CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abahmung

[Tempatan] Muzium Jakarta menafikan Jong dalam artikel pengkaji UPM adalah koleksi mereka

[Copy link]
 Author| Post time 30-1-2024 09:32 AM | Show all posts
Muzium Jakarta: Jong dalam artikel pengkaji UPM bukan koleksi kami
Aidila Razak
Diterbitkan:  Jan 29, 2024 10:15 PM



Muzium Bahari di Jakarta berkata model jong Melayu, yang menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dipamerkan di muziumnya, bukan sebahagian daripada koleksi mereka.

Sebaliknya, muzium itu memberitahu Malaysiakini bahawa gambar yang dimuatkan dalam artikel jurnal oleh penyelidik UPM Rozita Che Rosdi dan Hashim Musa lebih menyerupai jong dari China.

Kata Muzium Bahari, Rozita dan Hashim juga menggunakan satu lagi gambar yang salah untuk merujuk kepada model jong Jawa.

"Sedangkan gambar pada halaman 2317 pada bagian atas bukan merupakan gambar koleksi Perahu Jong Jawa milik Museum Bahari," katanya.

Muzium Bahari juga melampirkan gambar perahu miniatur model Jong Jawa dan miniatur model Jong Jawa di Candi Borobudur dalam koleksi mereka.

"Semoga informasi yang disampaikan dapat memperjelas informasi untuk rekan-rekan peneliti dan jurnalis Malaysia terkait hal-hal yang berhubungan dengan Museum Bahari Jakarta.," katanya.


Gambar model yang disalah rujuk dalam kertas UPM (kiri), model miniatur sebenar jong Jawa di Muzium Bahari (kanan)
Muzium Bahari menyimpan koleksi yang berkaitan dengan sejarah maritim Indonesia dan diasaskan pada tahun 1977.

Penjelasan muzium itu dibuat apabila Muzium Diraja Greenwich di London mengesahkan bahawa gambar yang digunakan oleh penyelidik UPM berkenaan sebagai contoh jong Melayu sebenarnya adalah gambar miniatur jong buatan China dari tahun 1938, yang disimpan dalam koleksinya.

Isu itu menjadi tumpuan selepas penyelidik Perancis Serge Jardin dalam catatan media sosial yang tular menyorot kesilapan dalam kertas kajian UPM, sebagai bukti standard akademik yang lemah.

Rozita dan Hashim tidak menjawab permintaan untuk mengulas manakala UPM mempertahankan kajian itu, mengatakan ia telah menjalani semakan pakar (peer review).

Jurnal Penyelidikan Akademik Antarabangsa dalam Perniagaan dan Sains Sosial, yang menerbitkannya, berkata ia sedang menyiasat perkara itu.

Walaupun Muzium Bahari menggunakan perkataan 'jong' dan 'junk', pemahaman ahli sejarah tentang asal usul perkataan Inggeris "junk" mempunyai kesimpulan yang berbeza.

Ada pihak yang, seperti sarjana terkenal sejarah Asia Tenggara Anthony Reid, berkata ia berasal daripada perkataan Jawa lama “jong”, yang bermaksud kapal, manakala yang lain mengatakan ia berasal daripada perkataan Cina “chuan” yang bermaksud kapal atau perahu.

Bagaimanapun, Reid berkata rekod China menyenaraikannya sebagai perkataan Melayu, manakala perkataan Jawa lama “jong” ditemui dalam inskripsi Jawa lama abad kesembilan.

Rekod Portugis dari tahun 1500-an menyatakan bahawa kapal Cina diperbuat daripada kayu lembut yang disambung dengan paku manakala ;junk' Jawa diperbuat daripada kayu jati, yang disambung dengan pasak ulir (dowel).

Reid berkata menjelang abad ke-16, kapal kargo besar itu mempunyai pelbagai pengaruh dan boleh dirujuk sebagai sejenis jong "Laut China Selatan" hibrid, dengan kapal menunjukkan "ciri kebanyakannya Asia Tenggara tetapi dengan campuran China".

Bangkai kapal purba dari Alam Melayu hanya ditemui dalam serpihan, seperti bangkai kapal Intan abad ke-10, yang digali pada tahun 1997 di Laut Jawa.

Kebanyakan struktur bangkai kapal Intan telah lenyap tetapi ahli sejarah menggunakan serpihan untuk menganggarkan bahawa badan kapal itu akan mempunyai panjang 30m dan pembinaannya berbeza daripada kapal China atau Arab.

Beribu-ribu artifak pelbagai bahan yang ditemui dalam bangkai kapal Intan dikesan ke rantau Asia Tenggara, China dan Timur Tengah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2024 10:16 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 30-1-2024 10:44 AM
Abahmung replied at 30-1-2024 09:32 AM
Muzium Jakarta: Jong dalam artikel pengkaji UPM bukan koleksi kami
Aidila Razak
Diterbitkan:  Jan 29 ...

