|
mnm77 posted on 9-10-2014 05:56 PM
Tuan masih berpusing-pusing... saya dah jelaskan dengan dalil sebelum ni:
يَا ... Apa yang saya nampak tuan ambil ayat yang dah jelas, menjadi samar-samar dengan terjemahan berdasarkan ciptaan istilah-istilah baru. Nasihat tuan tu berbalik pada diri tuan sendiri.
Cuba tuan terjemah satu-satu kalimah ayat pertama Surah Al-Mukminun:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
قَدْ =
أَفْلَحَ =
الْمُؤْمِنُونَ =
Apakah makna قَدْ ?
Dari ayat di atas sebelum ni tuan cuba memberi makna dengan berkata ayat tu ditujukan hanya kepada mukmin yang berjaya, kononnya ada mukmin yang gagal/celaka.... sedangkan apa terjemahan asalnya? Kenapa ada tokok tambah pula?
Cukup JELAS ALLAH sebut MUKMIN BERJAYA, dengan kata KEPASTIAN menggunakan kalimah قَدْ
Ayat di atas muhkam dan jelas, tanpa perlu ada tokok tambah!
Tetapi dah tuan yang buat terjemahan tambahan, kononnya HANYA ditujukan kepada yang berjaya. Kononnya ayat tu tuan terjemah:
(Sesungguhnya berjayalah orang-orang Mukmin yang berjaya), kenapa ada tambahan "yang berjaya"? Yang boleh mengubah maksud asal ayat tersebut? Sedangkan ayat asal bukan macam tu?
Hakikatnya ayat itu menyatakan orang-orang MUKMIN BERJAYA (secara pasti), bukannya ditujukan kepada sebahagian Mukmin (yang tuan buat istilah baru kata ada mukmin yang berjaya, ada mukmin yang celaka)
Saya memang terkejut juga, bila tuan berkata macam tu, sebab tu saya berusaha menjelaskan pada tuan, tapi nampaknya tuan semakin 'membara' dengan penjelasan saya pula. Saya dah biasa dah dengan cara tuan, harapnya saya kena terus istiqamah bersabar dengan cara tuan.
Begitu juga ayat di bawah ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(Aali-'Imran, 102)
Ayat di atas merupakan ayat yang muhkam (jelas) memang mudah difahami, bukannya ayat samar-samar yang sukar difahami. Ayat itu jelas ditujukan kepada orang yang beriman, tapi tuan kata ayat itu ditujukan kepada orang yang beriman yang Islam, kononnya ada pula istilah orang yang beriman yang tak Islam.
Ada beberapa istilah yang tuan guna, tanpa sertakan dalil yang jelas, dan ada yang bertentangan dengan ayat-ayat yang saya bawakan. Memang ada juga dalil yang tuan bawa, tapi dalil itu tidak jelas sepertimana dalil yang di atas. Dalil yang tuan bawa sebelum ni, memerlukan tafsir untuk faham. Dalil yang di atas, jika rujuk tafsir pun tetap sama penjelasannya, kerana dah cukup jelas.
WAllahu a'lam Ayat yg begitu jelas, berjayalah orang mukmin itu, iaitu yg khusuk dalam solatnya, pun masih nak pusing????
Atau dalam bahasa mudah, :Tidak berjayalah orang mukmin itu jika tidak khusuk dalam solatnya, boleh faham??? siapa yg mengubah dan menambah makna/maksud ayat tu??? kan tuan yg lakukannya! lawan berjaya apa???celaka! siapa yg celaka? yg tak khusuk dalam solatnya, lalai!!
Sekali lagi, ayat ali imran tu, khas Allah tujukan pada golongan beriman yg muslim sahaja. itu jelas, tak de sapa pun menolak ayat tersebut.
Bila tuan kata ayat yg saya bawa memerlukan tafsir, maknanya nabi pun tak faham la ayat tu ye??? sedangkan nabi berpegang teguh dengan segala apa yg Allah dah turunkan!
meh aku turunkan lagi sekali ayat tu
Al Maidah 69
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Baqarah 62
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Siap 2 kali Allah turunkan ayat yg sama, pun masih nak ditafsir tafsir???masih tak caya lagi??? Ayat yang sangat jelas, direct!!!
