|
Reply 120# Jesica
kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
panjang lagi ke?
bookmark tuk merempit sekali harung.. |
|
|
|
|
|
|
|
nice story!
biasalah bila dah tunang bnyk dugaan
masa tu lah baru nak teringat pakwe lama |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 121# anakhalal
bila nak sambung lagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
nice story!
biasalah bila dah tunang bnyk dugaan
masa tu lah baru nak teringat pakwe lama
sang_arjuna Post at 22-2-2011 00:51
huhu dugaan betul |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 122# mijot
nak kata panjang sgt, x lah..
nak kata pendek sgt, x jgk..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 125# ketotmerah
otw..tgh bertapa ni..idea otw..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 hari ni ade tak new n3 nye ? |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 16
“Monyok je kawan kita malam ni,” bisik Rahman ke telinga Amir. Amir lantas berpaling dan merenung Azmal seketika.
“Macam tu lah dia dari siang tadi,” balas Amir. Rahman kelihatan termenung. Berfikir sebenarnya.
“Weh, jangan kata kau dah dapat penyakit termenung dia pulak,” tegur Amir. Rahman sekadar tersengih.
“Apa kes?” Rahman bertanya. Projeksi suara dikawal agar tidak didengar Azmal. Amir menggeleng, tanda tidak tahu.
“Dah tu macam mana sekarang ni?” tanya Rahman lagi. Amir pantas mengangkat bahu.
“Rugi la kalau buang masa macam ni,” bisik Rahman lagi. “Ingat murah ke sewa studio ni?” rungut Rahman. Amir mengerling Rahman sekali. Ish dia ni... merungut memanjang!
Akhirnya, Amir memberanikan diri menegur, “Mal, bila nak start ni?”
Azmal sekadar diam. Lamunan yang tiada akhirnya. Entah sudah sampai di mana, Rahman dan Amir tidak tahu.
Abul muncul dengan plastik berisi air mineral di tangan. Dia sekadar membuat bahasa isyarat merujuk kepada Azmal. Amir membalas dengan cebikan.
Abul menghampiri Azmal lantas bahu Azmal ditepuk perlahan. Lamunan terhenti. Wajah Abul dipandang. “Can we start?” tanya Abul. Azmal kelihatan mengeluh perlahan.
“Aku... Sorry sangat- sangat. Aku betul- betul tak ada mood malam ni. Aku pergi dulu,” kata Azmal sebelum dia terus ke pintu studio dan berlalu. Rahman, Abul dan Amir saling berpandangan. Untuk 2 minit, tiada di antara mereka yang berkata- kata. Masing- masing diam. Rahman membisu di sofa, Abul diam memegang botol air mineral manakala Amir pula senyap bersandar di dinding.
“Aku baru cadang nak bawak lagu Fantasia Bulan Madu malam ni,” itu yang terkeluar dari mulut Amir. Akhirnya, mereka bertiga angkat kaki. Komputer riba dicapai Abul sebelum mereka melangkah keluar dari ruang studio. Apek penyelia studio berdiri di luar pintu sambil mencekak pinggang. Dia memandang Abul, Rahman dan Amir silih berganti.
“Apa pasal? Lu orang sewa sampai pukul 10 maa...” kata Apek dalam longhat cina yang pekat.
Amir menggaru kepala. “Tak jadi la malam ni Apek,” balas Amir.
“Apa pasal?” Apek bertanya lagi.
“Vokalis sudah hilang la Apek,” jawab Abul pula.
“Tetap kena bayar full ke Apek?” Rahman pula bertanya.
Apek mengeluh perlahan. “Tak apalah. Lu orang pelanggan tetap, kasi separuh harga la,” kata Apek. Rugi juga dia malam ini. Pukul 10 nanti baru ada pelanggan lain yang mahu menyewa studio. Selepas membayar sewa studio, mereka melangkah pergi.
“Hantarkan aku balik Man,” kata Abul. Dia tersengih- sengih.
“Kenapa?” Rahman bertanya. Langsung tidak memahami keadaan sebenar. Amir sudah ketawa kecil. Lucu dia rasakan.
“Mangkuk! Dia kena tinggal dengan Azmal la!” kata Amir. Pecah tawanya saat itu. 5 saat kemudian, bergabung tawa Amir dan Rahman. Abul terkulat- kulat memeluk komputer ribanya. Hampeh kau Mal, kot ye pun nak blah janganlah tinggal aku!
bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Azmal melepaskan nafas panjang. Kenapa dengan aku ni? Dia berbicara sendiri. kenapa aku mesti rasa terkesan sangat dengan apa yang aku nampak sabtu lepas? Azmal, kau dengan dia tak pernah ada apa- apa lah. Antara kau dengan dia cuma ada Facebook. Kau tak pernah jumpa dia secara ‘face to face’ dan you don’t even have her phone number! This is not good Mal, bisik hati kecilnya. Dia tak pernah beri kau harapan. Dia cuma... Cuma cuba untuk berkawan. Sekadar kawan, Azmla Zakwan oii!
