CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nmohdr

Terlanjur Cinta

[Copy link]
Post time 20-7-2013 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya nanti depa kena halau anak branak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 12:45 PM | Show all posts
adoiii tt takdak update lgk ka...harap2 bagitau kat tok dulu nooo....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 10:07 AM | Show all posts
Hello hello....mana ni tak update lagi..dah cemuih (jemu) kami dok tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:19 AM | Show all posts
cegitu posted on 24-7-2013 10:07 AM
Hello hello....mana ni tak update lagi..dah cemuih (jemu) kami dok tunggu.

cek pun hari2...tunggu entry baru....xkan zuhrin pening kapla fikir nk settle masalah depa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt pung sibuk ngan kembaq kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 01:33 PM | Show all posts
Bab 35

Zuhrin bersandar di dinding sambil berbual kosong bersama ayah, bapa-bapa saudara dan sepupu-sepupu lelakinya. Perbualan bertambah rancak apabila dihidangkan dengan kopi panas dan makanan ringan seperti kacang.

“Murah rezeki hang no, Ayen. Balik-balik saja teruih dapat kerja. Orang lain melambak-lambak dok tanam anggoq lagi.” Pak Tam menepuk bahu Zuhrin.

“Alhamdulillah, rezeki.” Zuhrin sememangnya amat bersyukur kerana Zaim memberinya peluang sebelum dia kembali ke tanahair lagi.

‘Rezeki isteri dengan anak-anak.’ Sambung Zuhrin di dalam hati.

Dia tak sangka perbualan singkat dengan Zaim semasa kenduri di rumah Nurin menyambut kepulangannya balik ke Malaysia sewaktu cuti yang lalu membuahkan rezeki. Panggilan telefon daripada Zaim kepadanya di Adelaide memberi ruang kepadanya untuk berfikir dan merebut peluang yang ada. Gaji yang ditawarkan juga lumayan. Allah membukakan pintu rezeki kepadanya selepas perkahwinan mereka.

“La ni kan susah nak dapat kerja. Ingatkan lepas Ayen balik dari Australia, dia kena tolong kami meniaga dulu.” Ayah menyampuk, terselit rasa bangga di hatinya dengan kejayaan anak lelaki bongsunya itu.

“Tu maknanya, bolehlah kahwin cepat.” Usik pak cik.

Pak cik merujuk kepada pertunangannya dengan Iffah yang telah lama dilangsungkan.

Zuhrin ternganga. Nurin yang berada tidak jauh daripadanya juga tersentak. Reaksi Zuhrin mengundang gelak tawa semua. Zuhrin sempat melempar pandang kepada Nurin, dia perasankan reaksi Nurin yang berubah. Zuhrin tak sedap hati. Dia takut Nurin terluka, tambahan pula Nurin amat dikenali sebagai seorang yang suka menyimpan perasaannya sendiri mungkin kerana sudah terbiasa hidup sendirian.

“Hang ni. Orang suruh nikah macam suruh makan racun.” Pak Long menepuk paha kiri Zuhrin apabila melihat wajah kelat Zuhrin.

Zuhrin menelan liur apabila melihat Nurin beredar. Nurin ke dapur, membantu apa yang patut. Dia tak mahu mendengar perbualan mereka tentang perkahwinan suaminya dengan wanita lain. Hatinya terluka, pedih. Baru sekejap Nurin ke dapur untuk membantu menyusun pinggan mangkuk yang di cuci maksu, Nurzaiham menangis.

Cepat-cepat Zuhrin bangun dan mendapatkan puteranya. Nurzaiham terdiam sebaik sahaja berada di pangkuan Zuhrin. Nurin tak jadi ke ruang tamu apabila mendengar tangisan anaknya yang mereda.

Zuhrin kembali ke kelompok mereka sambil meriba Nurzaiham. Zuhrin mengacah Nurzaiham. Telatah mereka menarik perhatian semua.

“Jaga budak pun pass dah. Hm...boleh nikah dah ni.” Usik Pak Long lagi.

“Bukan takat boleh nikah, dah boleh jadi pak orang dah ni. Untung budak Iffah tu no.” Gurauan Pak Tam hampir membuatkan Zuhrin termengkelan.

