CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leonarzi

"Seindah Sakura" drama bersiri terhebat lakonan FS

  [Copy link]
Post time 22-5-2012 02:40 PM | Show all posts
Drama di slot Akasia, “Seindah Sakura”, memaparkan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.

Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka tirainya pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.

Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.

Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.

Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.

Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.

Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.

Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan?Sumber budiey.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 02:42 PM | Show all posts
tak kisah la fasha gemok ke, badak air ke, student oversize ke, fake ke ape tapi jalan cite dia memang sedih nok..utk org yg tak buta hati memang akan rasa sedih..

x sanggup aku tgk nenek dia x makan berhari2..kuih jatuh atas lantai pon kutip ngap lagi..pegi kedai runcit kutip roti expired kasi nenek makan..dlm dunia realiti memang ada kan org yg daif mcm ni..

anyway shakira tu anak luar nikah ek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 02:59 PM | Show all posts
betul tu..org kalau karatz fasha mmg camtu..kalau kritik pasha je di tuduh karatz ND..plis laaaa ...
ratuiphone Post at 22-5-2012 14:21



kena sembah ratu kat si pasah tu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 03:02 PM | Show all posts
sapa yg akan berlakon jd anida tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 03:03 PM | Show all posts
cete ni mcm best..dpt tgk 2 kali jer..tgk pun sbb fahrin ahmad...fs boleh jadi pelakon yang gemilang tapi apa kan daya..suara dia tidak membantu penonton menghayati watak dia...kira okay la director tak replace suara dia..drp cete pilem rosyam nor berlakon tu..lupa pilem ape..cete moto2..si lisdawati berlakon suara jeslina hashim..terbaekkla sgt...ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 03:08 PM | Show all posts
Mak Mah memang hebat dalam citer ni, asal hari hujan jer terus dia jadi lemah tak bleh nak bangu ...
ayiebest06 Post at 22-5-2012 14:25


itu la...time hujan mcm dah nak mati lagaknya...bila siang, bukan main lg membebel sana sini. memang terbaik la...

layan citer ni sb minat fahrin je pon...
walaupun ak x de minat sgt kat fasha tapi ak mmg suka tgk muka dia...
sb dia memang dilahirkan cantik...
dia berlakon fake ke wateva xde hal la bg ak...
janji ak leh tgk fahrin ahmad...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2012 03:24 PM | Show all posts
iolss br download..tk tgk gi
pasah jd bdk remaja amatlah tk sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 03:33 PM | Show all posts
itu la...time hujan mcm dah nak mati lagaknya...bila siang, bukan main lg membebel sana sini. me ...
f@rE-h@n Post at 22-5-2012 15:08


betul tu kak..tengok sebab ada fahrin ahmad je pun

kalo diletak hero awal ashaari or kamal adli or qi..hatta fizo sekalipun, belum tentu follow ini cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 03:40 PM | Show all posts
jalan crite mmg best...tapi tu la, sbb si fasha yg blakon, jadi feel die x sampai sgt ke haku! nape la bukan tiz zaqyah yg pegang watak tu, mesti lg sesuai. tapi nk match ngan fahrin lak x sesuwei..

btw, sejak akhir2 ni, drama tv3 asik amik dri novel jerr la...dh x dok idea ke @ memang trend skang ni???
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 03:55 PM | Show all posts
kira waktu kecik2 lagik best....aku rasa budak tu berlakon natural betull la...

fasha tk best pon jadik kira...kayu jer...dia punye muka sedih tk menjadikla...tapi waktu dia jadik2 bohsia kt cikgu pahrin aku suka....

tapi yg mengejutkan watak cikgu Azza af tu....menjadik...aku rasa dia macam cekgu betul....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:00 PM | Show all posts
apa2 pon cter ni memg best. drama air mata. kisah realiti kedaifan yg x terluah. terbaikk laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:04 PM | Show all posts
aku setuju uwaaaa berapa kali aku nangis woooo...mak ruminah pun best gak berlakon wehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:08 PM | Show all posts
Mak Mah memang hebat dalam citer ni, asal hari hujan jer terus dia jadi lemah tak bleh nak bangu ...
ayiebest06 Post at 22-5-2012 14:25

aku ingat aku sorang je pasan..asal ujan je trus mcm lumpuh..smlm masa ros balik kemain laju berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:13 PM | Show all posts
i suka tgok fasha berlakon. memang berbakat dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:17 PM | Show all posts
aku ingat aku sorang je pasan..asal ujan je trus mcm lumpuh..smlm masa ros balik kemain laju berja ...
800214 Post at 22-5-2012 16:08



    .....Itu kehndak skrip! Nak wat camna...?
    Sib baik, malam tak jadik ular.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:21 PM | Show all posts
Reply 128# bottombikini
sama la...ai tgk pun sbb ada pahrin...mcm cerekarama Menara Cinta ke tajuknya tu...sbb ada pahrin...watak heroin ai abaikan jer...asal dpt tgk pahrin....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by 800214 at 22-5-2012 16:32
.....Itu kehndak skrip! Nak wat camna...?
    Sib baik, malam tak jadik ular....... ...
NAT_11 Post at 22-5-2012 16:17


tukar jadik ular kalu,kena masuk slot lagenda "onyang ular".ekekekek!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:34 PM | Show all posts
cerita ni ok laa ...
cuma aku selalu rasa tak best dgn ruminah sidek tu berlakon...
bila ada jek scene dia, aku akan tukar channel..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:39 PM | Show all posts
Reply  bottombikini
sama la...ai tgk pun sbb ada pahrin...mcm cerekarama Menara Cinta ke tajuknya  ...
cyndore Post at 22-5-2012 16:21


sama! sama!

ai saspek depa buat cerekarama tu sekali dgn cite ni ke apa..tempat pun cam lebih kurang je kat paris tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:41 PM | Show all posts
aku ingat aku sorang je pasan..asal ujan je trus mcm lumpuh..smlm masa ros balik kemain laju berja ...
800214 Post at 22-5-2012 16:08


anggap jela bila hujan dia jatuh semput...

yg aku heran..apa tak masuk tido kat bilik je kan..mungkin bilik pun bocor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.184105 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list