CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2012 02:21 PM | Show all posts
haji_one posted on 22-10-2012 08:05 AM
Wa'alaikumsalam wbr wbt.

Tu la, kekadang kita boleh tengok keegoan dan kesombongan manusia n ...

hahahah tahu pula cuak yang beg besar n mahal  dia pegi UK ya .. nasib baik cepat sedar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2012 02:24 PM | Show all posts
tia1960 posted on 22-10-2012 12:49 PM
air mataku juga............tanpa disedari...

yupp sungguh menyentuh hati kisah tu..
buat saya sedar, berusaha dan bergantunglah pada Allah pada setiap urusan dalam hidup kita
insyaAllah, Allah akan beri bantuan yg kita sendiri tak sangka2.. subhanallah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 03:40 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 22-10-2012 02:14 PM
Pada tahun 2007 dulu, saya pilih untuk nafar thani sebab tidak hendak berebut-rebut keluar daripad ...

Saya juga buat  nafar thani. Hari tasrik 3, jemaah pun dah berkurangan. Dah boleh berguling dalan khemah. Yang best, bertaburan dalam khemah ..... maggi, minumam kotak, biskut, roti yang di tinggalkan jemaah yang buat nafar awal. Konon mereka nak bawa balik Mekah tapi beg dah penuh. Kami yang mengutip pun tak cukup beg. Membazir rasanya makanan & minuman yg ditinggalkan.

Buat nafar thani ..... balik Mekah tak jam teruk dah. Dalam 2-3jam aje.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 04:22 PM | Show all posts
Berkenaan nafar awal ni, meh saya ceritakan sedikit pengurusan mengenai nafar awal utk pengetahuan bersama..ni utk muassasah la ni.

Memula sekali, pihak pengurusan maktab akan maklumkan kepada jemaah haji melalui taklimat masyaier yg diadakan beberapa hari sebelum bertolak ke arafah berkenaan nafar awal ni. Mohon maklum bahawa nafar awal diwajibkan utk jemaah haji dr KT01 sehingga KT06 (kalau tak silap saya sehingga KT06 la..hehehe..).

Then, bila jemaah haji dah bagi nama yang nak nafar awal, pihak maktab akan bagitau pihak muassasah maktab utk standby bas. Biasanya dlm 3-4 biji begitu la..kalau dlm maktab tu ada KT-KT awal, lagi banyak trip bas tu akan bergerak ulang alik ambil jemaah haji yang nafar awal.

Sejam, sebelum pergerakn awal keluar, pihak maktab akan buat pengumuman bagi jemaah haji nafar awal ni standby.

Bila dah cukup waktunya, kita akan panggil jemaah haji nafar awal ni utk naik bas.

Untuk nafar awal, maktab akan hantar seorang petugas (atau lebih) utk nafar awal seterusnya memantau ketibaan jemaah haji nafar awal ni..biasanya bas yang pertama bergerak la. Petugas ni jugak akan uruskan sambutan semasa ketibaan jemaah haji nafar thani keesokan harinya.

Untuk jemaah haji yang nafar awal, tiada makanan disediakan di maktab kerana secara teorinya, keadaan masih dlm situasi operasi masyaier..so, jemaah haji kena beli kat luar la makanan tu. Selain itu, kemudahan klinik, kaunter kewangan di maktab juga tidak beroperasi. Risiko lambat sampai dan diturunkan jauh dr maktab (due to zammah @ kesibukan jalan raya) juga antara benda yang perlu diketahui.

Ikut pengalaman saya, saya pernah berdiri dlm bas selama 7 jam semasa nafar awal.. Last edited by haji_one on 22-10-2012 04:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 05:05 PM | Show all posts
haji_one posted on 22-10-2012 04:22 PM
Berkenaan nafar awal ni, meh saya ceritakan sedikit pengurusan mengenai nafar awal utk pengetahuan b ...
  1. Mohon maklum bahawa nafar awal diwajibkan utk jemaah haji dr KT01 sehingga KT06 (kalau tak silap saya sehingga KT06 la..hehehe..).
Copy the Code
Kalau jemaah dari KT tersebut tak nak buat nafar awal dibolehkan ke?

