Mengisahkan cinta antara kaum antara seorang lelaki bukan india dgn wanita india nama mala...mala wpun india dan kulit gelap tp cantik...persis pelakon tamil lah kot yer...ada aura sehingga ramai lelaki shiok sama dia. Lelaki ni mmg shiok gila la kat mala..cinta suci sanggup berkorban jiwa ragala gitu. Tp mala mcm ralat sikit nak terima sebab lain bangsa kan...tp lelaki ni ala ala cuba menyakinkan mala yg berlainan bangsa bukan halangan dlm percintaan mereka...mmmuah mala {:1_147:}
kamala ni gadis india yang tinggal kat dlm hutan rimba. rumah dia tepi telaga yang ada ular sawa.
ntah macam mana mamat indonesia ni sesat ke rumah dia pastu terjatuh hati la pulak dengan kamala.
tp sayangnya bapak mala xbagi bercenta sbb mamat indon katanya.
terus lah mamat indon nih nyanyi lagu ni depan rumah mala gitu..
tafsiran lagu kelima:
lagu ini merupakan luahan hati seorang pemuda kepada kekasihnya yg bernama Kamala.
cinta itu wujud tanpa sedar juga tanpa dipinta.
Tatkala dah jatuh cinta segalanya nampak indah dan sempurna.
Hari berganti hari juga tak mampu dirasai oleh pemuda tersebut.
Sanggup melalui liku2 rintangan, halangan dan galangan dari apa jua sebagai bukti cintanya kepada Kamala.
pada rangkap terakhir jelas dapat kita simpulkan bahawa tidak semua yg cantik itu akan dicinta
namun seseorang yg dicinta itu akan sntiasa cantik dimata pecinta sehingga layak digelar Dewi Kamala..
Kisah menceritakan seorang lelaki yang jatuh cinta pada seorang pengacara TV Normala Samsudin yang cantik jelita . Ramai lelaki jatuh hati pada wanita melayu terakhir ini .
Sukarnya mendapat cinta wanita sopan dan penuh budi bahasa ini .
Dalam perebutan antara pria-pria , akhirnya Normala jatuh cinta pada seorang VIP yang berbeza dunianya dengan beliau . Mereka akhirnya mengakhiri cinta dan kasih ke jinjang pelamin .
Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyi ...
dealova_fan Post at 7-7-2011 22:25
tafsiran lagu ke enam:
setiap bait2 lirik lagu ini sebenarnya cukup puitis dan menggunakan bahasa melankolik..
yg mana mengajak kita agar memahami keluhan hati seorang insan yg mana cintanya tidak berkesampaian..
mungkin disebabkan mencintai seseorang itu dalam diam atau dari jauh atau mungkin juga kerana cinta terhalang..
baris2 ayat pd rangkap 3 menjelaskan biarpun sehebat mana dugaan yg mendatang namun kesetiaannya tidak akan mudah goyah..
dan biar sehebat mana rasa kasih, cinta dan sayang pencinta itu namun semua itu dipendamkan didalam hati..
bilamana sesuatu itu tak mampu utk diluah maka haruslah ditelan..
Tafsir Lagu ke 6
Rangkap 1
Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Epilog Cinta 1
seorang gadis mendambakan cinta sucinya pada jejaka yang belum pasti menerimanya .
dalam malam yang syahdu gadis mendoakan agar rindunya yang sekian lama pada si jejaka berbalas
Rangkap 2
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Epilog cinta 2
Cinta dan kasih gadis itu sangat mendalam kepada jejaka namun ia hanya bagaikan mimpi dan khayalan semata .
Rangkap 3
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Epilog cinta 3
Walau cinta di tolak dan tidak di terima , si gadis dengan penuh tabah dan sabar tetap mencintai si jejaka . walau kerap di lukai dalam kepedihan ,gadis tetap setia dan tidak pernah berpaling . demi cinta yang menyala , gadis sanggup menggenggam bara api demi cinta sucinya pada jejaka
.
Rangkap 4
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Epilog cinta 4
Dalam bayangan dan khayalan , si gadis impikan sebuah ikatan yang terpaut antara mereka berdua . Namun ia bukanlah mudah menjadi satu kenyataan .