Jangan macam tu tuan, bahaya akidah tuan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 06:14 PM
Tidakkah tuan lihat apa yang tuan sendiri bawa? Dalil yang saya bawa seolah-olah tuan tak mahu lih ... hantukiller posted on 9-10-2014 04:24 PM
Hadis:
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu, ia berkata bahwasanya Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: "Iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih yang paling utama adalah ucapan "la ilaha illallahu" dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan, sedang rasa malu itu (juga) salah satu cabang dari iman." (HR. Muslim, 1/63)
Tidakkah tuan lihat apa yang tuan sendiri bawa? Dalil yang saya bawa seolah-olah tuan tak mahu lihat, sekarang lihat dalil yang tuan bawa sendiri.
Musyrik engkar kepada cabang IMAN yang PALING utama (LAA ILAHA ILLA-LLAH), engkar untuk beriman dengan tidak mahu meng-Esakan Allah, sebab tu jadi kafir!!! Tiada istilah musyrik yang beriman, tuan sendiri pun dah bawa dalil yang membatalkan hujjah tuan sendiri. Setiap musyrik itu kafir dengan sendirinya kerana ENGKAR kepada cabang IMAN yang paling utama!
Kalau tuan masih tak faham lagi point saya, cuba tuan terjemahkan dulu: LAA ILAHA ILLA-LLAH Tuan tak faham juga hadis tersebut kan, Nabi dah jelaskan iman tu 70 lebih atau 60 lebih cabang(peringkat)
Yang paling tinggi ucapan '"la ilaha illallahu"
yg berikut berikutnya...bla bla bla...
Dan yg paling bawah sekali:menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan, sedang rasa malu itu (juga) salah satu cabang dari iman
Nampak tak, berapa banyaknya lapisan iman tu, jangan la kata kalau tak sebut kalimah "la ilaha illallah' iaitu yg dilakukan mukmin berjaya terus sebagai tak beriman. kan salah besar tu!
Malu pun iman tuan!!! buat baik pada orang dengan membuang rintangan/kotoran dijalanan pun dikira dah beriman, yg terendah!!! masih nak nafikan???
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 06:14 PM
Tidakkah tuan lihat apa yang tuan sendiri bawa? Dalil yang saya bawa seolah-olah tuan tak mahu lih ... Sabda Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, riwayat Abu Sa'id Al-Khudry, ia berkata, "Saya mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: "Siapa yang melihat kemungkaran di antara kalian, maka hen- daklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman." (HR. Muslim, 1/69)
Alhamdulillah.... mari kita sama-sama ubah kemungkaran jika ada kuasa (perbuatan atau lisan),
setidak-tidaknya kita benci dalam hati ke atas kemungkaran di hadapan kita... (ciri orang yang beriman yang paling lemah imannya)
Iman itu ada tingkatannya... iman paling tinggi seperti iman para Nabi dan Rasul....
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 9-10-2014 06:31 PM Setuju sangat, sesiapapun yg tak suka kemungkaran dan berusaha mencegahnya walaupun hanya dengan hati, dah menunjukkan dia tu beriman, walaupun ditahap iman yg terendah.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 10-10-2014 09:11 PM
mukmin - orang Muslim yg berjaya
dalam surah Al Mukminun tu Allah dah menggariskan ciri ciri dan c ... mukmin - orang Muslim yg berjaya
dalam surah Al Mukminun tu Allah dah menggariskan ciri ciri dan cara mencapai tahap mukmin tu apa yg depa buat
IMAN = percaya kena ngaku dengan lidah dan amalkan dengan anggota
bukan percaya je ...ada 3 komponen tu
sebab tu hati hati = apabila berbicara tentang hukum = apa bila mulut nak mencerca rasulullah mengihan allah hukum hakam semua = mengHALALkan yg haram ....haa sebab tu jejaga bila nak bincang isu yg sentuh syarak - bukan tak leh bincang tapi ASAS kefahaman tu kena ada kalau tidak senang kita terpesong , heret org sekeliling terpesong - kalau kutuk Rasulullah perbautan baginda yg kita TAHU dan percaya baginda rasul terakhir , rasul ada sifat wajib dan ada mukjizat semua - dan kalau making fun tulis tanpa berfikir ni...boleh tempias nyer akidah sebab tu saya risau sangat ...
tang perbuatan tu obvious lah kan yg membatalkan iman... Mukmin=orang yg beriman
Berjayalah mukmin itu sekiranya ia khusuk dalam solatnya dll seperti yg dlm surah almukminun 1-11 tu. sebagai mukmin yg belum berjaya, yg masih belum khusuk dlm solat, yg masih kurang beramal soleh, ye kenelah berusaha supayg tergolong dalam golongan mukmin yg berjaya.
