CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

kesetiaan?

[Copy link]
Post time 9-2-2011 03:59 PM | Show all posts
hahaha...bestnya.... cinta monyet ngan cikgu practical........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2011 04:36 PM | Show all posts
huhuh..semua dah dok teringat2 zaman sek dulu2...
bila fazss nak sambung ni??
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 04:46 PM | Show all posts
huhuh..semua dah dok teringat2 zaman sek dulu2...
bila fazss nak sambung ni??
bb_75 Post at 9-2-2011 16:36


hah itu la pasal.....ramai tnanti2 n3 dari fazs ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:52 PM | Show all posts
wahhh...best nie..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:39 AM | Show all posts
salam

TT sambung lg
sweet je watak cikgu anuar tu..
pdn muka azmil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:45 AM | Show all posts
Dalam desas desus yang aku tak kisah sangat antara aku, Azmil dan Kak Haida, aku jadi gembira dengan kehadiran Cikgu Anuar. Hadirnya di hujung episod kisah kami. Kisah kami? Biar betul! Ada ke kisah kami??

“nabila, ada makan2 kat rumah Cikgu Anuar esok?”

“yup…baru nak cakap ngan ko” aku bergandingan dengan Angah mendapatkan kawan2 yang lain di kantin.

“tahu cerita tak?” aku terus membuka cerita.

“cerita apa? Pasal makan2 kat rumah pakwe ko?” tiba2 Azmil memangkah. Terpana semua yang ada.

“memang pasal makan, tapi sape plak pakwe aku? Cakap guna air liur la ko!!! Tak sayang ke gigi yang bersusun tu” angin aku mula bertiup.

“tak betul?!!” masih lagi dia menambah angin aku.

“wow….” Arif dah mengangkat tangan menahan aku yang semakin hampir dengan Azmil yang dungu ni.

“aku tak cari gadoh, kalau sekadar nak sakitkan hati aku. Ko boleh bla.. jangan bagi badan ko tu hampir dengan aku. Aku dah muak dengan perangai ko. Ko ingat aku patung cendana ke?”

Semua mata memandang kami, aku rentap tangan Arif yang masih memegang lenganku. Sungguh aku tak terduga, dia boleh cakap macam tu. Betapa aku rasa terperuk.

“hai..ada apa ni? Tegang aje..” ‘good timing’ si awek nya datang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2011 08:46 AM | Show all posts
“tak ada apa2, biasalah kami. Borak2 kosong..” Lily menjawab, mungkin malas nak menambah kekecohan. Kak Haida terus duduk sebelah Azmil, padahal ada aje kerusi kosong sekitar kaum perempuan. Birah!!

“aku wakil Cikgu Anuar, dia jemput korang untuk makan2 tengahari esok kat rumah dia.”

“ko masak ke?” Angah mula berminat.

“tak lah..dia lah, rumah dia”

“ooo…ok, kita pergi sekali lah”

“ye lah Lily, kalau aku tak pergi dengan ko dan Angah aku nak pergi dengan siapa lagi. Korang aje sahabat aku” kami berpelukan sebentar. Tiba2 aku jadi sedih sangat.

“Bil..ko jangan ambik hati dengan Mil” Angah bersuara, kami beriringan balik ke rumah.

“tak pe lah..benda nak jadi. Aku tak kisah pun tentang dia dengan sesiapa, tapi dia tak ada hak untuk cakap ap2 tentang aku. Dia bukan sesiapa untuk aku”

“ye la…”

“aku ok, jangan lah risau macam tu”

“aku tanya ko jangan marah yer..”

“Tanya lah elok2 semua orang tak kan marah, tak boleh jawab aku jawab lah ‘no komen’” tawa kami bersatu.

“ko dengan cikgu Anuar”

“then??”

“apa hubungan korang?”

“sebagai sahabat paling rapat, aku bagitahu ko, sejujurnya aku dengan dia macam aku dengan ko. Apa yang aku rasa untuk dia pun sama dengan ko. Kami rapat pun baru2 ni. Ko tahu kan? Aku tak minta ko percaya cakap aku, aku hanya menyatakan apa yang aku tahu”

“sebagai sahabat aku memang percaya pada ko. Kita kenal dah berbelas tahun kan”

“tahu pun. Ok, bye2” tiba sudah di persimpangan kearah rumah kami.

