CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zubir_bharian

Hanez Suraya cemolot dengan boifren baru uolss

[Copy link]
Post time 16-9-2013 11:57 PM | Show all posts
hahaha bole la tu. desperate kot nak berlaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 01:19 AM | Show all posts
retis2 ni berani sungguh gi holiday dgn kapel dorang kan..
tak kena cekup lak tu,,
ooo.. dok bilik lain2 la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 01:34 AM | Show all posts
bungalisa posted on 16-9-2013 07:22 PM
Tringat dolu2 lakonan sheols.... Muke kemek... Bibir xde bentuk..harap putih melepak n tinggi jah... ...

bila ko ckp cmni bru aku ingt dulu dia biasa2 jek..baru lepas tgk gugle..mmg lain laa..ke sbb dlu dia gemok..mcm mana dia kecikkn muka ek??

dah cntik da skrg..btw,dia kat lua biasa2 jek..kurus tinggi gila..klau tgk dri blakang mcm fonen plak sb pkai ksut tggi
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 02:18 AM | Show all posts
biul ke hape tangan letak situ...saje cari kontroversi,,ekekkkekkek
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:28 AM | Show all posts
Lelaki itu hanya seorang teman - Hanez Suraya
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Pelakon Hanez Suraya menafikan dirinya kini sudah kembali bercinta ekoran tersebar sebuah gambar aksi mesranya dengan seorang lelaki berlatar belakangkan sebuah pantai yang dipercayai di Pulau Tioman, Pahang baru-baru ini.

"Saya masih solo tanpa teman istimewa. Lelaki dalam gambar tersebut hanyalah seorang kawan yang turut berada di sana sewaktu saya sedang bekerja," katanya kepada Utusan Online, hari ini.

Hanez memberitahu, dia terpaksa berdepan dengan isu gambar mesra itu dengan pihak media dan tidak berniat untuk melarikan diri daripada bercakap mengenainya.

"Dia hanya teman biasa. Saya tidak risau untuk berdepan dengan pihak media dan sedia menjelaskan mengenai gambar-gambar tersebut," kata Hanez lagi.

Beberapa hari lalu beberapa keping gambar berpelukan Hanez dengan seorang lelaki yang tidak dikenali telah dimuat naik di Internet. Ini menimbulkan spekulasi pelbagai pihak yang mendakwa pelakon wanita berusia 28 tahun ini kembali dilamun cinta. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... uraya#ixzz2f6pppAVA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:40 AM | Show all posts
alasan sgt.. hanya kawan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 09:43 AM | Show all posts
Hanez enggan dedah identiti lelaki misteri



DIAM tak diam ketika Hanez Suraya menegaskan untuk lari seketika daripada terikat dengan komitmen cinta mana-mana lelaki, terkini timbul pula khabar angin menyatakan pelakon itu sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identiti.

Gosip itu mula tersebar apabila sebuah portal hiburan memaparkan beberapa keping gambar Hanez bersama jejaka tersebut ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini.

Timbul tanda tanya akan pendirian Hanez yang terlalu cepat bertemu cinta baharu selepas putus kasih dengan penyanyi Awi Rafael beberapa bulan lalu.

Kosmo! lantas menghubungi pelakon drama Autum Di Hatiku itu untuk mendapatkan komen lanjut mengenai spekulasi yang timbul.

Kosmo!: Bagaikan tidak menjangka tiba-tiba muncul gosip mengenai Hanez sedang bercinta dengan seorang jejaka misteri. Siapakah lelaki itu dan apa komen Hanez mengenai gosip yang telah tersebar?

HANEZ: Mana ada apa-apa. Dia kawan saya dan saya enggan mendedahkan lebih lanjut identitinya. Dia bukan orang dalam industri dan kami berkenalan melalui kawan. Bukan mahu berahsia tapi akibat keterbukaan saya sebelum ini telah memakan diri sendiri, jadi saya memilih untuk tidak berkongsi atau memperbesar-besarkan perkara ini. Cukup orang tahu kami sedang mengenali hati budi masing-masing.


Kenapa mahu berahsia lagi sedangkan gambar antara Hanez dan jejaka itu telah pun tersebar di internet?

Bukan nak berahsia tapi saya tidak mahu terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi sebab boleh menjejaskan fokus saya. Lagipun, kami baru berkawan tidak sampai sebulan dan saya harap peminat faham. Takut nanti hubungan jadi separuh jalan lagi.

Kalau bukan serius tidak mungkin dapat meluangkan masa bercuti bersama-sama ke Pulau Tioman?

Itu bukan bercuti tapi saya sedang terbabit dengan penggambaran rancangan sukan ekstrem, Cool untuk siaran RTM. Saya bertindak sebagai hos dan dia datang ke sana pada hari terakhir penggambaran. Saya pun terkejut!






Cepat betul Hanez bertemu pengganti Awi Rafael padahal baru beberapa bulan berpisah?

Hati saya masih terluka dan jujur saya akui saya belum bersedia. Tapi apa salahnya kalau dia betul-betul mahukan saya. Saya cuba membuka peluang untuk menerima orang lain dalam hidup saya.

