CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikyou

antara Haq dan Batil

   Close [Copy link]
Post time 29-12-2010 12:45 PM | Show all posts
Reply  idakamaruddin


   aaaa saya duk pulau indah! hehehehe
kikyou Post at 29-12-2010 12:37



    d manakah? apartment samudera kah? adekah kite mengenali..husband keje mane?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2010 12:49 PM | Show all posts
Reply 128# mieraedoera


   waalaikumsalam.
~~alhamdulillah, semoga rahmat Allah bersama kita semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2010 12:51 PM | Show all posts
Reply 129# idakamaruddin


   kuarters kastam. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 12:57 PM | Show all posts
Reply  idakamaruddin


   kuarters kastam. hehe
kikyou Post at 29-12-2010 12:51



    ok dh tau!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 12:57 PM | Show all posts
cepat la sambung cerrita...cer cerita..cer certa!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2010 01:04 PM | Show all posts
Reply 133# idakamaruddin


   hehe skang ni tak leh sambung cerita, ada budak nakal yg ganggu, anytime dia akan tekan butang off kat lappy ni. hehehe. tunggu abah dia balik petang kang, baru leh sambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2010 01:17 PM | Show all posts
Reply  pintumasuk


   saya tak pakai spek n tak pakai lense pon. meraba cari jalan. sebab tak r ...
kikyou Post at 29-12-2010 12:39



    alahai ciannya.. nak amik ati punye pasal kan. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 01:55 PM | Show all posts
kak....
apa yang akak maksudkan dengan pernafasan zikir? boleh x kalau saye nk tau huhu... tq kak sbb kongsi cite ni.. best2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2010 02:00 PM | Show all posts
suker baca citer TT...

kemas dan padat.
ayat pun senang.
cara penyampaian pun cool.

soklan :-
1.TT ni org utara ker...
ker org nogori... sebab ada terbaca satu dua ayat tu mcm ckp nogori jer.. hihihi...saja sibuk nk tau..

2. Roh yang keluar dr badan tu TT belajar dari abah ke atau gifted...

3. kadam ayat tu maksudnya cemana ya...

rasanya setakat ni jer dulu.. nnt tanya lagi ek...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 02:54 PM | Show all posts
Reply 8# kikyou


    sebagai manusia...aku sayang pada mu...aku lah laksamana sunan...hahaha suka gler novel 2
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 03:17 PM | Show all posts
Reply 44# kikyou


    mmg berani gak kikyou ni...benda liar 2 just nak mengusik je...kadang2 usikan dorang 2 bole buat seram lak..selalu gak terkena cam 2..nak ilang kan rasa seram anggap la benda liar ni makhluk allah gak..kita bole marah kan dorang ni coz dorang xlayak nak marah or touch kita..penah dulu aku kena usik...mmg melampau usikan dorang ni...tarik2 selimut,main bukak pintu..tension gak...lepas 2 aku terus  sound maki2..terus senyap...rasa nye dorang bosan 2 ajak nak berkawan

pasal damping ni..aku xpasti sgt (walaupun aku ade pengalaman)..adakah hanya org yg berilmu je bole tau yg seseorang 2 ada damping?org lain xbole nak merasai?..maksud aku budak kecik ternampak or org2 yg rapat ngan kita k e..( kurang pasti )
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 04:31 PM | Show all posts
Reply 96# kikyou

Sahabat2 yg macam ikut berzikir, suara2 halus tuh..sy panggil mereka ni sahabat. Nick Kikyou ni dari citer manga Inuyasha kan..hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2010 04:53 PM | Show all posts
salam warahmatullah kawan2.

~~sementara anak tidur, leh sambung selingan sikit. kalau ada ejaan salah tu mintak maaf sangat sebab hari ni sejuk. menggigil tangan pun. hehehe.

~~ni nak cerita pasalseorang wali Allah bernama Abu Yazid. (pernah dengar?)