“satu lagi Bil..” langkah aku terhenti.

“apa?” aku tersenyum. Dia masih berdiri di situ.

“kalau dia lamar ko?”

“kalau… best perkataan tu.. kalau itu yang berlaku..aku bagitahu ko”

Ramai juga yang hadir, dah nampak macam kenduri bacaan yasin aje. Sengaja aku datang lewat.

“tengok, makanan dah habis. Aku ajak datang awal tadi tak nak Bil” Lily sibuk memprotes.

“kalau bukan rezeki datang awal pun tak ada” Angah yang sudi menjawab, aku sibuk mencari tuan rumah. Tak kan nak masuk rumah dia? Kami duduk di meja luar sambil mata sibuk mencari2 kesempatan untuk mengambil makanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:48 AM | Show all posts
Sekali berderet beberapa pelajar lelaki mengangkat makanan ke meja ‘bufet’. Tersenyum lebar Lily, aku hanya menggeleng mengikutnya dari belakang.

Banyak juga, ada ayam masak merah, daging goring kunyit, sayur campur dan buah tembikai. Tapi tembikai macam dah sikit aje.

“sikit aje makan? Sedap tau saya masak” tersentak aku, kenapa lah Cikgu Anuar ni suka terkejut kan orang. Senyum nya manis.

“mesti lah.. Bil ni malu kot” sempat aje Lily nak kenakan aku.

“makan aje nak malu ape” tak sempat mengelak penuh juga lauk2 dalam pinggan aku. Kalau aku larikan pinggan tentu sahaja jatuh ke tanah. Sakitnya jiwa. Geram dah ni, tapi ‘cool’ aje dulu.

“makan dalam rumah la” cepat sahaja tangan Cikgu Anuar mengawang menunjuk ke arah pintu rumahnya.

“kat luar aje lah..” aku menolak lembut.

“jom aje lah Bil” Angah sudah menyiku aku dari tadi.

Tanpa bersuara Lily terus masuk ke dalam rumah, diikuti pula dengan Angah. Aku terkulat2 seorang masih tegak berdiri. Nak masuk rasa malu, nak makan sorang di luar lagi lah malu.

“masuk lah Bil” lembut sekali suara Cikgu Anuar ni. Kutub Utara boleh banjir mendengarnya.

“ok”

“hah..kan senang dah masuk..” sedas aku di tembak oleh Lily. Kalau bergurau pun, tak perlulah di depan cikgu anuar ni. Cikgu ni pun, tak reti2 ke pergi tempat lain.

“kenapa tak makan lagi?” tegurnya melihat aku yang masih kaku duduk tanpa menjamah lagi.

“dia segan ni” sedas lagi tepat pada muka aku. Sengal betul lah kawan aku sorang ni.

“mana ada..” gugup plak aku ni. Cikgu anuar hanya membalas dengan senyuman.

Tidak lama kemudian, cikgu Anuar berlalu mendapatkan pelajar lelaki di luar rumah. Ramai juga yang hadir, tapi semuanya pelajar. Guru2 di sekolah aku hanya 2 orang aje yang tunjuk muka. Cikgu Liza yang selang beberapa buah aje rumah nya tidak nampak batang hidung.

Kesian melihat kaum adam bertungkus lumus, aku membantu mana yang patut. Mujur Cikgu Anuar menggunakan pinggan dan cawan polistren, leoas guna buang terus.

“rajin yer” garau suaranya menegur aku yang sedang memotong tembikai.

“Cikgu bawa ni pergi depan, jap lagi saya buat air panas. Kopi ok?” dia mengangguk senang.

“wah..rajin nya awek cikgu” dengar dah suara2 jahat diaorang ni.

“korang nak rasa mandi air kopi ke?”

“rajin..tapi garang..”

“sengal lah..ko lebih2 kan Arif” Cikgu Anuar selamba tersenyum dan meneguk air yang aku hulurkan.

“cikgu hati2, dia dah ‘sembur2’” aku jegilkan mata melihat Arif. Gurau tahap gaban.

