CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mr_Choco

Tunangku dan si 'dia'...

[Copy link]
Post time 19-2-2014 06:36 PM | Show all posts
Jangan bertindak terburu-buru. Aku sarankan kau muhasabah diri kau. Kau jauhkan diri kau daripada diorang berdua (tunang kau dan 'dia'). Kau fikir sedalam-dalamnya. Apa yang kau nak capai dalam hidup berkeluarga akan datang. Jangan fikir untuk sekarang ni. Fikir untuk jangka masa panjang. Jangan putus-putus berdoa mintak petunjuk Dia.

Dalam waktu genting macam ni memang semua nampak macam mendesak. Family tunang kau, family kau. Dan kau pun akan rasa gerak hati kau betul (sebab kau memang ada hati dengan 'dia'). Tapi apa yang kau nampak pada 'dia' sepanjang kau berkawan dgn 'dia' mungkin tak kan sama selepas kau jadikan 'dia' bini kau (if and only if you are getting married with her). Macam kes tunang kau la. Masa suka dulu kemain kau boleh bertahan dgn perangai buruk dia sampai 4 tahun. Kau terima dia seadanya. Bila dah tak suka, dan dan la keburukan dia terpampang depan mata kau. Fikir semasak-masaknya. Tak semestinya yang kau suka tu akan membawa kebaikan pada kau.

Dan hal macam ni bukan involve korang bertiga je. Ini melibatkan ramai pihak. Family kau, family tunang kau. Kau pasti ke family kau restu hubungan kau dengan 'dia'? Restu ibu bapa tu penting untuk kebahagiaan hidup kau kelak. Redha ibu bapa, redha Allah.

Lain kali kalau dah tahu status diri tu tunangan orang, jangan berani ambil risiko rapat dengan orang lain. Sedar diri sket.

Apa-apapun, fikir semasak-masaknya sebelum buat keputusan. Jangan biarkan diri kau dipengaruhi oleh tunang kau atau 'dia' buat masa sekarang. Good luck.

P/s: mohon dijauhkan la daripada lelaki jenis tak tetap pendirian macam kau ni. Haha. Sorry kalau terasa hati. Tapi somehow aku rasa kau ni tak matang macam umur kau. Lebih memikirkan keseronokkan dan kepuasan diri (since kau cakap 'dia' mcm ada ciri2 yg kau nak so kau gi rapat dgn dia walaupun pada waktu tu 'dia' dah ada bf dan kau DAH BERTUNANG. + kau ikut cakap tunang kau masa dia suruh kau bertunang dgn dia, bukan kau decide sendiri setelah berfikir masak2).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 12:31 PM | Show all posts
tunang ko racist ek? then korang selalu gaduh psl politik? bleh x aku simpulkan tunang ko org bn/umno ko org PR kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah cite buruk psl tunang. Mmg dah xde mase dpn bg aku. Nnt bila dah kawen nak msk dlm ni jugak ke cerita psl keburukan wife? U dont deserve her. Putus je la. Mmg dia akan sakit tp percayalah. Dia akan bangkit n mencari kebahagiaan dia sendiri n nanti jangan ko menyesal dan mencari dia pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 08:15 AM | Show all posts
Buat pilihan sewajarnya berdasarkan siapa yang ko nak hidup sampai abis nyawa. Kalau nak kira berapa lama ko dah spent dengan si dia, memang susah nak buat keputusan sebab yang penting adalah quality perhubungan, bukan quantity hari korg dah berhubungan. Mcm aku dulu, kapel dgn ex aku 8 tahun, dah kenal sangat baik buruk perangai dia tapi bila aku jmpe org baru, kapel setahun je terus kawin. Alhamdulillah aku bahagia sgt skrg ni dan bersyukur pd Allah sebab bagi aku jodoh dgn dia. Kalau aku kawin dgn yang 8 tahun tu, mungkin aku tak sebahagia skrg. Pasangan yang tak panas baran memang sangat2 menenangkan rumahtangga
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 03:12 PM | Show all posts
Pade aku senang jer...kalo ko dah was2 atau pilihan lain better terus terang dari main tarik tali. Sekurang2 nyer dia sakit hati sekarang..Xde manusia pon yg sempurna..

Susah TT nak pening, ai jer la calonnye..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 09:23 PM | Show all posts
mudahnya wanita..
lemahnya lelaki..
hebatnya syaitan !!

menunggu update TT...tik tok tik tok..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2014 02:34 AM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 24-2-2014 09:23 PM
mudahnya wanita..
lemahnya lelaki..
hebatnya syaitan !!

syaiton mmg hebat bab2 menghasut ni!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2014 12:04 PM | Show all posts
tak setia mcm ni laa . okbye ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2014 02:42 PM | Show all posts
Kau tolong la jgn share problem apa2 lebih2 lagi pasal relationship kau dengan kawan lain jantina. Aku selalu pegang benda tu. Ada problem, family ada, kawan2 sama jantina ada. Takut aku nak share dgn kawan laki sbb nnt laki tu faham aku and lastly mesti akan jd org ke 3.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 01:29 AM | Show all posts
ko suruh mak ko yang wak istikarah tuk ko..sebb sekng dah ternyta ko berat sebelah...insyaAllah dapat petujuk ...suruh mak ko..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 02:12 PM | Show all posts
Ko mesti rasa si dia tu cam 'god gift' gitu kan? Anugerah tuhan yg terindah..tak macam tunang ko yg rasis, panas baran bla2..Papepun, si dia tu actually skandal ko je..in a form of an 'angel'..biasa laa TT oiiii...the forbidden apple is always the most desirable one..

