|
Mesti baca...
Nana BERCERAI?!
Assalamualaikum semua!
Amacam weekend ok..? Alhamdulillah weekend Nana, MRBdan Althea meriah sangat! Kitaorang buat birthday partyAlthea semalam (Ahad) secara kecil kecilan je.. Jemputan punclose friends dan family sahaja.. Abah datang all the way fromBP.. Thanks abah.. Terima kasih jugak kat mak yang tolong semalam.. Juga kepada kak Aida yang dengan gigihnya membawa sate dan bekas tempat air tu.. Maklumlah masa utkpreparation tu singkat sahaja.. Pond pond (Fafau) yang bawakice, Kak Madis yang bawak bakul nak letak lollipops dan semua lah yang membantu semalam ye..
Patutnya hari ni Nana nak update gambar gambar partysemalam, tapi Nana rasa biarlah Nana jernihkan keadaan yang mana tiba tiba semalam masa tengah bergumbira ria, Nanadengar ade gosip yang agak melampau pada Nana.. Nanadan MRB bercerai.. GILE KE APA?! Maklumat yang 'boleh dipercayai' ni kononnya dari seorang kaunselor yang ade senarai artis yang bercerai etc dan Nana antara salah seorang yang ada dalam list tu dan sebab cerai pasal hantaran gitar.. Astaghfirullahalhazim.... Kaunselor ape tu? Manakan nak cerai, gaduh pun susah Nana dan MRB ni.. Hmm.. Gitar? Gitar?Serious?! Agak sedih bila ada yang baca dah percaya.. Dan yang lebih sedih bila yang percaya tu turut memaki, pandang serong, menokok tambah cerita cerita karut ni.. SEDIH!
Nana pun tak paham bila sampai tahap cerai berai dorang ni boleh buat main.. Dah tak de cerita lain ke..? Nana dan MRBbahagia! Demi Allah yang Maha Esa, cerita tu fitnah semata mata.. Nana dan MRB tak pernah jumpa mana mana kaunselor, ke pejabat agama ke atau terdetik walau sedikit pun untuk kitaorang bercerai.. Mintak simpang lah.. Memang ajal, maut, jodoh pertemuan semua ketentuan Illahi, tapi buat setakat ini, kitaorang BAHAGIA... Haa kau siap warna warni lagi.. Salah ek kalau bahagia?
Oklah, Nana pun tak nak ulas panjang lebar.. Tak guna jugak kan sebab kalau orang nak percaya apa yang dorang nak percaya tak kira apa yang Nana cakap agar dorang percaya untuk mmpercayai apa yang Nana kata memang susah lah dorang nak percaya! Hahaha! Cut the story short, Nana, MRBdan lil Althea bahagia! Happy!
Last but not least, Nana harap, korang semua dapatlah sampaikan pada orang orang yang percaya dengan fitnah tu perkara sebenar k.. Tak leh pun tak pe.. Tak pun, soh dorang baca blog Nana ni.. Sebab Nana rasa Nana dah terlalu terbuka dan transparent ngan kehidupan Nana selama ini dan semua Nana kongsi ngan korang kat blog ni..
Orang cakap, pekakkan telinga, ignorekan saja.. Memang lah tu cara yang terbaik, tapi sebagai manusia yang punya hati dan perasaan, tak banyak, sedikit mesti ada rase sedih dan geram betul? Tapi Nana dah ok, MRB lagi best, dia gelak je.. Hahaha...Dan Nana harap kepada pembuat cerita tu dapat betulkan balik statement dia dan Nana nak juga tengok list dia tu.. Dari mana dia dapat.. Hentikanlah buat fitnah ye.. Tak berapa nak elok..
1 happy family...Nana & MRB |
|