~~Abu Yazid menyatakan "sewaktu pertama kami memasuki rumah suci, yang terlihat olehku hanya rumah suci itu.ketika untuk kali keduanya kami memasuki rumah suci itu, yang kulihat adalah pemilik rumah suci itu. tetapi ketika untuk kali ketiganya kami memasuki rumah suci itu, tidak kulihat pemilik mahupun rumah suci itu.

~~yang dimaksudkan oleh Abu Yazid ialah "Aku hilang dalam melihat Allah sehingga tidak sesuatu pun yang terlihat olehku. seandainya aku masih dapat melihat, maka yang terlihat olehku hanyalah Allah.

~~kebenaran penafsiran seperti ini terbukti dalam cerita lagi satu yg kat bawah ni

~~pada suatu malam seorang lelaki datang ke rumah Abu Yazid dan memanggilnya.

~~"siapakah yang engkau cari?" soal abu yazid.
"abu yazid," jawab lelaki itu.
"sungguh malang, aku sendiri telah mencari abu yazid selama tiga puluh tahun tetapi tiada jejak atau tanda-tanda mengenai dirinya yang dapat kutemui," sahut abu yazid.

~~ketika kata2 abu yazid disampaikan kepada Zun Nun (Wali Allah jugak), ia berkata,
"Ya Allah, limpahkanlah kasihmu kepada saudaraku Abu Yazid! ia telah hilang beserta orang-orang yang telah hilang di dalam Allah"

~~mampukah kita beribadat sehingga sama seperti keasyikan Abu Yazid?

~~Wallahu'alam, semoga kita semua beroleh kekuatan seperti itu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 05:03 PM | Show all posts
Reply 140# cawat

heheheh ingat aku sorang je perasan...minat inuyasha gak ke? tapi rase nye name die kikyo kan.. sorry off topic hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 05:06 PM | Show all posts
tt saya pon dok port klang..kat jln kastam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2010 05:15 PM | Show all posts
oklah skang ni masuk topik balik. hehehe, kang mod ngamuk lak kat saya.

~~oleh sebab cerita beruk pakai baju silat tak de yg terbaru, jadi macam biasa saya cerita pengalaman lain ye?

~~saya ada seorang abang. isteri dia ni baik sangat. kalah kakak kandung. saya sayang kakak ipar saya ni. tapi abang saya ni jadi dingin dengan dia. kalau nak cakap mesti kena tengking kakak ipar saya. kesian, kan?

~~satu hari saya tergerak nak ke rumah dia. macam biasa sebelum saya ke satu2 tempat, saya akan "suluh" dulu. samada banyak kifarah(bala) atau tak. bila saya tengok, keadaan rumah abang saya tu gelap gelita. pelik jugak. apa yg dorang buat, tak solatkah? mustahil rumah org yang solat 5 waktu gelap sampai macam tu. tak jumpa cahaya langsung.

~~mujurlah tu saudara kandung, kalau rumah orang lain, tak de makna saya nak pergi. kang tak pasal2 kena kifarah. hehehe. saya gagahkan juga pergi rumah abang saya. macam biasalah, abang saya mesti tak ada kat rumah. tinggal isteri dia sorang2 (diorang tak ada anak, 9 tahun dah kahwin)

~~masa saya masuk tu hidung saya terbau najis. kuat sangat. jenuh mencari, mana tau pampers anak saya ke pernah tertinggal kat situ (memang selalu g rumah dorang). tapi tak ada. kemudian nak dijadikan cerita, kakak ipar saya cakap, ada org bersihkan loji kumbahan. haish macam tak logik pulak, takkan sisa kumbahan boleh terbau sampai macam tu sekali. kalau betul, lalainya dorang,kan?

~~memang selama saya duduk rumah dorang, saya tak buat apa-apa pun. kemudian, lepas maghrib keesokannya, saya nak g rumah kakak saya kat sepang. (kena adil kalau tak, dia terasa saya tak g umah dia). dalam duk siap2 kemas beg semua, abang saya tengking kakak ipar saya. saya namakan kakak ipar sebagai nora.

