CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Kahwin

[Copy link]
Post time 5-6-2012 01:02 PM | Show all posts
cpt la smbung......
enth2 x jd kawin last2 minit nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2012 04:11 PM | Show all posts
Bila nak sambung ni? Dah hbs baca....teruskan berkarya
chervil Post at 4-6-2012 08:31


jap eh...nak edit sket lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 04:12 PM | Show all posts
cpt la smbung......
enth2 x jd kawin last2 minit nanti
misssakura Post at 5-6-2012 13:02


jadi...jadi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 04:27 PM | Show all posts
Reply 122# sarizu


    Cepat..cepat kita tunggu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 05:34 PM | Show all posts
Reply  sarizu


    Cepat..cepat kita tunggu ni
freddianza Post at 6-6-2012 16:27


nah
sakit jiwa la ngan intnet ni...lembab ya amattt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 05:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by sarizu at 6-6-2012 17:57

Episod 21  

Hanya beberapa jam lagi untuk dia melafazkan akad sebagai suami kepada seorang perempuan yang sangat dia sayanginya. Iddin membetulkan samping songket berona peraknya entah keberapa kali, sebenarnya ada debar dalam dadanya. Bukan dia tidak pernah berdebar, tetapi debaran kali ini sungguh lain macam.  

“InsyaAllah segalanya akan baik. Ini kan hari yang ditunggu-tunggu...bukan takat nak dapat isteri ni...nak buat anak sekali,” bisik Iddin perlahan kepada diri sendiri sambil membuat lawak bodoh menutup resah di hati.

Dia menarik nafas, mencari lebih oksigen. Baju Melayu berona krim yang disarungkannya ditiliknya lagi di cermin. Dalam pada berdebar, sebenarnya dia juga sudah tidak sabar-sabar untuk membuktikan rasa kasih sayangnya yang tiada bertepi kepada bakal isterinya nanti. Dia berimpian untuk mencipta sebuah rumahtangga yang harmoni, mahu membuktikan bahawa janji-janji bahagianya buat Anis selama ini adalah benar semuanya.

Masakan tidak, dia sudah menyediakan banyak perkara semata-mata untuk memberi kesenangan kepada bakal isterinya itu. Bukan sekadar ilmu perkahwinan bekalan diri sebagai nakhoda rumahtangga nanti, tetapi bekalan material juga cuba diterjemahkan dengan menyediakan sebuah rumah yang sudah dipenuhi kelengkapannya untuk mereka diami bersama selepas ini.

Lebih dari itu dia juga akan menghadiahkan sebuah kereta baru buat bakal isterinya, sebagai hadiah istimewa daripadanya setelah tunangnya itu menolak untuk menerima wang hantaran yang terlalu tinggi. Dia hanya perlu menyediakan wang hantaran sebanyak RM3000 sahaja, sebentuk cincin berlian bernilai RM5000, dan hadiah iringan tujuh dulang, yang apabila dijumlahkan kesemuanya hanya lebih kurang RM10,000 sahaja.

Bagi seorang lelaki sepertinya, jumlah ini sangat berbaloi pada ketika ramai perempuan lain berlumba-lumba untuk mendapatkan wang hantaran yang tinggi, setidak-tidaknya di kawasan kejiranannya wang hantaran sebanyak RM10,000 hanyalah angka biasa sahaja.

Kata Anis, kewangan selepas kahwin adalah lebih penting. Dia sangat bersetuju, lebih-lebih lagi apabila dialah yang bakal mencorak bagaimana mahu menguruskan kewangan rumahtangga kelak. Tentunya lebih banyak wang yang akan digunakan sementelah mereka akan hidup bersama selepas ini.




Seawal masa yang ditetapkan untuk majlis akad nikah yang akan berlangsung di masjid berhampiran rumah Anis, dia sudahpun bertafakur seketika di dalam masjid meredakan debar di hati. Solat sunat sudah dia selesaikan, terkumat-kamit bibirnya meniti doa-doa penuh pengharapan semoga majlisnya ini akan berjalan lancar dan diberkati Ilahi.