Kenapa kau mesti rasa kecewa macam ni? Kecewa ke? Hmm... Mungkin la. Sikit! Nak kata patah hati, tak kot? Sigh... Azmal mengeluh lagi. Mungkin, aku terasa sikit sebab sampai sekarang aku masih pegang status ‘single & available’. The most hot bachelor in town! Itu yang selalu Akrami, teman baiknya kata. Aku rasa aku bukanlah itu, Mi.
Lamunannya terhenti apabila pintu rumah dibuka. Muncul Abul di muka pintu. Serta merta Azmal terbangun dari baringnya. Aduh!!!
“Apsal bangun?” tanya Abul sebelum menghempaskan tubuh ke sofa.
Azmal menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Sorry Bul,” kata Azmal. Dia benar- benar lupa yang Abul ke studio bersamanya. Tadi, dia terus sahaja pulang tanpa memikirkan Abul. Iyalah, fikirannya berkecamuk!
“Sorry naik lori!” balas Abul. Jelas tidak puas hati kerana ditinggalkan. “Hampeh la kau!”
Azmal tersengih. Abul, marahnya tidak ke mana.
“Nah, burger!” kata Abul lantas meletakkan plastik yang berisi sebiji burger ke sebelah Azmal. “Aku marah memang marah tapi aku beli juga burger untuk kau!”
“Kau tak makan?” Azmal bertanya, cuba mengambil hati.
“Aku dah makan, makan hati!” jawab Abul. Wajah Azmal langsung tidak dipandang.
“Perli ke?” kata Azmal.
“Terasa ke?” jawab Abul.
Azmal mengeluh. Kembali berbaring dengan tangan diletak ke dahi.
“Kenapa kau ni?” soal Abul. Dia membetulkan duduk sementara menanti Azmal menjawab. Lama Azmal diam.
“Aku ter-suka someone I met on Facebook but she’s in a relationship,” keluh Azmal.
“Serius ke kau ni? Betul ke dia dah berpunya?” Abul menyoal dengan rasa cuak.
“Tak tahu dan tak tahu,” balas Azmal, perlahan.
“Dia ada beri kau harapan ke?” Tanya Abul lagi.
“Tak ada pun. Jumpa pun tak pernah. Selalu contact through Facebook je, tu pun tak pernah pun nak sentuh pasal hati dan perasaan,” Azmal menjawab dengan wajah kelat.
“Tak payah fikirlah. Dah sah- sah bukan jodoh kau,” ulas Abul.
Azmal menggaru dahi. “Ye lah, aku pun fikir macam tu gak.”
“Aku bagi la kau ayat klise... Bunga bukan sekuntum Mal,” ujar Abul. Wajahnya cuba diseriuskan.
Azmal mencebik. “So not cool!” balas Azmal.
“Ceh!” Abul mencebik juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 130# anakhalal
thanks..akhirnya dah ada yang terbaru |
|
|
|
|
|
|
|
sorry la..sibuk ckit skrg.br pndah tmpt keja.. |
|
|
|
|
|
|
|
sudah pasti! |
|
|
|
|
|
|
|
biarlahh alisha bsama dengan najmi ye AH |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni ada n3 x? |
|
|
|
|
|
|
|
woowww !!! |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 17
Menjelang pukul 1 tengahari. Alisha masih di meja kerjanya. Telefon bimbit juga damai di atas meja. Rakan- rakan sepejabatnya sudah mula meninggalkan ruang kerja mereka demi memenuhi tuntutan perut. Hingar bingar yang tadinya kedengaran semakin menjauh.Tidak lama, Nina juga muncul di depan meja Alisha.
“Lunch time!” sergah Nina dengan wajah ceria.
Alisha mengangkat kepala, memandang Nina. “Aku tak join la hari ni,” balas Alisha dengan senyum manis mekar di bibir.
“Why??” Nina bertanya dengan wajah penuh dramatik.
“Aku lunch dengan Najmi hari ni,” balas Alisha, kelihatan malu- malu.
Nina membulatkan matanya. “Wallaaaa... ‘Sayang’ dah janji dengan ‘cik abang’ rupanya!” usik Nina. “Tapi ajak je la Najmi join kita. Boleh la kami berkenal- kenalan,” kata Nina lagi. Dia mengangkat kening dua, tiga kali.
Alisha mencebik. “Macam la kau tak kenal dia!”