Last edited by aily on 22-10-2012 05:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 06:49 PM | Show all posts
Mekah hujan kelmarin.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2012 09:58 PM | Show all posts
Suka baca post haji one..
Masyallah....
Banyak maklumat..pengajaran yg diperolehi membuatkan mulut ini tidak habis habis beristighfar..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 07:46 AM | Show all posts
aily posted on 22-10-2012 05:05 PM
Kalau jemaah dari KT tersebut tak nak buat nafar awal dibolehkan ke?


Biasanya memang diwajibkan untuk jemaah haji KT awal ni untuk buat nafar awal, sebabnya tempoh berada mereka di Mekah pendek selepas wukuf, penerbangan pula selang beberapa hari sebelum tu..boleh jadi (kalau tak silap) hari kedua selepas nafar thani.

So, memang mereka ni diminta untuk nafar awal, bagi membolehkan mereka menyelesaikan tawaf dan saie haji diwaktu orang tengah ramai di masjdilharam, bersiap sedia untuk taklimat keberangkatan, kena uruskan beg bagasi, pengumpulan beg di nombor bas dan sebagainya..so, dlm tempoh 2-3 hari selepas balik dr Nafar Awal tu, semua ni kena selesai. Ikut pengalaman, memang ramai jemaah haji KT awal yang nak pergi tawaf / saie haji tapi balik semula ke maktab due to bilangan jemaah haji yang terlalu ramai di Masjidilharam..ada yang pergi pagi tak lepas, pergi tengahari tak lepas,pergi petang tak lepas..last2 pergi isya', ambil masa 3 jam baru siap..tu so, memang kena nafar awal, sekurang2nya mereka ada 12 jam sebelum ketibaan jemaah haji yang nafar thani sampai di Maktab untuk selesaikan tawaf haji.

Berkenaan soalan aily ni, boleh je kalau jemaah haji tu takmau buat nafar awal, terutama kalau jemaah haji tu dah siapkan barang awal2, sebelum bermula operasi masyaier lagi..jadi dia tak kelamkabut. Jemaah haji tu perlu hadir ke pejabat Maktab dan maklumkan kami mengenai hasrat dia utk buat nafar thani..takdak masalah. Cuma dia kena ketahui risiko2 disebalik tindakan dan keputusannya tu. Kalau ikut pengalaman, ada je yang buat nafar thani, tapi mereka ni dah ready awal2 so that bila buat nafar thani, mereka tak kelam kabut lagi dah.. Last edited by haji_one on 23-10-2012 07:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 07:47 AM | Show all posts
aziefa posted on 22-10-2012 09:58 PM
Suka baca post haji one..
Masyallah....
Banyak maklumat..pengajaran yg diperolehi membuatkan mulut ...

hehehehehe..suka dapat berkongsi ilmu dan pengalaman..hehehehe.., yang baik jadikan teladan dan contoh, yang tak berapa nak baik tu kita jadikan sempadan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 09:52 AM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 07:46 AM
Biasanya memang diwajibkan untuk jemaah haji KT awal ni untuk buat nafar awal, sebabnya tempoh b ...

AsSalam Haji One

Mungkin sekarang kot diwajibkan. Sebab masa akak (KT3) tak dah pulak diwajibkan. Jadual penerbangan kami pun seminggu selepas selesai semua tu.

Betul kata Haji One, masa buat tawaf & saie haji selepas balik dari Mina, memang sesak sangat. Jadi Kami (akak, somi & ibu) rehat dulu selepas balik dari Mina dan buat tawaf malam start pukul 12 lebih, habis kedua duanya dekat azan subuh he he. Masa tawaf tu memang rasa marah dan geram tiimbul sebab jemaah dari indonesia buat rantaian dan merempuh kami sewenang2nya yang kami takut sangat kalau kami terlepas pegangan dengan ibu yang tua. Selesai semua tu balik maktab memang baru keletihan terasa tidur pun tak sedar diri he he.