“Lepaih ni, kita berkumpul ramai-ramai balik kenduri hang nanti la kot no.” pakcik menambah perisa.

Zuhrin terasa mukanya panas. Dia serba salah, dia juga takut Nurin terluka andai perkara ini sampai ke telinga isterinya.
Walaupun Nurin mengetahui tentang rancangan ibubapanya, namun wanita mana yang sanggup mendengar cerita sebegini?

“Benda lambat lagi, tak payah pikiaq lagi la.” Zuhrin mengambil jalan selamat.

Kata-kata Zuhrin disambut dengan gelak tawa semua.

“Mak la ni bukan main seronok lagi bila dapat jumpak Nurin.” Pak Long berkata apabila melihat tok meriba Nurzaihani sedangkan Nurzaiham masih di atas ribaan Zuhrin.

“Alhamdulillah, mak syukur sangat. Walaupun mak tak dapat tengok depa nikah, tak dapat jaga Anis dalam pantang sekurang-kurangnya mak berpeluang jaga Nurin dengan cicit-cicit mak.” Tok tersenyum, bahagia.

“Dah kahwin lari dengan tunang orang, mana berani balik.” Mak Zuhrin menyindir sinis.
Zuhrin tersentak.

“Benda dah lepaih, tak payah la ungkit. Orang-orang tu pun dah takdak.” Ayah cuba meredakan suasana.

Sebagai seorang suami, sebenarnya ayah agak terasa. Mak masih berdendam kepada adiknya sendiri kerana merampas tunangnya. Selepas berpuluh tahun berkahwin, isterinya masih belum dapat memaafkan adiknya, bagaimanakah perasaannya sebagai seorang suami?

Mak menarik muka masam.

“Itu yang dikatakan jodoh.” Mak Long cuba meredakan suasana.

“Bila suami Nurin balik, mak?” Pak Long mengubah topik perbualan mereka, dia tak mahu suasana yang meriah bertukar tegang.

“Tak tau lah. Bila mak tanya dia, dia kata nanti dia akan kenaikan kita semua dengan suami dia.” Tok tak dapat menyembunyikan keinginan hatinya untuk mengenali suami cucu yang kini menjadi cucu kesayangannya.

“Kalau la dia tak nikah lagi, kan baguih kita nikahkan dengan Ayen.” Kata-kata tok walaupun perlahan, sempat ditangkap oleh telinga yang lain.

“Awat pulak Ayen?” Ayah bertanya pantas.

“Sebab kisah lama perlu diselesaikan. Tak taulah, hati mak berkenan betoi bila tengok depa dua.” Suara tok masih perlahan.

“Tapi sayangnya Nurin dah kahwin, dah ada dua anak dah pun.” Tok mengeluh.

Zuhrin termengkelan.

‘Tok ni, tau apa-apa ka?’ Fikirannya celaru, hatinya berdebar.

“Apa yang penting, depa hidup bahagia. Lagipun Ayen kan muda empat tahun dengan Nurin tu.” Ayah cuba memujuk hati mertuanya.

Tok mengangguk-anggukkan kepala, setuju. Apa yang penting, cucu-cucunya hidup bahagia.

Nurin kembali ke ruang tamu bersama maksu dengan menatang goreng pisang. Dia senang bersama maksu yang hanya tua dua tahun daripadanya. Sememangnya mereka sekepala. Berpantang di rumah tok juga mengeratkan hubungan mereka, terasa bagaikan kakak sendiri.

“Wah, ralit la kita menyembang macam ni.” Kata-kata Pak Tam di sambut dengan tawa yang lain.
Nurin dan maksu berpandangan.

“Nurin tidoq sini lagi malam ni?” Tok bertanya lembut.

Nurin mencuri pandang kepada Zuhrin. Zuhrin juga kelu.

“Tak apalah, tok. Malam ni saya balik rumah saya lah. Bukan jauh mana, dekat ja.” Nurin cuba menolak dengan baik.

“Alah, balik rumah pun bukannya ada sapa. Lagipun, malam-malam nak balik dengan anak-anak kecil kan ke susah.” Mak Long menambah.

