CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

[Copy link]
Post time 26-9-2013 11:32 AM | Show all posts
non.sari posted on 25-9-2013 05:49 PM
kali ni aku nak cerita yang pendek-pendek. kira koleksi aku la. harap-harap betol lah pendek nya seb ...

masa tu ayah aku cerita balik, kondisi jin tu berbungkus macam pocong, then menghadap dia. tapi badan dia menunduk macam separa bongkok sambil badan dihayun ke depan dan ke belakang.

tt...aku dh imagine mcm ulat nasik bergeliang geliut...ngerinya!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2013 11:55 AM | Show all posts
nicuya posted on 26-9-2013 11:32 AM
masa tu ayah aku cerita balik, kondisi jin tu berbungkus macam pocong, then menghadap dia. tapi ba ...

pocong tu nak blaja amik wuduk dari bapak TT kot gaya nye camtu.. hehe

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 12:05 PM | Show all posts
mrbotak posted on 26-9-2013 11:55 AM
pocong tu nak blaja amik wuduk dari bapak TT kot gaya nye camtu.. hehe

erkkk....meremang plak...

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 12:11 PM | Show all posts
non.sari posted on 25-9-2013 05:49 PM
kali ni aku nak cerita yang pendek-pendek. kira koleksi aku la. harap-harap betol lah pendek nya seb ...

part pocong diri sambil goyang2 badan tuh sebijik cam kawan aku kena mase dia kat skolah teknik. mase tuh dia tgh study kt bilik prep..ntah camne dia bleh terpandang pocong duk tercegat kat tingkap bilik prep tuh..mmg sama perangai diorng ni..goyang2..nape eh? agaknye sebab kaki dah terikat so nak stabilkan diri kena la goyang2 kalau tak jatuh tergolek..nk bangun susah hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 02:15 PM | Show all posts
non.sari posted on 25-9-2013 05:49 PM
kali ni aku nak cerita yang pendek-pendek. kira koleksi aku la. harap-harap betol lah pendek nya seb ...

haha..
bleh plak nk amik wuduk skali erk
asanya dea nk qada solat yg mna dea xsmpat kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 03:33 PM | Show all posts
nicuya posted on 26-9-2013 11:32 AM
masa tu ayah aku cerita balik, kondisi jin tu berbungkus macam pocong, then menghadap dia. tapi ba ...

ark! ulat nasik?? kalau aku bukan takat ngerinya!! tapi... gelinya!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2013 03:34 PM | Show all posts
mrbotak posted on 26-9-2013 11:55 AM
pocong tu nak blaja amik wuduk dari bapak TT kot gaya nye camtu.. hehe

khennnn... terpesona dengan keindahan islam.. tapi caranya tak betol. main sergah-sergah orang dari belakang..
kuahaja sangat kan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 03:36 PM | Show all posts
yeyyyy...best best... tq tt
pop corn ngan air ada lagi neh... citer lah lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2013 03:37 PM | Show all posts
afira posted on 26-9-2013 12:11 PM
part pocong diri sambil goyang2 badan tuh sebijik cam kawan aku kena mase dia kat skolah teknik. m ...

haaa..giteww. menyelami dilema pocong katanyaa..
aku pun rasa macam tu. kalau dah atas bawah terikat, pergerakan apa lagi yang dorang mampu.. bergoyang saje la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 03:39 PM | Show all posts
cektim posted on 26-9-2013 02:15 PM
haha..
bleh plak nk amik wuduk skali erk
asanya dea nk qada solat yg mna dea xsmpat kot

hahah! tak sempat ketika hayat nya. niat dah ada dah... cara nya tak betol.. kikikiki
qada solat.. lawak ko nih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 03:42 PM | Show all posts
aqissa posted on 26-9-2013 03:36 PM
yeyyyy...best best... tq tt
pop corn ngan air ada lagi neh... citer lah lagi....

haaa..jap2.. TT punye popcorn plak abis. nak g refill jap..
kang aku sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 05:34 PM | Show all posts
non.sari posted on 26-9-2013 03:39 PM
hahah! tak sempat ketika hayat nya. niat dah ada dah... cara nya tak betol.. kikikiki
qada solat. ...

btol la..hehe
ko ckap umah ko mmg laluan makhluk ni kan
kbetulan dea lalu msa tu nmpak abah ko ngah berwuduk
naseb bek xikut makmum skali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 05:58 PM | Show all posts
oke.. kisah pendek lagi.. buat jamah-jamah ye..
ada masa aku bagi kisah panjang pulak.

ini pengalaman laki aku. dia memang tak tahu yang dia nampak tu makhluk itu.. dia fikirkan manusia biasa macam kita ni. setelah diterangkan oleh kawan dia, barulah dia tahu. itu pun dia macam tak berapa nak ambik tahu..cerita nya begini..