“Kalau nak privasi cakap je la,” Nina mengusik lagi. Alisha ketawa sahaja, malas untuk berkata apa- apa. Dalam hati, dia mengakui inginkan privasi.
“Kau makan kat mana?” Alisha cuba mengubah topik. Belum sempat Nina menjawab, telefon bimbit Alisha berbunyi. Pantas Alisha capai dan menekan butang hijau. Dalam Alisa menjawab telefon, Nina melangkah pergi sambil melambaikan tangannya dan bibirnya mengucap ‘Enjoy your lunch’ tanpa suara. Alisha senyum dan membalas lambaian tangan sahabatnya itu.
Alisha melangkah laju ke arah pintu lif yang kebetulan terbuka. Najmi sudah menanti di bawah. Najmi menolak cadangan untuk Alisha menjemputnya. Hmm... Mungkin dia guna kereta Azim, fikir Alisha. Keluar sahaja dari lif, Najmi sudah sedia menanti di lobi bangunan. Alisha tersenyum manis melihat Najmi.
Najmi menyapanya mesra dan mereka sama- sama melangkah ke pintu utama. Alisha terkedu saat Najmi membukakan pintu kereta untuknya. Alisha bukan terkejut kerana Najmi membukakan pintu tapi kerana Vios hitam di hadapannya. Namun dia sekadar diam, melabuhkan punggungnya ke dalam kereta.
“Kita nak makan kat mana ni?” Najmi membuka bicara. Alisha tidak menjawab. Dia sekadar diam seakan berfikir. “Kenapa buat muka macam tu?” Najmi bertanya lagi saat kereta sudah meluncur laju ke jalan. Alisha di sebelah berpaling memandang wajah tunangnya itu.
“Kenapa sayang?” Najmi bertanya lagi. Alisha berwajah kelam, raut wajahnya bernada ingin tahu. Najmi sebenarnya menngerti tentang apa.
“Ni kereta siapa?” balas Alisha dengan pertanyaan juga.
“Kereta abang,” balas Najmi. Dia pandang ke hadapan saja, fokus pada pemanduan.
“Abang mana?” tanya Alisha lagi. Kali ini, Najmi pula yang berpaling memandang wajah Alisha.
“Sayang...” kata Najmi.
“Bila abang beli kereta ni?” Alisha menyoal lagi.
“Baru lagi,” jawab Najmi.
“Abang!” seru Alisha, tidak puas hati dengan jawapan Najmi. Geram dia melihat Najmi yang terlalu bersahaja.
“Sayang, can we talk about this over lunch? Abang tengah lapar ni, abang gigit sayang nanti, nak?” ugut Najmi. Alisha ketawa kecil. Najmi ikut ketawa.
Bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka beriringan masuk ke Restoran Selera Ramai tapi belum sempat mereka masuk, Najmi terpaksa untuk patah balik ke keretanya. Dia tertinggal telefon bimbit di dalam kereta. “Sayang masuk dulu,” kata Najmi. Alisha melangkah masuk dan segera mencari meja yang kosong. Dia sedia maklum, waktu makan tengahari begini pelanggan memang ramai di restoran yang menyajikan masakan kampung itu.
Sedang Alisha mencari meja yang kosong, dia terpandang kawan- kawan sepejabatnya yang ligat menggamit ke arahnya. Huh? Nina juga ada bersama mereka. Dari tempat dia berdiri, dia nampak akan senyuman ‘jahat’ berkuasa 7 juta megawatt di bibir Nina. Dia segera menghampiri teman-temannya.
“Sorang je?” Laila bertanya.
“Tak, berdua,” balas Alisha. “Tak sangka jumpa kat sini,” kata Alisha kepada mereka.
“Tu la, aku ajak join sekali tadi jual mahal,” usik Nina. Alisha mencebik, sekadar mengusik. “Mana Najmi?” Nina bertanya.
“Dia...” belum sempat Alisha menjawab, Najmi muncul. Najmi kelihatan sedikit mengah. Dia kelihatan terkejut melihat Nina di situ.
“Hai!” sapa Nina selamba. Dia tergelak kecil melihat wajah terkejut Najmi.
“Icha, takkan tak nak kenalkan?” usik Diana pula.
Alisha tersenyum sebelum memperkenalkan Najmi kepada rakan- rakan sepejabatnya. “Ni Najmi,” kata Alisha. Sengaja dia tidak menyebut perkataan tunang kerana pasti ada yang akan menokok tambah tanpa perlu dipaksa. Najmi di sebelahnya sekadar berkata, Hai.
“Najmi ni tunang Alisha,” kata Nina. Alisha tergelak dalam hati. Kan aku dah kata tadi! Setelah berbual seketika mereka meminta diri untuk menjamu selera.