Iman ada lebih 70 tingkatan, yg paling rendah ialah yg dah disebutkan yg sanggup menyingkirkan rintangan dijalanan. Bermaksud walaupun dia tu bukan islam, tapi sanggup menyingkirkan rintangan tu, maknanya ada iman lah tu, walaupun yg terendah.
betul tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 13-10-2014 12:30 PM
Mukmin=orang yg beriman
Berjayalah mukmin itu sekiranya ia khusuk dalam solatnya dll seperti yg d ...
Mula mula
Muslim
Siapa ni orang naik saksi yg Allah itu esa , dan nabi muhammad saw tu pesuruh Allah
Mukmin orang muslim yg berjaya. Sudah tentu mereka muslim dulu dan siapa muslim? Yakni org yg bersaksikan Allah yg Esa dan Nabi Muhammad saw pesuruh-Nya.
Simple, ni basic je .
Last edited by mbhcsf on 13-10-2014 01:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 13-10-2014 12:30 PM
Mukmin=orang yg beriman
Berjayalah mukmin itu sekiranya ia khusuk dalam solatnya dll seperti yg d ...
Iman dalam istilah bahasa adalah percaya.
Istilah syar'ie iktikad, benarkan dm hati, ngaku dengan lidah dan amalkan dgn seluruh anggota.
So , simple. Saya tidak berminat untuk berpolemik sebab saya perhatikan kandungan argumen saudara adalah berkisar kekeliruan yg sama dan telah dihuraikan pun.
Last edited by mbhcsf on 13-10-2014 01:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 13-10-2014 01:33 PM
Iman dalam istilah bahasa adalah percaya.
Istilah syar'ie iktikad, benarkan dm hati, ngaku d ... Iman dalam istilah bahasa adalah percaya.
Istilah syar'ie iktikad, benarkan dm hati, ngaku dengan lidah dan amalkan dgn seluruh anggota.
So , simple. Saya tidak berminat untuk berpolemik sebab saya perhatikan kandungan argumen saudara adalah berkisar kekeliruan yg sama dan telah dihuraikan pun. Iman adalah peryaya, betul, beriman ialah mempercayai, seperti mempercayai dengan sesungguh hati bahawa Allah adalah tuhan sekelian alam, Dan hari Akhirat adalah benar, mana mungkin dah mempercayai sedemikian dikatakan tidak beriman hanya semata mata tidak islam?
Bila Allah berfirman, sesiapa saja(org yg beriman, @ yahudi, @nasrani dan sabiin) yg beriman pada yg beriman pada Allah dan Hari Akhirat SERTA beramal soleh, pasti tiada kebimbangan diakhirat kelak, menunjukkan bukan orang beriman yg muslim saja yg tiada kebimbangan tu, kan???
Atau ayat Allah tu perlu ditolak tepi???
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 13-10-2014 01:30 PM
Mula mula
Muslim Mukmin orang muslim yg berjaya. Sudah tentu mereka muslim dulu dan siapa muslim? Yakni org yg bersaksikan Allah yg Esa dan Nabi Muhammad saw pesuruh-Nya.
Simple, ni basic je . Mukmin=orang yg beriman(mempercayai)
Muslim=orang islam
basic
Setiap muslim belum tentu beriman, dan setiap yg beriman bukan dari kalangan muslim sahaja.
Ada kalangan muslim tau menyebut kalimah syahadah, tapi tak taupun apa yg disebutnya, tak tau pun Allah tu apa, terutama budak budak kecil, dan sebagai orang yg beriman, kita masih memerlukan melakukan ibadah dan amal soleh, menjauhi kemungkaran, melakukan amal ibadah sebaik baiknya seperti solat sehingga dapat khusuk, selagi kita belum khusuk, kita belum dikategorikan sebagai orang mukmin yg berjaya, tapi sekadar mukmin sahaja, kan???
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang mempunyai masalah memahami yg muslim tu org yg beriman.
Dan mencelarukan yg tidak relevan...semua yg tidak bodoh faham yg agama SAMAWI DLM BENTUK ASAL , KITAB ASAL mentauhidkan Allah. INGAT DALAM BENTUK ASAL. |
|
|
|
|
|
|
|
Memanglah orang islam yg percaya segala rukun iman itu beriman, tetapi ada juga orang islam yg memang tak tau lagi apa itu iman, apa itu islam terutama golongan mualaf yg baru memeluk islam, dan kanak kanak islam.