Apa jadinya melayu malaysia ini  jika UPM dan university-university lain di Malaysia masih saja terus  membuat dongeng-dongeng dan propaganda-propaganda demi membuat bangsa melayu adalah bangsa yang maha haibat .. ?

Bukankah  akan menjadi bahan lawakan seluruh dunia dan tragedik bagi orang malaysia sendiri jika semua kepalsuan dan kebohongan itu semua masih saja dianggap sebagai sebuah fakta kebenaran yang diajarkan di sekolah-sekolah hingga hari ini ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Seperti yang saya katakan hari tu, saya pilih untuk percaya dengan bukti dan bukan faktor lain yang tak berkaitan seperti bangsa, agama atau kewarganegaraan ahli sejarah. Setelah keluar kenyataan Muzium Bahari dan Muzium Greenwich, nampaknya ahli sejarah Perancis tu betul dalam penilaian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 10:55 AM | Show all posts
Bagi saya, kritikan2 mcm ni termasuklah dalam definisi "Peer Review" jugak.
Ahli akademik berkaitan perlu mampu mempertahankan hujah2 mereka bukan saja dalam journal tetapi juga di media massa. Zaman sekarang semua orang boleh publish pendapat masing2 dalam soc. media, so yg cintakan budaya ilmuan, kenalah defend kalau didapati kritikan tersebut ada meritnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 11:44 AM | Show all posts
_blackbird replied at 26-1-2024 01:33 PM
Biasa mcm ni average bonding tu boleh tahan 3 gen je pon. Gen ke 4 dah tak close pon. Silap2 tak k ...

betullah tu
my mum pun dah lost contact
dengan pakcik dia di SG
lagi2 berpisah dari kecik
pakcik katanya membawa diri ke SG
mgkn decide jadi warganegara sana
jadi makin lost
bila atuk nenek pun meninggal dah
so silap2 selisih bahu kat JB pun
tak tau yang itu sedara mara
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 01:02 PM | Show all posts
Edited by Decaffeinated at 30-1-2024 01:05 PM
Gambar model yang disalah rujuk dalam kertas UPM (kiri), model miniatur sebenar jong Jawa di Muzium Bahari (kanan)

tapi kenapa aku nampak macam the exact same photo?


edit:
caption tu merujuk pada gambar lain yang tidak disertakan. Why?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2024 01:09 PM | Show all posts
Nah gambar dari Jakarta


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 01:18 PM | Show all posts
kihkih.ummah porem yg side prof kangkong upm tu mesti dah malu2 kucing skrg


dok kutuk2 historian perancis tu dengki ngn melayu la apa..ujung2 apa yg dia pertikai tu mmg betul rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2024 02:34 PM | Show all posts
tripleid replied at 30-1-2024 01:18 PM
kihkih.ummah porem yg side prof kangkong upm tu mesti dah malu2 kucing skrg

gigih nak mendaulatkan 'melayu' sampai buat research pun tak menyeluruh(kalau betul2 menyeluruh idak le dipertikaikan sebelum dihebahkan), sapa sorang lagi profesor kangkung yang cakap pasal bani qantura tu....

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 03:47 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 30-1-2024 04:08 PM
asamfish replied at 30-1-2024 02:34 PM
gigih nak mendaulatkan 'melayu' sampai buat research pun tak menyeluruh(kalau betul2 menyeluruh id ...

Gejala apa ini yang sedang terjadi di Malaysia ?  

Ternyata Banyak betol orang pintar dan profesor melayu "ternama dan terkenal" menjadi "pendongeng sejarah"  sehingga menghancurkan reputasi keilmuannya  hanya hanya demi mengagong-agongkan bangsa melayu ....

Tak tahu apakah mereka itu juga kurban dari "propaganda-propaganda"  atau ikut serta juga dalam membuat semua "imaginasi super"
bangsa melayu mahawangsa itu ....Bahkan ada juga orang Indonesia "bodoh" yang menjadi kurban ......Hehehehe






Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 04:09 PM | Show all posts
asamfish replied at 30-1-2024 02:34 PM
gigih nak mendaulatkan 'melayu' sampai buat research pun tak menyeluruh(kalau betul2 menyeluruh id ...

sbb tu aku lagi pecaya sejarawan orientalis drpd 'sejarawan' lokal yg ramai suka angkat bakul sendiri suka suki reka cerita dongeng sejarah semata2 nak up tamadun sendiri yg sendu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 04:58 PM | Show all posts
Semua itu adalah Melayu

Melayu itu adalah Malaysia




Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 10:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.057126 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list