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:06 AM | Show all posts










Mina Hujan



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:10 AM | Show all posts
aily posted on 23-10-2012 09:52 AM
AsSalam Haji One

Mungkin sekarang kot diwajibkan. Sebab masa akak (KT3) tak dah pulak diwajibka ...

hehehe..actually, keperluan dan arahan utk nafar awal ni bergantung kepada tarikh jemaah haji tu keluar dr Mekah  ke Jeddah.

So, kalau kita tengok tahun ni (yang 2012M).

jadual pergerakan masyaier dan keberangkatan keluar untuk musim haji 2012..ni  adalah pergerakan KT01, KT02, KT03 dan KT04.

24 Oktober - Masuk ke Arafah
25 Oktober - Wukuf dan bermabit di Mudzalifah
26 Oktober - Melontar jamrah kubra
27 Oktober - Melontar hari pertama
28 Oktober - Melontar hari Kedua (nafar awal)
29 Oktober - Melontar hari ketiga (nafar thani)
30 Oktober - Taklilmat keberangkatan / pengumpulan bagasi
31 Oktober - Tawaf Wada' dan Keberangkatan keluar dr Mekah ke Jeddah
1 Nov  - Berlepas ke Malaysia  (KT01, Kt02, Kt03 dan KT04)
2 Nov - Berlepas ke Malaysia (Kt05, Kt06, Kt08)

So, kalau kita kembali pada hari ketiga utk nafar thani, let say sampai petang di Maktab, Mekah. Kena buat tawaf haji dan saie haji, then, kena hadiri taklimat keberangkatan..juga dan kena kumpulkan beg besar di lobi (biasanya 10 jam sebelum berangkat keluar dr Mekah)..boleh nampak crowded dan pack sangat waktunya tu.

Sekiranya buat nafar awal, jemaah haji dr KT awal ni akan ada 1 hari kosong (sewaktu jemaah haji lain baru nak balik dr Mina / nafar thani) yang membolehkan mereka melakukan tawaf haji dan saie haji dgn sempurna..waktu tawaf haji ni memang letih sebab orang tengah ramai dan padat. Jangan lupa juga bahawa jemaah haji ni sekali lagi kena ke masjidilharam utk tawaf wada', sekali lagi berasak2 utk melakukan tawaf.

So, dgn membuat nafar awal, jemaah haji dapat selesaikan tawaf / saie haji dan ada masa lapang diantara tawaf/saie haji dengan tawaf wada'..waktu lapang ni adalah utk rehat dan kumpul tenaga balik, disamping berkemas barang dan menghadiri taklimat keberangkatan (ada banyak benda dlm taklimat keberangkatan ni, nak bagi sticker bag, sticker nama..nombor bas yang perlu dinaiki dan sebagainya..).

Bayangkan kalau seseorang tu buat nafar thani, berapa jam je dia ada utk selesaikan semua urusan yang berkaitan sebelum keluar dr Mekah..

begitulah ceritanya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:19 AM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 07:46 AM
Biasanya memang diwajibkan untuk jemaah haji KT awal ni untuk buat nafar awal, sebabnya tempoh b ...

oh kisahnya, rupanya keadaan sangat sesak utk buat tawaf& saie haji bila Nafar Awal.Saja nak share pengalaman Juan yang sedikit. Juan gi haji tahun 2009.KT balik Juan 1 minggu selepas 13 Zulhijjah.Suggest kat husband supaya buat Nafar Awal sbb Juan takut datang bulan dan tak sempat buat tawaf haji,almaklum uzurpun ambil masa 1minggu.Tapi husband tak setuju, dia kata tak apa kita buat Nafar Thani, InsyaAllah sempat.Juan ikut ajeler kata husband. Dia suggest buat lontar jamrat kubra, tawaf & saie haji pada 10 Zulhijjah & kita balik semula ke Mina sebelum tengah malam hari yg sama. Memula Juan macam tak yakin sbb TH biasanya tak galakkan jemaah melontar waktu Dhuha kalau kami berdua tak pe tapi Juan kesian kat mak sbb sebelum tiba waktu puncak mak sakit lutut dan banyak hari solat kat hotel aje, tapi itu aje choice yg kami ada sbb Juan jangka period Juan akan due 13 Zulhijjah.Lepas inform petugas Andalusia,apa yg kami rancang kamipun dlm pukul 9pagi bergerak ke Jamrat.Kami gerak lambat sikit ke Jamrat sebab baru tiba di Mina & solat subuh & solat hajat di Mudzalifah.Tak kuasa berebut2 bas.Bas kami antara yang akhir sampai di Mina.

