nak kejar penghargaan manusia..mekap tebal ni lbh kpd rasa ujub,riak dan perasan cantik |
|
|
|
|
|
|
| |
|