|
~AMANVENGERS~ all about AMAN AZIZ (NAIB JUARA AF2014)
[Copy link]
|
|
Orix posted on 16-11-2014 06:26 PM
hahaha.. mikel ang tu mmg.. tp iols suka je dia.. klakar.. tp masa carpet merah final af2014 mmg s ...
sbrnya meols rasa micheal ang saja provoke fans aman....heols favor aman masa first konsert kot... saje2 dia bikin panas.
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 16-11-2014 06:41 PM
mcm tok ti le....most haters yg pernah jumpa dia akan suka kt dia jugak akhirnya
Asal rumah ni sendu sgt..nk ikutkan aman ni ramai fan..agaknya drg jenis tk msk forum ke
|
|
|
|
|
|
|
|
imah70 posted on 16-11-2014 06:44 PM
Asal rumah ni sendu sgt..nk ikutkan aman ni ramai fan..agaknya drg jenis tk msk forum ke
board ni yg sendu. tak ramai mai singgah mcm kt board gosip tu n tak ramai tahu kewujudan benang ni sbab tak follow benang af kt board gosip. yg penting kite rempit je la chuolsss kt sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 16-11-2014 06:42 PM
sbrnya meols rasa micheal ang saja provoke fans aman....heols favor aman masa first konsert kot... ...
haha masa konsert tema ketuhanan tu kan every student ad kene blakon before perform. dia tgok aman berdoa terus tweet confirm 200% aman takle berlakon.. |
|
|
|
|
|
|
|
BFF aman merangkap pengurus fan club...rasanya slh seorng akan assist dia utk show selain kakak dia.
yg belakang tu Awie, yg depan hensem tu Amir Malique, yg pendek depan tu Dani. korng boleh contact 3 ekoq ni kt ig @amanfanclub ....diorg design baju2 tshirt tu semua |
|
|
|
|
|
|
|
Orix posted on 16-11-2014 06:19 PM
ooo... iols tak prasan dia blurkan watermark.. patotlah akak aman ade komen kt IG amanfanclub dia ...
takut jugak admin @amanaf2014 tu sabotaj aman ... yelah, 40k follower igt itu ig rasmi dia. dgn english salah, dgn caption yg x tulis "-admin"...tkut krg org missquote.
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 16-11-2014 08:42 PM
takut jugak admin @amanaf2014 tu sabotaj aman ... yelah, 40k follower igt itu ig rasmi dia. dgn en ...
patut aman kene announce dkat public yg IG tu dia tak handle. kalo bce komen2 kt IG tu pn rmai igt aman yg handle. selagi xde ap yg bleh merosakkan nama baik aman xpela.. |
|
|
|
|
|
|
|
caption kat IG amanaf2014 mcm aman plak yg handle.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aman motivasi diri dengan kritikan
17 November 2014
Oleh NOR ERYANI YUSUP
[email protected]
SEJAK bergelar peserta AF2014, Aman akui sifat pemalu yang ada pada dirinya semakin terhakis sedikit demi sedikit.
PEMBABITAN anak muda ini dalam program realiti terkenal Akademi Fantasia 2014 (AF2014) pada awalnya agak suram. Undian yang diterimanya merupakan antara yang paling rendah hampir setiap minggu.
Dikritik hebat kerana didakwa tidak mampu menyanyi dengan bagus, Aman atau nama sebenarnya Mohammad Razman Abdul Aziz bagaimanapun mampu menutup mulut orang ramai apabila berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga ke pentas final.
Pada malam 9 November lalu menyaksikan detik bersejarah buat anak muda berusia 21 itu apabila dinobatkan sebagai naib juara AF2014, sekali gus kemenangan bermakna tersebut mengenepikan calon lain yang disifatkan ramai mempunyai vokal yang lebih mantap daripadanya.
Pernah juga anak bongsu daripada enam beradik itu dikritik hebat oleh juri tetap AF2014, Datuk Ramli MS yang mengatakan bahawa tempatnya bukanlah dalam industri hiburan.
Segala tohmahan dan kritikan negatif dibuang tepi. Lantas, dia bangkit mengorak langkah meneruskan impian yang sudah terbentang luas di depan mata. Kepada Kosmo!, Aman memberitahu misinya di dalam bidang hiburan yang akan diteroka dengan baik.
Kosmo!: Pada ketika nama Aman diumumkan sebagai naib juara AF2014, sejujurnya apakah perasaan anda pada malam itu?
Aman: Jika diminta berkata benar, saya akui sangat terkejut apabila nama diumumkan menjadi naib juara. Sebenarnya, untuk meletakkan sasaran mendapat tempat tertinggi seperti itu bukanlah target saya pada malam final. Sebaliknya, dengan melayakkan diri ke final itupun sudah cukup membuatkan saya rasa bersyukur. Namun, keputusan pada malam itu semuanya ketentuan Tuhan. Saya tidak menolak bahkan sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan. Jika ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, saya tidak mampu lakukan apa-apa.
Kemenangan anda pada malam itu mengundang banyak cakap-cakap yang tidak enak didengar. Apatah lagi ada yang mengatakan ada peserta lain yang lebih layak untuk dinobatkan sebagai naib juara. Apa komen anda mengenai perkara itu?
Apa yang boleh saya katakan, secara jujurnya, saya tidak ada rasa apa-apa mengenai perkara itu. Saya tidak rasa kecewa, bahkan mengambil segala perkara negatif tersebut sebagai pembakar semangat.
