YAB Ustaz Datuk Ahmad Yakob sedang menikmati jamuan di satu majlis kesyukuran di Kg Sungai Pinang, Tumpat selepas solat Jumaat sebentar tadi. Beliau hari ini menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Kg. Sungai Pinang di dalam DUN Pasir Pekan.
Babai posted on 10-6-2013 10:55 PM
Ko sure ke Husam jenis camtu? Kawan2 aku yang lama dalam PAS kata Husam ni bagus orangnya.
Cuba banyak pasal projek2 yg dilancarkan banyak yg jadi gajah putih jer...hanya tahu letak batu asas jer...lagi satu dia terlampau pro anwar ibrahim dah macam klon pun ada...
kecik82 posted on 10-6-2013 10:59 PM
Cuba banyak pasal projek2 yg dilancarkan banyak yg jadi gajah putih jer...hanya tahu letak batu as ...
Kalo betul dia pro nua braim, aku harap dia berubah la. Nua tu nampak sangat kaki auta, tapi Husam ni ramai orang kata dia boleh jadi pemimpin utama yang bagus.
Tapi sayang la TGNA dah tak larat, aku sebenarnya suka TGNA menten jadi MB.
"Selepas ketibaan Rasulullah SAW di Madinah, keadaan berubah sama sekali dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Persaudaraan antara kaum Aus dan Khazraj yang sebelum ini kelihatannya mustahil telah menjadi kenyataan apabila ia diasaskan di atas dasar akidah Islamiah. Hubungan persaudaraan yang wujud antara kaum Ansar dan Muhajirin merupakan satu lagi bukti bahawa Islam adalah agama yang membawa perpaduan ummah.Islam menekankan perpaduan berasaskan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia.Masyarakat yang sebelum ini sering bertelingkah dan bersilih faham telah menjadi satu masyarakat yang bersatu padu. Ini menjadi satu bukti yang tidak dapat dinafikan lagi bahawa hanya dengan berpegang kepada Islam, perpaduan ummah boleh diwujudkan... " -
"Pihak pemerintah adalah amat penting kerana mereka yang menentukan hala tuju masyarakatnya.Tugas utama sesebuah kerajaan Islam adalah untuk memastikan Islam menjadi dasar pemerintahannya. Maka, amanah yang dipikul ini perlu dilaksanakan sebaiknya kerana mereka akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah SWT.
Tanpa peranan berkesan oleh pihak kerajaan, tugas untuk menjadikan Islam sebagai agama yang menekankan kepada kesatuan ummah tidak akan tercapai..." -
"Dalam konteks perpaduan ummah, contoh dan model perpaduan ummah telah pun ditunjukkan secara jelas oleh Rasulullah SAW semasa Hijrahtul Rasul ke Madinah. Masyarakat Madinah sebelum ketibaan Rasulullah SAW adalah masyarakat pelbagai bangsa yang saling perang dan bermusuhan antara satu sama lain. Asas permusuhan adalah dasar mementingkan kaum atau pun assabiyyah yang akhirnya mewujudkan kefahaman melampau dan membawa kepada perpecahan antara ahli masyarakat.
Dalam masyarakat Jahilliyah, fahaman assabiyyah yang sempit ini boleh memungkinkan apa juga berlaku kemungkaran seperti pergaduhan, pertelingkahan dan juga peperangan sesama mereka. Ini kerana mereka lebih mementingkan bangsa mereka sendiri tanpa memikirkan kesannya kepada ahli-ahli masyarakat yang lain. "
"Islam bukan hak mutlak sesuatu kaum atau bangsa.Malah hakikatnya Islam dianuti oleh seluruh bangsa yang ada di dunia dan tidak hanya tertumpu kepada bangsa Arab sahaja. Setiap manusia yang beragama Islam adalah bersaudara dan asas persaudaraan itu adalah Islam. Islam ialah satu agama bersifat inklusif yang boleh dianuti oleh semua bangsa. Islam bukanlah agama eksklusif milik sekelompok manusia sahaja. Mesej perpaduan yang perlu kita bawa mestilah berasaskan Islam yang menjaga kebajikan dan kemaslahatan ummah seluruhnya. Hanya dengan Islam sahajalah seluruh umat manusia akan hidup dalam keamanan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat..." petikan Ucapan YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan di Perasmian Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di Kota Bharu pada 10 Jun 2013.
YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob menziarahi kemaitan bapa kepada bekas Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang meninggal dunia pada 7 Jun 2013 di Kota Bharu.