Dalam hati berdoa kami dipermudahkan & kaki mak sihat nak jalan jauh sebab khemah kami selepas terowong Muassim dlm 3km nak berjalan ke Jamrat.Bila sampai di jamrat mmg tak nampak org Malaysia, banyak org sebelah asia Barat. Melontar macam nak berperang! Tapi Alhamdulillah kami susup diri kami dicelah2 org ramai & dapat melontar dengan sempurna. Cuma husband sakit sikit kepala dia kena batu org belakang baling sebab dia tinggi sikit dari kami .Selesai melontar kami berenti makan tengahari di kedai berdekatan.Lepas tu kami cuba ke Makkah&hujan pulak turun.Husband macam dah give up, tapi masa tu saya pulak yg motivate dia, kita dah jauh berjalan & niat nak buat tawaf haji hari ni jugak.Insya Allah boleh! Alhamdulillah dalam 5 minit lepas tu hujan pun reda.Dia kata OK dia cuba cari teksi sapu.Mak ai masa ni harga teksi sapu mencanak2 naik.Ada ke diaorg nak caj SR100 satu kepala! Juan tengok ramai jemaah nekad aje naik.Tengok Mr.Husband deal dgn arab mcm nak bergaduh, tapi tak pun mmg style diaorg mcm tu.Akhirnya dapatler kami naik teksi sapu yg caj cuma SR10 sekepala Alhamdulillah.

Kami sampai di hotel rehat utk pulihkan tenaga & solat Zuhur.Masa kami bergerak ke Masjidil Haram ramai jemaah dah siap bertahalul.Kami solat asar & mulakan tawaf haji.Sekali lagi syukur sebab walaupun sesak tapi jemaah yg buat tawaf haji dah berkurangan sebab sebahagian besar jemaah selesaikan tawaf haji sebelum & selepas zuhur.Kami selesai tawaf haji sebelum masuk Maghrib.Terharu saya sebab dpt juga saya selesaikan tawaf rukun saya.Lepas Isyak baru kami mulakan saie haji kami.Jam 9 malam kami selesai semua rukun haji kami.Mcm tadi ambil teksi sapu ke jamrat, berjalan kaki ke Mina & kami sampai di Khemah kami semula jam 12 malam.Syukur sangat sebab sbb kaki mak kuat utk berjalan hari tu lebih 10km.

Mungkin dah rezeki kami yang waktu selepas asar 10 Zulhijjah bukannya peak hour utk buat tawaf Haji.Dan mmg hari yg kami balik semula ke Makkah pada 13 Zuhijjah mmg Juan uzur.Apapun syukur sebab sebaik sahaja sebelum balik Juan masih diberikan kesempatan utk tawaf wadaq.Alhamdulillah.

Last edited by JuanM on 23-10-2012 10:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:29 AM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 10:10 AM
hehehe..actually, keperluan dan arahan utk nafar awal ni bergantung kepada tarikh jemaah haji tu k ...

kalau ikut jadual tu memang suntuk sangat ya. Kalau gitu memang lah kena buat nafar awal. Tawaf Wida tu masa musim haji kena buat 1 jam or 2 jam sebelum bas bertolak ke macam selalu buat time Umrah

Last edited by aily on 23-10-2012 10:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:32 AM | Show all posts
JuanM posted on 23-10-2012 10:19 AM
oh kisahnya, rupanya keadaan sangat sesak utk buat tawaf& saie haji bila Nafar Awal.Saja nak share ...