Bagaimanakah persediaan dia untuk menerima Hanez sebagai seorang artis yang pasti kisah cinta kalian akan menjadi perhatian suatu masa nanti?

Saya sudah nasihatkan dia agar bersedia malah saya akui kami tidak sorok hubungan kami. Kami tetap keluar bersama-sama ke mana-mana dan dia tiada masalah. Dia tahu saya seorang selebriti.


Sampai bilakah Hanez akan menyimpan penjelasan ini?

Saya tidak mahu orang fikir saya seorang ‘player’ (gemar bertukar pasangan), lelaki boleh datang sekali petik jari. Saya bagi peluang untuk dia kenal diri saya dulu tapi saya tidak tahu adakah hubungan kami ke arah yang lebih serius.


Ada sekeping gambar memaparkan Hanez dan lelaki itu berpelukan di tepi pantai dalam keadaan sangat mesra. Jika tidak serius mana mungkin sanggup bergambar sedemikian?

Gambar itu dirakamkan secara kandid (tanpa sedar), saya tidak boleh tutup mulut orang untuk membuat spekulasi bukan-bukan. Apa yang boleh saya cakap, saya kenal dan tahu dia bagaimana.

Tapi sampai bila Hanez mahu menyimpan rahsia hubungan itu?

Apabila saya benar-benar sudah bersedia saya akan berkongsi dengan peminat saya. Lagipun, ini perkara baik tapi hubungan kami masih baru, malah ada yang tidak tahu saya telah putus cinta dengan Awi. Buat masa sekarang, kami sering keluar bersama-sama dan doakan yang terbaik untuk kami. Saya tidak mahu main-main lagi dalam perhubungan dan saya mencari lelaki untuk menjadi suami saya.

Apakah kriteria yang dia ada sehingga membuatkan Hanez mahu meneruskan hubungan bersamanya?

Kami kenal tiba-tiba dan dia tidak berputus asa untuk terus mencuba mengenali saya. Saya pernah menetapkan pendirian untuk tidak mahu mengenali mana-mana lelaki dalam masa terdekat dan karakter saya pun bertukar kasar. Saya takut juga apabila terlalu baik dia rasa ada peluang. Tapi jujur saya katakan dia seorang lelaki romantik!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz2f6tFvtgj
Hakcipta terpelihara




Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:44 AM | Show all posts
mcm kat Tioman jek

btw sekadar kawan dah bergambor camtu?
kalo boypren ko bergambor camne lak?
berbasahan tanpa seurat benang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 09:45 AM | Show all posts
aiyork..seorang teman dah mesra sebegini..kalau boypren??mesranya bagaimana?
tapi tu la..apa nak heran..industri tempatan ............
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:53 AM | Show all posts
cikiciku posted on 15-9-2013 12:24 AM
Macam tak selera je tengok muka bf dia ni dr tepi

hehehe...yelah...
mcm over je bf dia ni...
abih le kau hanez.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:55 AM | Show all posts
beatgirlX posted on 17-9-2013 09:45 AM
aiyork..seorang teman dah mesra sebegini..kalau boypren??mesranya bagaimana?
tapi tu la..apa nak he ...

inilah TEMAN TAPI MESRA
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:56 AM | Show all posts
InVendeTTa posted on 17-9-2013 09:44 AM
mcm kat Tioman jek

btw sekadar kawan dah bergambor camtu?

Kalau dah berpantai2 ni, tentu diaorang gi swimming kan?
tak ada gambar ke?
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:58 AM | Show all posts
teman ke camtu..siap peluk bagai..retis2..tak teman mcm mana ler plak ropa aksi deolss yer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 11:59 AM | Show all posts
miawpink posted on 17-9-2013 09:43 AM
Hanez enggan dedah identiti lelaki misteri


ayat Hanez....buat masa ni kami sering keluar bersama.  Saya tidak mahu main2 lagi tentang perhubungan ini...
harapannya semoga lelaki ini menjadi suami dia....

emmmm....

kata Hanez lagi..jujur saya katakan...dia adalah lelaki romantik...
hah...engko.....tu dah terlebih romantika tu... Last edited by iznanaziz on 17-9-2013 12:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:01 PM | Show all posts
ermmm padan muka kao kan..aritu macam nak salahkan awie je..now dah keluar gambar kao pelok2 bagai..ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:04 PM | Show all posts
macam iras rusdi ramli pun ada dari tepi................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 12:06 PM | Show all posts
horror ngenangkan tangan landing kat poen

pasni jangan nak buat statement suci kat galaksi/melodi. elok lah awi cabut kaya sensorang... Last edited by bottombikini on 17-9-2013 12:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:07 PM | Show all posts
jawapan cliche
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:08 PM | Show all posts
sitipynka79 posted on 17-9-2013 12:01 PM
ermmm padan muka kao kan..aritu macam nak salahkan awie je..now dah keluar gambar kao pelok2 bagai.. ...

gmbar awie ngan Shasha Saidin tak ada ke?
hehehehe
walaupun mereka menafikan, kata hanya kawan je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:20 PM | Show all posts
fuyoooo mantop!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.167617 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list