MENGURAT AWEK BERJALAN BERSAMA ADIK

waktu ni dia belum jumpa aku lagi. belum berkenalan dan belum berkahwin. dia ke satu daerah di selatan tanah air. nak jumpa kawan dia. maklumlah, bujang masa tu. ketika itu jam menunjukkan pukul 2 pagi. baru balik jamming katanya.

rumah kawan dia dalam kawasan taman perumahan. masa ni dia naik kereta, satu kereta ada 4 orang termasuk laki aku. masa ni konfem-konfemlah sunyi kan..lalu la satu jalan tu. sepanjang jalan tu memang tak ada lampu jalan, mereka hanya ditemani cahaya dari lampu kereta serta cahaya bulan yang mengambang penuh dan cantik ketika itu. wah! ayat aku kan..

masa lalu jalan sunyi tu, laki aku dah perasan dulu ada awek, free hair, rambut panjang rebonding paras pinggang berjalan sambil pimpin sorang budak berumur lebih kurang 2-3 tahun jalan bertentangan dengan kereta yang diorang naik. laki aku ni dia kata sumpah sangat dia tak tahu benda tu hantu ke apa. yang dia nampak memang manusia. mungkin pada perkiraan dia yang tak pernah nampak hantu ni, dia fikir kalau hantu tu muncul, rupanya mesti rupa hantu. tak ada rupa lain. lurus sangat nampaknya laki aku masa tu.

so sebagai lelaki yang masih bujang ketika itu, bila nampak ada awek maka merenyamnya memang lain macam sikit. lantas dia bersuara 'woi! woi! awek tu, awek tu. sian dow jalan sorang-sorang.' haaa..gitula agak nya bahasa rumaja-rumaja ketika itu sambil tepuk-tepuk member dia yang tgh drive. bajet suruh berhenti dan tumpangkan. tetapi kata-kata dia hanya dibalas dengan jelingan tajam kawan-kawan dia. oh untuk makluman, laki aku cakap masa tu dia duduk seat belakang, betul-betul belakang driver. kepala dia dekat ruang antara driver dengan kelindan. kan biasa memang ada space kan muat-muat kepala. ha kat situ la dia menyelit, bontot menyenget kat seat belakang. imagine lah sendiri. memang jelas sangat pandangan dia masa tu.

Masa tu bodoh lagi. tak faham maksud jelingan kawan-kawan dia. dia ingat kawan dia tak ada mood, malam-malam mata dah ngantuk. tak ada masa nak ngurat-ngurat awek. so ketika kereta yang diorang naik tu bergerak mengngiringi awek tu, laki aku cakap, dia sorang jelah yang beriya-iya toleh dekat awek tu. tapi dia cakap masa tu awek tu sombong. tak pandang pun kereta diorang. adeh.. lawak laki aku. kang kalau dia pandang kang, tak sempat ngurat ko dah pengsan.

bila dah melepasi perempuan tu, dalam beberapa saat laki aku pandanglah belakang balik nak tengok awek tadi, tapi yang dia pandang cuma jalan kosong. awek tu dah tak ada! sempat lagi dia bersuara tu 'aik! mana awek tu? cepatnya jalan' gitteww. Dia cakap yang dia perasan masa tu, member-member dia masing-masing membatu dekat seat memasing. diam je. laki aku tak perasan lagi reaksi kawan-kawan dia tu. betapa lah slow nya laki aku masa tu. dalam 15-20minit kemudian, barulah kawan masing-masing dia bersuara. maki dia. marah-marah dia.

'agak kau buta ke tak nampak benda apa tadi?' member pertama bersuara 'kau pekak ke? kau tak dengar apa-apa ke?' member kedua pulak bersuara. 'bodoh ea kau? gila sangat ke nak ngurat hantu?' member ketiga pulak bersuara. sudah! hantu pulak.. laki aku cakap kawan-kawan dia semua marah dia. last dia tanya, apesal semua marah dia. sebab laki aku cakap dia memang tak faham langsung. yang dia mampu jawab 'eh, apesal ek.. apesal weh.. apesal ni..hantu mane ni..'   

serentak member-member laki aku jawab ''itu langsuir bodoh!!'' masa tu laki aku tersentak tapi still blur.. nampak tak? nampak tak? betapa laki aku punya naluri penghantuan ni begitu lemah. huhu..  dia kata itu pun sebab apa yang dia nampak lain, apa yang kawan dia cakap lain. siap kawan dia bagitau, bunyik mengilai masa lalu kat sebelah awek tadi kuat giler macam nak pecah gegendang telinga dorang masa tu. sebab itu lah masing-masing diam. laki aku cerita, masa tu kawan-kawan dia memang hangin gila kat laki aku. sebab dalam ramai-ramai dia paling bodoh sebab nak ngurat hantu. so begitulah kisah ilmu penghantuan kurang menjadi laki aku... sekian..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 05:59 PM | Show all posts
DITINDIH BERGANTI-GANTI. mohon jangan fikir lain. fokes..fokes..

