CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nham22

Ada apa dengan DAVID TEO dan MIG

[Copy link]
Post time 14-10-2013 11:44 AM | Show all posts
Lavender_Violet posted on 14-10-2013 11:27 AM
Aku rasa DT ni lebih bermaruah dari retis2 Melayu yg namanya aje Islam. Cina pun tau benda2 ni tak ...

tu la pasal
malu je ngan David Teo yg kapir ni
David pon pandai ckp takut tuhan bukan takut dia
retis malay yg sah2 muslim ni tak malu ke kene ceramah ngan uncle David
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 11:50 AM | Show all posts
pendapat seposen ai lak, bila wartawan dah kluarkan kisah kahwin & ada anak bagai, sepatutnya diaorg kunci mulut tu aje & suruh je tggu time pc tu nnt, ini tak asal ada reporter tny mula la buka mulut men'deny' bagai, last2 masa pc mengcomform kan pulak yg awak tu mmg betul dh kawin.....
mana la org tak kutuk dik ooooiiiiii.......


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 12:07 PM | Show all posts
wartawan dah berdendam kesumat sebab nye wawa ngan erel dh banyak kali tak mengaku..si wawa siap dah ya Allah bagai dah tak ngadu dh kawin ade anak. kalau aku kene tipu idup2 gini pon aku bengang. kalau dorang bgtau dari awal xde nye wartawan2 kepochi ni sibuk sangat cari bukti. lagi senang cedok kat blog or porem jah. tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 12:36 PM | Show all posts
Nayzu posted on 14-10-2013 11:44 AM
Wawa umur sama dgn u la. Dia lahir 1991. bukan 1992.
confuse gak. sbb rasanya dia tua setahun dar ...

ok..1988 and ke bwh di kira x matang lg hehe sbb i pon kekadang buat sesuatu x pk pnjang2 so si wawa ni samalhh...ni bkn x matang dah ni tahap dah xleh nak pk main ikot napsu seks dia jeee..jadi camni kan susah...nnti adelah setazah2 forum cari lahar i ni...hehe...tapi btul lah dia kwen gn aeril tu hnya nk halalkn hub seks je bkn utk nk ada kuarga klyn somi ke hape...tp tu klo btulla die mmg kwen yg thn 2012 tu tp cam takkk jerr...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 01:22 PM | Show all posts
jargon posted on 14-10-2013 12:36 PM
ok..1988 and ke bwh di kira x matang lg hehe sbb i pon kekadang buat sesuatu x pk pnjang2 so si wa ...

i tak berani lah nak ckp kawen 2012 tu tak pernah ada. nnt kalau betul ada jatuh fitnah gak.
tp kot ye pun kalau first marriage tak pernah ada, so apa masalahnya?
anak tu masih anak sah taraf kan kalau ikut mazhab syafie.
pastu zubir tu gigih bebenor nak buktikan anak tu tak sah taraf. motif? dpt 2juta ke wat camtu?
forummers dlm ni ramai yg dah tua n ada anak so dorang tak berapa nak faham org muda cam kita.
i anggap je wawa n aeril still xmatang. sama mcm i, kekadang suka buat ikut suka hati sendiri.
tp seriously, kalau wawa n aeril tipu pun pasal first marriage, they did it for their son.
takkan la korang semua expect dorang bg statement, 'ye, kami berzina n anak ni anak haram'
-_______________- seriously nie ke statement yg reporters nak sgt?


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 01:28 PM | Show all posts
Wawa ni deserve someone better. At least bila kawin dah tak perlu nak keje berlakon lagi..retis2 yg kurang lawa dr dia pun dpt jerungg...he he he jahat aku. I
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2013 01:30 PM | Show all posts
annezghaff posted on 14-10-2013 09:56 AM
tak berkudis katanya...

mmg la tak berkudis.
gelap hati dah agaknya -___-
serious aku takleh imagine cane boleh wujud org camnie. sighs
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 01:33 PM | Show all posts
Nayzu posted on 14-10-2013 01:30 PM
mmg la tak berkudis.
gelap hati dah agaknya -___-
serious aku takleh imagine cane boleh wujud o ...

btw...selain dr wartawan zubir x cerdik ni..ada lagi ke wartawan yg meroyan? setahu aku..dia ni sorg je lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 01:36 PM | Show all posts
annezghaff posted on 14-10-2013 01:33 PM
btw...selain dr wartawan zubir x cerdik ni..ada lagi ke wartawan yg meroyan? setahu aku..dia ni so ...