Semua yang ada mengiyakan kata-kata Mak Long. Nurin serba salah. Dia tahu, dia tak punya pilihan untuk menolak. Dalam sekilas dia nampak Zuhrin menganggukkan kepalanya perlahan. Nurin tahu, dia terpaksa akur untuk bermalam semalam lagi.

Tok riang kerana dapat menghabiskan masanya bersama anak cucunya. Nurin melepaskan keluhan dalam diam, dia rindukan suaminya.




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2013 01:39 PM | Show all posts
suria74 posted on 24-7-2013 11:19 AM
cek pun hari2...tunggu entry baru....xkan zuhrin pening kapla fikir nk settle masalah depa...

hehehe....pening la jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 01:40 PM | Show all posts
asyriqa posted on 19-7-2013 11:09 PM
huissshhhhh... kompliketed sungguh si zuhrin n nurin nih, mcm ne hang nak bg tau dorang nih zuhrin.. ...

rahsia kan lagi disimpan lagi mudarat....?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 02:09 PM | Show all posts
“Dah kahwin lari dengan tunang orang, mana berani balik.” Mak Zuhrin menyindir sinis.
Zuhrin tersentak.

Lar ni Nurin pulak menikah dengan tunang orang...adusss...mcm mana nak settle?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 02:51 PM | Show all posts
aduhhhh bile la nak selesai semua nih...harap zuhrin dapat clearkn semua masalah secepat mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 04:00 PM | Show all posts
ayen pun bgtau kat tok dulu..biar tok tolong settle..aaiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 04:14 PM | Show all posts
tt..tak aci tauuu...we all tertunggu2 tt kasik 1 entry jek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 09:53 AM | Show all posts
Bab 36

Zuhrin mengacah Nurzaiham dan Nurzaihani. Putera-puterinya ketawa riang. Nurin yang sedang melipat kain juga rasa bahagia melihat suami dan anak-anak bergembira.

“Awak nak minum?” Pertanyaan Nurin membuahkan senyuman di bibir Zuhrin.

Nurin terpesona melihat senyuman itu.

“Awak nak minum apa? Biar saya buatkan.” Zuhrin menawarkan diri.

Nurin mengerutkan dahinya.

“Tak apalah. Awak kan tengah lipat kain tu, saya buatkan jus belimbing ya.” Nurin tersenyum sambil mengangguk.

“Terima kasih. Ni yang buat saya bertambah sayang dekat awak ni.” Jawapan Nurin di balas dengan ciuman di pipi kiri oleh Zuhrin.

Zuhrin berlalu ke dapur dan kembali dengan dua gelas jus belimbing kesukaan mereka berdua. Zuhrin duduk di sisi Nurin dan mengambil beberapa helai kain untuk dilipat. Nurin mengambil kain-kain di tangan Zuhrin.

“Biar saya buat. Awak rehatlah, main dengan anak ka. Kan awak dah penat, seharian di pejabat.” Nurin suka melihat Zuhrin bermain dengan anak-anak mereka.

“Tak penat manalah. Awak lagi penat, dari pagi ke malam tak henti-henti kerja. Badan awak pun makin hari makin susut. Awak susah hati ke kahwin dengan saya?” Usik Zuhrin namun tetap ada kebimbangan di hatinya apabila melihat Nurin yang makin susut.

“Mana boleh susah hati kahwin dengan awak. Bahagia ada la.” Nurin ikhlas mengakuinya.

Walaupun sibuk menguruskan anak-anak dan perniagaan, kebahagiaan rumahtangganya sentiasa memberikannya semangat dan kekuatan.

“Terima kasih. Sebab awak selalu ada di sisi saya.” Zuhrin menggenggam tangan Nurin.

“Sebab awak juga selalu di sisi saya.” Nurin membalas lembut.

“Awak dah sedia nak hadapi kenyataan hidup kita?” Zuhrin sendiri takut, namun dia tahu dia tak dapat bersembunyi selama-lamanya.

“Saya takut. Macam ada yang tak kena antara mak awak dengan mama.” Terdengar keluhan halus Zuhrin.

“Siapa sangka kita sebenarnya sepupu kan?” Nurin merebahkan badannya dan meletakkan kepalanya di ribaan Zuhrin.
Zuhrin membelai pipi isterinya, lembut.