Bagaimanapun, dah hadis nabi kata, iman tu terbagi lebih 70 tingkatan, yg serendahnya hanya percaya pada pembalasan baik atas perbuatan baik yg dilakukan walaupun hanya mengalihkan rintangan dijalanan. lalu dia pun buatlah mengalihkan rintangan tu atas keimanannya yg sedikit tu, tetap juga dia tu dalam golongan beriman.
Tapi tidak dinafikan, golongan beriman tertinggi ialah yg mengucapkan syahadah, tertinggi!!! iaitu orang islam yg beriman dan bertaqwa. |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 13-10-2014 05:19 PM
Memanglah orang islam yg percaya segala rukun iman itu beriman, tetapi ada juga orang islam yg meman ...
Tak kan kot org agama lain alih rintangan dari jalanan kita cakap
dia beriman tahap paling bawah skali. Itu kita pangil civic minded la. |
|
|
|
|
|
|
|
zulkifleerahman posted on 15-10-2014 12:33 PM
Tak kan kot org agama lain alih rintangan dari jalanan kita cakap
dia beriman tahap paling bawah ...
hadis tu salah lah ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadis tentang lapisan iman
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu, ia berkata bahwasanya Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: "Iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih yang paling utama adalah ucapan "la ilaha illallahu" dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan, sedang rasa malu itu (juga) salah satu cabang dari iman." (HR. Muslim, 1/63)
katalah genap 70 lapisan
Iman yg tertinggi adalah ucapan 'la ilaha illallahu' yg diucapkan oleh orang islam
ada 68 lapis lagi ditengah ni, rasa malu pada sesaorang untuk berbuat kemungkaran salah satunya
Yang terendah menyingkirkan rintangan dijalanan |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 15-10-2014 01:14 PM
Hadis tentang lapisan iman
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Hurairah Radhi ...
Hadis tu memang btul tapi rasul tak kan tuju kan hadis itu untuk selain islam..
kalau rasa malu untuk buat kemungkaran kerana manusia itu bukan tingkatan
iman. Sama jugak buang ranting dari jalanan.
setiap kebaikan yg di amalkan org islam mendapat pahala. Orang ugama lain
di beri ganjaran hanya di dunia. Wallahu alam
|
|
|
|
|
|
|
|
zulkifleerahman posted on 15-10-2014 03:43 PM
Hadis tu memang btul tapi rasul tak kan tuju kan hadis itu untuk selain islam..
kalau rasa malu ...
Cukup benar....
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 13-10-2014 11:18 AM
Tak de pun dlm rukun iman yg menyatakan khusuk dlm solat, dan siapa pula yg khusuk dlm solat masih tuan tak bawa, bermakna semua manusia islam didunia ini bukan mukminlah ye jika tak mampu khusuk dlm solatnya??? Sahabat nabi mukmin tak???khusuk tak mereka dlm solatnya???
Dan semua yg beriman pada Allah dan hari akhirat selain islam tak beriman lah sebab tak khusuk kerana tak solat, mana nak letak iman pada Allah dan hari akhirat tu, nak kata mereka kafir(tak percaya) tak boleh, sebab beriman(percaya)
Macamana tuan tau, kemukminan sesaorang tu boleh hilang jika melakukan kemungkiran berterusan seperti memakan harta nak yatim secara zalim sedang dia terus terusan beriman dalam segala rukun iman, malah sentiasa mengerjakan rukun islam???
Khusyuk dalam solat tu CIRI-CIRI orang yang beriman... yang mana menunjukkan beriman pada rukun-rukun Iman yang 6.
Kalau tak percaya Allah, tak percaya Rasul, tak percaya Kitab Allah, masakan boleh khusyuk dalam solat?
Saya tak kata huraian tuan tu salah, huraian tu betul, tapi betul yg tak menyeluruh, kerana tuan telah menafikan ayat Allah tentang sesiapa saja beriman pada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh samada dia orang beriman, orang yahudi, nasrani dan saabiin adalah dalam kalangan beriman juga. Tuan hanya menjurus pada golongan yg beriman dalam kelompok yg muslim.
Saya TAK NAFIKAN AYAT ALLAH, itu salah faham tuan.
Pasal Yahudi, Nasrani yang beriman tu tu dah saya sebut berdasarkan tafsir, bukan saya nafikan. Sila baca balik apa yang saya tulis.
Kafir itu berbagai lapisan
Iman juga berpuluh lapisan, yg paling tinggi ialah iman yg islam yg beriman sesungguhnya tentang apa saja yg Allah turunkan melalui segala kitabnya melalui rasul rasulnya terutama kalimah syahadah. Dan iman yg paling lemah ialah setakat yakin, buat baik dibalas baik walau hanya mampu dengan niat.