zubir je meroyan. sorang lg dorang ckp nama Rudy. tp i rasa Rudy tu ok lg.
i mean takde la dia tengking cam zubir tu.
tak faham la dgn zubir nie. last2 ramai yg salahkan wartawan gak.
fans semua boleh terima je i tgk comment3.
semua faham asal wawa n aeril buat camnie.
i dah agak dah, wawa n aeril nie cantik n handsome.
advantagenya, org akan lupakan semua benda ni n maafkan dorang jugak.
ditambah video PC tgk sikap wartawan, lg la public tuding jari dkt wartawan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 01:43 PM | Show all posts
Nayzu posted on 14-10-2013 01:36 PM
zubir je meroyan. sorang lg dorang ckp nama Rudy. tp i rasa Rudy tu ok lg.
i mean takde la dia te ...

yup true..zubir ni merosakkan dan memburukkan lagi imej wartawan kat mesia ni..tapi yelah..nak buat acane..kesayangan BH
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 02:02 PM | Show all posts
david teo nie ala bapak2... ak rasa ok je die jaga 'anak2' die... tp tulahh, ank die muda lg... tu yg tlebih tkt... tp tak baik laa dorg cm salahkn DT punca knp dorg brahsia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2013 10:16 PM | Show all posts
I dah tgk youtube pc aeril...giler la zubir n rudy nih..tekan2 dieorg dgn tengking2 ..maki2...sakai giler wartawan zubir n rudy nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 01:23 PM | Show all posts
"KENAPA saya terus dipersalahkan dan dijadikan mangsa dalam kes pernikahan Wawa dan Aeril?," soal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIG, Mejar K David Teo, berhubung kenyataan Presiden Seniman,Zed Zaidi, yang mempertikaikan isu kontrak artis di bawah naungannya.

Zed menerusi sebuah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), menyelar isi kandungan kontrak yang didakwa melanggar hak asasi manusia dalam membina perhubungan.

Kenyataan Zed itu, dilihat lebih memihak kepada Wawa Zainal dan pasangannya, Aeril Zafrel, yang sebelum ini pernah mendakwa hubungan mereka dihalang David sehingga terpaksa menyembunyikan pernikahan mereka.

Malah Wawa dalam sidang media sebelum ini, beria-ia mendakwa kontrak yang ditandatangani bersama MIG itu mengandungi perjanjian bahawa dia tidak dibenarkan bercinta dan berkahwin sepanjang berada di bawah syarikat tersebut.

Enggan terus dipersalahkan, David akhirnya bertindak mendedahkan kontrak yang ditandatangani Wawa sepanjang berada di bawah naungan MIG.

Menurut David, kontrak yang disediakan tidak mengandungi sebarang larangan untuk artis MIG daripada bercinta, bertunang mahupun berkahwin.

"Di sini, saya menunjukkan isi kandungan kontrak yang disediakan untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang undang yang dibuat bagi menghalang mereka daripada bercinta.

"Namun, sebelum menandatangani kontrak, mereka perlu membuat pengesahan mengenai status adakah sudah mempunyai pasangan, bertunang ataupun berkahwin.

"Jika mereka bukan lagi 'single', kami akan menyediakan satu borang untuk diisi bagi mengesahkan status itu. Itu sahaja," katanya ketika ditemui di pejabat MIG, Petaling Jaya.

David menjelaskan, setiap individu yang bernaung di bawah MIG perlu menandatangani kontrak yang disediakan untuk mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

"Kami ada sembilan garis panduan berhubung kontrak itu termasuk mengelak daripada gejala maksiat, artis ditangkap khalwat dan anak luar nikah, menimbulkan kecemburuan di lokasi dan kontroversi serta syak wasangka.

"Selain itu, ia juga bertujuan mengelak daripada difitnah, diambil kesempatan oleh pihak lain, kehancuran rumah tangga, mengekalkan ikon kepada masyarakat dan mempertahankan maruah artis, keluarga serta syarikat.

"Sepanjang 13 tahun berada dalam industri, saya begitu faham dengan keadaan industri yang penuh dengan godaan dan cabaran. Jadi, jika artis itu faham, ianya tidak menjadi masalah besar.