Ko btul2 mengigtkan aku kat my ex-muse..kitorg pun pjj..aku kat Malaysia, dia study kat aussie nun..time sayang, janji suruh tunggu dia abis study la, ckp nak kawen la, jodoh la..semua manis2 belaka..he gave me all the signs in this world as if aku la segala-galanya dlm idup dia..

Tak sampai setahun, si dia berubah ati..trus hilang segala kebaikan aku di mata dia..dia ckp aku emosi la, tak matang la..padahal mcm la dia x kenal aku..kitorg schoolmate ok..tapi biasalah..bila dah tak suka..semua serba tak kena..

Kepada semua pompuan, igt quotation ni: If another woman steals your man, there is no better revenge than letting her keeps him coz REAL MEN CAN'T BE STOLEN.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakata tunang jd pes wife...bff jd seken wife
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 10:30 AM | Show all posts
ishhh kena pikir bebaik ni... nak kawin ni, bukan sehari dua...
kesimpulannya salah satu pihak sure merana ...
baik merana skrg dari kemuadian hari...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:24 AM | Show all posts

So, apa perkembangan citer nih? Aku malas nak baca komen2 yg dah masuk 6 pages tu... Ni aku just nak beri pandangan peribadi aku je ar... Sebenarnya tanpa ko sedari, ko sedang diuji... Alasan istikharah bagai semua tu just utk sedapkan hati ko je bro... Tok guru aku pernah ckp, kalau kita nih jenis solat tak cukup 5 waktu sehari, solat istikharah nih boleh jadi mainan syaitan je nnt... So, cara terbaik adalah dgr ko duduk depan cermin... Ko baca selawat 3 kali dan ko renung dalam2 mata bayangan ko dlm cermin tu... Dan ko tanya diri ko sendiri... Tapi based from apa yg aku baca melalui penulisan ko nih, aku rasa aku tahu sgt ko nih jenis yg mcm mana... Aku malas nak komen lebih2 sebab aku tak kenal dan tak tau perangai both kawan baik ko, dan juga tunang ko tu... Apa yg boleh aku ckp, better stay with ur fiance... Ko perlu ingat... What u give, u get back... Percayalah, ketakserasian ko dgn tunang ko tu lah nnt yg akan menjadi pengikat kebahagiaan ko dlm berumahtangga nnt... Based on my own experience... Sebab aku dgn wife aku masa bujang dulu mmg mcm langit dgn bumi... So, bro... tanya diri sendiri, apa tujuan ko nak bernikah? Sekian, peace no war... Assalammualaikum...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 08:18 AM | Show all posts
ko kawen j dua2 .. senang
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 05:28 PM | Show all posts
Salam TT,

aku pun mcm budakgraphic kat atas ni gak, malas dah aku nak baca all the pages...

aku tau kau dah buat istikarah, ko dah buat perbandingan pro n con, ko dah cuba cakap ngan famili n tunang ko skali... n aku yakin ko pun tau si dia tu suka ko jugak..

n paling penting ko sendiri tahu, hati ko berat ke arah si dia berbanding tunang ko...

so before ko kumpul courage untuk pi mengadap famili n declare "by hook or by crook saya takmo kawen ngan dia"... maybe ada satu lagi benda yg ko boleh pikirkan...

ko bandingkan... apa yang kau PERLU and apa yang kau MAHU dalam rumahtangga.

n if you do it secara jujur you might be suprise dua2 ni nyata berbeza.
kau MAHU "si dia" sbb boleh layan ko bercakap fon berjam2 dating berjam2;
tp kau PERLU "tunang ko" sbb dia terbukti boleh tahan PJJ dgn ko tanpa ada skandal lain
kau MAHU "si dia" sbb pandai layan ko, tahu kehendak ko, sempurna di mata ko (ko je rasa camtu);
tp kau PERLU "tunang ko" sbb dia sempurna di mata keluarga ko (kalau tak dah lama famili ko halang korang)
kau MAHU "si dia" sbb ko "nampak" future korang bersama;
tp kau PERLU "tunang ko" sbb the last 4 years (yg ko kata slow tu) adalah testament mcm mana bersabar nya dia sbg perempuan ngan segala macam karenah ko

all the best bro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 03:13 PM | Show all posts
kesudahan cerita tak diketahui... hmm.. TT mn hilang?? sibuk buat preparation kawin ke??
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 12:14 PM | Show all posts
lebih kurang mcm kisah aku jer skit2...dugaan2....just follow wit da flow jerla....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 01:01 PM | Show all posts
bertunang tu kira dah janji nak kahwin tu. hm. kesimpulannya pikir lah bebanyak before tunang and lepas tunang tu tetapkan lah hati selagi boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 05:06 PM | Show all posts
Apa perkembangan ceritanya ni weyh... aduh.. kisah ini sangat menyakitkan hati.. teringat kisah diri sendiri.. ko terus terang kat tunang ko yang ko benar2 dah tak ada hati kat dia.. jelaskan dgn betul2.. nescaya.. aku yakin dia akan baling cincin tu .. memandangkan ko kata tunang ko lagi cantik & bekerjaya.. aku yakin dia akan jumpa lelaki/ bakal suami yang jauh lagi baik sekejap je lagi dan paling penting dia SETIA. Lepaskan Tunang ko walau apa caranya...
Last edited by mak_jemah_cute on 22-3-2014 12:20 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.064945 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list