Dalam adik beradik (3 orang dan semua perempuan) aku ni paling lasak, paling gila, paling kasar, paling lain dari 2 yang lain. akak aku dengan adik aku perangai ada gegirl sikit. aku ni dulu macam tomboi. aku ingat lagi, masa tu aku sekolah menengah form 1 kot, rumah aku masa tu ramai tetamu yang datang. makcik pakcik aku dengan atok aku yang buat nesan tu pun datang. aku pun tak sure pesta apa yang berlaku kat rumah aku masa tu. apa yang pasti aku syok abis la, boleh mengelat buat kerja. sebab ramai yang tolong.

kebetulan semua tido rumah aku hari tu. bilik rumah ada 3. 1 bilik mak dan ayah aku. satu bilik lagi bilik aku, akak aku dan adik aku. kadang-kadang adik aku tido dengan mak ayah aku. bilik yang ketiga buat bilik tetamu dan bilik sembahyang. tapi lebih kepada bilik letak baju tak larat nak lipat.

malam tu semua cadang nak tido ruang tamu bawah. semua tak nak tido bilik termasuk aku. mak aku pun sibuk jugak nak tido bawah, konon-konon nak tido dengan adik-adik dia. so, ayah aku jelah yang tido atas sorang-sorang. bila dah semua nak tido bawah, makanya space nye jadik sempit! dah susun-susun pun sempit lagi. oleh kerana aku ni paling macam jantan, jadinya aku lah yang dipaksa okey, dipaksa! mengvolunteerkan diri tido dalam (ruang makan) memandangkan semua tak nak tido dekat ruang makan tu. semua tolak kat aku. jahat sangat kan..

patut aku boleh je kot tido bilik masa tu, tapi aku tak nak. sebab nak join jugak tido bawah ramai-ramai walaupun aku sebenarnya kena tido dalam sorang-sorang. zalim kan.. so bila dah selesai buat penyusunan tempat tido, lampu pun dipadam. masing-masing start nak tido. aku yang kene tido dalam sorang-sorang terkebil-kebil nak try pejam mata. nyamuk banyak pulak masa tu. baru nak try pejam-pejam mata, tiba-tiba dengar bunyik suara orang tua menangis kat belakang rumah. memang suara orang tua, macam nenek-nenek gitu suaranya. tapi merintih nangis. ahh sudah! dia kacau dah..

aku cepat-cepat tekup kepala dengan bantal. kuat-kuat. still dengar jugak 'wuuuu..wuuuu..wuuu..isk isk isk.. wuuu..wuuu..wuuu...' gitu la lebih kurang.. aku memang tak bole tido masa tu. takut semua ada. tapi aku still try pejam mata. masa tu aku cakap dalam hati 'tak nak pikir! tak nak pikir! tak nak pikir!' haa.. gitu la motivasi untuk diri aku yang tercampak sorang-sorang kat dalam. makin lama makin galak. dah baca-baca ayat kursi, 3 qul tetapi makin galak and bunyiknya still the same...

ahh! tak bole jadi. aku angkut selimut, toto, bantal sume terus pegi depan. kat depan tu aku tolak entah badan siapa aku tak ingat, selit kat tengah-tengah. memang sempit. sempit pun sempit lah janji tak kene kacau. nampak berani kan? siap boleh bangun pegi depan lagi. sebab masa tu aku dah geram sangat dah. nekad je bangun terus ke depan. tanpa nak tengok-tengok, nak riki-riki ada jin ke yang sedang perhatikan aku..

bila kat depan cerita nya jadi lain pulak. aku boleh tido, tapi biasa lah. ditindih. masa kene tindih tu seperti biasa, aku mengerang, baca-baca semua. mata boleh terbukak sikit. aku nampak apa masa tu? aku nampak ada perempuan bertudung/berserkup berbaju putih full set, membelakangi aku duduk melutut dekat seseorang, tak sure siapa masa tu. akak aku ke, adik aku ke, mak aku ke or makcik aku. dia duduk sambil tangan membelai rambut orang tu then humming satu lagu. tak tau lagu apa. tapi sangat jelas suara dia masa tu.. 'hmmmm..hmmmmm...hmmmmmm' gitu. masa tu tak tunggu lama, aku cepat-cepat try sedarkan diri. cubalah cara apapun bagi sedar balik. bila dah sedar, tengok balik memang konfemlah tak ada siapa-siapa. aku tengok masing-masing semua nyenyak tido. termasuk yang kene belai tadi. itu memang konfemlah nyenyak kot. sambil tido sambil didodoi..