Jujurnya, saya lebih suka orang memberi kritikan berbanding pujian. Sebabnya, pujian itu kadang kala melalaikan. Berbeza dengan kritikan kerana perkara yang negatif sebenarnya menyedarkan saya tentang apa yang tidak kena dengan kemampuan diri sendiri.
Saya jadikan kritikan itu sebagai rujukan utama untuk mengenalpasti segala kelemahan saya.
Sama juga kisahnya pada malam semi final sebelum ini apabila saya menerima teguran keras daripada Datuk Ramli MS. Beliau katakan takdir saya bukan untuk dilahirkan sebagai penyanyi. Saya akui, ada sedikit kecewa pada awalnya, tetapi saya bangkit kembali dengan semangat baharu dan buang perkara yang sudah berlalu.
Saya cabar diri untuk lakukan apa yang saya mahu. Bidang nyanyian merupakan minat saya. Apabila sudah berpeluang, saya tanamkan dalam jiwa untuk lakukan yang terbaik pada malam final dan Alhamdulillah tuah dan rezeki berpihak kepada saya.
WALAUPUN menerima kritikan hebat apabila dinobatkan sebagai Naib Juara AF2014, Aman tidak meletakkan semua itu sebagai halangan buat dirinya menggapai impian bergelar seorang penyanyi yang berkaliber kelak.
Baiklah. Mengulas mengenai perjalanan anda selama lebih 10 minggu di AF2014, boleh Aman kongsikan apakah transformasi yang berjaya dilakukan pada diri sendiri?
Selama tempoh berada dalam AF2014, terlalu banyak pelajaran baik yang saya terima terutamanya daripada tenaga pengajar dan rakan-rakan yang lain.
Dari situ, saya belajar bagaimana menguruskan tahap keyakinan diri. Saya akui, sebenarnya saya memang seorang yang sangat pemalu. Tahap keyakinan yang kurang sehingga membuatkan saya malu untuk berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Kadang-kala saya mengambil masa yang agak lama untuk selesa dengan orang baharu di sekeliling. Namun, selama berada bersama tenaga pengajar di sana, merekalah yang membantu mengubah diri saya. Sehingga ke hari ini, tahap keyakinan saya sudah semakin baik dari hari ke hari.
Perjalanan anda dalam dunia seni baru sahaja bermula sebaik keluar dari pertandingan tersebut. Apakah perancangan anda untuk memastikan karier seni anda berjalan lancar pada masa akan datang?
Perancangan saya selepas ini selain sibuk dengan jadual yang diuruskan oleh Astro Talent Management, saya merancang untuk menghadiri kelas latihan vokal. Selain memantapkan mutu nyanyian dan persembahan, saya mahu kualiti vokal saya semakin baik. Saya sedar bahawa tahap vokal yang saya miliki tidaklah sehebat penyanyi lain tetapi saya tidak akan berhenti berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri.
Dengan single terbaharu yang dihasilkan Awi Rafael, Without You, adakah anda rasa diri mampu bersaing sebaris dengan artis-artis baharu yang lain?
Bercakap soal single pertama, saya akui sangat suka dengan lagu tersebut. Gubahan liriknya yang catchy, ringkas, ceria dan mesra pendengar membuatkan saya yakin lagu ini akan diterima dengan baik oleh semua peminat. Jika sesebuah lagu itu cepat mesra dengan pendengar, sekali gus nama penyanyinya juga akan diingati. Bagi memastikan nama dan karier saya bertahan dalam persada seni, saya tidak hanya menggunakan jenama AF2014 semata-mata, tetapi saya mahu orang kenal siapa Aman melalui nyanyian dan bakat yang ada pada saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Aman...Semoga Aman berjaya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Orix posted on 16-11-2014 08:48 PM
patut aman kene announce dkat public yg IG tu dia tak handle. kalo bce komen2 kt IG tu pn rmai igt ...
dia dah announce first pose dia..video dgn ewal tu... so far xde perkara x best berlaku lagi..admin amanaf2014 tu fefeeling jd aman kejap.
|
|
|
|
|
|
|
|
HannahHamra posted on 17-11-2014 08:04 AM
Aman motivasi diri dengan kritikan
17 November 2014
walaupun mcm salah fakta je reporter tulis awal2 perenggan tu, meols suka jawapan2 yg aman berikan. nampak x emosi, dan jujur
|
|
|
|
|
|
|
|
HannahHamra posted on 17-11-2014 08:04 AM
Aman motivasi diri dengan kritikan
17 November 2014
pandai aman jwab soklan. gudjob amannnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dgn jawapan aman..tk beli kosmo..so ari ni cuma klua cite aman ke..ari tu kan sume finalist ade |
|
|
|
|
|
|
|
imah70 posted on 17-11-2014 04:53 PM
Suka dgn jawapan aman..tk beli kosmo..so ari ni cuma klua cite aman ke..ari tu kan sume finalist ade
ari tu interview masa konsert...yg ini interview masa fotoshoot...agaknya finalis lain keluar lain hari kot... biasanya newspaper akan keluarkan yg ada news value dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Aman Aziz tengah famous...harus cerita dia keluar paper dulu..
terbaik jawapan dari Aman.....tengok muka aman dalam paper ni dah macam muka Pakwe Tasha Shila pulak..
Aman guna nama Aman Aziz kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kat ig ramai yg dtg rumah aman.ade zarif dgn azwan jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 17-11-2014 05:26 PM
ari tu interview masa konsert...yg ini interview masa fotoshoot...agaknya finalis lain keluar lain ...
Rasanya astro ni mcm melebih lebih kan aman...agaknya astro tau aman bole gi jauh..suka tgk perjalanan aman dlm af... |
|
|
|
|
|
|
| |
|