“Nasib baik sepupu, kalau mahram kan ke naya.” Dalam gurauan ada kebenaran kata-kata Zuhrin itu.

“Saya ada satu lagi rahsia nak bagitau awak.” Nurin mendongakkan kepalanya, mencari wajah Zuhrin.

“Rahsia?”

Zuhrin menganggukkan kepalanya.

“Saya pernah bagitau kat awak kan, mak saya dah ada pilihan untuk saya.” Nurin pula menganggukkan kepalanya.

“Kami dah bertunang yang sebenarnya. Hubungan kami bukan atas dasar cinta, tapi kerana pilihan keluarga. Saya tak pernah mencintai dia, sebab dari kecil saya dah anggap dia macam adik saya sendiri.” Nurin cuba mengawal emosi.

“Saya minta maaf, sebab rahsiakan perkara sebesar ni daripada awak.” Nurin menggenggam jari-jari Zuhrin.

“Saya mencari ruang untuk berterus-terang dengan keluarga kita dan sekaligus putuskan pertunangan saya dengan Iffah secara rasmi.”

“Secara rasmi?” Nurin bertanya sambil matanya memandang ke arah anak-anak.

“Saya dah putuskan pertunangan dengan Iffah. Saya berterus-terang dengan dia, saya kahwin dan dah ada anak pun. Saya bagitau dia, saya hanya cintakan awak dan anak-anak.” Zuhrin mengucup dahi Nurin, lembut.

“Macamana awak nak bagitau? Saya takut la awak. Saya minta maaf, tapi saya dapat rasa mak awak macam susah nak terima.
Saya rasa ada sejarah yang saya tak tau.” Kata-kata Nurin disambut dengan dengan renungan resah daripada Zuhrin.

“Menurut kata Mak Long, mak marah dengan arwah mama papa sebab arwah papa dulu tunang mak saya. Macam yang awak tau, mama awak kembar mak saya. Depa terlalu rapat tapi mak saya tak tau mama dengan papa dah bercinta. Papa ditunangkan dengan mak dan ayah saya ditunangkan dengan mama.”

Nurin mengeluh.

‘Macam berat ja.’

“Lebih kurang seminggu sebelum nikah, mama dengan papa kahwin lari dan tak pernah balik lagi sampailah depa meninggal.
Jemputan dah dipanggil, so mak dengan ayah terpaksa dikahwinkan sebab nak menutup malu. Tapi orang tanya la juga sebab dalam kad kenduri untuk dua pasang. Apa yang saya tau, mak saya tak pernah maafkan mama sebab rampas tunang dia dan terpaksa berkahwin dengan orang yang dia tak cintai. Tapi mak terlupa yang orang yang dia cintai juga mencintai orang lain.
Saya kesiankan ayah sebenarnya. Ayah terlalu sayangkan mak sebab bagi ayah semua yang terjadi adalah takdir dan jodoh depa, tapi saya tak rasa mak nampak semua tu sebab terlindung dek rasa terpaksa dan benci.” Panjang lebar Zuhrin menerangkan kepada Nurin.

Zuhrin rasa Nurin berhak untuk mengetahui kebenaran yang perlu mereka hadapi.

Nurin mengeluh perlahan.

“Saya rasa hubungan kita bukan sahaja akan timbulkan kemarahan mak awak, tapi dendam lama semakin menyala. Saya bersalah kepada awak. Semua ni idea saya.” Nurin rasa bersalah.

Zuhrin menggelengkan kepalanya.

“Tidak, sayang. Semua yang terjadi telah ditetapkan. Jodoh kita telah diaturkan. Suka ataupun tidak, kita memang telah dijodohkan bersama. Apa yang penting, kita menghargai kebahagiaan yang telah dikurniakan kepada kita.” Zuhrin memberi semangat.

“Apa yang penting, kita akan tempuhi bersama segala susah dan senang.” Tangan mereka saling menggenggam.

“Demi kebahagiaan kita dan anak-anak.” Nurin menyambung.

Zuhrin mengucup pipi kanan Nurin, tangan mereka masih saling menggenggam.