"Lihat sahajalah Maya Karin, Farid Kamil, Nora Danish, Diana Amir dan Lisa Surihani. Saya tidak pernah melarang mereka untuk bercinta mahupun berkahwin. Malah, setiap kali jumpa Intan Ladyana ataupun Kamal Adli, soalan pertama saya ialah bila nak kahwin," katanya yang menganggap kesemua artis residen MIG sebagai anaknya sendiri.

Sedia bersemuka dengan Zed Zaidi

Mengulas mengenai kenyataan Zed Zaidi berhubung kontrak syarikat produksinya itu, David menyifatkan Zed terlalu terburu-buru.

Menurut David, sebagai ketua untuk golongan artis, Zed Zaidi perlu lebih bijak dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Kata-kata Zed sangat tidak waras! Sepatunya, sebelum membuat kenyataan, Zed seharusnya menghubungi saya dan mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu.

"Dalam pada itu, dia perlu membaca kesemua isi kandungan dalam kontrak," katanya yang bersedia bersemuka dengan Zed untuk membincangkan mengenai perkara itu.

Wawa tak jawab panggilan

Dalam pada itu, David turut menyelar dakwaan Wawa yang pihaknya tidak menghubungi dan memanggilnya kembali bekerja.

"Semasa dia bercuti panjang, banyak tawaran yang ada namun dia menolak. Namun, selepas dia kembali ke ibu kota, kami menghubunginya banyak kali. Namun, dia tidak memberi respons.

"Pintu MIG masih terbuka luas untuk Wawa. Saya faham, dia masih muda dan tidak matang. Jadi, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan kepadanya.

"Mengenai dakwaan dikuarantin, saya tidak pernah berbuat demikian. Ketika menjalani filem, Sumpahan Kum Kum, di Ijok, mutu lakonannya tidak bagus dan pengarah filem itu, Ismail Bob Hashim, bertindak 'memegang' Wawa untuk menghayati watak," katanya yang mengakui kontroversi ini tidak pernah mengganggu perjalanan MIG.

Kesal dengan apa yang berlaku, David berkata, ini bukan kali pertama artisnya berbuat demikian, malah akui David dia sudah lali dengan masalah artis yang tidak menjaga tingkah laku.

"Namun, kes ini dilihat lebih berat apabila artis itu memburukkan syarikat dan saya sendiri," katanya mengakhiri perbualan.

David juga menafikan dakwaan Aeril dan Wawa mengenai larangan bercinta kerana perkara ini telah ditanya beberapa kali kepada pelakon itu.

"Saya ada dengar mengenai gosip Wawa bercinta dan berkahwin. Saya memanggilnya untuk mendapatkan kepastian, tapi dia tidak mengaku. Pernah juga dia berkata dengan nada tinggi, 'Bos, saya sudah dewasa!'.

"Saya tidak marah, cuma ingin bertanya kerana saya akan tanya kepada semua anak-anak (artis residen) saya jika ada gosip.

"Kalau dia mengesahkan pernikahan itu, sudah pasti saya juga gembira. Malah, segala urusan majlis akan diuruskan oleh MIG tanpa sebarang caj. Seperti artis MIG lain, saya akan hadiahkan dia berlian ketika majlis perkahwinan," katanya


-SINAR harian-

** aku tepek semula..sbb bnyk gle thread pasal neh..bila mau abis daa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 04:35 PM | Show all posts
Nham22 posted on 12-10-2013 10:58 AM
Good point...kontrak dieorg ni brape tahun.?10tahun ka?sampai artis bawah die ade yg terpaksa memb ...

kontrak dowg depend la..selalu nya 5 thun..then after 5 tahun tu terpulang la pd dowg nk sambung kontrak or jz tamatkan je kontrak 2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ms nk sain kontrak, xkisah pun isi kontrak sibuk nk berlakon..berangan nk jd superstar. Bl dh jd cmni mula lah salahkan kontrak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 10:47 PM | Show all posts
Nasibla badan wawa..malu la nak jumpe org....or buat2 la muka xmalu..mcm Dd n FK yg muke xmalu tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 posted on 18-10-2013 10:47 PM
Nasibla badan wawa..malu la nak jumpe org....or buat2 la muka xmalu..mcm Dd n FK yg muke xmalu tu

memang dia muka x malu pun.dah bria2 nafi kawin beranak bagai tup2 mengaku gak siap buat pc lg.hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047631 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list