“Ramah betul officemate sayang,” kata Najmi sedang mereka menjamu selera. Alisha tergelak kecil mendengar ulasan Najmi.
“Abang...” seru Alisha perlahan. Sudu sudah dia diletakkan. Najmi berhenti menyuap makanan dan memandang wajah Alisha.
“Kenapa sayang? Dah kenyang?” tanya Najmi.
“Kenapa abang beli kereta?” itu yang Alisha jawab. Sungguh, dia betul- betul ingin tahu kenapa.
“Sayang fikir kenapa?” soal Najmi. Wajah cantik itu direnung terus. Alisha alah dengan renungan itu. Dia membuang pandang dan bertembung dengan pandangan rakan- rakan sepejabatnya. Hailoo... Apa la korang ni, ingat tengah tengok drama korea ke? Ish...
“Sayang, we’re starting a family soon. That is why I bought that car,” balas Najmi perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang raut wajah Alisha yang perlahan- lahan berubah merah. Alisha tunduk merenung straw minuman. Alamak, romantiknya suara! Alisha tidak keruan.
“Abang rasa dah sampai masa untuk kita fikirkan pasal perkahwinan kita,” ucap Najmi lagi. Alisha diam lagi, tidak langsung memandang wajah Najmi. “Sayang, kita dah bertunang hampir setahun lebih. I’m more than ready sayang,” luah Najmi.
Otak Alisha ligat berputar memikirkan ayat- ayat yang sesuai untuk diucapkan kepada Najmi.
“Sayang, I wont force you if you need some more time...” Najmi berkata sekadar itu. Dia bangun menuju ke arah sinki. Alisha diam menyalahkan diri sendiri. Kata- kata Najmi berbau jauh hati. Icha, apa lah susah sangat kau mengakui yang kau pun punya rasa yang sama!
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by anakhalal at 27-2-2011 17:26
Najmi dan Alisha sama- sama diam di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang ke pejabat Alisha. Najmi diam menumpukan perhatian pada pengendalian kereta. Jalan agak sesak. Alisha pula kaku di sisi. Dia bermain dengan jari jemari sendiri. Najmi sedar kelakuan Alisha itu. Hatinya terdetik, bila agaknya abang dapat mengenggam erat jemarimu sayang?
Akhirnya... “Abang...” seru Alisha perlahan. Dia merendahkan volume radio. Najmi berpaling sekilas. Sengaja buat- buat merajuk. Biar Alisha tahu yang Najmi rasa terdera dengan kerenahnya.
“Abang...” seru Alisha lagi. Suaranya sengaja dimanjakan. Cuba untuk menarik perhatian Najmi yang jelas kelihatan merajuk. Eii... Buruk tau orang tua merajuk!
“Kenapa sayang?” balas Najmi, nadanya dingin. Cepat pujuk, abang merajuk ni!
“Sorry,” ucap Alisha. Badannya di palingkan ke arah Najmi.
“Sorry for what?” acuh tak acuh Najmi menjawab.
“Sorry for everything,” balas Alisha.
“Sayang tak buat salah pun, kenapa nak mintak maaf?” Najmi bertanya. Suaranya sudah tidak sedingin tadi.
“Alaa... janganlah cakap macam tu. Icha tahu Icha banyak buat salah. I’m not perfect,,” kata Alisha perlahan.
“Sayang, I didn’t ask you to be perfect. Even me! None of us are perfect,” balas Najmi. “Sayang, I just want to be by your side for whatever it is, say it good or bad!”
“I know! And i want it too...” balas Alisha perlahan. Wajah Najmi direnung. Hatinya berdegup kencang. Bukan senang untuk dia, meluahkan kata- kata itu. Dia terasa wajahnya bertukar warna namun dia tidak peduli lagi. Untuk Najmi yang setia, dia rela menebalkan wajahnya.
Dup! Jantung Najmi terasa berhenti berdegup saat Alisha mengungkapkan kata- kata keramat itu. “I know! And i want it too...”
Najmi terasa berat untuk melepaskan Alisha turun dari keretanya. Jika diletakkan iman ke tepi, mahu saja dia menarik tangan Alisha dan mengenggamnya erat- erat. Saat Alisha membuka pintu untuk keluar dari perut kereta, Najmi berkata, “Sayang...”
Mata Alisha bertanya. Mulutnya tidak bersuara.
“Abang mencintaimu sayang,” ucap Najmi dengan penuh romantis.
Alisha tersenyum. “And I feel the same to you...” balas Alisha lantas terus keluar dari kereta tanpa berpaling lagi.
Najmi tergamam seketika. Senyum manis perlahan- lahan terukir di bibirnya. Terasa seperti ingin dilaungkan ke seluruh alam betapa dia amat menyayangi gadis itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|