Untuk majlis akad yang akan berlangsung jam sembilan pagi, Iddin diiringi ahli keluarga dan sanak saudara serta sahabat terdekat sekitar 20 orang sahaja. Dia tidak mahu menjemput ramai yang lain sementelah selepas ini mereka akan bergerak ke dewan di mana jamuan kesyukuran akan diadakan di sana.

Kelihatan rombongan sebelah pihak perempuan juga sudah sampai. Anis ayu dalam persalinan rona krim bertudung putih mutiara, sopan mengenakan mini kurung duduk bersimpuh disudut yang telah disediakan untuk pengantin perempuan. Semua ahli keluarganya pula mengenakan pakaian berona coklat cair.

Iddin dan Anis memandang di antara satu sama lain, tersenyum dalam debar. Mereka memahami bahasa renungan masing-masing, berharapan semoga detik indah ini akan berjalan sempurna hendaknya. Mudah-mudahan ianya akan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.  

“Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah, insyaAllah sebentar lagi kita akan mengadakan majlis akad nikah saudara Ahmad Izzuddin bin Ahmad Ilham dengan pasangannya Anis Syafikah binti Ahmad Saifuddin, mudah-mudahan kita semua akan mendoakan perkahwinan yang bakal dibina ini akan diberkati Allah s.w.t. dan berkekalan hendaknya hingga kehujung usia,” begitulah serba ringkasnya muqaddimah yang disuarakan Imam masjid sebagai mengalu-alukan kedatangan semua yang hadir. “Jika semuanya sudah bersedia kita boleh mulakannya sekarang,” Imam menyambung bicara.

“InsyaAllah, kita boleh mulakan sekarang,” ayah Anis yang akan mengakad nikahkan sendiri anaknya itu mula mengambil tempat.

“Sila pengantin lelaki, tenangkan diri, baca selawat dan Basmalah, insyaAllah segalanya akan sempurna...,” Imam mempersilakan Iddin duduk di hadapan bakal mentuanya.

Iddin senyum, membetulkan silanya di hadapan bakal mentua. Kala ini hatinya lebih tenang dan sangat berharap akadnya nanti terus sah diterima dengan sekali lafaz sahaja, insyaAllah. Lafaz akad yang sangat bermakna seumur hidupnya.

“Bismillahirrahmanirrahiiim...saya nikahkan kamu, Ahmad Izzuddin bin Ahmad Ilham dengan anakanda saya, Anis Syafikah dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ringgit tunai,” lembut tetapi tegas suara itu berlafaz kepadanya.

“Aku terima nikahnya dengan mas kahwin tersebut,” Iddin yakin menyambut lafaz akad nikahnya.

“Alhamdulillah, kita teruskan dengan doa, Bismillahirrahmanirrahiim...Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiin... Ya Allah, berkatilah ikatan perkahwinan ini, limpahkanlah keberkatanMu dan rahmatMu kepada pasangan pengantin baru ini, kurniakanlah mereka zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, kekalkanlah jodoh mereka di dunia sehinggalah ke akhirat, dan sempurnakanlah agama mereka dengan sucinya ikatan ini. Aaamiin Ya Rabbal ‘aalamiin,” mentuanya mengaminkan doa diikuti semua tetamu yang hadir.

“Terima kasih, ayah,” Iddin sebak memeluk bapak mertuanya, teringat kepada arwah ayahnya yang sudah lama meninggalkan mereka sekeluarga. “Terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu, InsyaAllah saya akan jaga Anis sebaik mungkin. Kalau ada di antara kami melakukan kesilapan, pohon ayah nasihatkan kami berdua. Kami masih baru dialam rumahtangga, masih banyak lagi yang perlu kami pelajari.”

“Ayah pun sama, terima kasih kerana sudi menjaga anak manja ayah tu,” tangan Iddin digenggam erat mertuanya.



