Edited by kakasotong at 10-7-2015 04:21 PM
Meols tepekkan artikel ni sbb ade jawapan yg uols tanya tu
Harith Daniel ikut jejak ibu, ayah
Ke mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Anak bujang pelakon Esma Daniel dan Sherie Merlis kini dah ikut jejak kedua-dua pelakon itu. Anak kedua Esma hasil perkahwinan terdahulu dengan Sherie, Harith Daniel kini aktif berlakon. Dia dah jadikan lakonan sebagai kerjaya sepenuh masa. Selain memiliki penampilan menarik, dia juga ada bakat tersendiri.
Harith, 20, mula giat berlakon selepas tamat persekolahan. Dia bergerak sendiri tanpa mahu menumpang nama ayah dan ibu yang masih aktif berlakon. Dia tak mahu dikenali sebagai anak kedua-duanya sebaliknya mahu diingati dengan bakat yang ada. Namun langkahnya mendapat restu orang tua. “Ayah dan ibu menyokong bila saya mengatakan minat dengan dunia lakonan. Mereka ada juga pesan agar saya tidak main-main kalau benar-benar nak jadi pelakon yang berjaya,” kata Harith.
Harith kini tinggal bersama abangnya Habib Daniel. Mereka mahu berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang masing-masing ada keluaga baru. Semasa kecil selepas ibu dan bapanya berpisah, dia tinggal bersama bapa. Semasa bersekolah menengah dia tinggal dengan ibu pula. Kini bila dah tamat belajar dan sudah ada kerjaya sendiri dia dan abang selesa tinggal sendiri. Tinggal sendiri lebih senang, bukannya mahu hidup bebas tapi saya mahu jadi orang dewasa,” sambungnya.
Foto: Ummairah Baharuddin
|