Rangkap 5
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
Epilog cinta 5
gadis mengharapkan cinta dari si jejaka dan sanggup setia hingga ke mati , sanggup melayari lautan api , sanggup menggapai matahari demi cintanya pada si jejaka .
cintanya kekal dan berkalbu di hati ...... namun si jejaka belum memberi kata pasti
TAFSIRAN LAGU KEENAM : JACLYN VICTOR - BERTAMU DI KALBU
Lagu ni menceritakan betapa dalamnya kasih seorang wanita terhadap kekasihnya..bait2 yang puitis menambahkan perencah keromantisan lagu ni. kisahnye simple, seorang wanita menyatakan rasa cinta kepada sang arjuna dengan menggunakan simbolik alam. Dia menyampaikan kata rindu melalui semilir (angin) malam, dan cahaya rembulan melambangkan kesucian cinta di dalam hatinya. Manakala laut dan matahari menjadi lambang dalamnya kasih wanita itu terhadap jejaka bertuah yang berjaya memiliki hatinya. Menurutnya,perasaan cinta itu tak mampu dijangkau dengan akal manusia biasa...(hiperbola sungguh)
Dalam rangkap ketiga pula, gadis itu mengatakan sumpah setia terhadap cinta mereka..walaupun onak dan ranjau datang menduga (digambarkan dengan bara), dia tidak akan skali2 berpaling meskipun trpaksa brdepan dengan cabaran (selasih membalut pedih ngeri = luka yang tak bisa sembuh)
Rangkap keempat, ada sedikit twist. Wanita ini skali lagi membayangkan betapa dalamnya kasih dia terhadap kekasihnya itu. Bulan dan bintang pula menjadi simbolik percintaan mereka dalam rangkap ini..menggambarkan keindahan dalam percintaan mereka. Namun ia diterjemahkan sebagai sejarah dan mimpi. Rangkap seterusnya, wanita ini mengatakan dia akan trus setia melayari asmara. dan cinta mereka akan terus berada di dalam hati. Oleh itu, AM tafsirkan ada 2 kemungkinan di sini.Pertama, wanita ini sedang menanti sang kekasih yang kini jauh di mata. Kedua, wanita ini menyampaikan rasa cinta dan setia terhadap kekasih yang sudah meninggalkannya (mati).
~sekian tafsiran dari Prof. Adikmanis~
p/s : lagu + lirik + suara jac mmg btol2 wat bulu roma meremang time dgr lagu ni...antara lagu peberet AM
cadangan : time momod tepek lagu,tepek skali penulis liriknya.... so,kita sbagai pendengar akan lebih appreciate nilai seni kata..slalunya lagu best,pnyanyi yg glemer..ksian yg pnat2 cipta n tulis lirik tu
Lirik lagu yang sungguh puitis..begitu banyak metafora & hiperbola digunakan untuk menggambarkan perasaan seorang wanita yang sedang dilamun cinta terhadap seorang yang belum pasti menjadi miliknya. Hanya mampu menyulam kerinduan sendiri...tanpa dibalas...
Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Bait-bait kata yang sungguh menarik. Tergambar disini keadaan si wanita yang begitu penuh pengharapan di dalam jiwanya untuk bersatu dengan si dia yang jauh dimata tapi dekat di hati. Akan tetapi khayalan yang muluk-muluk dan kata-kata cinta hanya terpendam & bermain di ruangan minda & jiwa. Doa yang dititip lewat malam-malam yang dingin ditemani rembulan menunjukkan betapa dalamnya perasaan si wanita itu yang sedang dilanda mabuk cinta.
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Ah, wanita ini sangat setia orangnya. Biar apa dugaan dan halangan melanda beliau tetap tegar untuk mencintai si dia.
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
Sedih, kerana momen-momen bersatu bersama si dia hanya dapat dirakam di dalam mimpi. Walaubagaimanapun, si wanita tetap berharap akan dapat bersama dengan si dia satu hari nanti. Takkan berputus asa menunggu cinta mereka bersatu. Dia tahu, pelangi akan tiba jua membawa bersama kebahagiaan.