Anis mengelap bibir matanya yang bergenang. Alhamdulillah, impiannya sudah termakbul untuk bergelar isteri kepada Iddin.

Iddin datang kepadanya, degup jantungnya bekerja lebih keras, tangannya terasa sejuk. Ada sinar kebahagiaan terpancar di wajah Iddin, ya, suaminya kini.

“Jom kita solat sunat dulu,” Iddin menjempunya lembut.

Anis bangun, bersedia menjadi ma’mum buat pertama kalinya selepas dia bergelar isteri, apatah lagi berimamkan suami yang ditunggu-tunggu selama ini.  

“Nanti doakan semoga kita akan mendapat kebaikan daripada perkahwinan ini, mohon perlindungan daripada Allah semoga dijauhkan dari segala keburukan,” Iddin menyambung kata sebelum mengangkat takbir.

Anis benar-benar terharu, terasa dirinya benar-benar bertuah mendapat seorang suami seperti Iddin. Dia menarik nafas, mahu khusyuk didalam solat, Allahuakbar!  



Usai solat, dia menyalami suami tersayang, dibalasi dengan kucupan di dahi, damai sungguh terasa hati.

Kala ini, impiannya sudah dimakbulkan Allah. Semoga mereka berbahagia hingga kehujung nyawa ditemani zuriat-zuriat yang akan dididik sempurna, insyaAllah. Dua jiwa sudah menjadi satu, syukur ya Allah diatas kurniaanMu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2012 05:50 PM | Show all posts
Yeayyyyyyyy.

Selamat pengantin baruuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 11:38 PM | Show all posts
huh selamat akhirnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 08:38 AM | Show all posts
selamat pengantin baru...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 08:45 AM | Show all posts
Uikks... abes doh?

Hisham camna?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 11:01 AM | Show all posts
Yeayyyyyyyy.

Selamat pengantin baruuu
freddianza Post at 6-6-2012 17:50


tq, tq...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 11:11 AM | Show all posts
huh selamat akhirnya..
misssakura Post at 6-6-2012 23:38


selamat jugk akhirnya...
letih dh nk gduh2...
gduh2 mnja plk leps ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:40 AM | Show all posts
Reply 132# sarizu

Memang dah abes ek citer ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:49 AM | Show all posts
akhirnya...Selamat Pengantin Baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 12:03 PM | Show all posts
selamat pengantin baru...
yaya4075 Post at 7-6-2012 08:38


tq, tq...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 12:06 PM | Show all posts
Uikks... abes doh?

Hisham camna?
Nicki_Meow Post at 7-6-2012 08:45


draf ada lg...

tarik nafas dulu rai hr bhgia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2012 12:12 PM | Show all posts
akhirnya...Selamat Pengantin Baru...
shahrinas Post at 7-6-2012 11:49


tq, tq...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 12:14 PM | Show all posts
Reply 136# sarizu

Ah...okay.

Lupa lak... Selamat pengantin baru Iddin Anis. Ahahaha....

Nak speku...Something will happen to Iddin nanti?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 12:19 PM | Show all posts
Reply  sarizu

Ah...okay.

Lupa lak... Selamat pengantin baru Iddin Anis. Ahahaha....

Nak sp ...
Nicki_Meow Post at 7-6-2012 12:14


secret!
alah...kita x reti la nk buat cte yg bliku2 ni...cite ringan2 je...isi ms lapang kekdahnya...

eh, bla nk letak cite baru? cite Nicki best!
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 12:28 PM | Show all posts
secret!  
alah...kita x reti la nk buat cte yg bliku2 ni...cite ringan2 je...isi ms lapang ke ...
sarizu Post at 7-6-2012 12:19


Kita pun baru2 belajar menulis ni. Banyak lagi yg kurang.. huhuhu...

Ni tengah asah bakat jadi tukang komen dulu...

Citer baru ek? Dah siap 4 bab tapi otak lak tepu....

Dah siap 10 bab nanti baru tepek. hihihi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.073653 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list