“saya tak kisah” adoi..aku dah termalu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2011 08:49 AM | Show all posts
“Cikgu tak ajak Cikgu2 lain ke?”

“dah”

“tak nampak pun datang, dah pukul 4” semua mata tertumpu ke arah Cikgu Anuar.

“tak pe la, diaorang sibuk kot.”

“makanan ada lagi saya bagi kat rumah Cikgu Liza boleh?”

“lepas tu awak datang sini balik, saya ada benda nak bagi” aku sekadar menangguk. Menghantar makanan ke rumah cikgu Liza hanya satu alasan untuk aku jauh dari bisik2 nakal kawan2 yang tak berinsuran ini.

Aku heret bersama Angah dan Lily. Lama menanti buka juga pintu Cikgu liza, kejut agaknya tengok kami dengan makanan di depannya.

“awak bertiga pergi sana?”

“kenapa?” masing2 muka pelik melihat gelagat Cikgu Liza. Salah ke pergi memenuhi jemputan.

“sana kan ramai lelaki”

“bukan buat apa2 pun” aku mula rasa kurang senang.

“ye la..awak ada apa2 dengan Cikgu anuar kan?” sinis soalan tu.

“mana ada cikgu, kenapa? Cikgu ada hati kat Cikgu Anuar? saya boleh tolong..” aku dah bosan dengan lagu2 yang di nyanyi kan.

“pandai lah awak, saya dah ada Abg Rahim..”

“makan lah Cikgu, budak2 lelaki tu yang masak, kami datang makan aje tadi.” Lily ibarat pengawai keamanan.

“cikgu2 lain mana?” Angah pula berganding bahu, menghilangkan ketegangan yang terjadi antara aku dan Cikgu Liza.

“ada dalam bilik, awak orang nak minum? Saya ada buat guava juice” cikgu Liza bangun membawa makanan yang kami bawa ke dapur.

“nak..” aku selamba membuka lembaran baru, tak mahu kami berada dalam ketegangan. Walau ada masa tertentu kata2 nya tajam tapi aku hormat dia.

Sebelum pulang ke rumah lewat petang itu, aku singgah sebentar ke rumah Cikgu Anuar.Semua dah siap berkemas. Arif dan beberapa orang lagi kawan2 aku duduk melepak aje di depan rumah.

“dah siap semua?”

“dah. Nak harap korang? Lari aje tadi kan..”

“tau tak pe” aku menjawab, tersengih aje Cikgu anuar dan lain.

“selamat kita, Alhamdulillah..” Lily  memang penambah perisa yang berwibawa, ayat2 nya sentiasa tepat pada masa. Sesuai pula dengan keadaan.

Kepulangan kami dari rumah Cikgu Anuar bersama dengan bungkusan makanan, dan beberapa pesanan yang berguna buat kami. Mungkin ini adalah pertemuan kami yang terakhir, perjalanan kami berbeza.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:50 AM | Show all posts
Reply 124# nhid_tam


    terima kasih...selamat membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:51 AM | Show all posts
Reply 125# arieyana


    cinta budak2.. selamat membaca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:51 AM | Show all posts
Reply 123# juliet80


    maaf..somethg come out...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:52 AM | Show all posts
Reply 122# bb_75


    dah sambg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:53 AM | Show all posts
Reply 121# naufal2705


    hehehe...cinta suci la konon ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:54 AM | Show all posts
Reply 120# darkharis


    selamat datang darkharis... ye ker? rugi la.. tak ushar2 ke kat sekolah perempuan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:55 AM | Show all posts
Reply 119# alynn23as


    pernah terjadi dekat 2 kenalan fazss.. dua2 bahagia, anak berderet...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2011 08:56 AM | Show all posts
Reply 118# juliet80


    berpeluh ni taip...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 09:46 AM | Show all posts
Reply 135# fazss


    huhuhuhuh nature budak lelaki yg sekolah all boys...heheheeh adalah gak kakak2 nak buat adik angkat... tapi dah pemalu semua tolak hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:01 AM | Show all posts
best tue n3 byk betul...
kalu free letak n3 bebanyak lagi tau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 10:12 AM | Show all posts
Reply 138# darkharis


    hehehe..so pemalu la ni... awek ushar x ada?hmy3:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.434199 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list