so aku sambung balik tido. nyenyak pulak sampai ke pagi tanpa gangguan. rupa-rupanya ada cerita. kan aku dari dalam masuk tido kat luar kan? menyelit kat tengah-tengah. makcik cerita masa aku masuk, makcik aku sendiri belum boleh tido lagi. dia nampak ada seseorang mengikut aku masuk dari belakang. tapi dia tak perasan siapa. masa tu gelap kot. lepas tu dia cuak, terus pejam mata. elok je aku baring nak tido semua, ketika itulah bermula orang dari hujung hingga ke akhirnya (masa tu tido sebaris macam asrama) semua kene tindih secara bergilir-gilir. lepas dia kena, dia kena. lepas tu dia. kemudian dia. bertawaf lah jin itu sampai cukup semua terkena. dengan atok-atok aku sekali terkena.

aku pun ceritalah insiden apa yang berlaku pada aku malam tadi. dorang cakap aku lah puncanya yang membawak entah jin dari mana pegi ke depan. masa tu yang aku mampu cakap, 'padanlah muka' tolak aku lagi tido dalam. rasain loh! hehehe..

penutupnya, hari itu lepas maghrib kitorang sembahyang jemaah and buat bacaan yassin. tak tunggu malam sikit, sedara-sedara aku semua nak balik rumah masing-masing. semua takut nak tido rumah aku lagi masa tu. kejam sangat.. huuuu..
sekian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2013 06:03 PM | Show all posts
cektim posted on 26-9-2013 05:34 PM
btol la..hehe
ko ckap umah ko mmg laluan makhluk ni kan
kbetulan dea lalu msa tu nmpak abah ko n ...

dia tengah prektis jadi makmum kot.. tu yg terbongkok-bongkok umpama rukuk..
erkk!! ampunnn..


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 10:17 AM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 04:45 PM
wah! ayat ko pun berjaya membuat aku meremang..
ada yang tumpang baca tu, kita bercerita pasal di ...

woittt....
ni dah buat mamajiah takut tahap gaban neh...
ada plak dia tumpang baca skali...(errk...ye ke??)
baru kelmarin..pak guard kata..masa nak tutup pintu opis..
dia sound kuat2 kat floor mamajiah ni...
""hhaaii...anybody???""
tup2..kat tepi photostat machine..tercegat amoi pakai putih..
yg tidak di kenali...memandang ke arah pak guard..tanpa suara..
pandang je..pak guard angkat tangan dan turun balik...
tapi pak guard citer sambil gelak2...
masya allah...mamajiah nak g toilet lps office pun takut...
ni..dah kata dia tumpang baca plak...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2013 11:11 AM | Show all posts
Best citer TT...
Saya SR...I followwww
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:44 AM | Show all posts
non.sari posted on 26-9-2013 05:59 PM
DITINDIH BERGANTI-GANTI. mohon jangan fikir lain. fokes..fokes..

Dalam adik beradik (3 orang dan  ...

aku ada jugak kjadian bergilir2 neh
tp bkan kna tindih..just mngigau mcm tu, hehe
kat hostel skolah men dlu..
rmai la org dlm blik tu..dlm belas2 org
msa jadi tu dh lwat mlam just tingal sorg ja senior aku xbley tidoq lg
suma org dh tido tingal dea sorg ja dk landing2 ats katei lg
tiba2 angin kuat mai dr tingkap sblah kiri bilik
pastu start la dr katei bwah sblah kiri tu naik ke katei atas pastu pindah plak ke katei bwah strusnya naik ke katei atas lg
sorg2 mengigau..pindah2..
dari katei bwah naik katei atas pastu pindah katei sblah plak smpai la stop kat katei atas yg dok sblah tingkap kanan bilik
nmpak x flow dea, hehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 11:45 AM | Show all posts
mamajiah posted on 27-9-2013 10:17 AM
woittt....
ni dah buat mamajiah takut tahap gaban neh...
ada plak dia tumpang baca skali...(errk ...

ayo! meremang baca story mamajiah..
hahahah! jage-jageeeeee.... ade yang memerhatiiiiiiiiii............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 11:48 AM | Show all posts
hatikudus posted on 27-9-2013 11:11 AM
Best citer TT...
Saya SR...I followwww

yeke.... atototototott...
jap ek.. nnt sambung lagi.. tapi takut yang lain boring.... ada ke yang percaya and still melayan cerita tak berapa seram ni...
baca pengalaman seram kat thread lain kemahen seram nya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.365039 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list