“Saya harap mak akan memaafkan kita, walaupun susah. Saya harap Iffah dan keluarga juga akan memaafkan saya. Saya tak mampu membahagi-bahagikan kasih saya kepada orang lain. Kasih saya terbahagi kepada awak dan anak-anak kerana awak dan anak-anaklah dunia saya. Nyawa saya.” Nurin mengukir senyum.

“Pernah terfikir betapa gilanya hubungan kita, tapi saya bersyukur kerana kegilaan ini telah memberikan saya satu kebahagiaan yang tak boleh ditukar ganti.” Nurin sendiri sukar untuk mempercayai kegilaan mereka ketika itu.

Kegilaan yang sekali-sekala mengundang tawa sendirian tika terkenang memori lalu.

“Awak…” Nurin memanggil dengan nada manja.

Zuhrin mengerutkan dahinya.

“Kita expand business nak?” Cadangan Nurin menambahkan kerutan dahinya.

“Sempat ke awak nak uruskan?” Zuhrin risau dengan kesihatan isterinya kerana kesibukan menguruskan perniagaan-perniagaannya dan kini sibuk dengan putera-puterinya yang lasak.

“Bukan saya, tapi awak.” Zuhrin menggelengkan kepalanya.

Dia tak faham.

“Lupakan sat masalah kita. Apapun mak ayah awak juga mak ayah saya. Saya kesian tengok depa meniaga di pasar-pasar malam. Kita ada kemampuan, kenapa kita tak keluarkan modal dan bukakan satu restoran sebagai satu restoran keluarga.”
Cadangan Nurin sememangnya pernah difikirkan, tapi bukanlah sekarang.

“Mak dengan ayah bukannya muda lagi. Kesian depa dok angkat barang ke sana-sini. Kalau ada restoran, tak la teruk sangat.” Zuhrin hanya termampu untuk mengangguk, mengakui kata-kata isterinya.

“Awak bincanglah dulu. Saya akan keluarkan modal tapi saya rasa depa tak perlu tahu tentang hal ni.” Nurin sebenarnya mengharapkan kemaafan daripada kedua mertuanya, semoga usahanya akan diberkati.

Zuhrin hilang kata-kata.


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 10:59 AM | Show all posts
mulianya hati nurin, tapi mesti mak zuhrin pandang serong idea nih...huhuhu bila lah nak meletup semua rahsia nih....takut lak rasanya...lebih kasihn kt nurin dan anak2 jee..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 11:45 AM | Show all posts
tak sabaq nak tau cerita selanjutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tt besok before kuar shopping2....update dulu ye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2013 10:22 AM | Show all posts
honeybee1802 posted on 25-7-2013 04:30 PM
tt besok before kuar shopping2....update dulu ye....

uiks...ada mata2 ka tau nk pi shopping?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 10:27 AM | Show all posts
nmohdr posted on 26-7-2013 10:22 AM
uiks...ada mata2 ka tau nk pi shopping?

agak2 jek..hehe..wiken cuti panjang mau ramai pi ukur jln nehh...nak pi beli barang buat kuih skit...hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 10:36 AM | Show all posts
honeybee1802 posted on 26-7-2013 10:27 AM
agak2 jek..hehe..wiken cuti panjang mau ramai pi ukur jln nehh...nak pi beli barang buat kuih skit ...

mana ada cuti pjg. Nuzul Quran x cuti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2013 10:55 AM | Show all posts
Bab 37

Nurin dan Zuhrin menarik nafas lega apabila Nurzaiham dan Nurzaihani sudah melelapkan mata selepas diberi ubat yang dibekalkan oleh doktor yang dari Klinik Cinta Sayang. Mereka berdua melabuhkan punggung di birai katil untuk melepaskan lelah. Jam telah menunjukkan ke pukul lapan setengah pagi dan mereka belumpun melelapkan mata sejak pagi semalam.

“Awak nak minum? Saya buatkan.” Nurin mahu menyediakan sarapan pagi buat mengisi perut sebelum melelapkan mata.

“Awak pi mandi, saya pi beli sarapan. Tak payah la awak susah-susah nak masak lagi. Awakpun dah penat.” Zuhrin menyambar pakaian di birai katil untuk bersiap mencari sarapan buat mereka berdua.
Sedang dia bersiap, interkom di bilik berbunyi.