Tahun 2009, ingat lagi hujan lebat sehari sebelum wukuf tu..saya lencun basah sebab nak uruskan jemaah haji naik bas ke Arafah (dlm hati dok berdoa, janganlah demam..janganlah demam...).

Memang pergerakan jemaah haji muassasah ni ni kita ikut yang paling umum dan kebiasaannya..so, dr segi kebiasaannya memang oarng padat dan akan take time..so, to play safe, kami minta jemaah haji KT awal utk nafar awal.

Apa2 pun, memang ada group jemaah haji yang pergi ke Mekah utk tawaf haji awal2..senang skit, ada yang berjalan kaki ada yg naik teksi..memang diakui, harga teksi time tu mcm nak sembelih kita..hahahaha.. Satu taktik nak deal dgn puak2 arab ni ialah kita pujuk utk harga lebih murah, pastu mula tinggikan suara mcm ala2 bertengkar..pastu bagi masa skit, let say dlm 15-20 minit..pastu, kita terus je berlalu dr si penjual atau pemandu teksi tu. Biasanya time tu dia akan panggil kita balik dan bagi harga yang lebih murah..hehehehe..saya dulu pun tak percaya, tapi bila PAM ajar, rupanya menjadi..hehehe..

Berkenaan haid wanita ni, memang pun, kita kena beringat kerana haid wanita biasanya datang awal kerana jemaah haji wanita tu banyak bergerak (ni ada dalam taklimat masyaier)..so, kena buat assumption terkehadapan beberapa hari, contohnya kalau kebiasaannya haid sampai pada 15hb (bagi yang kitaran haidnya tepat dan seimbang), so, kena assume dlm 13hb tu dah sampai..

Saya nak cerita pasal pengalaman unik saya di Madinah..japgi saya buat karangan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:37 AM | Show all posts
aily posted on 23-10-2012 10:29 AM
kalau ikut jadual tu memang suntuk sangat ya. Kalau gitu memang lah kena buat nafar awal. Tawaf Wi ...

Ok, SOP TH (mengikut panduan muzakarah haji), tawaf wada' perlu dilakukan dlm tempoh 4 jam sebelum jangkaan bertolak keluar dr Mekah.

So, kalau jangkaan naik bas jam 9.00 pagi, jemaah haji boleh pergi solat subuh di Masjidilharam, bila dah cukup tempoh 4 jam utk tawaf wada', boleh start tawaf dan balik ke Maktab dengan sesegera mungkin.

Tahun lepas, ada jemaah haji dengan niat baiknya telah membelikan saya seekor ayam golek, untuk guru agama sekor ayam golek juga selepas dia tawaf wada'. Kami terima pemberiannya dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga..pastu, dengan hormatnya kami minta dia bayar DAM seekor kambing (SR350.00) kerana melakukan perkara2 yang melewatkan utk keluar Mekah..

Menangis makcik tu.....(nak ketawa, kesian...)..nasib baik la kaunter TH masih dibuka, so, dia keluarkan duit dan berikan keapda kami utk kami amanahkan orang yang boleh melaksanakan dam tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 10:44 AM | Show all posts
Umrah CS Holidays bersama Hj. Sulaiman Group
7 Februari - 19 Februari 2013 (13hari 11malam)
Penerbangan MAS Airlines

Harga Pakej:

Bilik Berdua     RM5,900.00
Bilik Bertiga     RM5,600.00
Bilik Berempat  RM5,400.00
Bilik Berlima      RM5,300.00

Hotel di Makkah  : Hebras Sultan
Hotel di Madinah : Fayroz

Hubungi Hj. Sulaiman : 013-3935168 / 0126287674

Tempat terhad.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:50 AM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 10:32 AM
Tahun 2009, ingat lagi hujan lebat sehari sebelum wukuf tu..saya lencun basah sebab nak uruskan je ...