Kafir ada banyak kategori, tapi tiada lapisan/cabang. Semua yang kafir tu samada TIADA IMAN, atau TERTOLAK IMAN. Setiap yang kafir dan kekal sebagai kafir, tidak akan masuk syurga.
Sedangkan IMAN ada banyak LAPISAN/CABANG, orang Islam yang paling rendah, ada Iman yang paling kecil atau lapisan yang paling rendah, akhirnya dia akan masuk Syurga walaupun terpaksa masuk neraka dahulu....
Para Nabi dan Rasul merupakan antara manusia yang paling tinggi lapisan IMAN kepada Allah.
Daripada pernyataan tuan ini, ternyata tuan bersetuju, bahawa ramai manusia yg bersolat, masik tak khusuk dalam solatnya(lalai), tapi tuan telah menghukum mereka yg tak khusuk itu sebagai kafir iaitu tidak beriman. berat tuduhan tu!
ITU SALAH FAHAM TUAN. Tak khusyuk dalam solat bukan bermaksud kafir, tak khusyuk tu BUKAN CIRI-CIRI MUKMIN, akan tetapi dia masih Islam.
Musyrik dizaman rasullullah memang la tak islam, tapi berimankan Allah.
Tapi sekarang ni, ramai je orang islam yg syirik, tapi bukan murtad.
Sila BERI dalil tuan pasal musyrik yang beriman. Kalau 'musyrik' berimankan Allah sebagai satu-satunya tuhan, tidaklah dipanggil musyrik. Kalau juga percaya pada tuhan-tuhan lain, tu dipanggil musyrik. Bagaimana musyrik boleh dikatakan beriman sedangkan dia ENGKAR, TAK BERIMAN pada kebenaran Kalimah Tauhid LAA ILAHA ILLALLAH?
Sampai sekarang tuan masih pertikai dengan berpuluh-puluh soalan yang saya dah jawab berkali-kali, tetapi satu soalan saya yang saya tanya berkali-kali untuk membuktikan dakwaan tuan tu benar, sampai sekarang BELUM TERJAWAB.
Last edited by mnm77 on 16-10-2014 12:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 13-10-2014 12:05 PM
Ayat yg begitu jelas, berjayalah orang mukmin itu, iaitu yg khusuk dalam solatnya, pun masih nak pusing????
Memang ayat tu dah JELAS pun, kenapa tuan TOKOK TAMBAH ayat Allah sehingga mengubah makna asal ayat tersebut? Kemudian TUDUH saya pusing pula?
Atau dalam bahasa mudah, :Tidak berjayalah orang mukmin itu jika tidak khusuk dalam solatnya, boleh faham??? siapa yg mengubah dan menambah makna/maksud ayat tu??? kan tuan yg lakukannya! lawan berjaya apa???celaka! siapa yg celaka? yg tak khusuk dalam solatnya, lalai!!
Ayat tu dah sebut MUKMIN BERJAYA.... kemudian diikuti CIRI-CIRI MUKMIN..... bagaimana yang dikatakan MUKMIN itu... susah sangat nak faham?
Kenapa perlu ubah dan SELEWENG makna?
Kenapa tuan yang PUSING pula? CUBA LETAK TERJEMAHAN SATU PER SATU
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
قَدْ =
أَفْلَحَ =
الْمُؤْمِنُونَ =
Apakah makna قَدْ ?
Kenapa tuan berpusing-pusing tanya soalan dengan ubah ayat tanpa berikan TERJEMAHAN di atas?
Sekali lagi, ayat ali imran tu, khas Allah tujukan pada golongan beriman yg muslim sahaja. itu jelas, tak de sapa pun menolak ayat tersebut.
Memang MUKMIN tu dah sah-sah ISLAM, dah banyak kali saya sebut yang mana tuan tak tak boleh terima lalu timbul SALAH FAHAM.
Yang saya kata tolak ayat tu sebab tuan CIPTA istilah ada MUKMIN berjaya, ada MUKMIN gagal/celaka. Mana dalilnya? Walhal jelas ayat tu membawa makna MUKMIN berjaya.
Bila tuan kata ayat yg saya bawa memerlukan tafsir, maknanya nabi pun tak faham la ayat tu ye??? sedangkan nabi berpegang teguh dengan segala apa yg Allah dah turunkan!