“Nurin, kak Ina dengan kak Seri dah siapkan sarapan. Kami dah beli nasi lemak untuk Nurin dengan Zuhrin. Kami tunggu di butik.” Suara kak Ina melegakan Zuhrin yang juga keletihan.

“Nurin mandi. Saya turun ambil. Terima kasih.” Zuhrin menjawab interkom.

Hanya dengan berbaju pagoda putih dan berkain pelekat ungu, Zuhrin turun ke tingkat bawah dan membuka pintu kayu yang menghubungkan rumahnya dengan butik pengantin.

Ina dan Seri yang sedang menunggu kehadirannya mengukir senyum. Bungkusan plastik yang diisi dengan beberapa bungkus nasi lemak disambut. Seri menghulurkan seteko air.

“Ayaq kopi. Baru saja kak Seri buat, panas lagi.”

Zuhrin terharu dengan perhatian mereka.

“Alhamdulillah. Terima kasih, kak. Buat susah saja.” Hanya itu yang termampu diucapkannya.

“Sama-sama. Tak dak apa yang susahnya. Hangpa dua yang susah. Makanlah dulu, pastu rehatlah. Bagitau Nurin, jangan risau pasai kedai. Apa yang penting, jaga anak-anak tu sampai sihat.” Nasihat Ina, ikhlas.

“Jomlah makan sama.” Zuhrin menjemput orang-orang kepercayaan isterinya untuk bersarapan bersama.

Ina dan Seri sama-sama menggelengkan kepala mereka.

“Kami dah makan tadi. Kalau nak kami tolong apa-apa, bagitau ja kat kami.” Mereka menawarkan diri dengan ikhlas.

Zuhrin menganggukkan kepalanya sambil terus mengukir senyum. Ina dan Seri meminta diri. Zuhrin ke dapur untuk menghidangkan sarapan pagi mereka. Dia rasa bersyukur  dan bertuah kerana masih ada yang mengambil berat kepada mereka sekeluarga.

Nurin turun dengan jubah mandi berwarna putih.

“Cepatnya awak balik.” Nurin terkejut apabila melihat Zuhrin sudah siap dengan hidangan.
Zuhrin tersengih.

“Awak pi beli kat mana?” Nurin hairan.

“Beli apanya, kak Ina dengan kak Seri dah beli awai-awai lagi untuk kita, siap buat ayaq kopi lagi sampai seteko.” Nurin tersenyum sambil memanjatkan syukur kerana rezeki ini.

Mereka menikmati sarapan dengan saling bersuapan untuk menambahkan kemesraan dan kebahagiaan. Mereka mengakui petua yang telah diamalkan seperti makan bersuapan, berpelukan sebelum berpisah dan meluahkan rasa cinta setiap hari sememangnya menambahkan rasa cinta dan memekarkan kebahagiaan dari hari ke hari.

Selesai menikmati sarapan, mereka beristirehat di ruang tamu dan tertidur sambil berpelukan di atas sofa. Terlalu nyenyak tidur mereka, seperti anak-anak mereka juga. Tirai yang dilabuhkan menjadikan suasana rumah gelap, penghawa dingin yang dipasang menambahkan keenakan tidur. Sudah beberapa hari mereka tidak mendapat tidur yang sempurna.

Mereka terjaga apabila mendengar loceng pintu dibunyikan. Nurin berlari naik ke tingkat atas untuk mengenakan pakaian kerana masih menyarung jubah mandi. Zuhrin ke bilik air di tingkat bawah untuk mengemaskan rambut dan mukanya.

Zuhrin menekan alat kawalan jauh untuk pintu pagar tanpa melihat tetamunya di luar, kerana selalunya di waktu makan tengahari begini sejak tiga hari yang lalu hanya Didi dan suaminya akan singgah untuk melihat anak-anak mereka yang kurang sihat. Zuhrin menarik tirai dan membuka pintu gelungsur bercermin gelap untuk memberi ruang kepada tetamunya masuk.
Sebaik sahaja pintu bercermin hitam itu dibuka, Zuhrin memegang kain pelekatnya yang seakan mahu luruh walaupun telah digulung dengan kejap.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.359127 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list