Iya mmg tahun 2009, musim haji yang mewah dengan hujan. Kami tempuh hujan beberapa hari di Madinah & 2 hari semasa waktu puncak haji. MasyaAllah.

Group kami antara yg awal tiba di Arafah. Pukul 10 pagi dah sampai. Kebetulan syeikh maktab kami pemurah,dia sediakan tilam & hadiahkan selimut semasa di Arafah & Mina.Sebelum Zuhur dah mendung sesangat.Juan ajak kawan2 sekhemah utk kutip tilam2  & selimut yg dibentang kat tempat yg kami rasakan tak basah just in case hujan turun.Kami kuatkan ikatan bumbung khemah yang mana kami jemaah perempuan mampu buat.Bila hujan lebat sgt2, kami macam anak2 ayam dlm reban kumpul kat tengah khemah sbb anginpun agak kuat.Tengok jemaah lelaki kesian semuanya lencun, sebab diaorg tak kuatkan ikatan bumbung khemah.Bila hujan reda Alhamdulillah tilam2 kami tak basah & jemaah yg baru tibapun ucap terima kasih pada kami sebab tolong selamatkan tilam diaorg dari basah.Kalau tak malam tu mmg tak boleh tidur sebab carpetpun lencun,malam bergelap sebab tak ada letrik.Apapun Alhamdulillah kami hanya diberikan ujian yang sedikit ini. Last edited by JuanM on 23-10-2012 10:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 11:14 AM | Show all posts
Saya nak cerita satu pengalaman saya di Madinah, tahun 2009. Well, saya tiba di Madinah dengan KT02..macam biasalah, post saya di Mekah, so di Madinah ni saya transit je..lebih kurang 4 hari begitu.

Bila saya sampai di hotel Al haram, saya pun letak barang dan sebagainya, seterusnya melakukan ziarah dalam. Then, saya pun keluar la ke kawasan yang ada foodcourt berhampiran Masjid Nabawi ni (ada satu tempat je, semua yg pernah sampai mesti tau..)..ni gambar tempat tu..



masa saya pergi tahun 2009, tempat tu tak la sehebat mcm sekarang ni (ni tahun 2011)



Ok, nak dijadikan cerita..saya berdiri la agak jauh dr jemaan haji lain (banyak jemaah haji kita, tapi orang tak crowded lagi sebab masih awal musim haji..). Tak lama lepas tu, saya dengar, "ya haji..ya haji..sadaqah..."...terkejut saya, saya paling belakang..saya tengok ada jemaah haji (agaknya la..), dia pakai jubah putih yg orang arab biasa pakai, raut wajahnya hensem, kemas, berjambang, berkasut hitam berkilat, jubahnya siap diseterika (iye la kot sebab tak kedut)..saya pandang dia atas bawah..atas bawah..

Pastu saya kata..."laa...laa...laaa sadaqah.." (takde..takde..takde sedeqah)..dlm fikiran saya masa tu, buat apa saya nak bagi sedekah kat orang yang berada (sebab tengok pakaian dan cara dia serta raut wajah dia tu..).

Saya pun beralih ke tempat lain, pergi masuk dlm food court tu..tup-tup orang tadi ada kat belakang saya, "ya haji..sadaqah..sadaqah..", saya dah mula pelik, kenapa dia dok ikut saya ni..kenapa tak mintak kat orang lain..bersungguh2 betul. Tapi apa pasal kat saya je dia mintak..mintak la kat orang lain sama.

Saya jawab mcm tadi juga.."laa..laa.." (tak..tak..). Pastu saya berundur kat tempat lain plak yg agak lapang..ada sepasang jemaah haji dok makan kebab bawah pokok, sementara saya duduk tak jauh dr situ, dlm 3 meter je..pastu, tetiba boleh muncul lagi orang tadi, betul2 belakang saya (sedangkan belakang saya tu pagar)..hampir melompat saya terkejut, skrip ayat dia sama..ya haji..ya haji..sadaqah..sadaqah..