Kenapa lah tuan suka PERTIKAI sampai ke tahap tuduhan yang TAK MASUK AKAL?
Saya minta tafsir bukan kata Nabi perlukan tafsir (tuan ada banyak salah faham), yang saya maksudkan, ELOK TUAN BAWA TAFSIR untuk menyokong hujjah tuan. Dalam Al-Quran ada perintah BERTANYA KEPADA YANG AHLI (berilmu).
meh aku turunkan lagi sekali ayat tu
Al Maidah 69
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Baqarah 62
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Siap 2 kali Allah turunkan ayat yg sama, pun masih nak ditafsir tafsir???masih tak caya lagi??? Ayat yang sangat jelas, direct!!!
Jangan macam tu tuan, bahaya akidah tuan tu
Itu lah masalahnya tuan tak mahu rujuk tafsir ayat tu.... adakah tuan ingat kaum-kaum tu semua KAFIR belaka sebelum kerasulan Nabi Muhammad? Lalu bolehlah tuan berhujjah dengan istilah KAFIR yang BERIMAN dari ayat tu? Itu salah faham, sebab tu kena rujuk tafsir.
SESIAPA SAHAJA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH, dari kalangan umat terdahulu ( disebut Yahudi, Nasrani, Sabiin....), bukannya disebut sesiapa yang kafir.... jangan salah faham....
Sedangkan Ahli Kitab ada yang KAFIR, ada yang BERIMAN.... (dalil Al-Quran)
Ayat tu merujuk kepada sesiapa sahaja Ahli Kitab yang BERIMAN pada ALLAH... juga yang bukan dari kalangan ahli kitab pun, sesiapa sahaja yang beriman pada ALLAH, serta amal soleh, tak akan berduka-cita
Banyak kali dah saya ULANG-ULANG-ULANG-ULANG-ULANG.... tapi tuan masih kata saya tolak ayat tu. Saya minta dalil MANA DIA KAFIR yang tuan kata beriman?
Bukan 2 kali saja saya ulang... dah BANYAK KALI....
Last edited by mnm77 on 16-10-2014 01:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 15-10-2014 01:03 PM
hadis tu salah lah ye?
Tuan beretorik dgn perkataan tak semua org muslim itu beriman dan tak semua yg beriman itu muslim yer?
Atau islam itu satu bahagian, iman itu satu bahagian lain dan ihsan itu pula satu bahagian yg lain? Dgn kata lain pintu iman atau/dan ihsan boleh sahaja dilalui tanpa melalui pintu islam? |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 13-10-2014 12:16 PM
Tuan tak faham juga hadis tersebut kan, Nabi dah jelaskan iman tu 70 lebih atau 60 lebih cabang(peringkat)
Yang paling tinggi ucapan '"la ilaha illallahu"
yg berikut berikutnya...bla bla bla...
Dan yg paling bawah sekali:menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan, sedang rasa malu itu (juga) salah satu cabang dari iman
Nampak tak, berapa banyaknya lapisan iman tu, jangan la kata kalau tak sebut kalimah "la ilaha illallah' iaitu yg dilakukan mukmin berjaya terus sebagai tak beriman. kan salah besar tu!
Malu pun iman tuan!!! buat baik pada orang dengan membuang rintangan/kotoran dijalanan pun dikira dah beriman, yg terendah!!! masih nak nafikan???
Kat mana yang saya nafikan pasal cabang/lapisan iman? Lagi tuduhan SALAH FAHAM tuan....
Tuan sendiri kata ada musyrik yang beriman...
Sekarang saya tanya bagaimana musyrik yang TAK BERIMAN dengan cabang iman YANG PALING UTAMA:
LAA ILAHA ILLALLAH
.... tuan boleh kata ada musyrik yang beriman pula?
LAA ILAHA ILLALLAH tu makna apa? Sila jelaskan, kemudian beri dalil dan hujjah tuan.
Mudah saja soalan saya...
Last edited by mnm77 on 16-10-2014 01:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
zulkifleerahman posted on 15-10-2014 03:43 PM
Hadis tu memang btul tapi rasul tak kan tuju kan hadis itu untuk selain islam..
kalau rasa malu ...
Kalau dah yakin dengan hadis tu, ye kenelah yakin seyakinnya.
Kalau dah awak kata dituju kat orang islam je, ye dah salah faham sangat tu, sebab yg islam nabi dah letakkan imannya yg teratas sekali iaitu yg membaca kalimah Laillahaillallah
Takkan bahasa semudah itu pun masih nak dipesongkan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|