~~"Nora!!nora!!sini tgk!!ko nak buat apa kat aku hah!" saya masa tu kecut perut jugak. sebab abang saya tu memang tegas. tapi tak pernah tengok dia marah sampai macam tu skali.
"Buat apa pulak, abang ni?" balas kakak ipar saya. saya duk dalam bilik. malas nak campur tangan urusan dorang.
"ni ko tengok ni? kepala taik!!macamana taik boleh duduk atas rak tinggi tu? patutlah aku cari tak jumpa2."
"ya Allah, kepala taik apa ni, bang? manalah saya tahu." kakak ipar saya dah menikus. kesian dia.
"nor! kuar tengok ni, ni kepala taik ni. apa yang dia nak buat kat abang hang ni." dia panggil saya pulak. saya kuar bilik. tapi tak tengok pon kepala taik tu. geli. yucks!!
"ni, cuba hang tengok kot2 kat rumah abang Li ni ada hantu ke setan ke apa," saya tak buat pun apa yg dia suruh.
"dahlah, nantila orang tgk. nak balik dulu ni. nanti ape2hal org telefon," saya balas.

~~dalam situasi tu, bagi org yg tak tahu mungkin cakap kakak ipar saya jahat. yelah siapa lagi yang nak letakkan kepala taik tu atas rak tinggi. rumah tu dorang berdua je duduk. kalau bukan abang saya, mungkin kakak ipar saya jadi mangsa tuduhan.

~~sampai rumah kakak saya, saya ambik wudhuk, terus zikir. masa tu saya nampak dah ular besar nak serang saya. ular tu adalah sebesar pokok balak yang tua. saya ni kecik je nak dibandingkan dengan ular tu. (sapa pernah main game monster hunter, rasaksa besar2 kan? aa mcm tu la lebih kurang)

~~dah habis zikir, saya call abah. cakap sendiri dengan abah. tangan saya ni menggigil tak payah cakaplah. menggigil bukan sebab takut, sebab saya mengharapkan bukan kesalahan kakak ipar saya. saya ceritakan hal sebenar.

~~mcm biasa, mesti kena sound dengan abah. saya tak sedar abah terdiam (cek dari jauh), yang mulut ni pot pet je tak berenti.

~~sebenarnya, masa mula2 saya cakap tu, abah pon mcm nak kata ke kakak ipar saya. abah terkejut jugak sebab sebelum ni kakak ipar saya pon main ilmu hitam. tpi tu dulu, skang dah tobat.

~~sat gi sambung balik. nak minum air. dahaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2010 05:17 PM | Show all posts
Reply 135# pintumasuk


   tapi dia tak datang pun saya kawen. saya tak pernah jumpa dia pun. sampailah dia meninggal. masa dia meninggal saya dalam pantang. hoorreeyyyy tayah jenguk dia. hehehe. jahat tol saya ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2010 05:20 PM | Show all posts
Reply 136# darthery


   oklah, saya terus terang, pernafasan zikir tu orang hakikat kata nafi isbat. pernah denga lagu sufi-damasutra kot. tu sebenarnya syair para wali digubah jadi lagu.
~~nafi dan isbat kau sandingkan...ada di dalam kegelapan..apa ntah lagi tak ingat. nafi isbat ni kena buat betul2. kalau tak leh batuk darah. nanti saya cerita keistimewaan nafi isbat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2010 05:26 PM | Show all posts
Reply 137# puanlina

~~saya org kacukan. hehehhe. kacukan kedah ngan perak lahir di pahang. hehehe

~~roh yg kuar tu fenomena biasa. kalau kita mimpi pon roh keluar jugak. hehehe. tapi ada ilmu ni, lagi senang kita kawal dia.


~~khadam ayat tu, bila kita amalkan surah2 tertentu, dalam perubatan maka dia akan menghasilkan jin. jin penunggu surah tu. aa lebih kurang gitu lah. kalau kalimah Laailahaillallah dah jelas maksudnya tiada tuhan melainkan Allah. berani lagi jin nak menunggu. hehehe


~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2010 05:27 PM | Show all posts
Reply 138# cang


   tak sabar nak tunggu kemunculan novel sambungan yg terbaru. hehehe. Off topic lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071900 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list