Pastu, bila dia sebut.. "ya Haji..sadaqah ya haji..lillahitaa'la.."..saya pun capai dompet..bukak, tengok ada la SR5 riyal, yang lain semua SR100.00..melihat kepada kesungguhan orang tu (tak dinafikan jugak perasaan saya agak bercampur baur sebab nak bagi pun, dia ni tak nampak mcm pengemis..tapi asyik minta duit saya je..), terdetik dlm hati saya..hmmm..takpa la,bagi je SR5.00 ni..bukan rugi pun...pastu saya hulurkan note SR5.00 pada dia,  dan sebut "lillahitaala..".

Dia ambil dan tersenyum. Pastu, tetiba pasangan jemaah haji sebelah saya tu tegur, 'ehh..ustaz, ustaz nak kebab..kami ada lebih lagi satu ni..jus pun ada..". Saya paling kat dia sekejap (paling kepala je..), saya sebut 'boleh jugak", pastu kembali berpaling kepala tengok orang yang minta sedekah tadi..tup2 dia dah hilang..2 saat je..Saya terus berpusing cari, jalan ke depan..takdak, jalan ke belakang..takdak..mana orang tadi, keliling saya memang takdak orang pun..dlm hati saya, "cepatnye mamat ni ghaib.."..saya berjalan jauh skit, pastu saya paling ke tempat sya berdiri tadi, sahhh..memang takdak orang dan tak mungkiin orang boleh bergerak dan menghilang split second dikawasan lapang yang takdak tempat nak menyorok.

pastu saya pergi balik ke tempat tadi dan tanya pasangan yang offer kebab pada saya tadi..nampak tak orang dekat sebelah saya..pastu mereka kata, ehhh..ustaz ada cakap dgn siapa tadi, bukan sorang2 ke...pastu time tu, saya dah jadik takut..saya ingat saya berkhayal..so, saya bukak dompet..tengok, memang dah takdak dah note SR5.00 tu. Apa lagi, saya takut kalau2 ni adalah ujian ke apa ke..saya terus berjalan laju masuk ke masjid nabawi..dlm dok menapak tu, memacam dlm fikiran saya..kenapa orang tu mintak kat saya je, kenapa tak minta sedeqah kat orang lain..kenapa dia nak minta sedeqah sedangkan dia tak macam peminta sedeqah pun..pastu mcmana dia mengilang secepat itu, siapa dia..apa motif dia..banyak la benda yang berlegar dlm fikiran saya ni..

Pastu saya masuk dlm masjid nabawi, saya buat solat sunat taubat pastu berdoa agar apa juga yang berlaku, betapa keikhlasan saya memberikan duit tu atas dasar dia saudara saya, bukan kerana dia mengemis..dan saya memohon ampun dan taubat atas segala kekurangan dan sifat was2 serta kedekut saya..alhamdulillah, saya tak tahu la apa sebabnya, tapi haji pada tahun 2009 tu sangat bermakna kerana semua urusan saya dipermudahkan. Tambahan lagi, sejak dr tahun itu, banyak benar peristiwa2 yang agak unik berlaku pada saya..

Setiap kali pi haji, saya pasti akan ke tempat yang sya berdiri semasa berhadapan dgn 'orang tu'..saja nak recall memori lama dan juga mubasabah diri agar jangan kedekut samada ilmu, duit mahupun apa yang saya ada.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 11:17 AM | Show all posts
haji_one posted on 19-10-2012 03:01 PM
Hehehe..memang ada golongan yang bergelar ni tapi tak mahu dipanggil dgn gelaran, tapi di TH, iany ...

Setuju dgn pendapat Hj One. mcm jemaah thn lps KT43, ramai yg berpangkat, tp humble sangat. ada kakak tu Prof Madya n suami dia Prof, sapa pn tak sangka dgn penampilan beliau, mcm org2 kampung je, Saya pn satu bilik dgn Penulis lirik terkenal, baru 2 minggu lps saya tahu siapa dia.
Hj One ddk Jandariyah ke thn lps? Km kt Marwa Naqa Hj Mat Nor & Ustaz Rosli Monitor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.160581 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list